Sekarang ini yang perlu banyak berdoa ialah Datuk K. Rajagobal. Dialah Raja Bola Malaysia sebenarnya.
Maklumlah, menang Sukan SEA dan Piala AFF, tak pernah dibuat dek orang.
Orang lain siapa? Orang lain apa tahu? Orang lain boleh belahla...Ehh, Rajagobal cipta sejarah tau.
Sepanjang dua dekad lalu, Rahim Abdullah gagal, Ken Worden gagal, Claude Le Roy gagal, Hatem Souissi gagal, Wan Jamak Wan Hassan gagal, Abdul Rahman Ibrahim gagal, Allan Harris gagal, Bertalan Bicskei gagal, Norizan Bakar gagal, B. Sathianathan gagal...yang tidak gagal hanya Raja, king of all kings!
Raja adalah Raja Bola terhebat sepanjang zaman! Never before we had a winning coach, really, never before!
Rajagobal saja yang tidak gagal. Yang lain gagal.
Cuba kaji latar belakang yang gagal:
1. Rahim Abdullah - bekas sayap kanan skuad Olimpik 1972.
Jurulatih ketika Malaysia tewas 1-0 kepada Filipina di Sukan SEA 1991.
2. Ken Worden - entah pernah main ke tidak
Jurulatih ketika Malaysia tersangkut di peringkat kumpulan di Sukan SEA Singapura 1993.
3. Claude Le Roy - bekas jurulatih Cameroon, Senegal, Cambridge, Oman, Syria
Gagal di Sukan SEA Chiangmai 1995
4. Wan Jamak Wan Hassan - bekas pemain pertahanan skuad Olimpik 1980
Bawa pasukan kebangsaan naib juara Piala AFF edisi sulung pada 1996, apabila Kiatisuk Senamuang elak terpaan Zainal Abidin Hassan lalu merembat gol tunggal final. Kalau Malaysia menang, apakah Wan Jamak dapat pingat kebesaran membawa kepada gelaran Datuk? Namun melepaskan jawatan selepas tewas 1-0 kepada Laos di Jakarta 1997.
5. Abdul Rahman Ibrahim - bekas pemain tengah kebangsaan dan jurulatih skuad kebangsaan 1977, 78
Bawa pasukan tangga ketiga Piala AFF 2000 setahun selepas diaibkan di Sukan SEA Brunei 1999
6. Allan Harris - bekas penolong Terry Venables di Crystal Palace, Spurs dan Barca
Separuh akhir Piala AFF 2002 hasil kemenangan 4-0 ke atas Singapura dan 3-1 ke atas Thailand, tapi tewas dek tandukan Bambang Pamungkas. Sukan SEA 2001 pula pasukannya tewas gara-gara gol sendiri Kamarulzaman Hassan lagi beberapa minit nak habis di Stadium Shah Alam. Satu stadium menyumpah! Kalau menang final tu, Allan Harris dapat double Datuk, satu datuk grandpa satu pingat kebesaran.
El Tel dan Allan Harris di Nou Camp...Getty Images
7. Bertalan Bicskei - bekas penjaga gol dan jurulatih Hungary
Separuh akhir Piala AFF 2005, tangga ketiga.
8. Norizan Bakar - bekas pemain Perlis
Gangsa Sukan SEA Manila 2005 dan separuh akhir Piala AFF 2007.
9. B. Sathianathan - bekas perancang tengah Negeri Sembilan
Gagal di Sukan SEA Korat 2007 beberapa bulan selepas menjuarai Pestabola Merdeka, tewas peringkat kumpulan Piala AFF 2008.
Ini detik Sathia sebut "M-League is not football" depan Dominique Bathenay dan Zaid Jamaludin
10. K. Rajagobal - bekas pemain simpanan Selangor zaman Supermokh
Berjaya di Sukan SEA Laos 2009 dan berjaya lagi di Piala AFF 2010.
Sehebat mana seorang jurulatih itu, antara faktor dalam bola sepak ialah nasib. Satianathan mungkin gagal di peringkat antarabangsa tetapi berjaya di peringkat tempatan. Harris pernah jadi penolong jurulatih di Barcelona, manakala Le Roy menjuarai Kejohanan Negara-negara Afrika bersama Cameroon pada 1988 dan kemudian membawa pasukan sama ke Piala Dunia 1998. Bicskei bimbing pasukan Bawah 18 tahun Hungary muncul juara Eropah pada 1984.
Dan semua pun pernah kena sound dengan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, timbalan presiden FAM.
Jadi apabila King Raja kena sound dengan anak Raja, apa tandanya? Baca kebimbangan Tengku Abdullah di http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121112/su_01/Tengku-Abdullah-tegur-Rajagobal
Satu lagi nak tanya sikit, apakah wajar Rajagobal dikekalkan jika anak buahnya gagal pertahan Piala AFF?
Apapun aku ucap selamat berjaya kepada King Raja, penolongnya Tan Cheng Hoe dan Faozi Mukhlas serta semua anak buahnya!
30 comments:
Tahap keyakinan raja begitu angkuh seperti seorang disinggah sana. Kegagalan di AFF 2012 sepatutnya kontrak ditamatkan. Tp kemungkinan tidak kerana target piala asia...
b
bro rizal.. target kite nak ke piala asia 2015, tapi kalau aff 2012 ni pon tunggang langgang jadinya dibuat dek raja, maka pencapaian lepas x boleh dijadikan ukuran semasa, senang cerita kena bukak buku baru...
pencapaian semasa yg terbaik buat masa ini adalah OKS, jika AFF 2012 RG gagal maka tugas ni patut diserahkan kpd OKS, sekurang2nya jika HM diberikan kpd OKS seawal 2013 maka beliau ada masa secukupnya utk merancang dan mbina HM yg lebih baik drpd RG.
kadang2 RG dilihat seperti besar kepala, silap kita juga terlalu awal memberikan title DATO kpd beliau, seolah2 title tersebut menjadikan beliau kebal drpd kritikan..
ini adlh penyakit mentaliti rakyat mesia, bila sesuatu kejayaan dicapai kita terlalu puji melambung gile sgt sesorg.. spatutnya sederhana itu adlh yg terbaik..
Pencapaian diutamakan, Pujian disederhanakan
pak kaduk
kerana menang AFF 2010, dapat DATUK.
andainya kalah AFF 2012, mungkinkah DATUK itu ditarik balik?
Saya akui kemenangan dalam bola sepak sedikit sebanyak ditentukan oleh faktor NASIB (rezeki dan takdir dari Tuhan). Kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang dan berusaha bersungguh-sungguh.
Tidaklah keterlaluan jika saya katakan kemenangan Malaysia di Sukan Sea dan Piala AFF yang lalu banyak disebabkan oleh faktor NASIB yang berpihak kepada kita, selain dari semangat juang yang tinggi pemain, dan percaturan bijak jurulatih. Jurang di antara pasukan bola sepak di Asia Tenggara kini tidaklah terlalu berbeza. Thailand, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Myanmar bukan lagi pasukan kerdil. Bila-bila masa saja kita boleh menang dan kalah dengan mereka.
Siapa kita sebagai manusia biasa menidakkan ketentuan Tuhan. Diberi rezeki kemenangan, kita ambil. Diberi ujian kegagalan, kita terima dengan bermuhasabah dan mencari hikmahnya.
Dalam kes Rajagopal ini, beliau ada keyakinan, dan masih berusaha mencari strategi terbaik untuk membentuk pasukan mantap. Bagi saya berilah peluang kepada beliau, dan biarlah masa menunjukkan segalanya, akan kemampuan beliau. Selagi usaha dan keyakinan beliau itu seimbang, tidak mengapa, berilah peluang. Namun jika usaha gigih,tanpa keyakinan, tidak boleh juga. Itu tudak mantap. Sama juga jika, usaha sedikit, tapi keyakinan membuak-buak tinggi. Itu tidak tepat. Maka, bagi saya usaha dan keyakinan itu kedua-duanya perlulah seimbang.
Kritikan itu lumrah, supaya beliau menjadi lebih baik dan teruja untuk membuktikan sesuatu yg positif kepada para peminat nanti. Namun, apalah salahnya jika kritikan itu diganti dengan sokongan padu dan memberi idea-idea bernas dan rasional untuk K. Rajagopal praktikkan kepada pasukannya.
Pemain pula, tiada lah yang lebih penting selain meluahkan segala yang terbaik dari segi mental dan fizikal untuk Negara tercinta. Harapan tinggi peminat, janganlah sewenang-wenangnya diperlekehkan dengan persembahan lemah, hambar dan lalai. Apa pun, selamat berjuang coach dan anak buah untuk Piala AFF nanti.
"Shoot for the moon, even if u miss, u still land among the star"
Dlm kehangatan kita memberi komen dan fikiran terhadap pasukan b.sepak serta jurulatihnya, tidak akan memberi apa2 kesan atau hasil.
Cuba kita teliti dulu kemampuan permainan dlm merancang dan mengatur gerakan. Apabila permainan yg di pamerkan itu hanya sekadar ROLE PLAY, apa gunanya? Cukupkah permainan yg dipamerkan?(limited and very basic ability)
Dengan menukar jurulatih pastikah kita boleh bermain sepertimana yg dituntut dan dikehendaki?
Apa yg harus dilaku skrg ialah, kita perlu rombak sistem kejurulatihan kita. Kita perlu wujudkan dan adakan satu pendekatan yg boleh menjurus kearah pembentukan karaktor pemain.(SIFAT DAN SIKAP)
Kita perlu terap dan tanamkan nilai2 yg wajip didalam diri ahli2 sukan yg di latih.(Cakap yg benar, jaga kebersihan, hormati peraturan dan undang2, sopan, berbudibahasa dll) yg harus ada pada setiap insan.
Apabila kita dpt capai perkara tersebut, maka barulah kita boleh menceritakan bagaimana kita dpt dan boleh meningkatkan permainan bolasepak kita dan sukan kita secara mikro dan makro.
Kesimpulanya, kita perlu betulkan sistem pembelajaran dan pengajaran disemua peringkat akar-umbi termasuk pihak pengurusan, pentadbiran sukan dan kejurulatihan agar kita dpt meninggalkan kesan seumur hidup dlm hati mereka
Tahniah Rajagopal. Suka logo meriam kat banner atas tu. Jadi pilihan saya ialah Allan Harris. Corak pemainan pasukan kebangsaan sangat menarik di bawah Allan Harris. Seperti masa lawan China dan Indon kalau tak silap. Dengan Cina tewas, dengan Indon seri.
King Raja kena bertanggungjawab jika Piala AFF2012 tidak dpt dipertahankan... Target beliau untuk Asian Cup 2015 lebih kepada langkah menjamin tempatnya utk selaku ketua jurulatih utk tempoh yg lebih panjang...
Berkenaan teguran Tengku Abdullah tu, x kena ngan Artikel 88 ker aek? Bukan ke Presiden dan SU Agung jer boleh kritik/buat kenyataan media/teguran terbuka..? Ke ada imuniti jugak? Huhu...
Salam sdr Rizal,teguran Tg Timbalan Presiden FAM hadir tepat pada masanya. Komen2 negatif dari peminat selama 2 tahun ini terhadap DKRG adalah kerana sayangnya mereka kepada pasukan HM dan bukan serangan bersifat peribadi. Memang benar coach sdg mencari formula terbaik, tetapi 2 tahun lebih sdh berlalu dan tiada apa yang hendak dibanggakan.
Setiap kekalahan ada sahaja alasan dari beliau. Hinggakan ranking kita pun dikira tidak penting pada beliau. Corak permainan kita pun semakin 'predictable' malah membosankan.
Takpelah, untuk bersifat adil dan menghormati jawatan beliau sebagai coach, saya cadangkan FAM dan para peminat setia HM agar kita bersabar dan tunggu kesudahannya selepas Piala AFF. Berilah beliau peluang untuk membuktikan kata2 dan alasan beliau selama ini sebenarnya 'berisi' dan bukan sebaliknya.
Andainya kita gagal mempertahankan Piala AFF ini, sudah tiba masanya FAM mencari coach yang baru agar beliau mempunyai masa untuk membimbing pasukan HM yang sedia ada sekarang sememangnya berkaliber utk pergi jauh bagi persiapan utk Pra-Piala Asia 2015 pula. Jika tidak saya pasti stadium akan kembali sepi dan lesu tanpa sokongan padu penyokong HM.
Seperkara lagi ialah sudah sampai masanya FAM memandang ke hadapan dan menetapkan target yang terbaru buat pasukan HM. Kita sudahpun menjadi jaguh di peringkat Asean baik dalam AFF dan Sukan SEA, jadi sudah tiba masanya kita mensasarkan untuk muncul pasukan top 15 Asia agar kita kembali disegani dan menjadikan Piala Asia sebagai suatu kejohanan yang WAJIB kita layak 'on merit' setiap kali ianya dianjurkan.
Akhir sekali, sdr Rizal, apa komen sdr tentang jersi baru kita? Pada saya, rupanya amatlah 'menyedihkan' dan langsung tidak menarik untuk dipakai atau ditonton. Ianya seperti tiada 'ummphh'. Jika hendak kembali ke 'retro look' pun saya yakin NIKE boleh memperkenalkan 'design' yang lebih menyerlah seperti yg dilakukan utk pasukan Perancis dgn jersi 'retro'nya.
Sekian. Terima kasih.
Betul pencapaian RG amat membanggakn dgb memenangi 2 piala tersebut..tp skrg kena pk moving forward pulak..dgn persembahan semasa HM yg agk terok, seharusnya FAM berbuat sesuatu..at least HM kena msk final d AFF nanti, jika tak RG harus dibunag n diganti OKS..
P/s: adakah Artikel 88 yg diguna utk menghukum TS annuar tidak lg valid? Tengku bukan Presiden r SU Agonf FAM..Artikel mana yg Datuk Udin refer utk menghalalkn teguran Tengku?
Kemahkemim....
haha..rasa bias jer post abg rizal ni..klu msa TSAM kritik dlu bukan main lg berjela2 sampai ke lubang cacing abg rizal selongkar berkenaan TSAM...
tp bila time Tuanku ni bukan main back up bang raja..
aper2 la abg rizal..ni kan blog abg rizal..tak nk kutuk2 abg rizal punya blog sbb tak tau bila plak nk minta maaf..aper pung selamat menyambut awal muharam..
Bro Rizal... saya awang alifah. saya akui saya amat menyokong coach raja. saya tidak faham mengapa peminat mempertikaikan kekalahan perlawanan persahabatan sama ada soal kalah atau menang. Bagi saya peminat yang meracau dengan prestasi skuad kebangsaan ialah kelompok yang tak sabar, sentiasa berasa malaysia kuat dan tiada yang patut lebih kuat dari malaysia serta yang tak faham asas bolasepak. Kenapa rajagopal perlu mencuba sebegitu ramai sehingga lebih 60 pemain di cuba untuk membentuk pasukan malaysia. Satu perkara penting dalam bolasepak ialah formasi strategi. Adakah peminat faham apa itu formasi 442, 352, 451, 433 posisi dalam bolasepak. Adakah cukup untuk kita menjadi kuat dengan hanya menyediakan pemain yang boleh bermain pada posisi 442.?. saya hanya bercakap salah satu strategi dalam bolasepak. Kita perlu mencuba seberapa ramai pemain untuk mempelbagaikan posisi apabila keadaaan memerlukan. Sebagai contoh jika menentang Thailand mereka sering menggunakan posisi 433 yang berubah menjadi 631 bila bertahan dan 253 bila menyerang. Sememangnya sesuai dengan menggunakan 442 untuk mengekang pergerakan mereka. Tetapi jika menghadapi singapura keadaan tidak sama. Singapura yang saya lihat menukar formasi 451 nya kepada 433 hampir setiap 30 minit perlawanan. Apa bila berlaku perubahan formasi lawan adakah kita masih hendak kekal pada formasi yang sama. 451 hanya boleh di kekang dengan formasi 352 dengan meletakkan seberapa ramai pemain di bahagian tengah. Untuk mendapatkan pemain yang boleh beraksi di pelbagai posisi dengan konsisten inilah maka kita perlu untuk membentuk seramai mungkin pemain untuk dihimpunkan dalam bank pemain. Ia hanya boleh dilakukan dengan pelbagai percubaan perlawanan. Aksi sebenar sudah pasti di perlawanan sebenar. Kenapa pasukan ong kim swee sentiasa dalam keadaan bersedia? Kerana mereka mendapat perlawanan situasi sebenar yang lebih banyak dari pasukan rajagopal. Saya yakin peminat tak faham sehingga begitu kuat rungutan mereka. Rajagopal memulakan apa yang telah gagal dibuat oleh jurulatih sebelum ini. Bagi persediaan harimau malaya ke piala AFF kita punya penjaga gol bertaraf asia. Kta ada barisan pertahanan berpengalaman. Kita punya jentera midfilf yang pantas. Sebagai bonus kita ada pakar sepakan percuma. Kita juga ada penyerang paling berbisa di asean. Saya ingin melihat ia berterusan.
salam....banyak sangat ke salah raja?pemain2 yg dia pilih sekarang pun,kebanyakkannya pemain yg dah menang sukan sea dan AFF lepas.satu lg ramai sangat pengkritik2 yang nak kan pemain tu,pemain ni yg main lepas pasukan malaysia kalah.raja dah ada pemain terbaik utk AFF2012.xpayah la pkritik nak suruh raja amik pemain tu,pemain ni......AFF2012 dah nak dekat,jgn la kita bebankan coach raja..bgi la support kat raja.pasukan yang berjaya x semestinya pemainnya bagus.
salam....banyak sangat ke salah raja?pemain2 yg dia pilih sekarang pun,kebanyakkannya pemain yg dah menang sukan sea dan AFF lepas.satu lg ramai sangat pengkritik2 yang nak kan pemain tu,pemain ni yg main lepas pasukan malaysia kalah.raja dah ada pemain terbaik utk AFF2012.xpayah la pkritik nak suruh raja amik pemain tu,pemain ni......AFF2012 dah nak dekat,jgn la kita bebankan coach raja..bgi la support kat raja.pasukan yang berjaya x semestinya pemainnya bagus.
Kita belum blh dabik dada di Asia Tenggara walaupun menang AFF dan emas Sukan SEA..faktor nasib mmg ada benarnya
Salam Rizal,
Komen saya:
1. Mengenai AFF, RG masih kekal konsep 'melatih' dari polisi 'menukar' pemain. Ingat tak saudara disekolahkan RG bila kritik persembahan Muslim-Fadhli di AFF 2012 dulu. At last juara AFF. Jadi saya lihat RG lebih gemar kekalkan player idaman dia dari dengar barisan impian peminat untuk menggegar di AFF. Well, he's the coach, lets him decide :)
2. Preparation? Most of the friendlies are more to test the abilities not the tacticals. First eleven masih belum fix and tacticals was not plan. For me, this is the time to try the game plan with the real player. Biarlah team lawan nak intai pun, paling kuatpun 20% je dia boleh amik advantage.
3. Kalau anak raja sound kira nasihat tapi kalau orang FAM sound kira kritik. Please tell Azuddin to stops all these nonsense ok. Kalau nak kritik biar open to all. For the benefit to the national team jugak. But pastikan kritikan membina bukan menghentam. Remember we are just a week left. Motivasi sgt perlu ketika ini.
That's all. My opinion are based on me as a player. TQ :)
Sdr Awang Alifah...
Saudara menceritakan tentang formasi dan perubahanya semasa permainan. Apakah saudara arif dlm membincangkanya?
Kefahaman dlm permainan bukan hanya terletak pada formasi semata-mata, ketepatan masa,kesedaran dan wawasan, merupakan perkara penting untuk mengatasi apa jua cabaran yg bakal timbul semasa permainan. Oleh yang demikian adakah saudara Alifah, rasa pemain2 yg ada skrg mempunyai kemampuan tersebut selepas sekian lama menjalani latihan? Fahamkah mereka tentang peranan mereka selain drp menendang dan mengawal bola sebagai contoh?
Cukupkah kemampuan individu mahu pun berkumpulan bagi mengatasi pihak lawan? Banyak kekurangan dpt dikesan dlm diri pemain2 yg di latih oleh DRG. Ada dua perkara penting dlm permainan bolasepak diatas padang,kawalan permainan semasa bola dlm kawalan dan apabila hilang kawalan (ball possession)
Kemahiran bermain dan kepantasan berfikir mesti seiring. Barulah kita boleh lihat pemain2 yg penuh kesedaran dan berwawasan.
Perkara tersebut boleh dicapai dgn mudah apbila seseorang pemain itu telah mendapatkan pendedahan dan tunjuk ajar oleh jurulatih yg melatih mereka.(CONDITIONAL TRAINING) dlm sesi latihan praktikal.
Adakah DRG telah melakukanya?
Aku amat menyokong pendapat bahawa seorang jurulatih bolasepak tidak boleh layan sgt pendapat peminat2 dan penulis/pengacara/pemberita. Sbbnya sehebat mana pun org2 ini membaca dan menilai strategi dan permainan bola...mereka tidak tahu secara terperinci ttg taktikal dan teknikal. Jurulatih tahu. Even seorang pengacara yg ex-player pun...dia maybe tahu taktikal dan teknikal namun dia maybe tak tahu situasi sebenar dlm bilik persalinan,pegawai2 yg terlibat,org2 FAM dsb...tp jurulatih tahu...so bab2 ni aku mmg sokong rajagopal.
Namun, dua perkara yg aku tak setuju dgn rajagopal adalah 1)bila dia mengatakan ranking tidak penting...dan 2)bila dia memilih pemain tidak berdasarkan kpd prestasi semasa....namun, disebabkan ciri2 seorang jurulatih spt yg aku nyatakan di atas...maka apa yg aku tak puas hati ni mmg confirm dia akan campak dlm tong sampah :) hehheh
kesimpulannya....baik kau bagi malaysia menang AFF Cup wahai Datuk Rajagopal....
Rizal hashim memang cari makan dengan kutuk orang lain. Tak sepatutnyer buat artikel yg menonjolkan isu coach dipecat dikala kita patut memberi sokongan pada coach n team. Saya ingat bagaimana semua kutuk HM lepas tewas ngan indon 5-1, AFF 2010.. Kalau nak cakap pasal pecat coach pun tunggulah lepas AFF2012.
Salam sejahtera,
Amat tertarik dan berminat dengan beberapa komen rasional dan yang ada world-view bolasepak antarabangsa. Tetapi yang paling best ialah pendapat anon 5:09pm. Ia tidak mengelirukan; ingin melihat aksi dan potensi Harimau Malaya berterusan pada AFF 12!!
-ABA-
owhh kiranya dah lama la kerja "me nyaoud" anak raja dah buat? tapi x pernah kena tindakan ngan FAM pulak.
tulisan yg kemah keming, penuh dgn fakta bukti yg hanya menjadi liptan sejarah bolaepak negara....tiada guna diungkit kisah silam yg tidak dijadikan panduan dan pedoman kpd FAM
RIZAL DENGAN CITER KOTENYA LAGI YANG DAH LAMA TAK KELUAR. MEMANG LU MAU TENGOK RAJA FAIL.. BECAUSE IT'S GETTING PERSONAL AND YOU GOT GRUDGES AS YOU EXPECTED HIM TO FAIL LAST TIME. SUDDENLY "COACH RELY ON LUCK"?. BUTUH KAU LA. REMEMBER HE BROUGHT US SUCCESS AFTER LONG WAIT, IF HE MUST GO LET IT BE WITH PRIDE AND DIGNITY, BUKAN MAIN KUTUK TAK TENTU HALA. SAPA2 YANG BAGI KOMEN KAT ATAS MENYOKONG RIZAL MEMANG BODOH NAK MAMPOS MACAM RIZAL. GLORY HUNTER AND WHAT A DRAG. KALAU MALAYSIA MENANG LAGI APA KATA RIZAL RESIGN JADI SPORTS JOURNO? ADA BERAN?
ROJA MILAH
Dalam sejarah sukan negara, setiap pandangan atau teguran dari raja dan anaknya haruslah di ambil kira demi menjamin kejayaan. Ini telah terbukti sejak sekian lama bila mana sukan bolasepak yang dari 1984 sentiasa cemerlang hingga hari ini. Rakyat harus mengikut sahaja dan jangan sesekali mengkritik atau "sound" skuad kebangsaan kerana hanya anak raja sahaja yang berhak berbuat demikian. Jangan sampai jadi seperti Basri dan Anuar yang tidak secerdik raja dan anaknya. Terima kasih Rizal di atas artikel yang sungguh bernas dan intelektual ini.
Salam Bro Rizal...
Aku terpanggil untuk meluahkan isi hati aku dlm arena bolasepak negara.
Selain drp standard permainan Malaysia yg seringkali kita bincang dan komen kebelakangan ini, aku juga kerapkali mendengar perkataan 'LEGENDA' yg kerapkali digunakan oleh penyampai2 program sukan.
Disini, aku ingin memperbetulkan apa yg tidak tepat dan sesuai yg sedang berlaku di program2 sukan.
Layakkah pemain2 drp era lewat 80 an digelar atau dipanggil 'LEGENDA'? Apakah ukuranya yg membenarkan gelaran terebut diberi kepada pemain2 tersebut. Adakah penyampai2 berita sukan ini tahu dan faham tentang sesuatu pencapaian dlm sukan bolasepak oleh seseorang pemain? sehingga dgn senang memberi dan menggunakan gelaran tersebut dlm penyampaian mereka.
Harap dpt memperbetulkan yg tidak tepat agar perkataan 'LEGENDA' tidak digunakan sewenang-wenangnya terhadap pemain2 yg tidak layak dipanggil sedemikian.
Harap terima komen ini dgn hati yg terbuka.
RG sudah sampai ke level maximum, tidak berupaya go beyond it. Kejayaan Sea Games 2009 dan AFF2010 adakah pencapaian regional, dan ditakdirkan AFF2012 kita kekal juara atau naib- juara sekalipun, sudah dikira pencapaian terbaik dalam tempoh 20-25 tahun serta membuktikan RG unggul di peringkat regional. Kita telah berbangga dan RG telah dinobatkan.
Soalnya, apa selanjutnya? Mahu terus menjuarai SEA Games dan AFF tahun demi tahun dan puas setakat regional achievements ini atau mahu maju setaraf level Asia?
Jika setakat regional, tabik hormat kepada RG. Jika ingin meningkat ke standard Jepun, Korea dan peningkatan sepertimana kebanyakan negara2 Asia Barat, maka apa yang berlaku selepas AFF2010 bukan lagi dalam jangkauan RG. Kemampuan beliau setakat regional.
Inilah sebabnya RG dikritik. Ok, kalau AFF2012 kita masih juara, ramai akan suruh pengkritik " eat your words". Datang lagi AFF2014 senerio sama berulang, sebab kita hanya mampu capai regional. What about Asian level?
Selepas AFF2010, kita sepatutnya terus meluncur ke hadapan dan memicu standard persembahan lebih tinggi dari Asean region. Mengalahkan any Asean teams at regular basis, whether friendly or tournament. Menang kalah dgn EPL teams bukan benchmark, kerana mereka professional dan friendly pun tidak pernah bermain 100% jadi results whatever hanyalah "syok or glamor" sahaja.
After AFF2010, kita sepatutnya berusaha rapatkan jurang standard dengan Jepun, Korea, Arab Saudi, dsb. Bukan soal kalah menang dengan mereka, tetapi dengan improved performances dan giving them a run for their money. Capai persembahan konsisten, taktikal, teknikal dan mantap yang membanggakan peminat.
Tetapi sebaliknya telah berlaku dibawah RG selepas AFF2010. Peminat hilang punca siapa tonggak first eleven, kucar kacir caca merba tukar ganti berpuluh pemain dan ganggu rentak Harimau2 Muda hingga jurulatih berselisih. Dengan regional teams friendly pun consistently kalah/ seri, ranking menjunam dianggap remeh ( atau cuba cover kegagalan).
To be blunt, kalau setakat berbangga lagi jika masih juarai AFF2012 (ya, kita semua tetap gembira dan RG tetap terunggul @ regional), maka FAM tidak memiliki " high expectations" , "credentials" dan "accountability" untuk succeed beyond Asia Tenggara level.
Di Asia Barat misalnya, walaupun mereka sering layak ke Piala Asia, Sukan Asia malah Piala Dunia, apabila seseorang jurulatih gagal dalam beberapa perlawanan/pertandingan walaupun sebelumnya dia berjaya atau mempunyai rekod cenerlang, jurulatih itu tetap disingkirkan. Kenapa?
Kerana mereka memiliki high expectation dan high barometer untuk berjaya dan terus berjaya. So, tiada jurulatih yang berani take for granted atau menjadi angkuh walaupun berjaya sebelumnys.
Sayangnya, ini tidak berlaku di negara kita. Kemajuan Harimau Malaya sering tersekat akibat kegagalan pentadbiran sendiri, bukan oleh Vietnam, Bangladesh, Laos atau Hong Kong.
Komen terbaik kiasu.bg sy kita boleh berfikir ngan waras ngan perumpamaan yg mudah.cuba anggapkn piala aff/sukan sea adalh seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).peringkat asia adalh diploma dan peringkat dunia adalh ijazah.adakh seseorng pelajar hanya nak cemerlang dngn score 20A1 dpringkat SPM sahaja tetapi gagal dipringkat diploma apatah lg ijazah atau hendak mngulang dipringkat SPM smpai brkali kali atau trus nk brbangga dngn SPM walhal gagal diploma.
Maka dibuang 2 oramg hulubalang anak raja tersebut daripada bahtera raja berkenaan,,,,,Azamuddin dan Gopi,,,kerana memanda menteri sekalian takut menjatuhkan hukum keatas anak raja
jgn lebih2 mengangkat raja, ini akan menimbulkan keriakan dan sifat takbur. lihat raja tidak mahu mendengar kepada luahan dan pendapat peminat ttg selection player yg bagus dan angkuh mengatakan 'saya kenal pemain saya' dgn 'selection kroni' beliau. sebenarnya doa peminat yg makbul selama inilah antara ramuan utama kejayaan harimau malaya selama 3 tahun berturut-turut dlm tournament peringkat sea. senang kata, ini kerja tuhan. rajagobal hanya memainkan peranan sbgi jurulatih saja, tapi tgok sejak kebelkangan ini dan di tournament aff semalam lihat betapa hancurnya persembahan malaysia. kemampuan rajagobal sudah jatuh, dan sudah masa die untuk berundur. tolong2 sedar diri la, dan cik rizal tolonglah mintak FAM pecat rajagobal kerana die semakin angkuh dan lihatlah hasil kerja die kebelakangan ni, terlalu mengecewakan sudah masa die diganti. walaubagaimanapun saya tidak menghentam raja secara keseuluruhan, dalam tiga tahun ni saya mewakili penyokong berasa bersyukur kepada tuhan dan berterima kasih atas usaha raja melaksanakan tugas sbgi jurulatih dgn baik shgga menang tiga kejohanan utama walaupun kalah dlm byk perlawanan persahabatan, prestasi rajagobal sudah menurun jgn biarkan ia melarat. saya tahu dan percayalah pada saya.tukar rajagobal dgn jurulatih baru dgn strategi baru, cara baru dan selection player yg lebih bijak dan relevan.
RG masih releven....cuma kalau kita tengok dia buat tak betul kita tegur la....kejayaan bkn datang dgn mudah.....RG dan team memerlukan kata2 semangat bkn komen2 yg melemahkan semangat....menegur kesalahan serta memberi komen membina/bernas akan menaikkan semangat team kita dan Insyaallah mereka akan menjadi lebih berjaya.....tapi komen2 yg nak menghentam saja akan menyebabkan mereka lemah semangat dan mungkin keyakinan diri pun akan hilang dan susah la nak menjadi kalau buat apa pun.....kesimpulannya, kritikan membina, bernas & positif itu perlu tapi kritikan yg nak menghentam saja tak payah la....jadi sy mengharapkan komen/penulisan yg lebih membina, positif dan bernas drpd RH..
kepada korang peminat sukan yang ada anak kecil(seawal 4 tahun), korang expose lah dekat anak korang pasal sukan.. step-by-step.. who knows lagi 10 tahun ada pelapis yang lebih hebat dalam bidang sukan di malaysia..
Post a Comment