Friday, October 19, 2012

Buat Man dan Dila...


Terlalu sibuk dengan urusan duniawi sehingga aku lewat mengucapkan selamat berangkat kepada adikku Man dan isterinya Dila. Kalian akan menempuh perjalanan paling Agung.

Allah SWT dengan limpah Rahmatnya telah menjemput kalian, aku dan keluarga berdoa agar Ibadah Haji Man dan Dila diterima Allah dan agar mendapat Haji yang Mabrur ....

Beruntunglah kalian mendapat jemputan paling agung ke Tanah Suci ketika belumpun berusia 40 tahun.

Aku masih ingat lagi ketika kali pertama menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada 1988. Selain belajar menunai ibadah Umrah, aku ada dua kenangan yang mencuit hati. Pertama dalam perjalanan ke Masjidil Haram dari tempat penginapan kami, aku ditahan polis.

Tiada dokumen pengenalan, maklumlah sekadar bawa riyal yang tak seberapa. Nyaris aku diangkut masuk ke dalam van kerana mereka sangka aku Bangla datang tanpa izin ke Makkah. Mujur Man menyusul di belakang tidak lama kemudian, menjelaskan keadaan dalam Bahasa Arab...balik ke kamar, aku, arwah Mak dan Ayah gelak mendengar insiden itu...aku cakap kalau tidak Mak dan Ayah cari Riz dekat lokap!


Man ajar aku ikat serban, maklumlah dia belajar sekolah agama...satu keputusan arwah Ayah yang sangat tepat dan berwawasan kerana Man mengimamkan solat jenazah mengiringi perjalanan terakhir Ayah pada 20 Syaaban 1418




Saat-saat menjelang remaja satu kenangan indah. Man lebih cenderung belajar, sopan berbanding aku pulak kaki main bola, bersukan dan suka melukis serta kaki enjoy


Di rumah Atok di Kluang, di kala kami masih comel-comel belaka



Dedaun masa memastikan kecomelan kami sudah ditelan zaman. Gambar kenangan pada malam Man dan Dila nak berangkat Rabu lalu

Aku juga mendapat satu pengajaran besar di sana. Man ada masalah cagu di kakinya, dan aku mengeluarkan kata-kata macam geli lah, tidak lama kemudian siku aku bernanah...menyukarkan aku menyalin baju, mengambil wudhu' dan mengakibatkan aku kurang selesa sepanjang Umrah itu...tanda Allah mengirim mesej agar jaga mulut di Tanah Suci.

Man dan Dila menerima pengesahan buat Haji tahun lalu tetapi disebabkan mereka berada di Dubai, mereka terpaksa menolak.

Aku sekadar menawarkan opsyen kepada Man jika tiada pilihan lain - aku dan Intan jaga dua anaknya dengan pembantu rumah mereka sekali, maklumlah kami tiada pembantu rumah...atau kami jagakan kereta...

Kepada Man dan Dila, usah lupa panjatkan doa buat kami sekeluarga...juga kepada saudara-mara, jiran dan rakan taulan yang menunaikan Rukun Islam kelima, semoga mendapat Haji Mabrur dan diberkati perjalanan pergi dan pulang.

Bagi yang meraikan Zulhijjah di tanah air, semoga berpuasa meraikan bakal Haji di Tanah Suci. Jika ada kemampuan, tunailah ibadah korban.

Imbas semula kembara jalanan Pak Mat di sini dan sini.

Man, pssst, sesekali Bg Is pinjam kereta bawak  Kak Intan round-round eh?


3 comments:

Anonymous said...

sekarang En Rizal lagi comel macam Doraemon.

MatRock said...

Bila lagi LC nak ke sana sementara masih tegap ni? Jemaah Indonesia majoritinya muda2 dari kita bro...

Unknown said...

..salam, lc...I thought I detected some traffic coming my way from your blog...:)..apa pun pakmat turut mendoakan yang terbaik untuk adik lc dan isteri ditanah suci...sudah tentu, ketika ini beliau sedang sibuk menyediakn diri untuk berwukuf diArafat..dan baginya, sebagai orang yang berilmu. insyaAllah, haji mambrur..sesungguhnya dedaun masa akan menjadi kerut dan reput...tetapi ianya akan digantikan dengan ketakwaan dan iman...menyebabkan cahaya yang bersinar lebih indah dari kecomelan dedaun muda...