Thursday, July 28, 2011

Surat terbuka kepada team Harimau Malaya

Assalamualaikum, salam sejahtera ke hadapan team Harimau Malaya,

Saya Rizal Hashim mewakili diri saya sendiri teringin menyampaikan isi hati buat tatapan saudara sekelian (surat ini tidak ada kena-mengena dengan sesiapa) menjelang pertemuan dengan Singapura pada pra-Piala Dunia malam ini.

Buat pengetahuan kalian, saya bekas wartawan Berita Harian dan The Malay Mail yang ada pengalaman 20 tahun membuat liputan bola sepak tempatan, termasuk mengikuti pasukan kebangsaan (ketika zaman belum diberi gelaran Harimau Malaya) dengan rapat. Sebelum menjadi wartawan, saya sudah ke Stadium Merdeka sejak umur 10 tahun pada 1980, jadi mengikuti perkembangan zaman Soh Chin Aun, Khalid Ali dan Supermokh serta Santokh Singh.

Antara jurulatih yang saya interviu Rahim Abdullah (coach Sukan SEA Manila), Richard Bate, Ken Worden, Claude Le Roy, Wan Jamak Wan Hassan, Abdul Rahman Ibrahim, Hatem Souissi sekejap, Allan Harris, mendiang Bertalan Bicskei, Norizan Bakar, B. Satiananthan dan kini Datuk K. Rajagobal, satu-satunya jurulatih aktif dianugerah gelaran Datuk.

Pemain pula dari zaman Zainal Abidin Hassan, Azizol Abu Haniffah dan Dollah Salleh, ke era Azman Adnan, Mubin Mokhtar dan Salahuddin Che Rose, ke era Azrul Amri Burhan, Azmin Azram Aziz, ke era Tengku Hazman Raja Hassan, Khalid Jamlus dan Rosle Derus hingga era Norshahrul Idlan Talaha.

Buat liputan bukan sekadar pasukan senior, bahkan daripada Piala Nike Bawah 14, pasukan Bawah 16, Bawah 19 dan 20 serta Bawah 23. Sebab itu saya ingat Akmal Rizal Rakhli anggota skuad Norizan pada 1995, serta Norshahrul, Nurul Azwan Roya dan playmaker Zulbadly Ismail budak Selangor yang dah hilang, mewakili skuad Bawah 16 kendalian Zainal Abidin Hassan pada 2001.

Juga saya dituduh pasang spy di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) kerana orang rumah pernah betugas di situ,   bahkan dia digelar cikgu yang garang oleh batch Amirulhadi Zainal dan Farizal Marlias serta Safiq Rahim dan kembar bersaudara Aidil Zafuan serta Zaquan Adha (kalian tidak tahu dia lagi garang di rumah...hehe).


Spy dengan Zamir, Azlan, Amirulhadi, Azrul, Farizal dan Khairul Fahmi

Kerjaya saya bermula dua tahun selepas skuad Trevor Hartley memenangi pingat emas Sukan SEA di malam hujan lebat pada 1989. Sepanjang tempoh hingga saya pencen awal pada 2008, bola sepak Malaysia dilanda pelbagai masalah - daripada skandal rasuah, isu pentadbiran dan paling penting, prestasi yang konsisten di peringkat antarabangsa - iaitu gagal secara konsisten.


Malang sekali kerjaya saya selaku wartawan sukan hadir pada tempoh suram, detik kejatuhan ke gaung apabila skandal rasuah didedahkan pada lewat 1994, sehingga seorang bek tengah dari Pulau Pinang dikirim pulang awal dari Sukan Asia Hiroshima untuk membantu siasatan...rasa rugi pula kerana tidak dilahirkan ketika zaman skuad negara mara ke Sukan Olimpik 1972 dan menang pingat gangsa Sukan Asia di Teheran 1974 - zaman Mansoor Rahman menulis untuk New Straits Times, atau ketika SuperMokh di kemuncaknya dan diberi liputan oleh Fauzi Omar (New Straits Times), Hishamuddin Aun (Berita Harian) dan Dan Guen Chin (penulis kolum SuperMokh bertajuk On Target) di saat pasukan negara mara ke pusingan akhir Piala Asia 1976 dan 1980 atau Abu Bakar Atan membuat liputan kejayaan Sukan SEA 1989...tapi kalau adapun, barangkali saya hanya penulis berwatak tempelan...

Namun saya tegar menulis apa saja bentuk cerita, kisah suka duka dan dasar-dasar FAM sambil bangga menyarung jersi negara ketika tiada replika dijual dan ketika ramai malu mengenakan jersi kuning atau biru yang terlekat logo FAM di dada...


Pada malam gemilang di Laos, apabila ada di kalangan saudara mengutip pingat emas Sukan SEA bagi menamatkan penantian 20 tahun, saya berada di IBC, Angkasapuri, menemani Hafizal Hamad selaku tetamu di studio. Program itu membolehkan Hafizal menerima anugerah Seri Angkasa selaku Pengulas Sukan Terbaik. Gembira tidak terkata kerana selama ini saya menyaksikan sendiri apabila Malaysia tewas dalam Sukan SEA di Chiangmai 1995, di Jakarta 1997 dan dikecewakan jaringan saat akhir final 2001 di Stadium Shah Alam serta kegagalan di Hanoi yang lebih dikenang kerana jaringan jarak jauh Syamsuri Mustafa pada 2003.

Apabila final pertama Piala AFF 2010 diadakan di Stadium Nasional, sekali lagi saya menemani Hafizal dan kami melonjak gembira melihat jurang besar 3-0 tercipta, lantas mendorong saya menyebut piala sudah dalam genggaman sekalipun ada misi harus dilengkapkan di Jakarta.

Malam ini saudara sekelian ada misi besar. Misi melayakkan diri ke pusingan ketiga pra-Piala Dunia. Misi yang tidak pernah disempurnakan mana-mana generasi terdahulu sejak Malaysia buat percubaan sulung pada 1973.

Pentingnya kemaraan ke pusingan ketiga untuk mengukur kemampuan dalam kelompok elit 20 pasukan terbaik Asia. Ini dalam rangka cuba layak ke Piala Asia 2015 yang juga sasaran jangka masa panjang Datuk K. Rajagobal.


Ini surat terbuka yang ditulis khas menjelang final Piala AFF tahun lalu


Rakan sebaya Aleksandar Duric dengan cucu, oops, anak masing-masing menyatakan sokongan tidak berbelah bagi...yang bapak tu dah biasa bosan dengan bola Malaysia, anak-anak pulak, entahlah


Semangat bawa kad Manila malam ini (gambar FB Wan Warga)

Disebabkan sudah betah menerima kekecewaan pelbagai generasi terdahulu kalian dan biasa membuat liputan di stadium yang dihadiri 100 peminat, saya sudah ada built-in mechanism untuk menangani kekalahan. Tapi persoalannya, apakah penyokong generasi X dan Y sedia memaafkan kalian jika kalah kepada pasukan Singapura yang dianggotai orang asing dan berusia sebaya saya atas alasan kelemahan dan kesilapan benteng pertahanan?

Tidak pernah dalam sejarah kerjaya saya tiket untuk menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan terjual dalam tempoh 48 jam macam pisang goreng panas. Ketika final Piala AFF pun tidak secepat ini. Penyokong sudah kembali menyokong bola sepak Malaysia secara terang-terangan dan bukan underground. Kepercayaan ini tidak harus dikhianati. Apatah lagi ada di kalangan kalian bergaji lumayan, jauh melebihi gaji majoriti penyokong dan berpeluang membawa nama negara di persada antarabangsa.

Apabila mendengar gegak gempita penyokong, tidak kira Ultras, Harimau Malaya atau peminat yang memakai baju biru dan kuning serta nyanyian bersemangat Faizal Tahir, bekas pengulas sukan yang kini popstar, ingatlah tujuan kalian hanya satu - buat yang terbaik demi Tanah Tumpahnya Darahku dan jangan layan provokasi pemain Singapura sebagaimana Safiq terperangkap tempoh hari. Kalian juga harus ingat, jika berjaya, bukan Pak Menteri, Presiden FAM atau pengkritik yang disanjung...tetapi kalian yang akan menerima ganjaran Amanah Sahamlah, sebidang tanahlah, rumah banglolah...

Kalian juga harus ingat, Perdana Menteri akan buat panggilan kepada jurulatih ketika di puncak...dulu selama 20 tahun tidak pernah Tun Dr Mahathir Mohamad buat panggilan telefon pun...kalian harus ingat, di Malaysia, jasa-jasa kalian akan cepat dilupakan...jadi rebutlah setiap kesempatan yang ada...jadilah kelompok pemain yang mara jauh ke Piala Dunia, ciptalah sejarah tersendiri dan kirim nama-nama SuperMokh, Chin Aun dan R Arumugam ke dalam lipatan sejarah.


Yang pasti, kalau tidak dapat mara ke pusingan ketiga pra-Piala Dunia, Datuk K tidak akan diundang ke Kafe Sukan...


Sebaliknya Datuk K akan dipandu khas dari Wisma FAM ke Astro Arena untuk program Dengan Izin...


Untuk ditemu ramah dengan cara sopan sesopannya oleh rakan sebaya Aleksandar Duric dalam program terbitan seorang Generasi X, jadi takut penerbit ini akan push moderator untuk tanya soalan-soalan yang berat-berat...ya tak Slamet?

Akhir kalam, dilampirkan klip ini



Kepada kalian, selamat maju jaya, sekian,

Wassalam.

Rizal Hashim
28072011

67 comments:

N A M said...

tulisanmu benar2 meninggalkan kesan..airmate hampir tertumpah kerana ianya sgt menyentuh jiwa bolasepak ini...moga2 Allah permudahkan dan perkenankan doa dan harapan Harimau Malaya..

Anonymous said...

Wahai perwiraku HARIMAU MALAYA...

Bulatkan tekad, kuatkan semangat.DOa kami rakyat Malaysia sentiasa bersamamu. Siapapn yg akan diturunkn oleh RG malam ni, diharapkan memberi komitmen 200% bukanye sekadar 'melihat bola', 'melihat LION melarikan bola menggerakkan jentera' ataupun 'menyesali kesilapan yg telah dilakukan'..

Usaha sebaek mungkin, elakkan kesilapan bodoh, tujuanmu hanya untuk negara...bukan utk wang ringgit, tanah atau banglo...Anggaplah itu hanya rezeki kurniaan Tuhanmu andai usahamu Ikhlas...

Hijau Bulat Sudah Berdekad,
Kuning Raja, Kuning BERSIH,
Kuatkan Azam, Bulatkan Tekad,
HARIMAU MALAYA, Pasti Boleh!!!

Takbir!!!
Kemah Kemim

mdfaizal said...

ulasan yg realiti.. cayalah

TUAN SPEAKER ZAHIR said...

dulu saya mengalami masalah menerima kekalahan..bukan je dalam bolasepak..hoki yang saya tak pernah wakili sekolah pun saya jadi begitu emo bila pasukan kebangsaan kalah..namakan saje sukan yang ada..olahraga, bola tampar, sepak takraw, dan banyak lagi..kalah je saya jadi marah..sampai terbawak2 dalam mimpi..

tapi sekarang? SAYA MASIH LAGI MCM TU! susah nak terima kekalahan!

sekian..:)))

Anonymous said...

I have high hopes too, ...
~Sani SJI85~

Taufiq Sani said...

agak pedih isi surat ni.hahhaa.menang dijulang,kalah dikeji.aku nak jadi sebahagian dari sejarah malam ni

Anonymous said...

"....... dan kirim nama-nama SuperMokh, Chin Aun dan R Arumugam ke dalam lipatan sejarah."

Tulis biar molek sikit, beradab......lebih baik tulis "atasi pencapaian wira-wira negara kita yang terdahulu"

Bukan menulis dengan biadap begini....secara asas anda akan berkata tak salah menulis begitu, namun sebagai org melayu, tanyalah diri anda sendiri, perlukah ayat2 sebegitu?

Unknown said...

aku suka part yg lagu tu je...yg lain bagi player negara je baca bro...

Unknown said...

Good luck Harimau Malaya. Prove it to the world that we can stand tall with others Asian giant like South Korea and Japan.

Confident to yourself. Motivate yourself and please, if you are goal down, believe in yourself and give a best shot. Just for one night.

syeh hidzir said...

Jerat kaki semua "singa pura-pura"..Insya allah,kemenangan akan jadi milik harimau malaya di stadium nasional mlm ini...GO GO MALAYSIA..chaiyok..

Fad Zandra said...

tahniah abg rizal..semoga surat ini dapat membangkitkan semangat para pemain negara..
Hidup HARIMAU MALAYA..

Bernard said...

I should have printed this out & pass to Datuk K last night at the hotel...BTW, I will see you later this evening to collect my royalty for your use of my pix (and of my kids) at the stadium.

subkhiddin hj.mohd salleh said...

Alhamdulillah..nukilan yang hebat dari penulis yang hebat..
Inilah harapan saya dan pastinya dari seluruh rakyat Malaysia..
Semoga setiap bait yang diluahkan memercikkan api semangat untuk membuahkan kejayaan..
InsyaALLAH..

ilham amal said...

salam bro rizal.
Pandangan jujur dari seseorang yang melihat sendiri dari kacamata dan pahit maung sebagai wartawan.

Kurang bersetuju dengan mr "anonymus" , memang ada perkataan yang lebih molek tetapi saya percaya ini lahir dari hati , nukilan ikhlas bro rizal.

IA BUKAN MENIDAKKAKN ARWAH MOKHTAR ATAU RAKAN-RAKANNYA.

Sejarah penting bagi membina masa hadapan.

Menang malam ini dan melangkah ke pusingan seterusnya adalah ibarat MALAYSIA telah menjulang PIALA DUNIA.Menang bermakna kita menutup pengkritik ASEAN yang mengatakan kita menjuarai AFF base on luck sahaja.

KALAH maksudnya ada sesuatu yang tak kena lagi . mungkin belum cukup ramuan . atau mungkin perlu ditambah ramuan. kita tunggu Dengan IZIN sahaja. AIM kita sebenar adalah PIALA ASIA 2015 .

MAJU MALAYSIA

Semangat membuak2 ini adalah yang paling tinggi sepanjang umur hidupku.
LEBIH TINGGI DARI Final 1989 sea games

LEBIH UTUH DARI Final Malaysia Cup 1991 -BOBAN MANIA

Izan Sulaiman said...

Saya dapat merasakan kita berjaya malam kelak...Insya Allah...kejayaan yang datang DENGAN IZIN Nya yang maha berkuasa dan maha penyayang lagi maha mengasihani akan termakbul sekiranya kita semua sama-sama berdoa ke arah kejayaan negara kita...untuk saudara Rizal, teruskan usaha anda sebagai sebahagian individu yang cinta dan mahu sukan negara kita (terutama bola sepak) dikagumi seantero dunia!

Saiful said...

salam,
ayuh, harimau malaya..dipadang buktikannya..saya dari jauh akan menonton secara live dengan geng2 sehaluan..
jgn hampakan peluang ini..brdoa dan bertawakal.jgn leka..dan beringat bila main2..
enjoy main mlm ni..prove to diri sendiri..is about you.
saya mau tgk midfied commanding tonight game, biar main macam innesta ngan xavi..

rizalmanjohar said...

tulisan saudara mmg bagus...yang mengingatkan peminat harimau Malaya supaya belajar menerima dengan hati terbuka kalau keputusan tidak menyebelahi Harimau Malaya...Tapi Insyaallah, dengan izin Allah kepeutusan akan menyebelahi kita..Amin...

Anonymous said...

Saudara Rizal,

Secara jujurnya saya tertanya2 siapa saudara sebenarnya sehingga diberi kepercayaan utk mengendalikan rancangan hangat seperti Dengan Izin..Selepas membaca baru saya tahu dan tabik spring 3x utk saudara! Ulasan yg ber'isi' dan santai..Cuma saya bersetuju dgn komen seorang pembaca mengenai frasa ayat ini, "....... dan kirim nama-nama SuperMokh, Chin Aun dan R Arumugam ke dalam lipatan sejarah." Sbg orang yg muda sikit dr rakan sebaya alexander duric, saya faham 'the cynical and provocative part in your phrasing'..'dgn izin'..Provokatif yg baik bukan yg negatif maksud saya..Semoga berkat doa dan harapan semua rakyat Malaysia amnya, serta pengikut tegar Harimau Malaya akan dimakbulkan tuhan..InsyaAllah..All the best bro! I follo u..

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Bro Rizal,

I almost in tears after reading this..the letter actually represent the whole nation. I think every Malaysian will agree.

But...if our national team in the right direction moving forward to a new era..i think all parties involve in national football might as well improving their services n capabilities....take match day ticketing systerm for example....

I personally think that the way it was run in way tooo stereotype. I had been buying ticket since 10yrs old with my late father and now...the systerm still remain the same..after 20 yrs.

Lucky fr this big match (MAS v S'pore) the ticket sold online but do all Malaysian ready for this technology? Back to square one...you have to wake up early...take a day off just to line long Q to purchase for the ticket...However, the ticket distribution are not fair at all....if 1 person can purchase 4000 tickect at one go (this is what i heard frm a trusted sources)....it only gonna take 20 person to finish the whole match day ticket. Doesnt make sense at all.....

FAM....or whoever inchange of the ticketing must think twice...maybe do a lot of homework in this issue....maybe a limit of 5 tickets per person...or whatever amount that is reasonable. But one fella to buy 4000 at one go...come on laaa...as if he is buying for the whole kampung. Maybe he is a Ketua Kampung..hahaha...

The team is moving forward....i really hope that FAM...(All departments) must as well follow our Harimau Malaya moving forward towards the right direction...or else...trust me...we will be back to square one... Ticketing is only one of the small issue that FAM should look into....but overall i think there is always a space for inprovement in FAM...Wake up....Riggggggggggggg

Malaysia Till I die....

Zul "GSM" El Gordo

zam said...

Harimau Malaya pantang menyerah.Maruah negara adalah segala-galanya.Terkaman harimau tidak akan mengenal belas kerana bukit jalil akan menjadi neraka dunia buat mereka.Harimau Malaya pasti berjaya.

zam said...

Harimau Malaya pantang menyerah.Maruah negara adalah segala-galanya.Terkaman harimau tidak akan mengenal belas kerana bukit jalil akan menjadi neraka dunia buat mereka.Harimau Malaya pasti berjaya.

Andrew Gopal said...

Penuh inspirasi yeah. Harimau Malaya got to mengaum all the way ha.
Good piece Rizal.
All the best Harimau Malaya.

Anonymous said...

Tahniah saudara Rizal,
Satu tulisan yang padat, tepat dan menusuk kalbu dan jiwa yang membacanya....
Semoga Harimau Malaya menunjukkan taring sebenar dan menutup mulut-mulut yang hanya tahu memberikan pandangan negatif tetapi gagal memberikan penyelesaiannya.
Semoga sama ada biru atau kuning, seluruh Malaysia bersatupadu dibelakang Harimau Malaya

Anonymous said...

xkan ar kalo klah pon nak kena sembur...sbnenarnya ni jujur player mlaysia sangat2 ltih slpas liga super...spatotnya time tu kene rest bkan buat plawanan sarkas...


lan

MatRock said...

BUAT pertama kalinya gua hilang respect sama Datuk KRG. Beliau rupa-rupanya masih gagal mengenali siapa sebenarnya anak-anak buah beliau.

Pada pusingan pertama di Singapura, sumbangan Ahmad Fakhri Shaari hanyalah untuk melakukan rempuhan-rempuhan kasar terhadap lawan di samping berusaha mengutip seberapa banyak kad yang boleh untuk dibawa balik

Di Bukit Jalil, gua tidak nampak apa perlunya pemain ini dimasukkan. Bila gua nampak je budak ni masuk, hati gua dah agak mesti dapat kad punya budak ni....Rempuhan terhadap keeper lawan yang membawa kpd layangan kad kuning seolah-olah memang diminta.

Sebelum itu, tindakannya menolak kapten singapura supaya cepat keluar padang (apabila digantikan) adalah sesuatu perbuatan keanak-anakan. Pemain di kampung pendalaman pun rasanya tidak akan berbuat demikian kerana mereka tahu, pengadil pasti menambah masa atas perbuatan melengah-lengahkan permainan itu. Sebagai pemain, beliau tiada sebarang HAK untuk menyuruh pemain lain jalan cepat-cepat.

Layang kad merah juga memang diminta oleh pemain ini. Jadi, maaflah Datuk KRG kerana gua hilang keyakinan terhadap Datuk buat masa ini.

Abe Hit. said...

Kerana EGO Malaysia Tumbang

Abe Hit. said...

Kerana EGO Malaysia Tumbang

Saiful said...

salam,
komen post game, dah tak ada rezeki..
singapore mmg teror..politik dan bola..
rombak semua kat atas fam tu..bagi anakk2 muda pulak ..jgn jd kan bola tempat merompak.
-mungkin ada baik nya kalah..kalu mmg akan byk mendabik dada..terutamanya pru dah dekat ni..
players thank you, kami tau itu saja yg termampu..safee tq..teruskan berkelana ditempat org.

ikmalh said...

tahniah saudara rizal..anda menulis dgn fakta, berbekalkan pengalaman anda sebagai wartawan mm dan bharian, tanpa jemu, walaupun belum ada pencapaian pasukan negara yg benar2 boleh dibanggakan selain AFF dan SEA Games...keep it up bro..i salute

ikmalh said...

tahniah saudara rizal..anda menulis dengan ikhlas dan penuh fakta berbekalkan pengalaman sebagai wartawan mm dan bharian..sesungguhnya kita perlukan penulis yg berani mengkritik seperti saudara..

Anonymous said...

jangan hampa HARIMAU MALAYA ,FAM jika ,boleh anjurkan Pesta Bola Merdeka 2011 selepas tamat piala Malaysia ,Jemput pasukan YANG TIDAK Layak KE 3rd 2014 WCQ PASTI ramai negara akan berminat sertai PBM2011 .penajaan boleh dicari,,HM masih popular dan disanjung oleh peminat tanahair.teruskan Perjuangan HARIMAU MALAYA

Anonymous said...

"SAYA LEBIH TAU TENTANG PEMAIN SAYA""... YES RG..You are absolutely right... You know Ismail, you know Fakhri...bt then how come you brought this 2 jockers in...Why not Badrol??..Why RG???...

RIZAL, please bring him to your "DARK ROOM"...Please Rizal..We want to know what was in his mind????...

Ikhlas,
Peminat Yang Kuciwa...

Kemah Kemim

Anonymous said...

"SAYA LEBIH TAU TENTANG PEMAIN SAYA""... YES RG..You are absolutely right... You know Ismail, you know Fakhri...bt then how come you brought this 2 jockers in...Why not Badrol??..Why RG???...

RIZAL, please bring him to your "DARK ROOM"...Please Rizal..We want to know what was in his mind????...

Ikhlas,
Peminat Yang Kuciwa...

Kemah Kemim

Blind Cracks said...

saya menyokong tulisan bro rizal. 1st time tengok line up b4 kick off aku dah agak dah, malaysia akan bermain dengan cara yang susah, mcm biasa lah dah jadi perangai malaysia. RG pulak nampaknya tak berusaha untuk ubah taktik permainan dari mula game smapai abis. tapi tahniah lah pemain2 menunjukkan kesungguhan dan semangat juang tinggi, itu tak dpt dinafikan. tapi dgan semangat aje belum cukup, taktik kena betul. kenapa lah RG tu masukkan Fakri saat2 begitu, option yg lebih baik mungkin badrol(boleh bawak bola masuk atau at least dptkan penalti) atau ashaari(rembatan yg baik dan kita kurang pecubaan jauh). dua2 player boleh penetrated defend s'pore, spt 1st gol yg kita dpt hasil permainan pantas dikwsn dpn petak penalti lawan hasil gerakkan kunalan. Datuk RG kena mengaku taktiknya silap.. jgn cuba slahkan taktik belakon s'pore yg layak dpt award tu, itu hak dorg sbb ada advantage 2 gol dan ianya ternyata berjaya memberi lebih tekanan kepada kita..

apa2 pun tahniah sbb dah sampai ke tahap ni.. Datuk RG diharap anda belajar dari game ni.. Jgn lah terlalu setia dgn player yg ada, cuba lh brani untuk drop player yg tak perfom, jgn setia sgt pd player yg dptkan AFF cup ari tu kalau dorg tak hasilkan prestasi yg baik... ingat, ini pasukan Malaysia, bukan pasukan Datuk RG..

teruskan usaha...

ayamserama said...

hanya apex dan safee yang boleh berbangga dengan contribution mereka semalam..

midfield? hampeh, hancur, hanyut, ke laut.....

defence agak improve dari game di singapore, tapi tertidur satu saat, telah di hukum oleh penyerang singapura...

tanpa apex, mungkin harimau malaya tumbang 4-1 atau 5-1 semalam..yang pasti, sarbinee tidak mempunyai karakter untuk bermain di perlawanan besar ( contoh terbaik di indonesia tahun lepas dan singapura miggu lepas)..so, kalau 5 6 bulan lagi tiba2 form apex agak menurun, tak usahlah ganti apex dengan sharbinee lagi, melainkan jika ia hanya lah satu perlawanan persahabatan sahaja. friendly match atau exhibition match adalah standard sharbinee alawee, pedih, tetapi itu lah hakikat nya...farizal marlias lebih layak untuk mencabar apex sebagai penjaga gol nombor 1 malaysia..sharbinee boleh gembira dengan status no.3 nya...

defend perlu di rehatkan buat seketika..agak kejam untuk membuang terus mahali, muslim, fadli dan asraruddin.mereka berempat telah membuktikan kehebatan mereka di piala AFF, mereka agak berjasa di situ..saya bagi mereka benefit of the doubt buat masa ini, mereka cuma off form, bukan tidak berkualiti. tetapi dari game lawan taiwan lagi kita sudah nampak kepincangan prestasi mereka.kita bolos 4 kali dengan taiwan, kemudian 4 kali dgn arsenal, dan 6 kali dengan liverpool. arsenal dan liverpool bukan tandingan kita,mereka world class, tetapi apabila pemain kita hanya mampu melihat lawan yang baru kembali dari cuti panjang, baru berlatih selama seminggu, jet lag penerbangan dari kota england, bermain di dalam suhu 30 celcius, tetapi masih gagal memberi sedikit saingan, ada something wrong di situ. coach sepatutnya sudah dapat menilai pemain-pemainnya ketika itu. sedikit pengalaman di perlukan di bahagian pertahanan...nama yang perlu di beri perhatian, norhafiz zamani, s.subramaniam, farisham ismail, marzuki yusof...

bahagian tengah semalam begitu mengecewakan. amar rohidan cuma berlegar di depan fadli dan muslim.ketika bola di kaki safee, mana amar? mana ismail faruqi? mana support dari mereka? gap antara pemain tengah dan penyerang umpama jarak negeri perlis dengan johor...apa yang ismail faruqi buat selama 60 minit di atas padang?? yang saya ingat dia passing kat pemain baju merah saja...selepas prestasi hambar nya di first leg, mungkin ramai yang menjangkakan badrol baktiar akan di beri peluang beraksi.tetapi tidak...senjata sulit yang sudah tidak berapa sulit lagi masih di letakkan dalam first eleven. amar rohidah?? selain back dan side way passing, dia jarang melepasi garisan tengah padang..dia seorang defensive midfielder?? oh ye ke tapi bukan ke shakir shaari adalah seorang defensive midfielder jugak? k.gurusamy bukan seorang dm jgk?? kenapa x bagi pemain lain main?? anak emas dato k.rajgobal jugak yang dapat main, x kisah la form baik ke, form x baik ke... mana badrol baktiar? pemain tengah yang boleh di anggap paling kreatif di malaysia selain safiq rahim di kala kita memerlukan gol...mana ashaari shamsuddin??top scorer liga malaysia tahun lepas, juga pemain winger yang paling banyak score goal dalam liga tahun ini dengan 10 gol....

fakri saraani??? saya tak tau nak menangis atau tergelak di kala nampak dia bersedia untuk turun padang semalam....yang pasti, penyokong singapura tergelak sampai keluar air mata......

Anonymous said...

Permainan bolasepak perlu 11 pemain dipadang. Tetapi pasukan Msia tidak perlu kepada Ismail Faruqi dan Fakrani(No.13). Pemain ini tidak menyerlah di Liga M dan tiada idea....
Pemain pertahanan masih lagi melakukan kesilapan. Bahagian pertahanan perlu dirombak. Kalau diberi peluang..sampai tua pun akan masih bolos..BUAT PENAT SAFEE JARING GOL JER..

'SAYA LEBIH TAU PEMAIN SAYA" Rajagobal. Begitu Angkuh berkata2..baru saja memenangi 2 piala di peringkat Asia Tenggara.

Pemain2 saya masih muda.Mereka perlukan pengalaman..Rajagobal..

Sampai bila?..tunggu umur 30 tahun baru matang?...Pemain eropah bermula matang rata2 berusia 20-21 tahun.

Unknown said...

Tak Mengapa...lain Kali MAlaysia Cuba Lagi...

Anonymous said...

daripada permainan yang ditunjukkan, apakah yang boleh dikatakan tentang pasukan Malaysia? Pasukan ini belum layak lagi untuk menjadi yang terbaik di Asia Tenggara. Di Asia sendiri jangan cakaplah.

Last time, pasukan bolasepak Thailand merupakan pasukan no 1 di Asia Tenggara. Malaysia harus menjadi yang terbaik sekiranya bercita cita hendak masuk ke pusingan akhir Piala Dunia.

Tak tau apa yang boleh nak kata tentang game semalam. Mungkin juga pemain merasa terlampau tertekan. Stadium penuh, ada yang tak dapat tiket, perlawanan disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia, TPM, Tengku Mahkota Pahang, Sultan Azlan, semuanya mengharap kemenangan serta layak untuk ke pusingan kelayakan Piala Dunia seterusnya. Najib sendiri telah bercakap melalui telefon dengan Rajagobal.

Pengulas sukan di Astro Arena semasa rehat separuh masa pertama menyatakan pemain2 Malaysia yang gugup, bukan pemain singapura.

Agaknya lepas ni, penonton tak perlulah datang ramai2 untuk tengok pasukan Harimau Malaya. Berdasarkan peristiwa lepas, pasukan ini tidak diberi harapan yang besar untuk menjadi juara, apatah lagi untuk menang. Pusingan awal mereka kalah dengan jaringan yang besar dengan pasukan Indonesia. Kemudian mereka bangkit seterusnya menjadi johan. Pada masa itu pun peminat masih belum ramai, seramai peminat malam tadi. Kesimpulan ringkas daripada peristiwa itu sahaja, pasukan malaysia tidak mendapat tekanan serta harapan yang tinggi menggunung seperti sekarang. Jadi mereka selesa bermain sebagai pasukan underdog.

Mungkin juga corak permainan serta formasi harus diubah selari dengan keupayaan pemain. Kita tidak boleh hanya mengharapkan Safee Sali, Safiq Rahim, Aidil, Apek. Sekiranya orang2 ini terpaksa direhatkan, kita sepatutnya ada pengganti yang lain yang boleh menggalas tugas yang ditinggalkan oleh pemain2 harapan ini.

pengulas sukan tersebut menambah, pasukan malaysia tidak naik ke atas untuk membantu safee sali yang keseorangan. jika dibandingkan dengan singapura, bila mereka menyerang, semua naik ke atas dan turun bila bertahan. striker malaysia perlukan backup dari midfield.

saya teringat pasukan bolasepak kuala lumpur suatu ketika dahulu, di mana boleh dikatakan semua pemain mereka boleh menjaringkan gol.

akhir kata, teruskan perjuangan..

Anonymous said...

Salam

Saya begitu kagum dengan semangat rakyat menyokong harimau malaya mlm tadi. menuju kehadapan sokongan ini akan bertambah hebat.

Namun, realiti, beberapa kepincangan saya dapati. Saya mohon izin agar saudara dapat menjemput coach Datuk Rajagobal ke program saudara dan membincangkan perkara berikut:

1. Asas permainan bolasepak. Hanya Safee Sali dan Shafiq Rahim menahan atau membuat tampanan kemas pada bola. Saya dapati melalui pengamatan bahawa majoriti para pemain masih gagal menampan atau menahan bola dengan kemas. Biarlah bola mati di kaki. Itu asas bolasepak.Kita banyak di soggokan dengan EPL, tidakah kita belajar bagaimana player mereka menahan bola. Tolonglah, tolonglah, jika asas bolasepak ini tidak di kenalpasti, Harimau Malaya hanya jagunh kampong. berkecai harapan rakyat.

2. Pemain perlu ada mapping dlm kepala mereka mengenai pergerakan para rakan agar hantaran bola kemas dan menuju sasaran. Pemain perlu ada sense of awareness di mana rakan berada.

3. Benteng pertahanan mengagalkan kita. itu realiti pahit yang kita kena terima dan kena buat perubahan. Ambil,cari, kenalpasti pemain pemain pertahanan yang ada skill,ketinggian dan figura agar kita mampu membendung kemaraan para pemain lawan. Semua contoh di depan mata. Tidak belajarkah kita.

Saya menyokong penuh Safee dan Syafiq rahim ke Indonesia bermain. mereka akan berjaya menimba pengalaman. Corak permainan dan skill akan meningkat.

Akhir sekali, Harimau Malaya adalah harapan rakyat.

Sukan menyatukan rakyat Malaysia dan maruah negara perlu di bela.

ikhlas

RIO JOHANNIANS 85

Amirul Farhan said...

kecewa dengan taktikal datuk k. rajagobal malam tadi, dia macam tak belajar dr kesilapan. ismail faruqi memang berbakat, tapi x sesuai mainkan dia dlm formasi 4-4-2, dia sesuai main 4-5-1, dok kat belakang striker. lagi 1, hadi dan safee bukan gandingan ideal, dua2 style main sama, dah tau singapura power serangan, letak la 2 holding midfield, baru kita boleh kontrol game, pecat datuk k. rajagobal??? hm.. aku pn xtau, rajagobal masih perlu belajar

Tentera Islam said...

Benar-benar xfaham apa yang ada dalam kota pemikiran Dato Rajagopal, Byk kesiapan yg dilakukannya dari segi taktikal,, Membawa masuk aidil yg saya rasa tidak 100% cergas membawa petaka,, minit ke 20 dah kena tukar.. Hebat mcm mana pun kalau xfit, xcergas patutnya diketepikan... Pemain tgh langsung tidak dominasi perlawanan, Ismail Faruqi tidak kreatif utk jana gerakan2 serangan ke atas singapore.. Amar Rohidan hanya diingati dengan cross passing dari kiri ke kanan jer... tapi langsung xder ilham utk kawal bahagian tgh... Abdul Hadi pun sama tidak naampak keliabt tas padang.. Mana ashaari dan badrol yg kita kenal kreatif atas padang.. mereka nie seharusnya dimasukkan utk menambahkan sengat jentera serangan.... taktikal yg paling teruk semalam

Anonymous said...

Salahkan diri sendiri.. player import singapura bukannya bagus mana pun tapi taktikal skuad kita agak hancur.. kawalan bola masih di tahap rendah.. pemilihan pemain kita pun yg dipilih sebagai pemain gantian seperti gurusamy dan Fakri untuk bermain agak kurang baik semasa kita memerlukan pemain yg bole mengawal bola, mempunyai naluri untuk menyerang dan membuat hantaran yg baik untuk membantu safee sali mendapatkan gol..


Apabila pertahanan kita kelam kabut semuanya hancur.. asakan singapura mmg nmpak lagi bahaya dr kita padahal 2 atau 3 org player dia je yg main2kan player kita ms menyerang.. Kebanyakkan player kita pun dah lama main bersama dlm skuad kebangsaan.. singapura tu ramai player utama dah takde selepas AFF 2010.. dah digugurkan.. RAJAGOPAL kena bukak skit mata tu luas2.. jgn bg alasan target utk ASIA Cup 2015.. ni peluang yg paling baik utk kita layak ke pusingan ketiga kelayakan piala dunia..


Kunanlan dan Amirul mcm kurang berfungsi sikit sebab barisan tengah kita xmenjadi langsung.. Ismail dan Amar memang gagal memainkan peranan di barisan tengah.. tapi tetap xde perubahan yg RAJAGOPAL buat untuk menguatkan barisan tengah kita untuk mengawal perlawanan dan beri tekanan.. Amar selalu sangat nak turun ke bwh saje.. kawasan tengah kita selalu kosong dan memudahkan singapura apabila menyerang.. dr dulu lg dia main memang susah nk baca game lawan n mmg kurang betul rasa nk pegi attack.. memang kau defensive midfielder tapi tolongla skit.. Ismail Faruqi? kurang pengalaman.. baru 2caps kot.. tp RAJAGOBAL kenal pemain dia kan? bagus!! sepatutnya first half dah keluar budak ni.. pemain tengah singapura sudah boleh menyekat dan membaca permainan Ismail. hantarannya pun memang kurang baik..


Safee siap minta maaf pasal gagal layak.. nampak betul dia frust.. pertahanan dan barisan tengah kita mmg agak mengecewakan.. bila singapura attack kita mengundur.. mengundur dan menggelabah.. senang2 je player singapura main2kan player kita.. Safee n Apek mmg aku puji.. main baik.. kita dah tau defender singapura mmg akan kawal ketat safee dan sepatutnya player2 kita yg lain kena ambik kesempatan.. jgn nak harapkan safee je..

Anonymous said...

Salam,
Pada saya, yang Menang tetap Menang .. dan mereka dah berjaya ke pusingan seterusnya .. Tapi yang Kalah tetap Kalah .. dan tinggal tunduk kecewa sedih dan kesal ..

Tak perlu dipuji .. dan tak perlu juga dikutuk .. sebab semua dah berlalu semalam .. singgah disini untuk menyatakan kekesalan dan memberi cadangan ..

Kesal:
Apakah sebenarnya Taktikal yang digunapakai oleh Team Harimau Malaya? Mengapakah pemain yang xdapat memberikan good result dimasukkan? Ismail Faruki .. boleh bilang dengan jari jemari contribution yang diberi .. Abd Hadi Yahya? eh dia main yek semalam ... Mahali ... defender ke winger.. sebab xrasa mcm defend pun? Aidil .. betul ke dah pulih? klu x kenapa masukkan?

Secara jujur, pemerhatian kepincangan semalam adalah strategi menyenaraikan player yang x efektif ..

Cadangan:
- Back 4 ... tukarlah, overhaul dah memang xboleh blah dah .. malaysia ada more then 10 team play dalam liga .. xkan langsung xde yang superb ..
- Formation ... need to switch .. start maybe leh guna 4-5-1 .. mantapkan center .. bagi je bola yang baik utk safee sali .. dia tahu lah nak buat apa (dah terbukti beberapa kali ..)
- Players ability ... kenalah train pemain supaya boleh main other position dari yang sedia ada .. contoh .. amirul hadi .. leh apa jadi center .. berkesan je masa shafiq rahim keluar .. badrul, ashaari samsuddin .. train lah jadi center gak .. xlah duduk kat bench je ...

Bukan nak kutuk .. bukan nak cela .. tapi terlalu sayang n sedih bila Harimau Malaya terpaksa tunduk dan tersungkur ..

"cuba handle sendiri baru tau!" memang lah senang je kutuk n cela nih...tp klu bagi peluang well, why not?

Mohon maaf jika terkasar bahasa .. ikhlas dari jiwa .. penyokong bola sepak negara ..

Anonymous said...

Datuk K.Rajagopal (DKR) sepatut pro...meletak jawatan sbg jurulatih kebangsaan..sbgmana yg dtunjukkan oleh jurulatih Argentina gagal didlm kejohanan Copa.....kegagalan psk Keb ditangan Singapura adalah kesilapan DKR memilih pemain,,,,memasukkan aidil yg dibelenggu kecederaan dan fakri sharani yg tidak konsisten...begitu juga ismail faruqi yang belum ada pengalaman dipentas antarabangsa....DKR sepatutnya mengambil kira pandangan pihak lain seperti jurulatih Harimau Muda A berpandang bahwa adalagi pemain yg berkalayakkan boleh diserapkan kedalam psk Keb separti pemain yg telah menunjukkan komitmen bersama2 psk Harimau A melawan pilihan Chealse...harap2 DKR be gentlment

Anonymous said...

Datuk K.Rajagopal (DKR) sepatut pro...meletak jawatan sbg jurulatih kebangsaan..sbgmana yg dtunjukkan oleh jurulatih Argentina gagal didlm kejohanan Copa.....kegagalan psk Keb ditangan Singapura adalah kesilapan DKR memilih pemain,,,,memasukkan aidil yg dibelenggu kecederaan dan fakri sharani yg tidak konsisten...begitu juga ismail faruqi yang belum ada pengalaman dipentas antarabangsa....DKR sepatutnya mengambil kira pandangan pihak lain seperti jurulatih Harimau Muda A berpandang bahwa adalagi pemain yg berkalayakkan boleh diserapkan kedalam psk Keb separti pemain yg telah menunjukkan komitmen bersama2 psk Harimau A melawan pilihan Chealse...harap2 DKR be gentlment

Anonymous said...

berangkat beramai2 dari karak. penghuni setia gate 104 tiap kali harimau malaya beraksi di bukit jalil. kali ini sungguh sesak. tidak seperti selalunya. aman utk berlegar dan mengambil gambar. dan malam itu kami berjemaah di tangga stadium. haha..

harapan yg tinggi. Negaraku dialun penuh semangat. nyata 90,000 dpt satu hati. tanpa sebarang sentimen, fahaman dan latarbelakang. bersama2 berdiri megah. stadium yg tersergam menjadi saksi. dimana perpaduan boleh wujud melalui sukan.

perlawanan berlangsung. keputusan yg diketahui umum. secara peribadi pengakhiran ini diterima dgn rela hati. tewas pada pasukan yg nyata lebih baik adalah suatu fakta yg perlu diterima ramai. namun pemain memberi yg termampu. sedaya ada.

jangan terus bersandar pada pasukan yg menjuarai Piala AFF Suzuki 2010. cuba layak ke Piala Asia 2015 yang juga sasaran jangka masa panjang Datuk K. Rajagobal. perancangan harus disusun. peluang pemain yg menyinar di liga tempatan spt Hisyamuddin Shaari, Yong Kuong Yong dan yg lain perlu dibuka. termasuklah N. Sembilan trio Tengku Qayyum, Halim Zainal dan Shahruain Abu Samah. dan tidak ketinggalan Mohammad Khairul Akhyar penyerang PKNS Selangor, Juara Liga Premeir 2011 perlu diberi laluan tatkala penjaring terbanyak Liga Super 2011 gagal memberi bisa.

pandangan, pendapat, luahan dan cetusan ramai yg melaungkan perlunya pemain senior kembali ke pangkuan skuad juga perlu diambil pusing. patut ditimbang tara. namun hanya jauhari yg mengenal manikam. kami akur tunduk pasrah.

penyokong, pendukung, peminat, pengikut bola sepak malaysia perlu matang, terbuka dan beri masa ruang dan peluang. harapnya tiada lagi kita dimalukan dgn pancaran laser, lemparan sisa, botol, plastik dan lain2 objek yg menjengkelkan.

icompetent said...

sekiranya dengan izin menjemput Datuk k.rajagopal
pada pndangan saya anda harus tanya kenapa kita masih tidak mampu?
saya juga klu boleh nak dgn izin dipnajngkn tmpoh penyirannya krn 1 jam x ckup

icompetent said...

sekiranya dengan izin menjemput Datuk k.rajagopal
pada pndangan saya anda harus tanya kenapa kita masih tidak mampu?
saya juga klu boleh nak dgn izin dipnajngkn tmpoh penyirannya krn 1 jam x ckup

Mat Smart said...

Batul kata MatRock...
Tindakan Fakhri Shaarani melakukan provokasi dengan menolak (dari belakang) kapten Spore supaya cepat meninggalkan padang memang tindakan pemain bertaraf zaman batu. itu bukan kerja dia nak suruh pemain cepat keluar tapi tugas referee. referee ada hak untuk tambah masa yg terbuang itu...
Syabas buat kapten Spore yang tidak melayan perangai budak-budak seperti Fakhri. Cuba bayangkan kalau mat Spore ni melatah dan melawan balik? Keadaan dah tentu jadi huru hara beb

Anonymous said...

typical RH..kerap mnghentam ala2 xde KEPALE OTAK.memang dasar wartawan cmnila..aku nk tnye kau rizal oiii..ape jase kau untuk malaysia ni??????????????????

skarface said...

Tuan Loose Cannon,
Saya berharap tuan dpt menyampaikan concern & pendapat saya kpd D. Rajagobal, cari dia dlm FAM website, facebook & twitter takde.


"Pemain2 saya masih muda.Mereka perlukan pengalaman.."

YB Datuk Rajagobal..

Saya berasa terkilan apabila mendengar "alasan" ini. Kita ada team Olimpik bawah 23 tahun utk masukkan player2 muda menimba pengalaman, Datuk.. Takkan Datuk tak tau? Bawah 18 pun ada, takpun bawah 15..

Meletakkan harapan World Cup kita mjadi korban pendedahan utk Asia Cup merupakan kesilapan terbesar Datuk setakat ini.. Lebih besar dari kesilapan taktikal & selection Datuk dlm WC Qualifiers ini.. Biar betul, Datuk? Saya rasa priority Datuk ada sedikit terbalik..

Kenyataan Datuk ini adalah TIDAK ADIL utk established players dlm senior team sekarang DAN SATU PENGHINAAN KPD ESTABLISHED PLAYERS YG TIDAK TERPILIH!!

Besarlah harapan saya kalau concern saya ini dapat disampaikan ke D Rajagobal. Terima kasih Tuan Loose Cannon.

Anonymous said...

Kita tidak harus terperanjat dengan kekalahan ini. Mana tidaknya, daripada Piala AFF kita bermain dengan cara begini. Gerakan kita apabila menyerang tidak bermula daripada tengah tetapi daripada sayap iaitu daripada Kunalan atau Amirul Hadi. Pemain tengah lebih kepada defensive work bukannya untuk menjadi playmaker atau arkitek. Kebanyakkan hantaran kepada striker semuanya bola tinggi yang 50-50 dan hantaran tersebut bukannya daripada midfield tetapi daripada defend, samaada Mahali atau Asrarudin.
Tidak salah untuk bermain begitu tetapi ianya kerap kali diamalkan sehingga kita selalu terlepas penguasaan bola dan juga menidakkan fungsi pemain tengah yang sepatutnya menjadi penghubung di antara striker dgn midfield.

Mengenai pertahanan, sudah sampai masanya Datuk Rajagobal merombak besar-besaran terutama centre back kerana semenangnya tradisi pasukan/kelab yang berjaya memerlukan pasangan centre back yang berpengalaman dan simbol kepada sesebuah pasukan ataupun setidak2knya salah seorang centre back mestilah seorang commanding centre back. MU dengan Ferdinand/Vidic, Chelsea dengan Terry/Carvalho sebelum David Luiz,Barcelona/Spain dengan Puyol & Pique. Dalam konteks pasukan harimau Malaya,saya sangat mengimpikan gandingan Subramaniam/Aidil Zaquan atau Subramaniam/Marzuki Yusof. Pilihan tetap saya adalah Subramaniam kerana dia seorang player yang kurang fumble. Jika barisan pertahanan sekarang tidak dirombak, kebocoran gol akan kerap berlaku sebagaimana pasukan Arsenal (sebagai contoh) yang juga mengharapkan pertahanan muda dan tidak berpengalaman.

Isu penjaga gol pula amat mudah. Kita perlu mempunyai penjaga gol utama yang tetap dan bukannya bertukar2 penjaga gol disebabkan prestasi semasa. Kita perlu membuat deklarasi siapa penjaga gol utama samada Apek atau Sharbini. Saya mengambil contoh pasukan Spain..sejak daripada World Cup 2002 tetap bergantung kepada Casillas. Walaupun beliau disaing hebat oleh Pepe Reina dan Victor Valdes tetapi tempatnya sebagai penjaga gol utama Spain tetap tidak terjejas walaupun adakalanya beliau membuat kesilapan, dan hasilnya Spain menjulang Piala Dunia 2010 buat kali pertama disebabkan beliau menafikan dua kali percubaan Aren Robben satu lawan satu ketika final.Dalam konteks harimau Malaya, sepatutnya, Apek perlu ditauliahkan sebagai penjaga gol utama negara sejak menjulang Piala Suzuki dan bukannya membuka ruang persaingan di antara Apek dan Sharbiniee. Walaupun Apek bolos banyak gol ketika friendly dengan Liverpool & Arsenal tetapi bila dlm perlawanan genting beliau deliver when it matters most seperti final Piala Suzuki dan perlawanan semalam.

Mengenai barisan serangan, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana Gandingan Safee dan Idlan adalah World Class striking partner dan ianya mengingatkan saya kepada gandingan Diego Forlan/Luiz Suarez.
Malangnya Safee dan Idlan tidak berpeluang untuk menentang gergasi Asia di Pusingan Ketiga Piala Dunia angkara rakan sepasukan mereka sendiri.

Bersambung selepas ini...

Gunalan said...

Bolasepak Malaysia sepanjang zaman selepas era Olimpik 80 menyaksikan pasukan Malaysia tak pernah seimbang...ada sahaja bahagian yang merosakkan segalanya. Kalau defend ok, midfield dan striker pula tak menjadi...bila striker ok, defend pulak tak menjadi.....bila masa kita kukuh di semua bahagian dari GK hingga Striker, masa itulah kita akan berjaya semula di pentas yang lebih tinggi dari Asean...berusahalah lagi....

Anonymous said...

kalo xde game sarkas zafuan dan norshahrul x injured...player mlaysia x pancit minit lpas minit 70...


p/s:nice blog bro

Anonymous said...

Sambungan daripada ulasan saya 'Anonymous 8.33pm'

Apa yang perlu kita lakukan selepas ini adalah:-

1) Membuat rombakan besar-besaran ke atas barisan pertahanan terutamanya Centre Back. Panggil Subramaniam, Norhafiz,Nasriq Baharom & Marzuki Ibrahim. Hanya kekalkan Aidil Zafuan.

2) Cari XAVI Malaysia;-
i) Kita tidak perlu mencari Messi atau Christiano Ronaldo kerana pemain seperti ini amat sukar untuk dikesan di seluruh dunia. Saya memang peminat Barcelona, dulunya saya tidak minat player macam Xavi sebab tidak mempunyai skill dan style yang fancy mcm Ronaldinho atau Zidane. TETAPI, bila diperhatikan player mcm Xavi lah yg menjad tunjang utama atau jantung sebuah pasukan dengan hanya berbekalkan kepintaran passing, mencari ruang menerima passing, keberanian membuat turning di tengah2 padang tanpa rasa takut serta ketenangan menerima hantaran dan kebolehan memegang bola yang lama.

ii) Saya pasti Kunalan lebih lincah dan lagi hebat dribbling skill dari Xavi tetapi kita tidak memerlukan centre midfield yang kaki dribble. Cukup sekadar memerlukan ramuan seperti Xavi untuk menerima dan memberi hantaran sempurna kepada mana-mana pemain terutamanya barisan Serangan.

iii) Bukannya menafikan kebolehan Safiq Rahim yang saya akui freekicknya lebih hebat daripada Xavi tetapi gaya permainan Safiq lebih kepada Xabi Alonso yang agak defensive dan prefer hantaran tinggi yang sebenarnya menyukarkan Saffee dan Idlan menerima hantaran.

iv) Saya dapat rasakan peminat-peminat bola Sepak Malaysia tidak menyedari peranan Xavi dan hanya berkiblatkan player England seperti Rooney, Lampard, Gerrard, sedangkan susuk tubuh dan ketinggian Xavi lebih kurang dengan Safiq Rahim.

Percayalah, jika kita dapat mencari Xavi Malaysia, tugas Safee dan Idlan bertambah mudah dan boleh menggegar Asia dan Dunia.

Tuan Rizal,

Tolong panjangkan point saya kepada Coach Datuk Rajagobal walaupun dia peminat MU. Sekali lagi ditekankan kita perlukan player macam XAVI. Untuk pengetahuan semua, Barcelona berjaya menghasilkan XAVI yang ke 2, iaitu THIAGO ALCANTRA yang disebut2 sebagai bakal pengganti XAVI yang telah membantu Spain menjuarai Euro Under 21 dan juga menjaringkan 2 gol membantu Barcelona menewaskan Bayern di dalam Audi Cup baru2 ini.

Akhir kalam, usahlah mengharapkan Harimau Malaya untuk menggegarkan Asia mahupun dunia selagi kita tidak dapat mencari XAVI Malaysia.

Anonymous said...

Salam,

Pendapat peribadi:

1.Defender : Player2 HM gemar menunding jari sesama sendiri bila berlaku kesilapan(especially first leg kat sgpore).Muslim agak merosot prestasi(complacent sangat sebab dh jd automatic choice dalam team ni).Asra kalau xsilap aku dh xmain first 11 selangor tp cmne boleh main first 11 HM(fans selangor boleh tolong sini?).Satu kelemahan ketara ialah ball watching.Semua defender tgk bola instead of marking player especially bila opponent dh dekat kotak penalti(mahali/asra byk buat mistake ni)..masing2 dh lupa position ngn player yg nk kena mark.

2.Midfielder : Biggest mistake ialah byk sangat gap between defend- midfield dan midfield-striker..Midfield sgpore dpt byk masa sebab midfield HM lambat closing..Mana CM/DM kita?
Amar Rohidan,keje hang as DM kena shield 2 CB kita tp aku tgk hang xde lah nampak effective sgt(dh byk kali aku noticed).Passing bola byk sideway ngn blkg jer..Ismail Faruqi? boleh main bola tp cm ex player malaysia cakap semalam , only for 60mins jer.xleh main lama(cm joe cole liverpool)..Maybe sebab xbyk experience kot.Wallahualam.Confidence ada tp xmpk menggila skit atas padang.tiada hala tuju.Timing/Positioning hancur(sama cm Amar)..time Safee nk minta backup,mana wei?Safee dok tunggu hang,hang gi offshore..Pastu aku nk komplain sket pasal basic dlm bola sepak..Korang ni main bola PROFESSIONAL weh,bukan amateur.hari2 dok ngadap bola tp xkan la xboleh nk stop bola betul2..aku tau padang xelok smlm tp boleh pulak bdk2 singapura stop bola properly.Aku bukan nk minta byk sgt pn tp kalau boleh next time benda2 basic(tahan bola,passing biar sampai) korang dapat improve..Last thing pasal midfield nie,kalau xsilap aku requirement main position nie kena turun naik all the time(nama lagi pemain tengah).Korang ni sebagai link between def ngan striker.tp semalam(before this pun sama) aku tgk semua dh hanyut kt laut china selatan.xtau mana nk pergi.Yang aku pelik ialah cara kita mengatur serangan..1Malaya dok komplain semalam.Bola dapat kat defender terus launch ke depan cm missile cari striker.Mana build-up play?midfielder kena minta bola sekerap mungkin..Xkan nak suruh defender yg passing kt striker.bukan nk cakap apa,sebab korang ni main midfield i.e automatically one of the best passer dalam team..xkn nk suruh defender passing bola.memang hancur ah.semalam asra ngn mahali yg byk pass bola cari striker.korang xleh nk mengharapkan sangt bola2 cun dr dua org tu sebab keje full time diorang main fullback.Bila nak minta bola dr defender, kena ready weh.ready dr segi positioning ngn ready nk cari org lain utk pass balik.Cmne defender nk pass bola kt tgh kalau midfielder pun xopen game(wrong positiong)..

3.Striker : Safee memang legend.Hadi nampak xngam gameplay ngan Safee..Maybe sebab style main sama.Fakri = enough said(Meracau atas padang tanpa motif?)..

Akhir kata,just nk bgtau bahawa menyarung jersey kebangsaan adalah perkara serious weh..setakat pride nk pakai jer tp x perform,baik xpayah pakai..aku hairan cmne player cm fakri boleh sentuh jersey HM ngn form sekarang(siap boleh main first 11)..Just nk compare ngn team brazil dr segi pemilihan player.Team brazil kalau player xperform dalam liga memang xkan dapatsentuh jersey keramat diorang.nk dapat satu cap pun susah..Fakri relax jer dok kumpul cap makan angin sana sini.

Maaf terlebih komen..hidup mati ngan Malaysia tercinta..

JoeSentulKL

Anonymous said...

Malas nk komen pasal defender(org lain dh komen)..Cuma nk komen pasal midfield malaysia..Cara kita mengatur permainan agak susah.Bila nk attack,guna SB(Mahali/Asra) utk cross bola ke depan cari winger(Hadi/Kunalan) atau striker(Safee)..Main kick and run camni memang susah terutamanya international level..Mana Midfield Malaysia? nak kata midfielder main defensive,bolos byk gak..Nama jer midfield tp takut pegang bola(kecuali syafiq)..Passing semua nk tinggi jer.bukan Klose/Berbatov/Drogba main striker HM weh ko nak lambung ke depan.

~affendi julaihi~

Anonymous said...

Datuk RG,

there's a big difference between giving good sound bites that fans want to hear and achieving real results on the field.

MalayaPerantauanLAX

Anonymous said...

Tengok pada gol singapore lwn malaysia,
Gol pemusnah harapan yang membara,
Bek berlari sambil hanya melihat bola diudara,
Tak sedar dan perhati lawan datang menerpa.

Anonymous said...

1) PERTAHANAN TERUTAMA CENTREBACK MEMRLUKAN KOMUNIKASI ANTARA SATU SAMA LAIN DAN LEADER SALAH SATU ANTARA MEREKA.

2) MIDFIELD KUNALAN O.K TAPI JARANG MEMBUAT SHOOT KE ARAH GOL DAN MEMRLUKAN MIDFIELD GENERAL SEPERTI ERA SHUKUR DAN AZIZOL ABU HANIFAH.

3) STRIKER DAH MANTAP CUMA HADI BARU PERTAMA KALI PENGALAMAN PADA PERINGKAT ANTARABANGSA.

4) PADA PERLAWANANAN DGN S'PORE TEMPOH HARI SEPATUTNYA KINGGOPAL MENURUNKAN BADRUL DIA SERING MENJARINGKAN GOL DAN MEMPUNYAI KAWALAN BOLA YG BAIK BEGITU JUGA ASHARI SAMSUDDIN DAN PERNAH BERMAIN DLM PERLAWANAN2 YG PENTING.

5)JARANG KITA PERHATIKAN CROWD YG LEBIH 85RBU MEMBABITKAN SKUAD KBANGSAAN BERMAIN DISBNJ KECUALI FINAL PIALA M'SIA DAN FA.MALAM YANG SEPATUTNYA JADI PESTA BAGI MEREKA BERTUKAR MENJDI MALAM MALANG....

PEMINAT SUKAN

Cerita Sendiri said...

Slps baca analisis yg berjela2 dr kau org semua dan menonton perlawanan di TV in HD, sbb tiket habih. (tak pernah lagi tak dpt beli tiket nihh).

Ulasan aku ialah Singapore dtg utk defend their punya lead dan kita tak cukup bagus utk score goal.

Ada lagi harapan utk HM, cuba lagi. Impak positif ni harus di kekalkan. Kepada pemain2 jgn putus asa. Berbangga lah dgn sumbangan anda. Rakyat Malaysia setia bersama anda.

pojak said...

tolong tanya apa merit Fakhri Saarani sampai dia kerap boleh menjadi first eleven?

http://bolatalk.blogspot.com/2011/07/terima-kasih-datuk-rajagobal.html

MatRock said...

JoeSentulKL,
Macam kenal saja lu ni... Apa-apapun, satu komen yang bernas dari lu.

Sebelum ni ramai yg memuji Datuk K (termasuk gua,) tapi skrg gua dah dapat rasa, dia bukanlah seorang coach yang hebat dan handal sangat. Mana tidaknya, dia masih belum berkebolehan untuk mengenali character players dia terutama sapadia budak Fakhri Shaarani ni. Datuk K tidak mahu belajar daripada kesilapan menyenaraikan budak ni di Singapura dulu...Kalu gua coach, budak ni tadak dalam senarai gua dan gua masukkan Badrul Bakhtiar.

Bila mau teh tarik Ehsan?

player kampung said...

Midfield y dlupakan..SHAKIR SHAARI..tunjang kekuatan Red Warriors..KREATIF atas padang,BERANI buat hantaran tajam ke kubu lawan,BERANI membuat percubaan ke arah gol,CEPAT membaca permainan,menutup ruang bg pihak lawan,membuka ruang bg kawan....TAPI bg DKR,shakir TAK sehebat amar rohidan y GAGAL mmbantu Kedah pn.amar cume byk main SAFE BALL.xde pn hantaran trough-pass y bahaya,xde shot on goal,xde kreativiti,dan akhirnya GAGAL buat ape2 untk mmbantu Malaysia menewaskn Singapore..

Anonymous said...

kami x ingin game sarkas lagi...

The Lee said...

Tak Tau lah. Adakah Team Malaysia ni tak boleh buat apa dahhh...Lantiklah sape Jurulatihnya. Atau tunggu Jurulatih dari langit turun...

hok aku wat said...

slpas kegagalan harimau malaya,knp fakri dipggil utk team harimau muda??
bagus ngat ke dia ni??dh xde org len ke?adakh 1 lg malapetaka akn berlaku??