Friday, August 20, 2010

Selamat jalan Sry

                                                                  
                                                                      Gambar Utusan

Tahun 1995.

Gelanggang - Stadium Negara.

Acara - Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.

Satu daripada keseronokan menjadi wartawan sukan ialah senda gurau, tepuk tampar dan perselisihan pendapat di kalangan ahlinya yang cukup kecil tetapi kecoh. Begitulah suasana di bilik media Stadium Negara. Sambil meninjau apa yang berlaku di gelanggang, bilik media hingar-bingar dengan suara-suara - ada yang garau, ada yang halus, ada yang macam penyanyi.

Dalam kekecohan ini muncul wartawan kanan Utusan Malaysia, Jasni Shafie membawa seorang rookie. Gadis manis bernama unik, Sry Angreni Mohd Zet. Kalangan pelapor sukan menyangka Sry Angreni girlfriend Jasni. Kalangan kami, antaranya Asmadi Ahmad (The Sun kemudian The Malay Mail), Amran Zimbo (Watan kemudian Utusan Malaysia), Hazli Hussaini (The Sun kemudian Harian Metro) dan Abdullah Sani (TV3) terdiam seketika.

Itu detik awal Sry Angreni membuat liputan badminton sambil dibimbing senior. Begitulah caranya mentor mencurahkan pengalaman kepada junior.

Apabila aku menerima pesanan ringkas pada jam 10.30 malam tadi bahawa Sry Angreni dipanggil menghadap Ilahi, aku terkejut. Terkenang semula detik pertemuan pertama kami di Stadium Negara.

Baca di sini. Sry Angreni sudah memulakan perjalanan baru. Takziah kepada suami dan anak-anaknya, dikebumikan pada hari penghulu segala hari dalam bulan Ramadhan Al Mubarak. Al-Fatihah.

8 comments:

teachuhman said...

Al Fatihah

Anonymous said...

Salam Takziah. Tak berapa mengenali beliau tetapi tahu tugasannya sebagai seorang wartawan. Al Fathihah

ZAR

pekasamgoreng said...

masa wat reunion ex and current sport reporter wanita....kak sry ada kata dia nak propose supaya SAM wujudkan Exco wanita jugak...so leh sama2 gerakkan persatuan dan jalan kan aktiviti untuk kami kaum wanita....huhuhu....sedihnya..last jumpa masa kami main bowling kat Sunway....moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang2 yang beriman...al-fatihah...

MatRock said...

Dulu ingatkan arwah ni minah Indon berdasarkan namanya... Al Fatihah buat arwah. Amin...

Haresh Deol said...

Salam Takziah.

Burn said...

Al-Fatihah..
Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Sry Agren dan semoga bersabar dengan ketentuan Ilahi. Allahyarham adalah seorang yang bersemangat tinggi dan tajam pemikirannya. Semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah s.w.t.

Abu Bakar Atan & Unit Berita Sukan TV3

fariq said...

salam takziah pada seluruh keluarga sri....

pertama kali saya bertemu sri was during the than the famous milo-sports-excel squash circuit at the nsc courts in jalan duta, the year sri joined utusan malaysia (i cant remember the date)
sri had approached me, who was than the malay mail sports reporter, who covered squash consistenly.
She introduce herself before she asked me - "I tahu u cover squash selalu kan. I nak tanya senang tak nak interview nicol (david).
Nicol was than up and coming star in the Milo-Sportsexcel circuit.
My answer to her: "Tak ada hal. Orang squash semua ok termasuk Dato Alex Lee (than the president, who passed away in early 2000).
After nicol game ended, i introduce sri to the ever smiling nicol, together with than the national coach Mejar S. Maniam.
And how could i forget, Sri after her interview with nicol, bought me "kacang" from the famous kacang seller outside nsc courts.
Over the years, she even had a few "scoope" of squash stories.
I agree with bakar Atan, arwah memang semangat tinggi, dia macam Datuk Seri Rafidah Aziz.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yang beriman...
Al Fatihah

Anonymous said...

Al-Fatihah buat arwah. Pergi dalam usia yang terlalu muda -42 tahun....
Kita yg dah nak masuk separuh abad ni, agak-agaknya sudah kah bersedia untuk menghadapi malam pertama di alam kubur?