Sunday, August 5, 2012

Tun Dr M, Tun Dr Hasmah doakan kejayaan LCW


Bekas penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mendoakan kejayaan Datuk Lee Chong Wei menjelang pertarungan dengan Lin Dan pada final perseorangan lelaki Sukan Olimpik di Wembley Arena malam ini.

"Saya doakan kejayaan Chong Wei. Kita harap dia dapat emas," kata Dr Siti Hasmah selepas majlis buka puasa bersama anak yatim anjuran Taman Ekuestrian Putrajaya malam tadi.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencelah, "Apa lagi kita boleh buat, kita doakan saja."

Namun kedua-dua Tun itu nampaknya tidak akan menonton final yang juga ulangan pertemuan akhir Beijing 2008.

"Tak, kami ada jemputan buka puasa...tapi InsyaAllah kami akan rakam dan tonton kemudian," kata Dr Siti Hasmah.

Dr Siti Hasmah berkata beliau teringat ketika sama-sama menghulurkan sokongan kepada skuad badminton negara pada temasya Olimpik di Barcelona pada 1992.

"Ya ketika itu kita cipta sejarah, memenangi pingat gangsa buat kali pertama menerusi Razif-Jalani Sidek. Kita harap dapat emas pula."




Azam, aku, Tun Dr M dan Tun Dr Siti Hasmah. Tun M sempat bermain dengan telinga anak ku

No comments: