Tuesday, February 28, 2012

What's with the red cube?

What's with the red cube? All will be revealed...soon



National No 1 keeper Khairul Fahmi Che Mat


Jay Menon who spoke to Datuk K. Rajagobal on Stadium Unplugged. Raja has refused to come to Astro Arena following loose cannon's criticism in the wake of Malaysia's defeat to Singapore in the pre-World Cup last year.


Phat Fabes



Fairuz Fauzy and Zain Saidin




Dennis Lau

Watak-watak di balik kemelut KOM, Episod 1

Dalam mencari jalan menghapus hantu KOM KOM yang membelit tengkok Kesatuan Olahraga Malaysia, jom tengok watak-watak di sebalik kesatuan ini.

 Selain menjadi presiden KOM, Shahidan Kassim presiden Asum, bola Perlis, kabbadi, dulu pernah jadi presiden petanque ...Terajui KOM sejak 2006 selepas menang dari Sipadan

KOM kalut tapi Shahidan dulu Ada hati nak pimpin MOM, dan kononnya sudi lepas jawatan kalau persatuan kucar-kacir. Amacam, ada sudi lepas jawatan sekarang atau KOM bukan kucar-kacir, setakat kucar saja? Dulu Panel Penasihat Sukan ada sebut, seorang individu tidak wajar pegang jawatan dalam terlalu banyak persatuan. Mungkin syarat ini harus diselitkan dalam pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997. Dia kata Astro Arena tak jemput dia, agaknya lupa dia suruh aku makan nasi goreng telur mata lembu di Wisma Bernama, dengan Karim Ibrahim jadi saksi berserta bekas wartawan the Star, A. Subramaniam, bagaimana aku meminta lampu hijau daripada Shahidan untuk beri izin Karim muncul dalam Dengan Izin. Politikus biasanya ada selective memory...

Karim Ibrahim, bekas kakitangan Tentera Udara Diraja Malaysia, menewaskan N.A. Baskaran untuk jawatan setiausaha KOAM pada April 1993. Baskaran frust, nasib baik jadi pegawai di Majlis Olimpik Malaysia. Karim selalu menyalahkan jurulatih asing dari Russia dan China dan bertekak dengan Majlis Sukan Negara (MSN). Sudahnya apabila Edwin Ozolin dan Sergei Sidorenko, dua jurulatih olahraga yang memiliki kedoktoran, dianggap tidak layak kerja untuk KOAM, mereka diserapkan ke dalam program pembangunan olahraga di SM Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) Kajang cetusan idea Mazlan Ahmad dan Zaki Abdul Rahman dari MSN. Antara yang lahir dari projek itu Noraseela Mohd Khalid, Nazmizan Muhamad, Malik Tobias, Zaiful Zainal Abidin, Moh Siew Wei dan Roslinda Samsu. Dalam program Kafe Sukan, Akbar Sahari tanya apa program pembangunan KOAM, Karim cerita sejarah olahraga negara, habis aku cantas dan cakap Encik Karim tidak menjawab soalan Akbar! Selepasdia  jadi setiausaha, antara yang tersingkir daripada KOM termasuk Dr M Jegathesan yang tewas kepada peguam A. Mahendran dengan hanya tiga undi pada pemilihan dramatik pada 1995, apabila Khalid Yunus mengundi dirinya sendiri untuk menewaskan Syed Aidid Syed Murtadza. Tidak ramai ingat kontroversi makan angin Pulau Pinang-Singapura-Pulau Pinang atas kapal Langkasuka yang akhirnya dibatalkan dan diadakan di Genting Highland. Siapa di tengah-tengah isu itu? Kini Mahendran mewakili Karim berikutan pendedahan Yunus Lasaleh! Zaman Karim jadi setiausaha dan Mahendran jadi timbalan presiden, KOAM hilang tajaan EON dan Resorts World.

Mumtaz Begum Abdul Jaffar dengan aku rapat dulu kerana dia melatih Watson Nyambek selepas Daniel St Hilaire ditamatkan kontrak tidak lama selepas Sukan SEA Jakarta 1997, jadi Watson harapan rakyat untuk buat sesuatu di Sukan Komanwel 1998. Mumtaz juga dulu pernah disebut-sebut menjadi ketua kepada program AsiaKom yang diperkenalkan oleh Azalina Othman Said, Menteri Belia dan Sukan 2004-2008. Mumtaz cukup pemurah dan banyak membantu atlet duduk di rumah dia tapi juga suka mengutuk orang. Macam mana aku tahu? Pasal dia bagitahu aku lah...sekejap dia kutuk MSN, sekejap MOM...selain satu ketika wanita terpantas Malaysia dengan catatan 11.84s dalam 100m, ramai yang tidak tahu apa yang berlaku apabila sekumpulan atlet negara berlatih dua bulan di Jerman. Tapi baca kecoh dan kontroversi
 dan  insiden di Kiel, Jerman, 1985
Dalam mesyuarat KOM baru-baru ini, Mumtaz menimbulkan isu hos Dengan Izin menggesa Kementerian Belia dan Sukan dan Pesuruhjaya Sukan mengambil tindakan terhadap KOM! Lalu sepucuk surat daripada KOM dikirim ke Astro Arena mengharap hos Dengan Izin menarik balik kenyataan demi kebaikan sukan olahraga! Dia memang cukup marah sejak blog ini mendedahkan bahawa Rosmah Mansor letak jawatan selaku penaung YAKEB. Peliknya sekarang Rosmah dah jadi penaung balik selepas Mumtaz tidak lagi jadi pengerusi eksekutif yayasan itu.


S.O. Appan, M.Iyaru dan R. Annamalai mengelilingi Shahidan. Iyaru dari Perlis dan Annamalai dari Pahang, pernah mencabar Karim untuk kerusi setiausaha.

Pelajar sekolah pertama mencatat bawah 50 saat dalam jarak 400m dengan memenangi pingat emas pada MSSM di Terengganu dengan catatan 49.1 saat pada 1973, Harun Rasheed Othuman menang pingat emas 4x400m Sukan SEAP 1973 dan Sukan SEA 1977. Membimbing antaranya Sajaratultudur Hamzah, Nordin Jadi, Joseph Phan, G. Shanti, Abdul Rahman Koyakutty dan Hamberi Mahat. Dikenakan hukuman gantung setahun kerana didapati bersalah mengarahkan enam atlet tidak memberi sampel air kencing untuk ujian doping berkuatkuasa 12 September 2011. Ini susulan mesyuarat tergempar Majlis KOM pada 2 Oktober di Kangar, 9 Januari di Bukit Jalil dan mesyuarat khas KOM pada 3 Februari. Namun Harun percaya dia tidak patut dikenakan tindakan itu. Baca laporan New Straits Times yang memetik program Dengan Izin.

Monday, February 27, 2012

Have faith, Malaysia

This beautiful country of ours belongs to us, not politicians who turn every decision/issue into polemics. Therefore we should appreciate Have Faith Malaysia, an apolitical movement free from the shackles of politicians. Further info click the website here. Visit its facebook page here. Enjoy the quotes below!




Oh, Have Faith Malaysia enjoyed a wide audience in a footy match recently. Watch the video below.

Columnist with goal.com Malaysia





Loose cannon is honoured to be invited to write for goal.com Malaysia. Read my two articles so far
here
and
here


But being surrounded by a group of young writers passionate about the game makes me feel "old" and virtually on the backfoot!

Moi@bola@mamak

Moi at bola@mamak? Actually it was fun to be part of Bola@Mamak over Astro SuperSport last week, thanks to the invite from Nick and Gang. Meeting Orangeman, Adrian and Ross Yusof in the flesh was really mentally-stimulating hahahaha.


I uttered a word not suitable for night time TV, silly me...naturally it was given the bleep censor. Imagine sitting on the chair normally reserved for Dez Corkhill.

Of Nur Suryani, Haresh and SAM Awards!

Congratulations are in order for national shooter Nur Suryani Mohd Taibi who bagged the Sportswriters Association of Malaysia (SAM)-100PLUS “Athlete Of The Year 2011” in a glittering awards ceremony at PJ Hilton yesterday.


The 29-year-old, who won two gold medals at the Indonesian SEA Games last year – women’s 50m rifle three-position and 10m air rifle events – sparked the gold rush for the nation in Jakarta and Palembang. Malaysia ended the games with a record breaking 59 gold medals (one will be withdrawn following Yunus Lasaleh's positive doping test).

 Sports Minister, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, gives away the prizes to Nur Suryani, as Corporate Affairs Manager, F&N Beverages Marketing, Cariessa Goh, F&N consultant Datuk Kamal Harun and New Straits Times Press Group Managing Editor, A Jalil Hamid look on.



National Under-23 football coach Ong Kim Swee, architect of the SEA Games gold medal victory, (right) takes home the Outdo Yourself Award




Nur Suryani, who took home RM10,000 and a crystal trophy, said:


“I honestly didn’t expect to win this award as the other candidates were all very strong,” she said. “This is one of the best moments of my career and I will treasure the award.”
 
She was among the five shortlisted nominees for the prestigious SAM-100PLUS Athlete of the Year 2011 award. The other four nominated athletes were world squash champion Datuk Nicol David, world No. 1 shuttler Datuk Lee Chong Wei, Fatehah Mustapa (cycling) and Jacqueline Jenelee (bowling).


Several other award winners were revealed earlier this week with the Jakarta SEA Games football champions - the Malaysian Under-23 football team – winning the SAM-100Plus “Out-Do Yourself” Award.


World and Asian junior badminton champion Zulfadli Zulkifli was named “Best Young Athlete” while Asian snooker champion Sam Chong and the Malaysian Tenpin Bowling Congress (MTBC) earned the nod for the “Comeback Athlete”" and “Most Dynamic Association” awards respectively.


Meanwhile, The Malay Mail’s Haresh Deol was named Best Sports Journalist besides also picking up the Best Special Report prize.


There were five other awards given for reporting with Aziman Rosdi (Harian Metro) winning the Best Sports Report (print), Wan Norbazly Wan Azmi (Astro Arena) taking home the Best Sports Report (electronic), Muhammad Dayne Azmin Ghazali (Utusan Malaysia) pocketing the Best Sports Commentary (print), Mohd Fadzrie Hazis (Astro Awani) earning the Best Sports Commentary (electronic) and The Star’s S. S. Kanesan adjudged the best photographer.
 
Haresh took home RM7,000 for winning the grand prize while the other winners each earned RM3,000.


SAM-100PLUS Awards 2011

LIST OF WINNERS

Athlete Of The year: Nur Suryani Mohd Taibi (Shooting) RM10,000

Young Athlete Of The Year: Zulfadli Zulkifli (Badminton) RM3,000

Out-Do Yourself: National Under-23 team (Football)

Comeback Athlete Of The Year: Sam Chong (Snooker)

Most Dynamic Sports Association: Malaysian Tenpin Bowling Congress

Best Sports Journalist: Haresh Deol (The Malay Mail) RM7,000

Best Sports Report (Print): Aziman Rosdi (Harian Metro) RM3,000

Best Sports Report (Electronic): Wan Norbazly Wan Azmi (Astro Arena) RM3,000

Best Sports Commentary (Print): Muhammad Dayne Azmin Ghazali (Utusan Malaysia) RM3,000

Best Sports Commentary (Electronic): Mohd Fadzrie Hazis (Astro Awani) RM3,000

Best Special Report: Haresh Deol (The Malay Mail) RM3,000

Best Sports Photographer: S.S. Kanesan (The Star) RM3,000

Haresh Deol of the Malay Mail has finally won recognition after years (lebih kurang dua tiga tahun) of producing news-breaking, earth-shattering good stories and revelations. A much sought-after journo who should not be wasting his time at the Malay Mail. The paper has a track record of not giving due recognition to good journos hahahahah! Haresh, strike while the iron is hot. TV is the future! Leave now! Hahahaha. And, please la, next time cut your hair and start shaving...surely you can afford a haircut and a new shaving machine from the RM7,000 you took home yesterday!

 Berita Harian's Nasir Ahmad, my mentor...probably feeling out of place being surrounded by Gen Y...for he covered Diego Maradona way back in 1982 hahahaha

 Gen Y journos waiting for the outcome...Tahniah

Congrats to those who won and those nominated

 Tahniah to coach Ong and Gang

Sunday, February 26, 2012

KOM-an, V.C. George dan politik yang meloyakan

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) kena tambah A dan N jadi KOMAN...kalau berterusan dihimpit pelbagai kontroversi.

Kita harus tunggu sama ada panel siasatan yang bakal diketuai Datuk V.C. George dapat jalankan tugas dengan bebas, objektif dan berani tanpa ada campur tangan mana-mana pihak.

 Datuk Vadaketh Chako George, bekas Hakim Mahkamah Rayuan

Beberapa persoalan timbul.

1. Siapa lagi anggota panel itu? Kalau ada pemegang jawatan KOM di kalangan mereka, baik V.C. George tarik diri.

2. Apakah individu yang dituduh dalam petisyen terus bertugas seperti biasa, sedangkan dia mungkin ada akses kepada dokumen, maklumat dan pejabat KOM?

3. Harapnya Setiausaha Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, tidak ada dalam panel kerana dia prejudis dan berat sebelah dalam kes ini. Dia pertahankan Karim Ibrahim dalam mesyuarat majlis KOM minggu lalu di saat beberapa ahli majlis lain mencadangkan Karim ambil cuti sementara menunggu hasil siasatan terhadap petisyen yang ditanda tangani 58 individu, termasuk 16 jurulatih.

4. Antara nama yang boleh dipertimbangkan untuk jadi anggota panel - Datuk Wira Mazlan Ahmad, Datuk Dell Akbar Khan dan seorang dua yang ada latar belakang undang-undang serta seorang dua bekas atlet seperti Datuk Marina Chin atau Datuk Shahrudin Mohd Ali, bekas jaguh pecut negara. Sementara itu, bolehlah baca artikel NST timbalan presiden tak kena gantung


Berita Harian melaporkan Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim, nafi tutup mata.


PRESIDEN Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan beliau bersifat 'tutup mata' dalam mengendalikan isu berkaitan Karim Ibrahim kerana mulutnya dikunci timbalannya dalam persatuan itu.

Sambil menyifatkan ia sebagai dakwaan yang tidak berasas, Shahidan berkata beliau percaya tanggapan itu sebenarnya hanya sekadar persepsi semata-mata dibuat pihak tertentu.

“Mulut saya tidak pernah ‘ditutup’ mana-mana pihak terutama Karim. Setiap apa yang saya lakukan (dalam KOM) adalah berdasarkan kepada peraturan sudah ditetapkan.

Pada saya Karim sudah jalankan kerjanya dengan baik selama ini, begitu juga saya. Mungkin ada pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengannya selepas melihat banyak kejayaan ditempa KOM. - Datuk Seri Shahidan Kassim

“Pada saya Karim sudah jalankan kerjanya dengan baik selama ini, begitu juga saya. Mungkin ada pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengannya selepas melihat banyak kejayaan ditempa KOM,” katanya.

Difahamkan, tanggapan mulut Shahidan dikunci Karim timbul selepas beliau dilihat seolah-olah ‘membela’ orang nombor dua itu, walaupun Karim kini berdepan pertuduhan serius termasuk didakwa terbabit dengan seorang atlit yang didapati positif ujian dadah di Sukan SEA, Indonesia November lalu.

Tambah kukuh, Karim dilihat masih ‘kebal’ walaupun berdepan pertuduhan itu apabila hasil mesyuarat tergempar berhubung isu berkenaan memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa Doping dan Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat tuduhan membabitkannya.

Malah, kedudukan Karim dalam KOM juga turut tidak disenangi apabila sekumpulan jurulatih dan atlit dilapor menyerahkan petisyen bantahan bertarikh 13 Februari lalu, kepada Shahidan yang antara lain turut mengusulkan supaya beliau disingkirkan daripada jawatan Timbalan Presiden KOM.

Shahidan ketika ditanya mengenai kedudukan Karim dalam KOM berkata, semuanya akan ditentukan dalam mesyuarat agung khas yang dijangka diadakan selewat-lewatnya hujung bulan ini.

 Spekulasi bertiup kencang petisyen yang diserahkan kepada Shahidan tempoh hari adalah perancangan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong (kiri). Shahidan dah suruh Hamberi Mahat tarik balik petisyen dengan menjanjikan tiada tindakan diambil terhadap jurulatih yang tanda tangan....

Dua puluh tahun aku cover olahraga...politiknya meloyakan!

Thursday, February 16, 2012

Butler fed-up?

Fuh, banyak cerita panas berkisar di sekitar kenyataan Peter Butler, jurulatih Kelantan yang dikhabarkan menghitung hari-hari terakhir di Kota Bharu. Aku tak mau cerita banyak, maklumlah nanti ada segelintir penyokong tegar akan caci dan maki aku atas dorongan pihak tertentu.

Sekadar buat renungan sambil kita berangan-angan mau jadi profesional, baca laporan goal.comESPNStar,
blog seorang wartawan dan laporan The Malay Mail.

Adakah Butler sekadar mencari alasan?

Sementara Butler resah, penyerang Lubnan, Mohammed Ghadar Mahmoud, yang digugurkan oleh Kelantan Isnin lalu menjelang tarikh tutup pendaftaran pemain asing, pulang ke kampung halaman untuk menziarah bapanya yang sakit.

Tuesday, February 14, 2012

Yunus salahkan Karim

Anggota kuartet 4x400m yang menang emas di Sukan SEA di Palembang November lalu, Yunus Lasaleh, antara 58 individu yang menandatangani petisyen mendesak Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menyingkir timbalan presiden, Karim Ibrahim.

Anak jati Sabah itu turut menggemparkan arena sukan negara dengan mendedahkan bahawa dia mengambil  dadah perangsang atas arahan Karim. Baca laporan the Star di sini. Semalam sekumpulan atlet dan jurulatih beramai-ramai "menyerang" KOM dan presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim. Baca laporan Utusan Malaysia (gambar sebelah) di sini



Baca catatan blog ini pada 6 Januari lalu Apakah ini skripnya. Skripnya lebih kurang sama.

Monday, February 13, 2012

Bola dan rasuah, Part 1

Bagi aku, masalah rasuah bola sepak sekadar cerminan masyarakat kita yang korup, suka cari jalan pintas, mahu cepat kaya dan tiada integriti. Ini pandangan dua sen aku yang aktif melaporkan skandal rasuah pada 1994-95 selaku wartawan sukan Berita Harian.

Waktu itu, aku ditugaskan menulis beat bola sepak bersama Ahmad Khawari Isa selepas Badrulhisham Othman dan Saodi Mat Atar dinaikkan pangkat.

Apabila Chong King Kong diarah pulang dari Sukan Asia di Hiroshima pada Oktober 1994, satu Malaysia gempar. Story yang diterbitkan oleh the Malay Mail tulisan Tony Mariadass itu menjadi kemuncak siasatan pihak berkuasa terhadap skandal mengatur perlawanan. 

Sudahnya, 27 pemain dibuang daerah mengikut Akta Kediaman Terhad 1933 (pindaan 1989) manakala 58 digantung dari satu hingga empat tahun. Polis dan BPR (masa itu) menyoal siasat lebih 120 pemain.

Jumlah wang yang diterima 58 pemain itu dianggar RM1.32 juta dan 90 peratus daripadanya membabitkan perlawanan dengan Singapura!

Ketika itu membuat liputan mesyuarat Lembaga Disiplin FAM yang dipengerusikan Ketua Pengarah Penjara Datuk Zaman Khan ketika itu (kini Tan Sri) adalah cukup stressful!

Friday, February 10, 2012

Fenomena bernama Safee

Safee Sali sudah jadi satu fenomena di Indonesia sehingga muncul dalam Opera Van Java. Dengan statusnya sebagai jutawan bola sepak negara yang pertama, Safee sudah cipta sejarah. Begitulah rezeki buat seorang bintang yang sentiasa berpijak di bumi nyata, merendah diri dan tidak lupa daratan.

Aku bertuah kerana mengikuti kerjayanya menerusi pelbagai perspektif - sebagai seorang wartawan, pegawai media dan akhirnya pengulas di televisyen.

Masih segar dalam ingatan aku apabila Safee sekadar memanas bangku simpanan pada kejohanan empat penjuru membabitkan Brazil, Portugal, Korea Selatan dan Malaysia bergelar International Youth Cup pada Mac 2003. Itu adalah kejohanan sulung pertama K. Rajagobal (sekarang bergelar Datuk, kalau tak tulis takut dia marah) sebagai jurulatih Bawah 21 negara.

Skuad pelatih pertama menampilkan tiga penjaga gol - Sani Anuar Kamsani,, Mohamed Al-Hafiz Hamzah dan Mohamed Helmi Eliza Alias, anggota benteng K. Linggam, Fakharuddin Shah, Mat Saiful Mohamed, Mohamed Rahman Zabol, Mohamed Fairul Izwan Zaini, M. Ravinthiran, pemain tengah Fadzli Shaari, Firdaus Mokhtar, Ghazali Zamil, Azwira Zainal, Saiful Adli Mohamed, Mohamed Khairol Naim, R. Surendran, Harizal Izwan Abdul Rani, Firdaus Daud, Norisham Hassan, Tengku Alias Tengku Ibrahim, Armanzairi Johan, penyerang pula Nik Zul Aziz Nawawi, Safee, Affandi Zam Zam dan Fairus Montana Zainal Abidin. Kemudian Noor Zaidi Rohmat, Yosri Dermaraju dan Rudie Ramli disenaraikan.

Tak silap aku Raja bubuh Rudie dan Surendren sebagai dua serangkai penyerangnya. Dua bintang team itu Fadzli selaku playmaker dan budak Terengganu Tengku Alias, pemain tengah bertubuh kecil yang bermain dalam posisi Amar Rohidan dan K. Gurusamy hari ini. Rudie dan Fadzli sebelum itu berkampung tidak lama di SV Wehen, Jerman.

Daripada pemanas bangku simpanan kepada jutawan dalam masa sembilan tahun, Safee kekal sebagai mesin pencetak gol, seperti yang kutulis dalam Rembat Kosmo pada Januari 2011.

Banyak juga gol menarik daripada Safee yang aku tontoni secara "live" tapi aku susah hendak lupa dua aksinya - beberapa saat selepas masuk menggantikan Surendren, Safee merampas bola di kaki Du Wei lalu menolak hantaran tepat kepada Akmal Rizal Rakhli yang tenang menyempurnakan peluang dengan sidefoot kanannya untuk mengikat China 1-1 di Wuhan pada pusingan kelayakan Olimpik, Mac 2004. Pada Februari 2006, sambil membuat larian Safee meledak gol sulung antarabangsanya dari luar petak penalti ketika anak buah Norizan Bakar tewas 2-1 di Auckland. Ini antara memori yang terpahat dalam minda tatkala tidak terakam dalam wikipedia mahupun youtube!

Apa saja kesudahan suasana politik tidak menentu dalam Liga Indonesia, aku percaya Safee sudah ada escape clause yang menjamin masa depannya.



Safee boleh fikir kerjaya baru?



Memori indah lima gol Safee sepanjang Piala AFF 2010



Tidak terpilih ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) bukan bererti kegagalan buat Safee




Safee mesin pencetak gol

NAMANYA sepatutnya Shafie tetapi kesilapan ketika proses pendaftaran pada 1984, dunia kini mengenalinya sebagai Safee Sali.


Seluruh Asia Tenggara mengenali Safee selaku penggempur yang menggegar rantau ini dengan ledakan lima gol - dua menerusi tandukan, dua rembatan kaki kiri dan satu sepakan mudah dalam laluan Malaysia dinobat juara Piala Suzuki AFF 2010.


Namun perjalanan anak kelahiran Kajang yang dibesarkan di Tapah mengikut bapanya seorang anggota polis itu tidak semudah disangka.


Sebelum menabur bakti menjaringkan gol untuk semua jurulatih kebangsaan - daripada Allan Harris, Bertalan Bicskei, Norizan Bakar, B. Sathianathan dan K. Rajagobal, Safee terpaksa bangkit daripada kegagalan.


Bersekolah di Tapah dan seterusnya mengikuti program sekolah bola sepak berasrama di SMK Gunung Rapat di Ipoh, Safee menyertai ujian pemilihan di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) pada 2000.


“Ketika itu saya cuba memikat perhatian untuk memasuki Tingkatan Empat di SSBJ. Tapi panel jurulatih yang diketuai Ron Smith menggugurkan saya. Saya menyertai akademi Kuala Lumpur dengan bersekolah di SMK Cochrane, sekolah yang turut melahirkan Azman Adnan,” kata Safee.


Ditanya cakap-cakap mengatakan dia jelmaan Allahyarham Mokhtar Dahari, Safee berkata:


“Saya menonton permainan arwah menerusi kaca televisyen dan klip lama tapi saya rasa permainan saya berbeza. Lagipun arwah Mokhtar nama besar dan seorang legenda.”


Pada usia 19 tahun, Safee terpilih membintangi kesebelasan Kuala Lumpur dan menduduki tangga kedua senarai penjaring Liga Perdana pada 2003 dengan 11 gol.


Penampilannya mendorong jurulatih Bawah 21 kebangsaan, Rajagobal, untuk menggandingkan Safee dengan Fadzli Saari pada Kejohanan Jemputan Antarabangsa Empat Penjuru pada 2003 membabitkan Brazil, Portugal dan Korea Selatan.


Itu detik pertama Safee bekerjasama dengan Rajagobal, biarpun pasukan Bawah 21 negara tewas kepada Brazil dan Korea Selatan.


Tidak lama kemudian, Harris menyerapkan Safee ke dalam skuad pra-Olimpik. Biarpun banyak memanaskan bangku simpanan, Safee adalah faktor penting, bahkan tampil selaku pemain gantian, merebut bola daripada kaki lawan sebelum membuat umpanan tepat bagi membuka ruang buat Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyamakan kedudukan mengikat China di Wuhan pada 2004.


Terpilih dalam skuad pra-Sukan SEA kendalian Bisckei pada September 2005, Safee digugurkan menjelang temasya di Manila.


Hanya apabila dipilih oleh Norizan untuk lawatan dua perlawanan ke New Zealand, Safee menyambut penampilan sulungnya dengan jaringan dari luar petak penalti pada Februari 2006.


Dalam Liga M, Safee berhijrah ke Sarawak, terus meledak 11 gol pada 2005 sebelum kembali ke Selangor ketika dalam proses pemulihan akibat kecederaan lutut pada lewat 2006.


Pada Pestabola Merdeka 2007, Safee menyumbang empat gol, berganding di sisi Zaquan Adha Abdul Radzak, Khyril Muhymeen Zambri dan Norshahrul Idlan Talaha ketika anak buah B. Sathianathan menjulang gelaran sempena 50 tahun kemerdekaan negara.


Setahun kemudian Safee meneruskan sentuhan depan gol, menyumbat jaringan menarik ketika menentang Iraq, Nigeria dan Republik Ireland sebelum meledak lima gol pada Pestabola Merdeka 2008. (Aku jadi pegawai media kejohanan)


Tiga gol di Sukan SEA Korat 2007 dan dua gol lagi pada Piala Suzuki AFF 2008 di Phuket menyerlahkan hakikat Safee pakar mencium peluang. Penyudah tajam, rembatan padu, pakar tandukan, larian pantas - ciri-ciri yang dipamerkan dalam mengumpul lima gol sepanjang kempen Piala Suzuki AFF 2010.


Ringkasnya, Safee mesin pencetak gol terbaik negara.


Mohd Safee Mohd Sali
Tarikh lahir: 29 Januari, 1984, Kajang
Keluarga: Isteri Sabarina Yusof, anak
Norsyaza Syaqina, Norsyasya Sofirna
Pasukan: Kuala Lumpur, Sarawak, Selangor
Pencapaian: Juara Piala Suzuki AFF 2010, Penjaring Terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 dengan lima gol, juara Liga Super bersama Selangor 2009, 2010, juara Piala FA 2009, juara Pestabola Merdeka 2007.


Aku cakap Safee pilihan automatik dalam pasukan kebangsaan. "Saya percaya nama pertama yang tertulis dalam senarai Rajagobal ialah Safee Sali"...pada rancangan Kafe Sukan secara langsung di Lagenda 17 milik Zainal Abidin Hassan.