Johor bernafsu besar. Kelantan pula tidak mahu kehilangan bintang yang baru diangkat menjadi MVP Liga sekali lagi! Mujur episod ini sudah berpenghujung. Khabarnya Matyo diwakili peguam dan akan mengadakan sidang akhbar dalam meleraikan kekusutan.
Kelantan sebut bonus hak mutlak KAFA. Betul.
Perkara 2.2 dalam kontrak pemain memang menyebut bonus dan pembayarannya hak mutlak ahli gabungan FAM.
Tetapi aku ambil contoh aku bekerja di The Malay Mail untuk 2004. Sepanjang tahun bagi story eksklusif dan 52 story muka depan. Tapi 2005 aku berhijrah ke Astro Arena. Bukankah aku patut dibayar sepanjang membanting tulang pada 2004 oleh majikan lama? Itulah pemahaman aku yang kolot ini.
Jika Pemain tidak berpuashati dengan keputusan Ahli, Pemain boleh dalam masa tujuh (7) hari merayu kepada Jawatankuasa Status Pemain Persatuan dan jika masih juga tidak berpuashati Pemain boleh merujuk kepada Dewan Penyelesaian Perselisihan Kebangsaan (DPPK)/NATIONAL DISPUTE RESOLUTION CHAMBER (NDRC) dan jika masih tidak dapat diselesai maka pihak-pihak yang berkenaan hendaklah merujuk kepada Majlis Timbangtara mengikut Akta Timbangtara 1952 yang mana keputusan adalah muktamad.
Malang sekali jika kedua-dua pihak terpaksa bawak kes ke DPPK.
Perkara 8.5 Apabila Pemain melakukan penamatan perjanjian secara sebelah pihak atau tanpa alasan, maka Ahli berhak mendapat ganti rugi dari seluruh baki nilai kontraknya.
Jadi Johor harus bayar Kelantan. Mudah saja.
PERKARA 11 : PERUNTUKAN KHAS DI ANTARA PEMAIN PROFESSIONAL DAN PASUKAN BARU. 11.1 Pasukan Baru yang berhasrat untuk menyempurnakan kontrak dengan seseorang Pemain Professional daripada Pasukan Asal, boleh memaklumkan kepada Pasukan Asal terlebih dahulu secara bertulis sebelum membuat apa-apa perjanjian atau perundingan dengan Pemain berkenaan iaitu dalam masa enam (6) bulan sebelum kontrak tamat.
11.2 Pasukan Asal setelah menerima permohonan daripada Pasukan Baru hendaklah memberikan makluman balas kepada Pasukan Baru dalam masa 14 hari daripada tarikh surat diterima dan jika gaga berbuat demikial, Pasukan Baru boleh berunding dengan Pemain Professional tersebut.
11.3 Jika Pasukan Asal tidak bersetuju dengan hasrat Pasukan Baru untuk berunding dengan Pemain Professional tersebut, maka Pasukan Baru tidak boleh menghubungi atau berbincang dengan Pemain berkenaan bermula daripada tarikh surat dikeluarkan oleh Pasukan Asal.
11.4 Pasukan Asal hendaklah memberikan notis melanjutkan perjanjian ini mengikut Perkara 10.
Apakah syarat-syarat ini dipatuhi oleh Matyo dan Johor FA? Jika syarat-syarat ini dipatuhi dan KAFA sudah dimaklumkan awal, tiada masalah buat Johor FA.
PERKARA 12 : PENYELESAIAN MUKTAMAD SEBARANG PERSELISIHAN.
12.1 Sebarang perselisihan yang timbul antara pihak-pihak yang berkaitan dengan Perjanjian ini dan yang tidak diselesaikan dengan memuaskan kedua-dua pihak akan dirujuk kepada Jawatankuasa Status Pemain ATAU Dewan Penyelesaian Perselisihan Kebangsaan (DPPK) mengikut isu kes. Jika perselisihan itu tidak dapat diselesaikan oleh Jawatankuasa Status Pemain ATAU DPPK ia akan dirujuk kepada MAJLIS TIMBANGTARA (COURT OF ARBITRATION) menurut Akta Timbangtara 1952 oleh seorang Arbitrator yang dipersetujui bersama oleh Ahli dan Pemain. Proses itu akan diadakan di Malaysia. Keputusan Arbitrator adalah muktamad dan hendak diterima oleh semua pihat terbabit. Bayaran kos Arbitrator hendaklah ditanggung oleh kedua-dua pihak seperti diputuskan oleh Arbitrator.
Harap tak perlu sampai ke sini. Berita terbaru KAFA sudah setuju dengan Johor untuk Matyo berpindah. Kerana kalau kita kaji butiran kontrak yang tertera, advantage Kelantan, melainkan jika semua syarat-syarat kontrak dan penamatan kontrak dipatuhi. Apakah Kelantan mencatat kemenangan 1-0 di luar padang dua bulan sebelum sepak mula tetapi kehilangan sebutir permata yang banyak membantu mengangkat status Kelantan dua tiga musim kebelakangan ini?
Aku ada mendapat maklum balas bagaimana pula jika KAFA sudahpun meletakkan imej dan jenama The Red Warriors dengan berpaksikan kepada Matyo...mudah, kerana risiko pemain berhijrah sama ada di dalam atau luar kontrak adalah lumrah alam bola sepak.
Pengajaran daripada isu ini - pemain ibarat satu komoditi dalam dunia bisnes. Mengurus sebuah pasukan bola sepak yang dianggotai individu dengan pelbagai masalah duniawi tidak semudah A, B dan C. Pancing-memancing pemain juga adalah perkara biasa, sebab itu satu ketika dahulu Kuala Lumpur meletakkan harga RM1 juta kepada Azman Adnan dan Azrul Amri Burhan/
11 comments:
Nape la yg ni jadi kecoh bagai nak
rak...mcm la nak gi main dlm liga
J ke K ka atau LALIGA ke tah apa2
lagi liga yg handal2 dlm dunia ni.
Kalau sy jadi mcm MATYO dah 2 tahun
dpt PVP LIga trbaik la trmahal la
ada lebih baik sy cuba bakat yg
mmg dah handal ni , pergi cuba
main dlm liga2 yg ada kat luar
sana nun...mcm cuba kat SIAM LEAGUE
ka J LEAGUE ka K LEAGUE ka kan
lebih bagus..tak gitu bro RIZAL..
MATYO awk jgn sia2 kan bakat yf
ada...umur makin lama akn menigkat
nnt jika dah trlajak tiada club2
luar sana yg nk offer !!!!
Syabas kpd KAFA krna melepaskan Mat Yo tanpa merumitkan keadaan menjadikan ianya lebih kusut...Taniah kpd PBNJ kerana mendapatkan MAt Yo dan satu pasukan drp Liga M yg kembali ke kancah Liga Super tanpa perlu berhempas pulas seperti pasukan lain menjadi juara atau naib juara Liga M hanya dgn pertukaran nama sahaja Johor berada dikelompok Liga Super....Nasihat kpd Mat Yo fikir dahulu tempoh kontrak yg hendak dtandtangani dgn PBNJ jgn pula pisang berbuah dua kali bersama KAFA mungkin nilai anda akan lebih berganda untuk musim 2014
hafiz tu ajk kelate.net abg rizal :)
Kalau semua pihak ikut peraturan yang ditetapkan, perkara seumpana ini tak akan terjadi.
Tahniah PBNJ.
Bagi saya keputusan haruslah diberi kepada pemain itu sendiri. Dengan pasukan mana dia ingin bermain, mencurahkan tenaga, kudrat, kebolehan , bakat dan mencari rezeki untuk diri, keluarga, memandangkan karier pemain bola sepak tidak lah panjang. Kelak umur mencecah 30 an, 40 an, sudah memikirkan untuk bersara.
Berkenaan kontrak, jika ada lagi, pasukan Kelantan berhak tuntut ganti rugi dan pampasan dari PBNJ.
Dan PBNJ, bayarlah pampasan itu sebagai tanda hormat kepada kontrak yang berbaki, dan tanda terima kasih kepada Kelantan yang merelakan perpindahan itu, bahkan melahirkan, membentuk, dan mendidik pemain itu sehingga ke tahap MVP sekarang. Pemain itu juga bakal mengubah nasib bola sepak PBNJ nanti. InsyaAllah...
Jual beli pemain adlah perkara biasa bolasepak.tetapi semuanya harus mengikut Undang2 yg telah ditetapkan. Rasenye isu ini menjadi agk kecoh disebabkan Matyo terlebih dahulu membuat kenyataan dimediaa tanpa berbincang secara baek dgn Majikannya.
Apapun, yg menjadi kemusykilan saya adalah kenapa ada dua kenyataan dr FAM yg tidak selari? Sorang ckp cara tebus kontrak berdasarkan gaji utk tempoh kontrak yg masih ada n sorang lagi ckp adalah hak mutlak KAFA...
FAM rasenye perlu lebih cerdik dlm membuat kenyataan dan jangan ada pilih dalam semua perkara..be profesioinal...
Kemahkemim..
Johor pun pernah menghalang pemain kesayangannya satu ketika dulu angkat kaki. Kalau tak percaya cuba tanya Dollah Salleh yang beriya-iya nak ke Selangor supaya dapat bergandingan dengan kembarnya Zainal Abidin Hassan. Time tu Johor cukup power dengan Ismail Ibrahim, Azmi Taib dll semuanya dianggap 'ayam serama tambatan' Johor la. Kes Mat Yo akan jadi pengajaran kepada semua selepas ini supaya jangan cepat tabur janji dan ganjaran bila masuk final atau menang. Mungkin TMJ boleh offer Mat Yo tanah atau mana - mana Pulau yang kosong sebagai ganjaran sebab berani nak tinggalkan Kelantan atau ganjaran yang sudah dijanji selepas jadi champion Piala Malaysia. Kalau Kelantan dan Johor 'gentleman' buat perjanjian terbaik dan dapatkan yang terbaik untuk Mat Yo pemain terbaik Malaysia 3 tahun berturut - turut. My 2 cents....
HAHAHA watpe nak kasihan kat orang tak kenang budi ni.. masa merempat kelate ambik masa kaya lupa dir.. xsalah nak cari pengalaman tapi belajar la HORMAT seseorang.. kalau kontrak pun dia sanggup langgar so bg aku sekejap je ni nikmat Allah bagi..tunggu dan lihat jela :)
lah matyo time ni nak nangis. buat apa nak simpati dengan die. bila die chance semalam die sia2 kan dan ranapkan hati penyokong harimau malaya dengan persembahan longlai. pemain mcm die belum layak utk mewakili negara, sepanjang liga malaysia aksinya jelas2 mengecewakan tapi kenapa org2 malaysia dikepalai oleh rajagobal still nmpk die bagus. buta ke? rajagobal patut ambil player yg bagus pada prestasi semasa bukan mcm matyo sepanjang musim xbagus tiba2 final piala m die bagus, peminat xharus assume die bgus belum cukup sebenarnya. tgoklah die mengecewakan harapan peminat dlm mewakili malaysia. matyo tu pun patut sedar diri, klu dah tau prestasi xbgus undiri diri, beri peluang kpd penyerang yg lbih bgus seprti norfarhan muhammad utk mewakili malaysia, ini tak semua mcm lembu kene tipu hidup2 dgn prestasi sekali je bagus matyo dlm final piala m banding dgn overall sepanjang musim liga m tahun ni terutama sekali matyo. tak perlu kasihan lah kat matyo, matyo utk negar lembik mcm ni, die yg patut keasihankan dirinya dan kasihan peminat pasukan malaysia. tolong jgn manjakan pemain. itu menyebabkan prestatsi mereka semakin menurun.
Kalau tak silap, dulu Serbegeth Singh pun pernah kena gantung, kan? Masa tu dia nak keluar dari Johor ke Wilayah Persekutuan. Pada tahun 1985 ke? Harap siapa2 yang tahu, boleh bagi pencerahan di sini. Terima kasih.
Zizou Celop
Skrang siapa nak beli mat yo 2 ringgit je, murah murah..
Post a Comment