Bersiap nak berlepas dari KLIA
Selepas enam jam, kami tiba di Allama Iqbal International airport
Tidur semalam di hotel Regent Palace, Ghalib Road, Lahore...
Makan tengah hari biryani ayam, disediakan Mobasshir yang pakai apron. Dia belanja anak aku aiskrim...walaupun dia beli untuk dirinya...tersentuh hati aku
Osman Gilani (kiri) dan abangnya, pemilik hotel. Katanya dia keturunan Sheikh Kadir Al-Jilani
Lukisan yang menggambarkan ketrampilan pahlawan Islam menunggang kuda di lapangan terbang antarabangsa Allama Iqbal
Tiba di Terminal Haji, Jeddah
Bergambar di luar kubah hijau Masjid Nabawi, mengirimkan salam ahli keluarga dan sahabat kepada Rasulullah SAW. Syukur Alhamdulillah sempat merasai nikmat di Raudhah
Anak saudaraku melayan permintaan peminat untuk bergambar
Kilang percetakan Al-Quran
Memakai ihram menuju miqat di Bir Ali, atau dikenali sebagai Zulhulaifa, dari kiri Mejar Kabri Abdul Rahman dan Brig Jen Dato' Yusof Said di luar Taiba Residential Suites yang hanya 100 meter dari King Fahd Gate di Masjid Nabawi
Cikgu Shukri dari Tumpat (kiri) kata Terengganu miliki kelebihan final Piala FA. Dia tegur aku dalam lif hotel
Membawa anak-anak menaiki unta di Jabal Rahmah, mendoakan khas buat aku suami isteri, Mak Abah, Makcik, Kak Lin, Aishah, Bang Long, Man dan Dila, Azam, Risya dan mereka yang mengirim doa diberi jodoh yang baik
Gunting rambut kedai belakang bukit Marwah...ada dalam 10 kedai, melambai-lambai kami agar singgah di kedai mereka
Tanda akhir zaman, apabila bangunan jauh lebih tinggi daripada masjid...jam khabarnya dipasang orang Malaysia...ada orang kata jam itu jadi tumpuan orang tempatan, bukan Baitullah...astaghfirullahalazim...
Laluan ke Masjidil Haram sibuk selepas Subuh
Tingkat dua, gate 85, jadi sudut keluarga...biasanya mengalas perut selepas Maghrib...yang bawak family, mudah untuk si suami jenguk isteri dan anak-anak kalau di tingkat dua. Buka mata, buka minda dan tangisan anak kecil sedikitpun tidak dijadikan alasan tidak beribadah, khususnya di kalangan orang Arab. Ibadah Umrah dilakukan dengan menggendong bayi, mendukung si kecil...
Memberi makan unta, menjamah susu unta...
Lawatan ke muzium Al-Haramain membuka mata kami akan sejarah Baitullah..aku tunjukkan tempat telaga zam zam dan mengambil wudhu di bawah Kaabah kepada orang rumah...sempat aku nikmati pada 1988 bersama arwah Ayah dan Mak...serta Man...
Pada satu malam, dalam Masjidil Haram, anak-anakku sebut Ayah, nak makan ikan dory...pulang ke hotel, Chef Hj Azrin Man kebetulan menyediakan juadah ikan dory...Chef Azrin yang keluar siaran RTM tahun lalu menyediakan juadah buat jemaah haji Malaysia, kemudian sudi menghidangkan lagi ikan dory untuk anak-anakku. Bersama Yuzuan dan Firhan Mokhtar, Chef Azrin sentiasa menghulurkan bantuan di Hotel Dar-Ummu-Hani, sempena nama sepupu Rasulullah SAW. Sempat juga berpuasa dua hari bulan Rejab di tanah suci, melihat kurma, kopi kahwah disediakan di Masjidil Haram...
Menikmati ais krim di luar hotel
dan dalam bilik
Antara barangan yang ku bawa balik, selipar putih buatan Syria...
Membawa anak-anak ke Tanah Haram berbeza dengan pergi bersendirian...pada 1988, aku meneroka Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bersama Man dan arwah Ayah...satu ketika, menuju Masjidil Haram, aku nyaris ditahan polis apabila berjalan sendirian dan hampir dihumban ke dalam trak membawa pengemis ke balai (diaorang ingat aku pakai macam kurta orang Bangla yang tak de dokumen perjalanan kot, nasib baik Man datang beberapa minit kemudian, bercakap Arab). Bilik cukup untuk kami berempat, ingat lagi sarapan roti atas lantai, urut-urut kaki arwah Ayah...saat-saat manis...Mengenali teksi Chevrolet warna kuning yang bersepah di Makkah. Menaiki GMC dari Madinah ke Makkah.
Pada 1997, kami pergi tanpa Mak yang meninggal dunia pada 1994. Kanak-kanak mengerumuni aku dan Man dengan laungan "iftar ma ana, iftar ma ana (ayuh berbuka dengan kami) bulan Ramadhan Kareem. Rupa-rupanya mereka mengejar pahala memberi orang berpuasa juadah berbuka, sebagaimana orang ramai berpusu-pusu mengiringi jenazah selepas solat jenazah. Di situ juga arwah Ayah mendukung Hisyamuddin yang belum pun berusia setahun, tawaf mengelilingi Kaabah. Ayah, Makcik, Kak Lin, aku, Man, Hisyamuddin dengan buaiannya yang dibawa dari Kuala Lumpur, serta anak saudara Makcik, Makcik Mimah dan anak-anaknya Khadijah dan Shukri...Syaaban tahun itu, Ayah menghembuskan nafas terakhirnya dalam tidur.
Pada 2007 aku dan tiga lagi sahabat dilayan ibarat VIP. Ke mana-mana dengan GMC. 2011, aku tidak datang melenggang kangkung. Jemaah kami 41 semuanya. Pengalaman berbeza.
Tangan anakku dan anak saudaraku ku cangkuk di sebelah kanan dan kiri ketika tawaf...kemudian menggunakan kerusi roda menyorong anakku berusia 6 tahun untuk tawaf di waktu lain, disusuli saie...ada satu ketika anakku terpaksa menahan nak ke bilik air, menanti selepas solat sunat tawaf, disusuli solat Maghrib sebelum aku bawa keluar. Ketika melangkah masuk ke Masjidil Haram untuk melakukan tawaf wada', anakku terpaksa pergi ke bilik air untuk hajat besar...maka lambatlah kami 10 minit untuk menaiki bas ke Jeddah...
Sambil aku memanjatkan doa di Hijr Ismail buat arwah Mak, Ayah, Atok-atok, sedara-mara dan sahabat-sahabat serta kejayaan dunia akhirat, aku berdoa agar aku dan isteri dijemput untuk melakukan the Ultimate Journey...Ameen.
10 comments:
Bro, semoga diizinkanNya untuk bermabit di Mina dan wukuf di Arafah pada tahun berikutnya.
syukur Alhamdullilah!!
wah! bro saya selalu iri hati bila ada org cerita dan tulis pengalaman di sana. InsyaAllah bukan rezeki lagi saya di sana!
Apabila membacanya nak juga kongsi pengalaman bersama semupa rakan Bloggers Loose Cannon ni selepas beberapa kali ke sana untuk Haji dan Umrah esp. Umrah ketika Ramadhan. Apapun tahniah kpd Sdr yg telah menjadi tetamu Allah. Selepas ini bolehlah bersiap sedia utk menjadi tetamuNya pada bulan Zulhijjah pulak.
ZAR
syukur alhamdulillah bro, dah jejak di bumi Mekah. Semoga semakin mantap iman.
Alhamdulillah dengan izinNYA saudara selamat pergi dan balik. Diharapkan seterusnya akan di berkati dan di rahmati olehNYA
Alhamdulillah ...
banyak hensem lah
banyak hensem lah
Salam. Just nak tanya, sahabat Rizal di adik beradik dengan Alias Hashim ker, dulu dia editor akhbr Media Islam
Post a Comment