Tuesday, August 10, 2010

Piala Dunia, stail Berita Harian

Buat julung kalinya, penganjur Piala Dunia Berita Harian 9-sebelah, membuka pintu kepada bekas kakitangan BH untuk membentuk satu pasukan. Sejurus menerima jemputan rasmi Meor Hisham, Fahmi Omar menggunakan segala kepakaran dan connection yang ada, khususnya mengacarakan program Jejak Kasih, bagi mengumpul semula barang-barang antik yang pernah menghiasi satu bahagian di bangunan di Jalan Riong. Sudahnya, XMEN BH mengumpul tujuh mata untuk menjuarai Kumpulan B tetapi kecundang angkara penentuan penalti di tangan pasukan gabungan meja sukan/Berita Minggu pada separuh akhir.


Belakang dari kiri Ahmad Fauzi Mustafa, Razali, loose cannon, Rosli Safar, Fahmi Omar, Razak Rafflis, Mohd Ali Majid, depan dari kiri Ridzwan Mohamad, Khairul Anuar Mokhtar, Badrulhisham Othman, Abu Bakar Atan, Mior Kamarulbaid Mior Shahid, Dahlan Maamor, V. Ashok. Loose cannon, Rosli, Razak, Mohd Ali, Khairul Anuar, Badrulhisham, Abu Bakar dan Ashok adalah bekas anggota meja sukan BH. Ashok kini Pengarang Sukan BH. Abu Bakar dan Fahmi anggota perintis meja sukan Harian Metro, sebelum disertai Dahlan dengan cermin matanya pada 1991. 



Dapat No 3 pun jadilah, dengan formasi 4-0-4...penjaga gol yang cemerlang, empat pertahanan yang tak bergerak, empat penggempur yang buat kerja...

                                            Barisan belakang dari kiri Abu Bakar Atan (TV3), Ahmad Fauzi Mustafa (Parlimen, tak lama lagi jadi ahli), Mior Kamarulbaid Mior Shahid (big boss BH), Ridzwan Mohamad (kojenya makan deghoyan aje, maklumlah bisnesman), Khairul Anwar Rahmat (peguam sivil dan syariah, penulis kolum Bona Fide di MStar, pengarah eksekutif Casa Impian serta pemenang Anugerah Kajai bersama Yusof Sulaiman pada 2004 berdasarkan siri artikel mengenai kerenah birokrasi Pejabat Tanah). Depan dari kiri Fadzrie Hazis (Astro Awani), Bazly Azmi (Astro Arena), loose cannon, Fahmi Omar (PRO MSN), Dahlan Maamor (Penasihat Media RTM), Isa Nikmat (umno-online). Mujur Dahlan dan Bakar sempat bergambar. Maklumlah selebriti, jadi mereka datang lambat...


Abu Bakar Atan resah di tepi padang..."apa ni Rizal, mana the pressing game yang u selalu cakap tu, pressing lah...


Bazly "Poyo" Azmi melakukan umpanan lintang


Betapa sukarnya membocori gawang lawan dalam Piala Dunia BH tergambar apabila Zef Othman dan Fahmi Omar dijulang pemenang kasut emas, eh bukan, hamper emas dengan hanya mencatat dua jaringan


Tajuk perbualan - cerita kisah lama. Ini sebelum Dahlan Maamor mencuri tumpuan dengan kegagalan menyempurnakan penalti pada separuh akhir apabila sepakannya melepasi tiang kiri. Ini disusuli sepakan penalti pada penentuan tempat ketiga yang melepasi palang dan singgah ke grandstand biarpun Dahlan dengan rakusnya meminta mengambil sepakan pertama, kononnya untuk menebus kegagalan pertama tadi. Rupa-rupanya Dahlan, bekas pegawai media FAM, novelis dengan 11 buku, pengacara TV, pernah menjalani pembedahan mata pada November 2009. Jadi kita maafkanlah peluang keemasan yang tidak disempurnakan serta dua penalti yang gagal disudahkan. Loose cannon masih ingat pada 1992, larian Dahlan di bahagian serangan Metro menggegar tanah...Fahmi menunggu di depan gol, manakala Bakar, kalau tak gaduh, mengawal jentera tengah...

Monday, August 9, 2010

Legenda 17

Gambar Majalah Stadium

Tahniah buat bekas kapten pasukan kebangsaan Zainal Abidin Hassan yang menceburi bidang keusahawanan dengan membuka restoran Lagenda 17 di Shah Alam. Dirasmikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Turut hadir antaranya Tengku Muda Pahang, Datuk Ghani Minhat, Datuk Soh Chin Aun, Datuk David Arumugam, keluarga Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, naib presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, bekas penolong setiausaha FAM, Datuk Yap Nyim Keong dan jurulatih pasukan kebangsaan, K. Rajagobal.

Bolehlah krew Kafe Sukan buat rakaman di situ nanti!


Kafe Sukan 2 Ogos

Tetamu Kafe Sukan 2 Ogos 2010 ialah bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad dan blogger Christopher Raj.

Topik dibincangkan - relevan atau tidak temasya Olimpik remaja, pindaan perlembagaan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dan hala tuju Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Mazlan yang dulu rajin menulis kolum di Harian Metro dan Malay Mail, sekali-sekala menulis untuk Utusan Malaysia ketika ini. Antara cadangannya yang aku ingat agar bola sepak Malaysia kembali menjadi amatur atau semi-pro.

Soalan ini aku lontarkan dalam televisyen dan Mazlan menyambut: "Kalau ada jaminan kerja, pemain tidak akan berdepan masalah gaji tertunggak, pegawai tidak menuduh pemain makan suap dan tidak timbul masalah gaji lewat dibayar."

Masalah utama kita - nama liga saja profesional, pendekatan, sikap, amalan, corak latihan, pemikiran - amatur.

Syaaban berlalu...

Bulan Syaaban...Ayahku dipanggil menghadap Ilahi 20 Syaaban 1417. Bapa saudaraku Cikgu Rashid atau digelar, meninggal dunia pada usia 91 tahun 24 Syaaban lalu. Awal Syaaban yang lalu, aku menziarah Hajjah Raihanah Abdullah, yang kematian bapa tersayang, Hj Abdullah Mubarak. Antara paling awal menziarah jenazah bekas chief foreman production di NSTP itu ialah penolong bendahari Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Rosmanizam Abdullah.

"Arwah sebaik-baik manusia, pendiam tetapi ada sense of humour tersendiri. Percaya atau tidak, ketika Arwah menyewa di Kampung Baru, Arwah tidak menunggu tuan rumah menaikkan kadar sewa. Arwah naikkan sendiri," kenang Rosmanizam, bekas wartawan dan penyunting sukan di Berita Harian yang kini orang besar Utusan Malaysia.



                                             bersama En Haniff Hadi, Shahrizal Sanusi dan Akram Mohamed...gambar ihsan Shahrizal

Sebelum menunaikan solat jenazah, terserempak dengan bekas penolong pengarang kumpulan BH, En Haniff Hadi yang sedang mengambil wudhu'. Sebelum itu bersua Shahrizal Sanusi, bekas penyerang sekolah VI dan Supersub BH serta anggota pasukan pelari maraton Slowmovers.

Sebelum berhijrah ke Malay Mail, aku terpaksa menghadap En Haniff untuk dapatkan blessings.

"Engkau tak faham perjuangan Rizal," antara kata-kata En Haniff, yang mencipta nama sebagai wartawan sukan, hampir sejam aku duduk dalam pejabatnya!

Tapi aku sudah nekad...tidak lama kemudian aku bermimpi arwah ibuku berjumpa En Haniff...

Wednesday, August 4, 2010

Putting the trust on them

Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman and Datuk Dr Khaw Lake Tee


In them the Olympic Council of Malaysia trust!
Read here. Certainly its one way of making sure the money is not siphoned off once the present office-bearers are no longer holding any position in the umbrella body.

Betul cakap Engku...

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar bersuara! Dan aku bersetuju dengannya.

Apalagi tuan-tuan, letak jawatan lah!



Setuju atau tidak setuju? Baca di sini

Isnin lalu pula, Kosmo menyiarkan kolum Garis Tepi:

Baru-baru ini, penulis berkesempatan menemu bual Tan Sri Elyas Omar.


Dalam kesibukan beliau, Elyas tetap meluangkan masa untuk penulis. Permintaan penulis untuk membuat temu janji jarang dijawab dengan nada yang mengecewakan.


Bagi penulis, Elyas harus dikenang selaku supremo dengan sentuhan Midas. Apa saja yang dilakukan bertukar menjadi emas.


Sama ada selaku Datuk Bandar Kuala Lumpur ketiga yang mencorakkan pembangunan ibu negara, ataupun tokoh sukan dan perancang di balik tabir Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (PBKL), Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Persekutuan Kebangsaan Lumba Basikal Malaysia (PKLBM), Elyas menggabungkan idea dengan pelaksanaan.


Tidak ramai di kalangan kita yang mempunyai daya fikir dan seterusnya tenaga untuk melaksanakan idea-idea kita. Elyas tergolong dalam kumpulan yang terkecuali.


Bagi mereka yang tidak mengenali Elyas di zaman kegemilangannya sebagai seorang tokoh pemimpin sukan yang berwibawa dan gah, antara sumbangan anak kelahiran Pulau Pinang itu ialah:


# memperkenalkan dasar semi-pro pada 1985 dengan memastikan pemain bola sepak Kuala Lumpur bekerja sebagai kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Liga Semi-Pro anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilancarkan pada 1989.


# membina tapak kekuatan Kuala Lumpur selaku gergasi bola sepak tempatan.


# pengambilan trio Singapura - Fandi Ahmad, K. Kannan dan Malek Awab – untuk menganggotai skuad Kuala Lumpur. Ini membuka mata semua pihak.


# mengirim pemain remaja berkelana ke luar negara, khususnya Eropah, sebagai pendedahan tahap tinggi. Program ini melahirkan antara lain Azmin Azram Aziz dan Azrul Amri Burhan. T. Gopinath Naidu pula antara penerima skim biasiswa bola sepak yang membawanya ke Aston Villa dan Jerman.


# menyuntik unsur profesionalisme ke dalam pengurusan Kuala Lumpur dengan mmbawa jurulatih Piala Dunia Czechoslovakia, Josef Venglos, dari Sporting Lisbon.


# mengilhamkan projek Piala Thomas/Uber/Olimpik (TUO) yang membawa hasil pada 1992 dengan kemenangan Piala Thomas dan gangsa di Sukan Olimpik di Barcelona.


# membawa kepakaran China menerusi Fang Kaixiang dan seterusnya Yang Yang, Chen Changjie dan Han Jian ke Malaysia.


# ketua pelobi membawa Sukan Komanwel 1998 ke Kuala Lumpur


Benar, dedaun masa berguguran dan mengubah lanskap sosio-ekonomi negara namun corak dan kaedah kepemimpinan Elyas masih relevan.


Menggunakan pengaruhnya selaku Datuk Bandar, Elyas mengajak sektor swasta menyumbang dalam sukan menerusi tajaan, sama ada dalam bentuk wang atau barangan.


Elyas supremo sejati, seperti juga Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil. Kedua-duanya diberi kuasa eksekutif untuk membangunkan persatuan masing-masing.


Elyas mendedahkan bahawa beliau tidak berfikir dua kali melawan pakar teknikal dengan hujahnya.


“Kata putus terletak di tangan saya. Selaku ketua organisasi, saya bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya, mengimbas detik beliau menolak cadangan Fang Kai Xiang menurunkan Foo Kok Keong sebagai pemain perseorangan pertama pada separuh akhir Piala Thomas 1988 dan idea memecahkan pasangan Razif-Jalani Sidek pada final 1992 disebabkan Jalani yang dilanda demam.


Di Kedah pula, program pembangunan Allahyarham yang menjadi pemangkin kebangkitan Hijau Kuning pada era 1980-an, kekal mekar sehingga hari ini, terbukti apabila SK Tunku Anum membolot gelaran Piala Menteri Pelajaran dalam kategori bawah 14 dan 17 baru-baru ini.


Pelaksana-pelaksana di akar umbi nampaknya masih setia dengan program Ahmad Basri.


Dalam pada itu, sekalung tahniah diucap kepada pemegang jawatan tertinggi FAM yang bakal terpilih hari ini.


Harapnya, mereka korek semula pelan pembangunan tersimpan dalam kabinet fail dan juga Road Map nukilan Robert Alberts.


Juga kita harus mencari jalan untuk membolehkan bekas pegawai pembangunan FIFA, Windsor John dan Penolong Ketua Pertandingan Qatar Stars League (QSL), Saifuddin Abu Bakar, membantu merencanakan bola sepak negara.


Barangkali Jawatankuasa Tabung Pembangunan Bola Sepak yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, boleh menggunakan kepakaran dan hubungan akrab mereka dengan dunia luar.


Kita perlukan pemimpin seperti Elyas dan Basri. Kedua-duanya pemikir dan pelaksana, boleh dibawa bersila di rumah usang di Baling dan pada masa yang sama selesa mengapit kelompok bangsawan di Monaco.


Kita tidak perlu pemimpin yang membeli iklan dalam akhbar mempromosi diri sendiri sambil berterima kasih kepada pemimpin tetapi tidak menghargai penyokong yang membayar tiket untuk ke stadium!

Free consultancy for FAM

Leadership - a process whereby an individual influences a group of individuals to aim and achieve a common goal.

Goal. Aha, everyone knows what a goal is. The French call it but..

By now virtually everyone has spoken on the recent FAM line-up. I hope the leaders are able to lead...

So what next?

First and foremost, FAM should come up with a vision and mission statement. Give it a name, Vision Malaysia, Visi Malaysia, or Wawasan Bola Sepak Kebangsaan. Sell the idea to the rakyat.

I was impressed with Tengku Mahkota's speech when the Super League was launched in 2003. The plan was for every team to have a place to call home and the necessary eco-system conducive for success. Simple things like a medical doctor and a physiotherapist attached to the team, team bus and proper office. In short, a fully professional set-up...

Seven years on, KAFA and FAS do not have a place to call home!

I've grown tired writing about what we should do, like introduce U11 and U12 League competitions for junior schools at district level, ensure teachers handling grassroots activities and teams have adequate knowledge and coaching qualifications bla bla bla.

The immediate concern to me is the national team with an average age of 23. Coach K. Rajagobal has made the likes of Aidil Zafuan and Zaquan Adha, Khyril Muhymeen Zambri, Safiq Rahim and Norshahrul Idlan Talaha the nucleus of his squad. That means in theory they should hit peak form in seven years.

Why don't FAM convince the GLCs to support the various national teams?

Imagine Sime Darby taking charge of the national senior team in terms of salaries and training overseas. In return the Sime Darby branding will be visible on the team's training kit, backdrop of every Press conference and interviews involving personnel.

TM, instead of pouring money into Manchester United's coffers, can sponsor Harimau Muda A and B. Or TNB, or Petronas...

Khairy Jamaluddin envisioned the idea of a sponsor for the various competitions, like TM for Super League, McDonalds for the Premier League and etc etc. We should also explore the idea for the various national teams!
Consultants would charge a king's ransom for this piece of advice. For the love of the game, loose cannon is doing it for free!