Maaf. Saya kurang setuju dgn pelantikan norza sbg bendahari fam. Ambillah akauntan bebas. Bukan politikus yg ada jawatan dlm isn dan bam
— rizal hashim (@rizalhashim801) August 3, 2014
Nukilan aku ini mencetus satu perdebatan dalam dunia maya. Antara yang memberi reaksi ialah Tun Faisal Ismail Aziz, bekas ketua unit media baru UMNO dan calon Majlis Tertinggi UMNO pada mesyuarat lalu, Pernah menjadi pegawai khas Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Power tu!
Tweet di atas bukan bertujuan menyerang peribadi. Namun ia adalah satu teguran kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kenapa tidak melantik seorang individu yang tiada ikatan dengan mana-mana persatuan atau organisasi sukan? Cukup mudah bukan? Ada faham?
Antara bendahari FAM terdahulu:
Datuk Raja Aziz Raja Salim, akauntan bertauliah, bekas Ketua Pengarah LHDN dan Akauntan Negara 1990-1993
Datuk Cheong Keap Tai, akauntan bertauliah dan bekas Pengarah Eksekutif PriceWaterhouse Cooper
Datuk Seri Mohamed Sulaiman, akauntan bertauliah yang berkhidmat dengan Dunlop, Dewina dan Sime Darby. Hanya selepas tidak memegang jawatan di FAM dilantik menjadi pengerusi Sime Darby FC
Datuk Teoh Chye Hin, akauntan bertauliah yang berkhidmat sebagai bendahari FAM dari 1962 sehingga 1978 selain memegang jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak
Pendahulu Norza ialah Tan Sri Aziz Abdul Rahman, akauntan bertauliah dan bekas Pengarah Urusan Bank Rakyat yang kemudiannya menceburi bidang politik sehingga menjawat tugas Timbalan Menteri Besar Pahang.
Perlembagaan FAM terdahulu mengizinkan pemegang jawatan di peringkat negeri untuk dipilih ke peringkat FAM, maka Teoh berkhidmat dengan begitu cemerlang melangkaui sedekad. Yang lain pula jelas individu memiliki latar belakang sebagai akauntan bertauliah yang disegani. Statut FAM memberi kuasa kepada Presiden untuk melantik sesiapa. Sultan Ahmad Shah melantik Raja Aziz, Aziz, Cheong dan Mohamed bukan saja atas dasar mereka akauntan berkelayakan, tetapi lebih penting mereka tidak memegang jawatan di persatuan sukan besar dan utama atau sebuah agensi kerajaan yang menjadi nadi pembangunan sukan Malaysia. Dalam erti kata lain, mereka akauntan bebas - tidak terikat!
@rizalhashim801 luaskan skt pemikiran sdr, bendahari ni jwtn pegawai kanan dlm persatuan. Kerjanya bukan utk jaga akaun & audit @HadiHilmi_
— Tun Faisal (@tunfaisal) August 3, 2014
SIAPA @rizalhashim801 NAK PERTIKAI PERLANTIKAN NORZA SEBAGAI BENDAHARI #FAM ???: Rupanya yang pertikai perlant... http://t.co/CKWavGdkrJ
— BNcybertroopers (@BNcybertroopers) August 3, 2014
@tunfaisal kenal raja aziz salim? Mohamed sulaiman? Aziz abdul rahman?
— rizal hashim (@rizalhashim801) August 3, 2014
Apabila Tun Faisal suruh aku luaskan pemikiran aku, aku sebut beberapa nama. Raja Aziz, Mohamed Sulaiman dan Aziz Abdul Rahman.
@rizalhashim801 dont care & dont bother who they are. May be elok suruh diaorg cari persatuan lain jic diorang lobi u utk jd bendahari
— Tun Faisal (@tunfaisal) August 3, 2014
Dia jawab dia tidak ambil peduli. Nama-nama ini aku sebut sebagai contoh akauntan yang bertauliah dan tetapi bebas daripada naungan mana-mana persatuan sukan, tapi aku tidaklah tulis panjang.
@tunfaisal they are previous bendahari fam. Ada corporate standing. If we were to debate on football n fam, pertinent to know this.
— rizal hashim (@rizalhashim801) August 3, 2014
@tunfaisal this means you are merely defending individuals. Not the institution.
— rizal hashim (@rizalhashim801) August 3, 2014
@tunfaisal and for highly respected bloggers like you to be debating on footy without knowing its history is really unfortunate.
— rizal hashim (@rizalhashim801) August 3, 2014
@rizalhashim801 previous ni is the PAST. Cukup2 la org lama ni, penat la. Gi cari benda lain la buat.
— Tun Faisal (@tunfaisal) August 3, 2014
Budak klub ni elok belajar buat persatuan dulu or belajar pegang jawatan baru faham tugas bendahari & kaitan dgn presiden :) #mangkuktingkat
— Tun Faisal (@tunfaisal) August 3, 2014
You guys have to read @rizalhashim801 ’s tweet with Tokei Bot. Check his timeline out. Another example of that joker’s stupidity.
— klubbkidd™ (@klubbkiddkl) August 3, 2014
Knp dato mohamad norza ? Jom tgk sini @tunfaisal @YuseriYusoff @kulaan_niring @AKU_PEDULI_APA @na_mazita pic.twitter.com/fWbWiEKS8J
— ZamMohd (@ZamMohdPJS) August 4, 2014
Soalnya, di mana juak-juak politik ini ketika FAM dibelasah kiri dan kanan sebelum ini?
Apabila Datuk Seri Shahidan Kassim (lebih senior dan lebih warlord daripada Norza) dikecam sekampung kerana memegang jawatan dalam banyak persatuan, di manakah mereka ini?
Di manakah mereka ketika Azalina Othman Said dikritik? Oh Unit Media Baru belum tubuh...
Ada pula yang kata aku tidak buat homework. Laa...bukankah kita tahu Norza timbalan presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), bekas Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju. Bahkan seorang orang kuatnya adalah rakan sekolah aku lebih sedekad.
Cara perdebatan mereka lebih bersifat peribadi, bukan berasaskan hujah rasional. Mereka menyokong individu, bukan institusi. Mereka adalah political animals. Jelas di mata mereka Norza insan istimewa. Big boss. Mereka jauh lebih mengetahui kriteria yang menyebabkan Tengku Abdullah melantik Norza.
Betul, tapi di mata peminat dan pemerhati, dia Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) dan timbalan presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM). ISN ada banyak isu yang tidak diketahui ramai. BAM pula tidak ada formula mencari pengganti Lee Chong Wei. Norza juga presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA). Tentu dia hands-on dalam mencari bakat baru dan menghidupkan badminton seluruh KL. Kenapa tidak fokus kepada tugas-tugas ini? Sebab itu aku pertikai keputusan presiden FAM.
Terima kasih. Poster menarik
OK OK saya mohon maaf lah...buat semua peminat bola sepak yang berkongsi pandangan dengan saya kerana kalian terpaksa menggunakan jari jemari untuk tweet dan retweet serta menulis dalam sosial media menyokong saya...patut kita salur tenaga untuk beri idea dan jana minat terhadap bola sepak. Jom! Oh, apapun saya bertanya kepada Tengku Abdullah atas dasar apa baginda melantik Norza, TM jawab: "He came highly recommended. I know him reasonably well and his credentials speak for themselves."
Oh...dan aku pun jawab: "My humble opinion Norza chairman ISN and deputy president BAM. Too much on his plate." TM jawab semula: "He said he got time and interested to help me out. So we shall see."...apapun, Tengku Mahkota Pahang adalah antara tokoh sukan paling sporting, sentiasa ada masa untuk menerima pandangan atau pendapat berlawanan. Bait-bait perkataan pertama TM apabila aku diperkenalkan kepada baginda lebih 20 tahun lalu di Stadium Darulmakmur ialah: "Oh, awaklah Rizal Hashim, yang selalu kutuk dan perli saya."
Apapun pertukaran pucuk pimpinan FAM yang lalu membawa harapan setinggi gunung agar ia dapat mencetus satu perubahan ketara dari segi pentadbiran, pembentukan dasar, pelantikan secara merit, pengukuhan program pembangunan dan seterusnya diterjemahkan kepada keputusan di atas padang.
Bendahari tidak terbabit secara langsung dalam menentukan hala tuju FAM dan bola sepak negara, tetapi ada akses dan kuasa mengurus aset FAM seperti simpanan tetap berjumlah RM56.9 juta, maka adalah penting setiap pemegang jawatan dalam FAM fokus terhadap tugas dan amanah yang dipikul tanpa ada agenda terselindung.
8 comments:
Dah ada jawatan tinggi di BAM dan ISN. Berapa banyak jawatan dia nak pegang? Pembangunan atlet badminton di BAM dan atlet Malaysia secara umumnya di ISN pun tak mampu nak handle. Semoga berjayalah dgn pembangunan sukan kat Malaysia.
Dah ada jawatan tinggi di BAM dan ISN. Berapa banyak jawatan dia nak pegang? Pembangunan atlet badminton di BAM dan atlet Malaysia secara umumnya di ISN pun tak mampu nak handle. Semoga berjayalah dgn pembangunan sukan kat Malaysia.
Well bro, what can I say..Its 'who you know and what you know'... what to do?!
kenapa norza? norza bersahabat baik dengan KJ..partner in crime..org kata dream team mcm zaman anwaar dgn najib masa pemuda..
Datuk Norza juga merupakan proxy kepada satu syarikat cina dalam membekalkan perabot berasakan logam kepada agensi-agensi kerajaan yang mana tidak mempunya kilang sendiri. Tuduhan rasuah yang jelas masih di dalam perbicaraan...
Macamanalah pesalah rasuah ni boleh diberi kepercayaan
susah la macam ni, tegur sikit dah suruh mohon maaf. ini 2014 zaman media sosial, selagi tak membuka pekung FAM buat apa nak terasa ? Tun Faisal tu cakap macam dah lama je dlm arena sukan malaysia ni, sekali bang rizal hashim kasi keluar segala knowledge dia tak tau jawab ape.
Tuanku..why Norza la Tuanku??? Ampun Tuanku dari patik...AKU AMPU TUANKU dr Norza..
XABI ALONSO
LARKIN
Post a Comment