The falling standards of football refereeing, a posting by someone intimate with the game in Kedah. It's a great pity even if a place in the 2010 FIFA World Cup beckons for the nation's foremost referee, Subkhiddin Mohd Salleh, the standard of refereeing in general leaves much to be desired and comes under great scrutiny on a weekly basis. Let's hope the referee fraternity takes the criticism in good spirits. Read here as Jeebsion blows the whistle and issues our referees not yet a red card, but a yellow.
36 comments:
Bro Rizal,
Kita sebenarnya harus berlaku adil kepada abang-abang pengadil. Memang tidak dinafikan pengadil tidak lepas dari melakukan kesilapan. Itu harus diakui oleh semua orang.
Tetapi adilkah kita jika hanya menghamburkan kutukan dan kritikan sedangkan tiada sebarang cadangan atau idea kita berikan untuk memperbaiki prestasi pengadil?
Dakwaan insiden membabitkan pemain Piala Presiden yang diberikan kad merah tetapi dipanggil masuk dan bermain semula selepas waktu rehat, jika benar berlaku harus disiasat oleh FAM.
Mengatakan match commissioner kesemuanya sudah tua dan tidak nampak apa yang berlaku di padang agak kurang manis. Mereka ini penuh dengan pengalaman dan mempunyai penglihatan yang masih baik. FAM sendiri khabarnya tidak menetapkan had umur dan mereka boleh bertugas sehingga akhir hayat.
Mengapa kita jarang memberi penghargaan kepada pengadil sedangkan mereka bertugas secara sukarela? Hanya sedikut elaun saguhati yang mereka terima tetapi akhir-akhir ini menjadi kontroversi kerana FAM dilaporkan lambat membayarnya.
Secara peribadi, saya berpendapat pengadil MAlaysia masih boleh dibanggakan. Mereka juga dididik dan dibimbing oleh ketua yang begitu hebat dan handal di FAM.
Mr Anonymous,
Bagaimana untuk berlaku adil bila pengadil itu sendiri tidak adil? - Jika ini soalan matematik, maka jawapannya juga adalah tepat dah sempurna.
Cadangan? It's merely simple. Dalam paragraph ke 10, saya ada memanggil untuk step "reaction" .. there's action .. and there's reaction. Masalahnya pada masa ini tidak ada satu pun reaction dari FAM untuk memastikan check and balance specifically kepada pengadil ngan pada asalnya "adil". Maka semuanya keputusan yang dibuat, report dan sebagainya yang datangnya datang dari pengadil adalah sempurna? tiada cacat cela? MAKSUM?
Berkenaan dengan match commissioner - jika benar mereka2 ini adalah fit untuk designation berkenaan, tentunya sudah ada report2 terlepas pandang pengadil2 perlawanan. Di mana report berkenaan boleh dibuat post mortem berkenaan dengan quality pengadilan untuk tujuan performance indication/KPI.
Jarang memberi penghargaan? You should know why by now already :-)
Anda tidak pun langsung menyentuh tentang pengadil mencarut bila berada dalam keadaan marah - adakah itu dikira sebagai satu norma di dalam mutu pengadilan Malaysia yang dibanggakan oleh diri anda?
JEBON,
PENGADIL MENCARUT PATUT DIAMBIL TINDAKAN. SI KENA CARUT PERLU MEMBUAT LAPORAN RASMI. KALAU HANYA KALUT DALAM BLOG ATAU MEDIA, MCM MANA NAK AMEK ACTION KPD PENGADIL YG MULUT MACAM CELAKA TU?
Sdr Jeebsion,
Apakah faktor2 yang menyumbang ke arah kejatuhan prestasi pengadil?
Sila huraikan jawapan anda dan mengemukakan cadangan sebagai jalan penyelesaian (25 markah)
hehehehe
Tuan Jeebsion, adilkah kita memukul repri? Kalau dia maki, pi la maki dia balik
MENGIKUT KATA MEMBER SEORANG PENGADIL, KEPUTUSAN PENGADIL HANYA BOLEH UBAH SEBELUM DIA MULAKAN PERMAINAN SEMULA. KALO DAH RESTART, TAK BOLEH UBAH DAH.
KES KAD MERAH SG PETANI, BUKAN SAJA DAH MULA SEMULA, TAPI DAH REHAT PUN DAH. TUP-TUP SECAOND HALF, PANGGIL SEMULA MAMAT TU MAIN. INI MCM PUNYA REF PUN ADA KA?
ref yg itu macam tak boleh bagi kuning tapi merah la bro rizal....
Mr Jebon... banyak sebab yang menyumbang ke arah apa yg tuan soalkan. Antaranya, badan induk itu sendiri tidak peka terhadap teguran dan cadangan orang lain seperti kita. Apa yg tersemat di hati mereka, apa saja yang mereka lakukan adalah betul dan orang lain salah. Pendapat org lain akan dibakul sampahkan....
Chegu jebon,
Boleh sy cuba try jawap soklan cikgu?
Faktor penyumbang kemerosotan prestasi pengadil:
1. sikap sambil lewa mengadili perlawanan
2. Tidak cekap & kelemahan manusia
3. Cuai dan cincai
4. Tiada mood sebab elaun tak bayar
5. Komisioner tidak telus
Brp markah boleh bagi ni?
PIHAK BERKENAAN KENA LAKUKAN TRANSFORMASI DAN BERANI BERUBAH. KIKIS SIFAT SOMBONG, EGO DAN MENGANGGAP DIRI SENDIRI TERLALU HEBAT TU...KALAU TAK, SAMPAI BILA PUN BENDA NI TAK SELESAI....
BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL....
MCM MANA NAK PERFORM KALAU KEBAJIKAN REF TIDAK DIAMBIL PEDULI... PERGI JADI PENGADIL TERPAKSA PAKAI DUIT SENDIRI DULU. 3 BULAN KEMUDIAN BARU MASYUK AKAUN. ITUPUN HANYA UNTUK BULAN PERTAMA. UNTUK BULAN KEDUA DAN KETIGA ENTAH BILA LA....
ref yang bagi kad merah piala presiden tu kalau tak silap orang yang sama mengadili perlawanan liga super yang disiar secara live seminggu selepas itu antara terengganu lawan pahang. Ini bermakna, ref tu tak kena apa-apa tindakan. Relax dan buat bodo jer dia.... lu org saja yg sibuk2 apahal?
Jika tidak salah, ada beberapa orang tenaga pengajar yang berpengalaman luas telah dibuang kerana bercanggah pendapat dan menegur pihak yang berkuasa. Jika amalan cantas mencatas ini terus diamalkan demi kepentingan peribadi, bagaimana kita ingin melihat seorang lagi subkiddin akan lahir? Tepuk dada tanya selera.....
ADA BEBERAPA INDIVIDU YANG TIDAK BOLEH DITEGUR DAN ANGGAP DIA SAJA YANG BETUL. SIKAP INI BUKAN SAJA TIDAK AKAN MEMBANTU KE ARAH PENINGKATAN MUTU PENGADIL MALAH AKAN MENJAHANAMKAN PENGADIL ITU SENDIRI! LU FIKIR LA SENDIRI...
APAKATA PENGERUSI JK PENGADIL YANG BARU? TURUNLAH PADANG SEKALI SEKALA DAN TENGOK APA YANG DAH BERLAKU.
CERITA PENGADIL NI BUKAN CERITA BARU. PEMINAT SUKAN DAH MELUAT DENGAN APA YANG TERJADI. PENGADIL DAH 'DITELANJANGKAN' PUN MASIH BERDIAM DIRI. ADA TAKDE, ITU PUN JGN TIDAK.... AKAN BERKATA DLM BLOGNYA...."akan diambil perhatian"
Kamon la Datuk...
Para pengamal media memang sudah lama mengetahui apa masalah sebenar yang melanda pengadil kita sekarang. Tapi sayangnya mereka sendiri sudah tidak mahu 'masuk campur' atau 'melayan' karenah beberapa individu yang hanya akan membuang masa mereka saja jika dilayan....
ADA BYK SEBAB MENGAPA STANDARD SATU DUA ORANG REF INI JATUH MERUDUM. TAPI PERCAYAILAH, MASIH RAMAI YANG BAGUS DAN MASIH ADA RUANG UNTUK DIPERBETULKAN DENGAN SYARAT UNIT PENGADIL ITU SENDIRI PERLU DIPERBETULKAN...
CUBA BUKA MINDA DAN BERSEDIA MENERIMA TEGURAN.
SEMUA KOMISIONER PERLU IKHLAS DAN TELUS DALAM MEMBERI LAPORAN. PIHAK YANG MENERIMA LAPORAN JUGA PERLU MENGAMBIL TINDAKAN SUSULAN. JIKA TIDAK, TAK GUNALAH LAPORAN YANG DIHANTAR WALAU BERJELA-JELA SEKALI PUN
FAM tak ambil berat pun pasal pengadil ni. Lantak pi korang la...
Pernah dengar FAM buat PC umumkan sdr Subkhiddin terpilih pi world cup? haram takde....
MENGHENTAM DAN MENGKRITIK MEMANG MUDAH BERBANDING DARI MEMBERI IDEA BERNAS.
FIKIR2KAN LAH DAN SELAMAT BERAMAH...
Saudara Najeeb,
Satu ulasan bernas dari sdr. Ada yang tepat dan ada yang kurang tepat tulisan sdr itu. Namun bukan itu yang ingin saya perbahas dan pertikaikan.
Sebagai pemerhati yang mempunyai kenalan dari kalangan pengadil, match commissioner dan juga para pentadbir bolasepak, ramai dari kalangan mereka berpendapat bahawa, isu kelemahan dan kejatuhan prestasi pengadil ini bermula selepas pemergian sdr Nazri Abdullah. Sebagai seorang Pengerusi badan pengadil, beliau meletakkan kepentingan pengadil itu paling atas sekali. Tidak keterlaluan jika dikatakan, hanya manusia-manusia yang buta mata dan hati saja yang sanggup menafikan kenyataan ini.
Apabila sdr Nazri telah tiada dan diambil alih oleh pihak-pihak yang mempunyai agenda tersendiri, maka segala program pembangunan yang dirancang oleh sdr NAzri itu telah tidak digunapakai lagi atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh individu itu saja.
Ditokok tambah dengan sifat ego dan sombong, maka inilah punca segala-galanya. Lebih memburukkan lagi keadaan, orang No. 1 sentiasa menyokong apa jua keputusan yang dibuat tanpa mengambilkira pandangan dan cadangan pihak ketiga.
Bro Rizal,
Seperkara lagi tentang unit pengadil ni, assistant Kol. di FAM tu langsung tidak bersikap mesra pelanggan. Sepatutnya dengan kalangan pengadil kenalah berbaik-baik. Janganlah nak tunjuk yang dia tu lebih berkuasa dari tuannya.
Kadang-kadang sesuka hati dia je buat keputusan yang melebihi dari tuannya sendiri.
Cakap memang senang. Tapi ramai yang tak tahu KESEMUA PENGADIL itu lahir dan datang dari FA Negeri. Liga M bukanlah pentas sebenar bagi pengadil untuk menguji kebolehan mereka tetapi liga di negeri dan daerah masing-masing.
Timbul persoalan di sini, sejauh manakah FA negeri dapat membantu ke arah meningkatkan mutu pengadil? Adakah semua negeri mempunyai liga masing-masing? Apakah anak-anak muda kita di semua daerah turut berpeluang beraksi dalam liga daerah yang
sekaligus boleh menarik minat belia-belia menjadi pengadil?
Persoalan ini memang tidak pernah dapat dijawab hingga ke hari ini dan mungkin juga sehingga 10 atau 20 tahun akan datang. Hanya masa yang akan menentukan keadaan.
Sesungguhnya, tugas dan tanggung jawab untuk melahirkan seorang lagi Nazri Abdullah dan seorang lagi Subkhiddin Salleh bukan terletak kepada FAM saja, tetapi KITA semua, yakni FA negeri, peminat bolasepak seperti kita, pentadbir bolasepak, pengamal media cetak & elektronik. Blogger turut tidak terkecuali dalam misi ini.
Asalkan niat kita ikhlas untuk membantu dan pihak yang ingin kita bantu itu turut ikhlas dan sanggup menerima teguran dan cadangan, Insya Allah suatu hari nanti bukan saja seorang Subkhiddin yang akan lahir, tapi mungkin 5 atau 6 orang.
Jika semua pihak bertelagah dan masing-masing ingin menunjukkan bahawa aku berkuasa dan aku maha hebat, maka usahkan mengharapkan seorang lagi Subkhiddin akan lahir, tetapi Subkhiddin yang sedia adapun akan lari....
MATCH KOMISIONER BUKAN SAJE DAH TUA, MEREKA NI JUGA BUKAN NYA TAU PASAL KOMPUTER. LAPORAN, INSIDEN MEMERLUKAN TINDAKAN SEGERA MELALUI INTERNET .... TAHUKAH BEKAS-BEKAS AHLI JK PENGADIL TU PASAL INTERNET ... KECUALI ADA PROKSI YANG BUATKAN
MANA DIA GERANGAN ORANG YANG TERHEBAT
- BERAPA HARI DIA DI OFIS - MALDIVES, JEPUN, INDONESI DLM SEBULAN .., APA YANG DIA BUAT
BUKAN KAH DIA TELAH MAKLUMKAN KE SELURUH NEGARA MELALUI SEBELUM WISEL BERBUNYI YANG DIA TAK BACA BLOG ....
JADI .... JANGAN BUANG MASA ANDA SEMUA....
KECUALI ANDA SEMUA BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MEMARTABATKAN PENGADIL MALAYSIA
KITA TUNGU DAN LIHAT JE JANG .......
Saudara Anonymous (uishh .. awat banyak sangat anonymous nih),
Raja Ahmad pernah membuat media statement supaya tidak mengkritik secara terbuka. Laporan memang dibuat, tetapi malangnya tiada tindakan susulan. Peminat secara amnya tiada medium untuk didengari. Then there's the blessing of the internet. Tekanan akan lebih terasa bila orang ramai mengetahui terdapat situasi yang sedemikian jelik kondisinya.
Saya memang tidak condone tindakan kasar sebegitu rupa (mengamuk/memukul). Tetapi perlu kita fikir bagaimana aksi seorang pengadil bila mengadil boleh mempengaruhi tindak tanduk seluruh warga stadium.
Tak perlu laa nak mencarut balik kat sapa2. Bukan hanya sepasang mata yang menonton dalam satu2 perlawanan bolasepak. Pada saya, sebagai entiti yang mengadil, perlu terpahat rasa hormat pada pandangan orang ramai. Jangan beremosi ketika bertugas. Pastikan tulus dan tepat ketika bertugas. That's no exception whatsoever.
Jika tidak, seperti kata commentor pada blog saya (Tokusa) pada satu masa nanti, pengadil akan dipandang hina seperti pegawai polis sekarang.
SAUDARA Najeeb yang dihormati,
Apa kata tuan sendiri masuk dan menceburi bidang kepengadilan ini. Saya yakin tuan mampu membawa perubahan ke arah memperkasakan kualiti pengadil yang sedia ada.
Kemasukan tuan juga mungkin boleh menambah kuantiti pengadil di Malaysia dan negeri Kedah sendiri yang hanya mempunyai 5 atau 6 orang pengadil bertaraf Kebangsaan kategori B. Dengan pembabitan tuan juga, diharapkan ada pengadil Kedah yang akan dinaikkan gred A next year.
SELAMAT MENGADILI...
APABILA membaca komen-komen dalam posting ini, terlintas di fikiran saya bahawa ada 'sesuatu yang tidak kena' yang perlu ditangani dengan seberapa segera dan sebaik mungkin oleh pihak yang berkenaan.
Namun timbul persoalan, apakah keluh kisah itu dibaca oleh mereka yang berkenaan kerana ada laporan mengatakan, mereka tidak berminat untuk membaca blog. Bagi mereka, media baru ini tidak penting. Ini bertentangan dengan peminpin2 Kerajaan masa kini yang bukan saja menjadikan blog sebagai bahan tambahan, malah turut mempunyai blog atau facebook masing-masing.
Bagaimana mahu mengatasi kekangan ini?
Rajoo,
I adore your soft sarcasm. Thank you :-)
Tuan Najeeb yang dimuliakan,
Saya tak setuju dgn Mr. Rajoo suruh tuan masuk dan terjun ke bidang pengadilan. Bukan apa, bidang tu memerlukan seseorang yang ada daya tahan yg tinggi dan telinga yg kalis maki hamun dan sumpah seranah. Itu belum masuk bab-bab kritikan dalam blog atau media lagi. Tuan sanggup ke?
Macam ni la tuan... apa kata saya cadangkan tuan ambil alih saja pentadbiran FAM tu. Bila dah dok di sana nanti, tuan bukan saja dapat memperbetulkan unit pengadil yang haru biru tu tapi dpt juga mengembalikan martabat bolasepak negara keseluruhannya. Sapa tau kan? Tuah ayam nampak di kaki...
Kalau tuan dah berkuasa di unit pengadil tu, tuan kenalah open. Dengar sikit pandangan org lain. Jangan anggap tuan jer yang betul, org lain suma tak boleh pakai punya. Satu lagi, tuan jgn ada sifat dendam pada org yang tak satu kepala dgn tuan..
Nanti tuan juga boleh lah tampal mulut ref yang kuat maki org tu dengan koyok. Tionaseng punya mamat... senang-senang maki org...Lanc** la lu ref...niamakahai
Dey macha Mr Rajoo, yenna dey?
Mr. Najeeb opinion ஆண்டுகளுக்குப் பின்னரும் புதிய பொருளாதாரக் கொள்கை தனது நோக்கத்தை அடையத் தவறி விட்டது.
அதில் FAM வியப்பு ஒன்றும் இல்லை. 52 பில்லியன் ரிங்கிட் பங்குகள் எங்கே போனது? அம்னோ அரசாங்கம் referee?
Mr. Najeeb's suggestion ஆண்டுகளாக பதவியில் இருக்கிறது. அது எவ்வாறு நிகழ்ந்தது என்பதை
Salam sejahtera Incik Najeeb, tahniah la kedah menang main dgn Ganu.
selaku peminat team Ganu, saya tak puas hati dgn pengadil dan sebab pengadil cap ayam tu la Ganu kalah.
Apa ulasan incik tentang pengadil mlm tu? tentu tuan kata pengadil bagus kan...
:)
Mr Jeebsion,
Cuba hang baca tulisan penyokong kuat Selangor ni....
"Kegagalan pengadil, Mohd. Nafeez Abdul Wahab mengawal permainan dengan baik telah mengakibatkan aksi semakin panas dengan terjahan-terja- han keras ditampilkan pemain kedua- dua pasukan"...
Dasyat pengadil skrg, dah pandai ajar pemain supaya terjah sana sini nak patahkan kaki lawan.
Fikir-fikirkah la dan selamat beramah....
referee kat malaysia jangan harap nak meningkat pasai apa yang sedang dibuat atau dilakukan di dept ref tak boleh bawa ref kemana mana,tengoklah nanti, stail sekarang hanya bilangan yang ramai, quality tarak, main kroni lagi, bodek punya bodek macam macam...........sorry zaman kegemilangan dah berakhir, sekarang menanti zaman kehancuran bakal tiba,,,,,,,,,,
Anon 1.39am,
Mu jadi burung hantu ke dok tidor2 sampai pagi ni?
Mu salah la awe... pengadil mesia ni suma terer2 dan kalis peti ais. Bagi kad merah pastu panggil masuk main semula pun dapat jaga game live lagi lepas tu...
mat kemamang,
Jika anda pernah membaca blog saya, dan membaca salah satu article saya berkenaan dengan kepincangan KFA, then I can assure you saya bukan jenis lalang.
Mat Kemamang.. Ganu kalah je pengadil tak bagus.. Apa cerita lak.. Ramai yg tengok kat Astro ARENA mlm tu.. Walaupun tak la bagus sangat tp tak la sampai nak kata buruk.. Kalau buruk pengadilan mlm tu mesti dah masuk suratkhabar nyer sebab satu Malaysia leh tengok game tu.. Terengganu kalah sebab nasib je tak dapat score.. Main dah elok.. Kedah pon main elok.. Saya seronok tengok game tu sebab walaupun padang licin tetapi game tetap rancak.. Jangan dah cari salah pengadil atau orang lain..
anon April 2, 3.29pm...
Ok la gua setuju dgn lu. Kalau teruk mesti masuk paper punya kan...
Ni kes ref NS-sngor ada masuk paper hari2 woi... apa komen anda?
Post a Comment