Akhirnya Dollah Salleh dilantik menjadi jurulatih bola sepak kebangsaan. Buat bekas peledak utama skuad kebangsaan era 80-an dan 90-an itu, dia menerima tugasan ini selepas menolaknya dua kali - pada 2007 dan 2009.
Kelompok jurulatih tempatan yang berkelayakan cukup kecil. Yang terbaik tentunya golongan elit seperti K. Rajagobal, B. Sathianathan dan Norizan Bakar yang memiliki lesen pro UEFA dan AFC serta didedahkan dengan kursus-kursus di seluruh Eropah, termasuk di Sekolah Sukan Hennef, yang mempertemukan tiga serangkai tulang belakang kecemerlangan Jerman dari 2006 - Jurgen Klinsmann, Joachim Low dan Andreas Kopke - buat kali pertama pada 2000.
Mendapat lesen A di Bangkok pada 2004, Dollah jelas layak menggalas tugas ini. Namun dia sedar dia harus mencari penolong yang bukan saja arif bola sepak antarabangsa, tetapi juga pandai mengendalikan latihan. Selebih daripada itu, kita tidak boleh tolak hakikat Dollah - anak jati Melaka yang berhijrah ke Singapura mengikut bapanya anggota bomba ke Singapura - ada sentuhan emas.
Media dan penyokong harus bersabar serta memberi ruang kepada Dollah yang kini sedang menjalani ibadah Umrah, membentuk pasukan mengikut cita rasa dan falsafahnya. Selamat berjaya Dollah!
Aku bertuah kerana dapat buat liputan dua penyerang berbisa ini di kemuncak kerjaya mereka. Azman Adnan (kiri) dan Dollah. Satu ketika dahulu Dollah pernah memulau media - Berita Harian dan TV3 - atas sebab-sebab liputan negatif berbaur tuduhan. Harapnya Dollah tidak berbuat demikian sepanjang kerjaya selaku jurulatih kebangsaan. Dia tidak harus mengulangi kesilapan Norizan yang menjauhi media pada 2006-2007. Dollah harus belajar berkongsi falsafah, harapan dan sebab-sebab pilihan dan keputusannya agar anggota media faham dan boleh disalurkan kepada keyboard warriors yang lebih "pakar". Media arus perdana juga harus faham bila seseorang itu sebut off the record, maka jaga amanah itu. Media arus perdana bukan penyokong yang tidak ada etika tertentu mengikat adab mereka. Jangan semata-mata hendak popular dalam media sosial dan bagi mengenyangkan nafsu peribadi, status dikemas kini kononnya untuk scoop tetapi menjejaskan perencanaan pasukan.
Aku kumpulkan Dollah dan Zainal Abidin Hassan untuk menceritakan detik pasukan negara menewaskan Korea Selatan 1-0 di Stadium Merdeka pada 1985. Intro aku -
SKRIPNYA seolah-olah ditulis sebagai satu kisah dongeng tanpa kesudahan yang diidam-idamkan.
Korea Selatan ditewaskan, kerusi jurulatih bertukar tangan, menentang lawan di atas permukaan
berkerikil, kembalinya legenda kesayangan ke pangkuan pasukan dan penalti awal bersaksikan
hampir 50,000 penyokong lawan meleburkan harapan di saat Malaysia hanya perlu seri bagi
memastikan kemaraan.
Kenangan hampir tiga dekad lalu itu tersimpan kemas dalam muzium minda dua serangkai bertaraf legenda, Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh, yang berkongsi suka-duka detik-detik itu secara eksklusif bersama ARENA. Kisah lanjut muat turun majalah digital Arena.
2 comments:
Saya tertarik ayat perenggan kelima dalam artikel ringkas ini. Satu ingatan buat pengamal media dan juga jurulatih kebangsaan sendiri.
Kedua-dua pihak saling memerlukan di antara satu sama lain...
MALAYSIA best NATIONAL TEAM 2013? :-
Gk;Fahmi, Farizal
Df;Mahali, Fadhli, Aidil, Putra, Faizal, Zubir.
Mf;Wan Zack, Shakir, Amar, Baddrol, Muhymeen, Safiq, Azamuddin
Cf;Safee, Hazwan, Norshahrul
Post a Comment