Sebelum aku memulakan rumusan, analisis, reviu dan pendapat mengenai kegagalan kontinjen menepati sasaran tujuh pingat emas di Sukan Komanwel di Glasgow, aku sertakan beberapa gambar.
20kg yang lalu, aku bersama setiausaha sulit kanan Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Datuk Abdul Latiff Endot, ketua pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad dan ketua pengarah MSN sekarang, Datuk Seri Zolkples Embong. Menteri ketika itu Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Pen tetap tersangkut. Maklumlah story kena cari...
20kg yang lalu, sukar kulupakan apabila majlis perkahwinan aku di Batu Pahat pada Jun 2001 dihadiri Tan Sri Dr M. Jegathesan dan isteri, serta Allahyarham Fadzil Othman (penolong setiausaha Majlis Olimpik Malaysia), Zolkples dan Mazlan. Tetamu ini hadir selepas menempuh kesesakan lalulintas di Lebuh Raya Utara Selatan (some things don't change). Ku hargai sehingga ke hari ini. Maaf gambar orang rumah kena crop, dia malu katanya. Untuk mereka datang dari jauh menunjukkan aku ada special relationship dengan semuanya...betul atau tidak?
Pada era 1960-an hingga 1980-an, sukan tempatan dijana oleh sukarelawan, khususnya di kalangan guru yang bertindak sebagai jurulatih dan pegawai. MSN hanya diwujudkan pada 1972 menerusi Akta MSN 1971 yang dibentangkan di Parlimen oleh Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah. Namun MSN dianggap dormant walaupun tersenarai bekas kapten hoki negara Wilfred Vias selaku Pengarah MSN. Pengurusan sukan dikendalikan Bahagian Sukan, KBS. Pada Jun 1979, pindaan terhadap rang undang-undang itu dibentangkan oleh Tan Sri Samad Idris bagi mengaktifkan MSN. Sehingga 1981, MSN bukanlah organisasi yang besar segah hari ini. Selepas penyusunan semula, MSN bergiat aktif pada 1982 untuk mengurus sukan prestasi tinggi negara.
Ulasan ahli Parlimen Kuala Muda yang juga presiden BAM ketika itu
Suhaimi Kamaruddin bukan calang-calang, menyentuh mengenai siapa yang harus dipertanggungjawabkan jika kita gagal. Ulasan cukup berisi oleh Ketua Pemuda UMNO ketika itu
Sepucuk surat terbuka aku tulis yang disiarkan dalam akhbar The Malay Mail pada 2007. Baca di sini. dan A Tale of Two DGs di sini.
Mazlan pernah memberitahu media mengurus MSN membawa tekanan berganda. Setiap hari laporan muka surat belakang akhbar menjadi santapan jiwa - sekejap gembira, sekejap kecewa. Kritikan media ditangani setiap hari. Ini berikutan peranan lebih besar yang dilaksana oleh MSN sesudah Malaysia terpilih menjadi hos Sukan Komanwel 1998.
Dituntut oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar sebuah kontinjen yang mampu menang pingat, peranan MSN diperluas. Kebetulan setahun selepas Malaysia menewaskan Adelaide dalam pemilihan hos pada mesyuarat CGF di Barcelona sempena Sukan Olimpik di Barcelona, MSN diterajui oleh Mazlan, seorang pemegang ijazah Sarjana Pengurusan Sukan dari Drake University, Amerika Syarikat.
Bukanlah rahsia Zolkples dianggap anak emas Mazlan satu ketika dahulu. Berikutan kematian Rahim Haron, pegawai MSN yang meninggal dunia pada usia yang cukup muda pada 1994, Mazlan mengalih tumpuan kepada Pengarah Projek Jaya'98, Azmi Awang Chik untuk dibimbing sebagai calon Ketua Pengarah. Tapi Azmi meletak jawatan, dan seterusnya Zolkples anak jati Dungun dibimbing dan dipupuk agar menggantikan Mazlan.
Dengan kedudukan sebagai Pengarah Pengurusan MSN selain pernah menjadi pegawai penyediaan atlet dan penolong pengarah pembangunan, Zolkples turut diberi ruang mengisi kerusi Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 2000 atas permintaan presiden BAM Dr Abdullah Fadzil Che Wan sebagai satu cara mendedahkan Zol kepada selok-belok berpersatuan.
Mazlan, buat pengetahuan pembaca, datang dari sukan lumba basikal, dengan memegang jawatan penolong setiausaha dan setiausaha Persatuan Lumba Basikal Selangor dan seterusnya setiausaha Persatuan Lumba Basikal Wilayah Persekutuan sebelum memegang jawatan penolong setiausaha, setiausaha dan naib presiden Persekutuan Kebangsaan Lumba Basikal Malaysia, jadi cukup masak dengan sepak terajang dunia sukan.
.
Bagi menjaga imej Zolkples yang dilingkari pelbagai isu sepanjang menjadi setiausaha BAM, Mazlan yang menggantikan Datuk Kamalul Ariffin Ismail pada 1993, mengarahkan Zolkples meletak jawatan di BAM dan fokus kepada tugas hakiki di MSN.
Pelantikan Azalina Othman Said sebagai Menteri Belia dan Sukan menggantikan Hishammuddin pada 2004 merosakkan perancangan dan transisi Mazlan kepada Zolkples. Apabila Mazlan bersara wajib pada Ogos 2005, Azalina melantik Dr Ramlan Abdul Aziz, pengarah Institut Sukan Negara (ISN), sebagai KP MSN.
Tapi atas tekanan sesetengah pihak, termasuk di kalangan rakan-rakan rapat Azalina yang rimas dengan pelbagai isu yang melingkari MSN, Zolkples akhirnya diangkat menjadi KP MSN manakala Dr Ramlan dijadikan CEO ISN yang dipisahkan daripada MSN sebagai satu entiti berkanun. Ini bagi memuaskan semua pihak!
Laporan The Star yang mengiringi pelantikan Zolkples pada 2007
Di saat Zolkples berdiam diri menerima hakikat menyediakan program elit menjelang Sukan Asia 2006, ada usaha di sebalik tabir untuk menjadikan pelantikannya satu realiti. Sejurus pelantikan Zol, Azalina menunggu sehingga Sukan SEA di Korat pada hujung 2007 untuk menguji corak pengurusan Zol. Baca di sini. Lega bukan kepalang apabila sasaran disempurnakan. Emas ke-64 disambut dengan linangan air mata Zol.
Sebagai KP MSN, Zol sedar tekanan tugas yang tinggi. Dia melihat bagaimana Mazlan bertungkus-lumus bekerja siang malam menyediakan pelbagai kertas kerja dan perancangan strategik bersama anak-anak buahnya di pejabat untuk memikirkan cara terbaik memenangi pingat di Sukan Komanwel 1998. Tugas Zol pula terhad kepada pengurusan dan juga penganjuran Anugerah Sukan Negara secara tahunan.
Sebagai ketua badan yang menyelaras kegiatan sukan prestasi tinggi, Mazlan tahu betapa besarnya amanah yang harus dipikul.
Sebagai antara tunjang dan strategis Jaya'98, Mazlan mencetus idea menghidupkan semula angkat berat, mengambil jurulatih China untuk mewujudkan pusat latihan terjun di Cheras selain menjalin kerjasama dengan angkatan bersenjata untuk meluaskan kelompok penembak acara ISSF seperti air rifle dan air pistol. Untuk memperkuatkan lagi kontinjen 1998, kertas kerja menaturalisasi pelumba jalan kaki Yuan Yufang, penembak Irina Maharani dan wakil angkat berat Hidayat Hamidon dirangka oleh Mazlan dan pasukannya. Azmi diganti Azizan Zainol Abidin sebagai pengarah projek Jaya'98 Mazlan mewujudkan jawatankuasa bersama dianggotai wakil MSN dan wakil Persatuan kebangsaan dalam merangka program latihan semua sukan.
Sekalipun di bawah teraju Mazlan tiada program spesifik dalam menghadapi Sukan Olimpik, kejayaan 2008 dan 2012 tentu sekali gara-gara spillover effect daripada Jaya'98. Kaedah pengurusannya diiktiraf. Cuba baca di sini.
Pada 2008, Malaysia mengutip satu pingat perak di Sukan Olimpik Beijing. Ini disusuli 12 pingat emas di temasya Komanwel di New Delhi dan sembilan emas di Sukan Asia Guangzhou 2010, semuanya di bawah pemantauan Zol.
Pada temasya Olimpik di London pada 2012, akhirnya sukan selain daripada badminton menyumbang pingat, menerusi gangsa Pandelela Rinong dalam acara terjun 10m platform.
Berlatar belakangkan senario ini, Mazlan kecewa dengan prestasi kontinjen negara di Glasgow. Selain kenyataan "rekod baharu" berbaur sinis, Mazlan mencadangkan audit pengurusan program atlet elit kendalian MSN. Baca di sini. Isunya selepas 12 emas di New Delhi, kenapa sasaran yang diletakkan tujuh emas - satu matlamat yang rendah? Sasaran itupun tidak dapat dicapai, dengan tiga daripada badminton yang memang patut menang pun.
Zol tentu sekali kurang senang dengan kecaman bos lamanya. Reaksinya boleh baca di sini. Sebelum ke Glasgow, Zol sudahpun menuduh Mazlan cemburu. Baca di sini
Aik, pasal apa nak cemburu? Mazlan lagi lama jadi KP, banyak berkongsi pengalaman menerusi pelbagai kolum, banyak kertas kerja dalam fail MSN, jadi orang kepercayaan semua Menteri Belia dan Sukan yang jadi bosnya...ringkasnya Mazlan yang diikat secara kontrak dua tahun apabila menjadi KP, seorang pemikir....
Malangnya ada yang berfikir sebagai orang pencen, Mazlan baik duduk diam kat rumah. Nampaknya itu alasan orang bankrap idea, tiada track record, menumpang tuii, sekadar panas kerusi kerajaan, tidak berfikir dan tidak boleh terima idea. Dalam sukan, idea bernas dan padat tidak mengenal usia. Sama ada dia atlet, pegawai, ahli media, ahli akademik, aktif atau pencen. Apalah...
Bersambung
4 comments:
Sukan Malaysia x kan berkembang bila tiada perseimbangan dari semua aspek...
tumpang bertanya.... sumbangan YB Dato' Wira sebagai konsultan di MSSM selama beberapa tahun ini?
Anon Oct 14, 9.26pm...consultant menasihat. yang buat kerja kementerian pelajaran. hujah kena mantap la. jangan samakan dengan kuasa eksekutif seorang ketua pengarah agensi yang diwujudkan melalui akta! ini penyokong kuat dan konco ... la ni
Eric betul. Ia perlukan kerjasama semua pihak...tetapi sebagai badan yang mengurus/menyelaras kewangan dan program latihan elit, MSN harus dipertanggungjawabkan.
Post a Comment