Ada ramai tuduh aku tidak menyokong NFDP. Baca posting dalam twitter aku 12 April, 2014. Siapa yang menafikan hakikat ini adalah pembohong dan pemfitnah! Amacam, ada ala-ala 1MDB tak?
Aku juga antara yang awal mengikuti perkembangan NFDP menerusi twitter dan selalu berinteraksi dengan admin, termasuk mengulangi tweet mereka. Waktu itu followers mereka lebih sikit daripada senarai pengikut aku, sekarang diaorang punya mencanak naik berikutan prestasi yang memberangsangkan pada Jelajah di Eropah, khususnya di Jerman, Sepanyol dan Portugal
Sebelum NFDP diperkasakan dengan konsep lebih menyeluruh cetusan ilham Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, NFDP diterajui oleh bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, manakala pengarahnya Lim Kim Chon, kedua-duanya aku temu bual dalam Dengan Izin pada 2012. Malangnya tak de dalam youtube, bagus jugak kalau tidak aku kena sumpah seranah lagi....
Buku yang YB KJ pegang itu menarik, menerangkan konsep NFDP dengan jelas. Sebenarnya aku dipelawa oleh NFDP membantu menterjemah buku itu. Dalam mesyuarat dengan Safirul, Regina dan Elena, aku setuju membantu. Soalan pertama aku, "apa jadi kepada budak-budak ini selepas usia 17 tahun?" Tapi belum sempat terjemah National pun, aku menarik diri selepas tidak bersetuju dengan komposisi jawatankuasa NFDP. Aku secara gentleman menarik diri.
Berbanding blue print Kim Chon yang menyentuh pembangunan pemain elit di peringkat remaja, NFDP baharu menyeluruh, dengan pembangunan modal insan seperti jurulatih, pemain remaja, pusat latihan, pembangunan kanak-kanak perempuan, struktur pertandingan serta modul latihan komuniti dan elit dalam mencipta DNA bola sepak Malaysia.
Sasaran NFDP yang asal,
Ini cebisan blueprint PPBN atau NFDP yang asal
Modal insan kunci untuk lonjakan saujana
Tanggal 10 April lalu, satu sejarah tercipta. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Akademi Bola Sepak Negara di Kuantan, yang dinamakan sempena legenda era 70 dan 80-an, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.
Lebih penting Najib menyatakan sokongan kepada Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), atau NFDP sebagai ringkasannya dalam Bahasa Inggeris. Meneliti perkataan demi perkataan yang tertulis dalam 80 muka surat PPBN itu, jelas ia menyentuh semua aspek pembangunan bola sepak berkaitan kanak-kanak dan remaja berusia di antara 7 dan 17 tahun.
Dalam hal ini, dua individu harus diberi kredit, iaitu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin dan pengarah PPBN, Lim Teong Kim. Sekalipun pelbagai lontaran idea bernas, cadangan di luar kotak dan kertas kerja disampaikan menerusi banyak forum dan wadah berhubung pembangunan bola sepak sejak dua atau tiga dekad lalu, Kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hanya menjadikan bola sepak satu agenda nasional menerusi kewujudan Tabung Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan pada 2010, tidak lama sesudah pasukan Bawah 23 negara mengutip pingat emas di Sukan SEA di Laos.
Serentak itu, sebuah jawatankuasa diterajui Datuk Razali Ibrahim, ketika itu Timbalan Menteri Belia dan Sukan, ditubuhkan dengan dana permulaan RM10 juta bertujuan memantau pelbagai program peringkat pembangunan yang dilaksanakan pelbagai agensi. Tugas awal jawatankuasa itu ialah melantik Lim Kim Chon, seorang individu yang kaya pengalaman dari akar umbi hingga ke FIFA.
Dia calon paling layak mengurus satu program berunsur nasional. Misi utama projek itu ialah membantu pasukan Bawah 17 kebangsaan mara ke Piala Dunia Remaja FIFA Bawah 17 tahun pada 2019 selain mewujudkan program MyKids Soccer seluruh negara.
Namun program itu dilihat tidak menyeluruh. Pemegang taruh terbesar dilihat agensi dan sekolah yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan.
PPBN 2014-2020 pula menyeluruh, dengan beberapa penambah baikan dan lonjakan terhadap program terdahulu. Sepintas lalu, PPBN 2014-2020 bukan saja berteraskan satu falsafah atau DNA negara, tetapi juga berasaskan lima strategi teras bertujuan meramaikan jumlah pemain sehingga lebih 50,000 menjelang 2020, meningkatkan kuantiti dan kualiti jurulatih, memperbanyakkan kejohanan kompetitif dan menambah baik pusat latihan serta kemudahan asas.
Tidak sesekali kita harus mengetepikan sumbangan idea dan tenaga jawatankuasa kendalian Razali. Namun PPBN cetusan Khairy adalah satu penyata misi yang menyeluruh dengan menyentuh bola sepak akar umbi berprestasi tinggi dan komuniti.
Pengarah PPBN pula adik Kim Chon, Teong Kim yang tampil selaku bekas jurulatih skuad remaja Bayern Munich dan satu-satunya anak Malaysia yang layak melatih mana-mana kelab di Eropah selepas lulus lesen Jurulatih Pakar (Fussball-lehrer) di Cologne pada 2005.
“Ketika saya timbalan presiden FAM saya juga pernah menawarkan Teong Kim peluang untuk kembali ke Malaysia tetapi waktu itu mungkin kurang sesuai. Selepas saya dilantik menerajui KBS, saya menerima emel yang panjang lebar daripada Teong Kim menyatakan kesudian menyumbang semula kepada bola sepak negara.
“Sebagai antara ribuan penonton di Stadium Merdeka pada final Sukan SEA 1989 apabila Teong Kim antara wira negara, saya tidak menyangka berpeluang bekerjasama dengan seorang legenda dalam merencanakan pembangunan bola sepak kita,” kata Khairy kepada penulis baru-baru ini.
Berbekalkan pengalaman selaku bekas ketua MyTeam, Timbalan Presiden FAM dan pengurus pasukan kebangsaan, Khairy percaya PPBN 2014-2020 mampu mencorakkan era baharu bola sepak negara.
Teong Kim pula menekankan dua aspek – sokongan padu ibu bapa selain sikap jurulatih.
“Mungkin seorang jurulatih itu tidak mempunyai sijil kelayakan yang dikehendaki tetapi memiliki sikap dan profesionalisme tinggi. Misalnya ada seorang jurutera syarikat telekomunikasi yang menjadi jurulatih sambilan. Saya tertarik dengan penampilan yang positif, kualiti selaku pemimpin, cara dia berkomunikasi dan paling penting etika kerja yang tinggi.
"Kita memerlukan lebih ramai jurulatih sebegini,” kata Teong Kim sambil menggesa ibu bapa agar menjadi tulang belakang kepada cita-cita anak-anak mereka.
“Di Eropah, ibu bapa sanggup mengeluarkan belanja sendiri dan pergi menghantar serta mengambil anak-anak mereka bertanding atau berlatih. Ibu bapa di Malaysia juga harus bersikap sebegini,” katanya.
Selain sokongan dan dokongan semua pihak, satu cabaran besar buat PPBN 2014-2020 ialah sistem penyampaian dan pelaksanaannya. Kita mengharapkan tiada ketirisan atau kepincangan di setiap tangga pelaksanaannya. Kuncinya dipegang modal insan yang beretika, bermotivasi, berwawasan dan profesional!
Tahniah YB KJ kerana membawa pulang Teong Kim selepas kiriman emel panjang lebarnya. Aku sedar YB KJ memang cukup passionate pasal bola sepak ni!
Sejurus itu, NFDP diperkasakan selepas unit sokongan yang diketuai Safirul mengadakan beberapa siri bengkel dengan pemegang kepentingan selain melakukan audit pada 2013 dalam mencari kelemahan dan kekuatan program NFDP yang asal untuk diolah ke arah kebaikan.
OK, sebelum aku teruskan, kena ucap syabas dan tahniah kepada Teong Kim dan anak-anak didiknya yang muncul juara Piala Iber di Costa Del Sol, Malaga, Sepanyol, baru-baru ini. Tahniah juga kepada NFDP kerana menggunakan sepenuhnya teknologi terkini untuk berkongsi maklumat terkini dan video menerusi internet.
Di sebalik sokongan aku yang tidak berbelah bahagi kepada projek ini, aku antara yang awal menegur apabila membaca beberapa ulasan realtime NFDP dan orang kuatnya ketika team berada di Jerman sebelum ke Sepanyol.
Membalas tweet beberapa pengikut aku, aku antaranya menulis tamper your enthusiasm, true but nobody knows where your boys end up seven years from today,
Sedikitpun aku tidak menyentuh mana-mana pihak, sekadar mengingatkan bahawa perjalanan kelompok pemain ini masih jauh. Jadi man-man la...
Apakah dengan berkata underpromise overdeliver aku membonsaikan pemikiran orang lain?
Kesudahannya, team ini akan dihakimi 10 tahun dari sekarang. Mereka ada pelbagai misi termasuk layak ke Piala Dunia Remaja Bawah 17 tahun FIFA pada 2019 sebagai sasaran. Untuk menempah tiket mereka harus melalui proses kelayakan di peringkat Asia bermula 2016. Tahun lalu anak buah S. Balachandran mara ke suku akhir sebelum tewas kepada Australia 2-1 dalam Kejohanan Bawah 16 Tahun Asia AFC. Jika mereka layak ke separuh akhir, tiket ke Chile 17 Oktober-8 November ini sudah ditempah. Sayang!
Wow, little boys achieved more than in your sour 20 years...pencapaian budak-budak ini jauh lebih baik daripada 20 tahun anda yang masam...masyem,,,,pergh mamat ni memang tak minat sejarah dan tidak mementingkan sejarah. Dia kata orang yang tengok sejarah Jurassic! Dinosaur yang dah tak wujud...bagitau jugalah jurulatih NFDP, Raja Azlan Shah Raja Soib, Wan Rohaimi Ismail dan Effendi Malek yang mengikuti jelajah Eropah mereka juga sebahagian daripada kegagalan itu...serta Teong Kim pun mengaku dia standard Sukan SEA aje dulu masa main...
Wow, macam Costa Del Sol dan teluk Iberia kena takluk...bagus memberi kata-kata perangsang...eh tapi rujuk sejarah ek, sejarah yang tak de kena-mengena dengan bola sepak ek...
Zero value, wow...sebenarnya kalau kita fikir kita hebat dalam melaksanakan sesuatu tugas, jangan lupa orang lain ada cara tersendiri dalam menyumbang ke arah membudayakan bola sepak. Mungkin dia cari sponsor untuk anak jiran, mungkin dia taja team bola kejiranan, mungkin dia jadi pengarah kejohanan futsal atau antara komuniti...kita tidak tahu...kan? Mungkin dia hantar anak dia ke akademi tiap-tiap minggu, tak guna duit kerajaan atau sektor swasta, guna duit sendiri. Nak mintak penaja, penaja hanya bagi kat orang besor-besor
Pergh...tapi apakah aku pull down NFDP? Satu lagi pembohongan....ini modus operandi ala politik untuk menjatuhkan orang lain tanpa fakta...menjatuhkan orang melalui persepsi, disambut pula oleh juak-juak sehaluan, sebagaimana Tun Faisal belasah aku apabila mempertikai pelantikan Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria selaku Bendahari FAM. Sila rujuk Kenapa Norza?
Yang kanan pengarah kanan unit sokongan NFDP. Ku kenali sejak 2005 apabila dia duduk semeja dengan aku di Bangsar meminta jasa baik aku kurangkan mengkritik Menteri Belia dan Sukan waktu itu, Datuk Seri Azalina Othman Said. "Apa kata kalau KBS beli iklan dalam The Malay Mail,? tanya Safirul kepada aku sebagai satu cara agar aku tone down. Zaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Safirul jadi pengarah kanan Tahun Industri Sukan (SIY). Safirul ni versatile, serba boleh dan man for all seasons. Masa MyTeam dulu pun dia jadi pegawai media...Baca Penjana industri sukan negara. Yang kiri aku tak tau, kitman ke apa tah...
Kalau kita lawan Sporting Lisbon, rasa-rasanya kita lawan kelab, bukan Portugal. Kan? Last aku check NFDP mengumpul pemain terbaik negara. Sporting Lisbon kumpul pemain seluruh Portugal ke? Wajar atau tidak perbandingan ini?
Takkan projek kerajaan website pun cuti Ramadhan ke? Banyak yang aku nak check. Penaja betul ke NAZA, 1MDB, Media Prima...kalau tak boleh update, baik buiat blogspot aje. Nak jugak tau siapa pengarah komersil dan kerjasama strategik NFDP...ini lidah dan wajah rasmi NFDP kalau tak silap aku la. Tak semua orang ada twitter dan FB. Tapi orang boleh akses laman web...tapi kalau laman web down macam mana?
Luqman Hakim Shamsuddin produk Mykid Soccer Kelantan, jadi pemain terbaik di Croatia 2013...jadi by right he has been unlocking defences since 2013 and earlier, kena perbetulkan fakta, babe...
Aku rasa orang kuat (ke kitman) NFDP ini kuat sentap. Evil? Hmmm....necessary evil perlu untuk menegur. Takut ada evil lebih besar kat luar tu....satu lagi Encik Nur Jasni pemilik agensi sukan Sportswork yang juga penasihat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang cukup saya hormati, in my humble opinion, the ultimate passion is doing the things you love without thinking of monetary gains...sekarang ini berapa orang kuat NFDP dapat gaji? Memanglah tak de orang nak kerja free, tapi toksah ceritalah bab passion...
Berapa gaji bulanan jurulatih di semua peringkat?
Berapa gaji pengarah kanan? Lebih tinggi daripada gaji jurulatih yang berpeluh di padang? Apa jawatan mamat kat atas ni yang kata evil lurks?
Kalau dia ada pegang jawatan (desas-desus mengatakan dia pengarah komersil dan kerjasama strategik, kita boleh anggap tweet dia mewakili sentimen NFDP - kuat kutuk stakeholders lain nih - sedangkan untuk NFDP berjaya, ia memerlukan kerjasama semua pihak. Kita juga boleh anggap kalau dia bawak masuk penaja, dia dapat komisen, Ini anggapan lah. Passion,,,hahahahaha
Satu lagi, jika kita pegang amanah bersifat nasional, kita kena terbuka kepada dissenting views. Aku juga tegaskan, apa aku nak begrudge projek ini? Ia harus disokong. Tapi pelaksananya kena tahu bukan dia sorang buat kerja. Orang lain ada hak untuk memberi input dan idea. Setiap daripada kita ada cara tersendiri menyumbang kepada sesuatu projek berskala besar. Pandai kutuk FAM, tapi bila dicuit sikit, whoa....orang lain evil babe! Kurang-kurang orang FAM tak de twitter untuk berbalas-balas komen hahahahaha...Adakah engkau Malaikat?
Ya betul, wow...tidak overboard? Biasa-biasa aje...daripada pengarah kanan NFDP, kira ini kenyataan rasmi.
Pada 2013, pasukan projek 2019 dibawa ke Bosnia dan Croatia
Cuba tengok striker, goalkeeper...pemain tengah...2013...anak didik yang dikenal pasti oleh Kim Chon dan rakan-rakan
Mereka juga menduduki tangga ketiga di Saitama 2013
Kerajaan pula menyalurkan geran RM10 juta untuk NFDP. Bermakna ia dana yang ditanggung pembayar cukai yang kini dibebani kos sara hidup yang tinggi dan disaran toksah balik kampung sebagai langkah berjimat-cermat. Ditambah pula dengan tajaan sektor swasta, NFDP adalah projek yang menelan belanja jutaan ringgit.
FAM pula menerima geran token daripada kerajaan. Aktiviti FAM dijana oleh dana daripada sektor swasta. Selain pantau FAM, kita juga kena monitor NFDP nih, pakai duit kerajaan jugak nihhhh....bahkan confirmed RM10 juta!
Ni nak tanya sikit, sesi latihan dan pertandingan akademi tunas NFDP ni ada perlindungan insurans tak?
Betul ke ibu bapa kena sign ni?
Tidak ada apa-apa pembiayaan insurans hayat/insurans perubatan/insurans perlindungan am/insurans tambahan yang diambil oleh pihak PPBN ke atas anak/anak jagaan secara khusus....selain perlindungan yang diperuntukkan melalui pembiayaan yuran persekolahan kerajaan (di bawah KPM).....
ibu bapa kena setuju bayar RM25 setahun bagi anak dan jagaan seandainya pihak PPBN mewajibkan pengambilan insurans hayat yang dikhususkan oleh PPBN walaupun memiliki perlindungan pihak ketiga menerusi pembiayaan ibu bapa sendiri. Nak tanya, budak-budak ni ada perlindungan insurans ke? Jangan marah #just asking....
Memang benar tujuh bulan dari sekarang aku pun tidak tahu aku di mana, sama ada masih diperlukan dalam media atau tidak, ada kerja ke tidak, ada nyawa lagi ke tidak, bezanya aku tidak menggunakan dana kerajaan untuk kais pagi makan pagi, tetapi NFDP adalah projek agenda nasional dan dijana dana kerajaan. Jadi peminat bola sepak tulen dan terpelajar, tolong eh....setiap detik, kata-kata dan tindakan sama ada di Sri Hartamas atau Costa Del Sol must be accounted for.
Terpelajar dalam akademik tidak semestinya terdidik dalam ilmu bola sepak!
Episod kedua...bila-bila aku senang....
Oh, haters, terutama penyokong tegar pihak-pihak tertentu, komen kalian dialu-alukan.
Modal paling basi dan bankrap idea, oh ini orang FAM dan ini NFDP hater! Kih kih kih! Oh, dan saya sokong kuat YB KJ dan Teong Kim....seperti apa yang aku tulis dalam majalah Dunia Sukan tahun lalu.
4 comments:
Yeap, masa baca tweet reply dr the untouchables, mmg sakit hati tgk. Org MyTeam rupenye. MyTeam ni la dulu yg byk buat kutuk pasukan bolasepak negara. Ntah2 xde knowledge pasal bola pun. Tau kaut untung je n kejar glamer..hopefully nfdp ni turn out to be successful tp harap org2 kipas kj ni dh x involve lg dlm nfdp -kuaci lover-
Rizal Hashim pro NFDP atau anti NFDP. Hanya Rizal Hashim sahaja yang tahu.
Dengan mewakili diri sendiri, saya nak katakan bahawa kaedah potong cakap tetamu adalah amat janggal. Terutama kepada tetamu yang kurang mahir berbahasa Malaysia, ia tampak amat kurang ajar. (Walau pun dengan susah payah, kesungguhan Lim Teong Kim untuk cuba kekal bercakap dalam bahasa Malaysia seharusnya di puji).
Nak elakkan tetamu cakap panjang-panjang, guna lah soalan yang spesifik.
Sukar menggunakan soalan spesifik, itu kan maknanya penemuramah kurang bersedia.
Nak tanya soalan peribadi atau yang menyerang karakter, pindah ke rancangan hiburan.
Ramai yang masih tidak lupa bila Judin ex Setiausaha FAM jadi tetamu Dengan Izin. Tidak ada soalan "hiburan" malah penonton di rumah boleh nampak banyak peluang untuk Judin diperangkap tetapi tidak pula ditekan.
Adakah sengaja tidak menimbulkan persoalan tentang persiapan ke IberCup di Sepanyol dan Portugal semasa bulan puasa. Apa pandangan ibubapa pemain dalam isu ini. Bagaimanaa pula isu perubahan peringkat pendidikan dari sekolah rendah ke sekolah menengah? Tidak kah melalui siri soalan ini akan menyerlahkan keprihatinan NFDP tentang kebajikan pemain?
Apakah pemain yang dipilih ke IberCup 2015 bawah 13 akan kekal sebagai pemain IberCup 2016 bawah 14 atau pemilihan berteraskan prestasi semasa akan diadakan kelak?
Jurulatih bertauliah sudah mencukupi atau belum? Berapa nisbah jurulatih sepenuh masa dan separuh masa?
Diet pemain disediakan pakar ke? Macam mana pula pakar fisio, psiko dan lain-lain.
Adakah jurang perbezaan antara program peringkat nasional NFDP dan peringkat negeri/daerah NFDP (dari segi kuaiti/kuantiti)?
Apa yang kita perlu perhatikan bagi fasa tahun 2016?
Penonton nak tahu tentang NFDP, bukannya Lim Teong Kim!
Nak ukur kadar amanah penggunaan bajet dari dana kerajaan kepada NFDP? Ukurlah dari pencapaian program NFDP dan bukan dari ukuran poket Lim Teong Kim.
Fed Up
Actually what are you seeking from the NFDP Rizal? ..hardly a day goes by without you professing some so called 'revelation' of sorts...are you unhappy with the 'water carriers' in the programme, but extremely satisfied with KJ and Lim Teong Kim...you claim you know them both well, perhaps you should go see them to tell about your unhappiness of how this programme is handled by the water carriers...indeed if this is your goal lah..maybe you can recommend a friend of yours or two, who may be more suited to carry water too...considering that you seem to believe that the people there now, don't deserve to be there...maybe some press friends can do a better job...who knows...what's good for you should surely be good for the country...
By the way, on the insurance bit, if a former professional player who played at the highest level in the country, and is now a well known football pundit amongst the Malay audience, and has kid or two in the programme, but can't afford the RM25.00 per annum for each of HIS OWN kids...then truly what is the hope for Malaysian football..parents who want a free meal for their kids despite earning big salaries..??...how different is that from rich people kids that earn full scholarships from the government despite their parents being in a position to support them..??..maybe you didn't know that even in the sports schools, parents have to foot the insurance tab for THEIR OWN KIDS...kalau tetap tak mau, baik bin-kan anak dia tuh ke NFDP aja lah...serah sama NFDP at 7 years old..somewhere they'd stamp Hak Milik Kerajaan Malaysia...
wah orang NFDP sudah bersuara....jom lariiiiiiiiii
Post a Comment