Saturday, June 25, 2011

Danyal dan Kumar...tolong baca

Dalam kolum Pendapat Saya di Utusan Malaysia, bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad, mengajak kita berfikir. Yang best pasal Datuk yang terkenal dengan garangnya dulu, pasal tulisan-tulisannya mengajak kita berfikir...berapa ramai di kalangan pentadbir sukan kita yang boleh mengajak pencinta sukan berfikir? Setakat komen pasal bola, takraw, badminton dan taktik-taktiknya atau bergaduh dengan pegawai olahraga ramai, tetapi hendak memikir di balik tabir bukan senang...sebab itu Datuk Mazlan ni disenangi wartawan...senang dapat komen, komennya bernas pulak, kalau tidak takkan menulis untuk Metro Ahad dulu, antara kolumnis paling lama di akhbar itu....Baca Berkesankah MOM dalam membangunkan sukan negara dan MOM perlu beri sumbangan lebih bermakna. Jadi Danyal dan Kumar kenalah baca...siapa Danyal dan Kumar? Baca laporan NST

No comments: