Keterangan gambar? Baca bawah
Kapten skuad 1988, Azaruddin Hamzah, mewakili pasukan memberi sumbangan kepada jurulatih, Kamaruddin Harun
Santai dan mesra, ibarat keluarga lama tidak berjumpa
Isteri dan anak-anak menemani suami memutar semula jam ke 1988
Berdiri dari belakang, dari kiri Abdul Razak Abu Hassan, Abdul Ghani Ali, Sairudin Noordin, Mohd Salimy Idris, Norhisham Burhan, Rosli Omar. Depan dari kiri Muhammad Buang, Ahmad Firdaus Marjan, Faizal Abdul Rahman, Kamaruddin Harun, Azaruddin Hamzah, Malek Rahman, Amir Hakim Haron
Ingatkan dapat jersi, rupanya sekadar tayang aje. Ini jersi skuad 1988. Warna hijau ek. Belakang tu orang Johor yang berhijrah ke Selangor, bekas penjaga gol, Faizal Abdul Rahman
Diapit kapten dan penyerang. Azaruddin mewakili skuad Bawah 19 negara ke Kejohanan Remaja Asia, yang turut dianggotai Khairul Azman Mohammad, Soh Chor Len dan Zahasmi Ismail. Azaruddin yang dari asal dibimbing mejadi seorang bek tengah, melupakan karier dalam bola sepak selepas melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Muhammad pula bekas pelari pecut dan pemain sepak takraw sekolah yang kemudian menyarung jersi Belia Sinaran.
Nampak tak Amir Hakim, Malek, Faizal dan Ghani? Empat serangkai ini menyelitkan diri ke dalam skuad glamour Selangor pada 1989. Bukan senang wohhh time tu...
Lama tak jumpa Malek. Last jumpa masa Dengan Izin. Lepas tu dia selaku kutuk aku dalam facebook. Hehehe. Hadiah beg setiap yang hadir ihsan Norhisham
Sambil aku melangkah ke kereta, aku terfikir bahawa melalui bola sepak, skuad ini menjalin persahabatan sejati. Mereka ibarat satu extended family. Tidak cemburu dengan penonjolan yang lain. Sekalipun kebanyakan mereka tidak meneruskan kerjaya dalam bola sepak, lebih penting mereka menjadi manusia yang berjaya. Inilah generasi yang tidak memerlukan media sosial untuk hidup atau merendahkan/menghina orang lain. Mereka bermain bola di waktu bola sepak Malaysia amatur dan separuh profesional dari semua sudut.
Terima kasih Kosmo! memberi penghormatan sewajarnya buat mereka
No comments:
Post a Comment