Sunday, August 7, 2016

Pakej Olimpik Rio daripada Astro

ASTRO BAWAKAN LIPUTAN KOMPREHENSIF SEMPENA SUKAN OLIMPIK RIO 2016 MENERUSI 12 SALURAN BERDEFINISI TINGGI (HD)

TONTONI BARISAN ATLET MALAYSIA DI LIPUTAN SIARAN LANGSUNG SELAMA 15 JAM SEHARI, HANYA DI ASTRO ARENA KUALA LUMPUR,

1 OGOS 2016 – Rakyat Malaysia kini boleh menonton liputan paling komprehensif Sukan Olimpik Rio 2016 menerusi 12 saluran khusus Berdefinisi Tinggi atau HD (Saluran 780-791) dan saluran Berdefinisi Standard atau SD (Saluran 760-771) di Astro TV dan aplikasi Astro on the Go.

Kepada semua pelanggan Astro Sports Pack, Sports Lite Pack dan juga pengguna yang telah membeli Pas Sukan untuk UEFA EURO 2016, anda turut berpeluang mendapatkan akses di 12 saluran Olimpik yang ditetapkan ini.

Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay, “Memegang peranan sebagai rakan usaha sama penyiar rasmi bagi Rio 2016, Astro sangat teruja untuk membawakan detikdetik sukan yang terbaik dari Rio 2016 menerusi 12 saluran khusus di kaca televisyen dan peranti mudah alih.

"Liputan eksklusif para atlet Malaysia di Rio 2016 Astro Arena akan terus memainkan peranannya sebagai satu-satunya medium sukan tempatan Malaysia dengan menyediakan segala liputan yang tidak dapat ditandingi oleh barisan kontinjen Malaysia di Rio 2016.

"Astro Arena telah menghantar 36 wakilnya ke Rio bagi membuat liputan selama 15 jam sehari secara langsung untuk melaporkan perkembangan atlet-atlet negara yang bertanding di sana.

Bersempena dengan Sukan Olimpik ini, Astro Arena juga boleh ditonton menerusi saluran khusus HD (Saluran 802) dan SD (Saluran 801).

"Saya juga berasa gembira untuk berkongsi di sini bahawa pelanggan bukan Astro turut berpeluang mengakses Astro Arena menerusi aplikasi Astro on the Go.

Justeru itu, kami dengan ini ingin menyeru kepada rakyat Malaysia agar sentiasa memberikan sokongan kepada jaguh-jaguh sukan negara dengan menyertai kempen anjuran kami, #AyuhMalaysiaKu," jelas Lee lagi.


Lee (belakang, dua dari kiri) bersama Asmawi Bakiri, Hasnizam Uzir dan Pekan Ramli (belakang) serta Hakim Amir Nazri, Mirnawan Nawawi dan Rizal Hashim



Senarai Program Sukan Olimpik di Astro Arena


Di Ambang Rio
Program di sebalik tabir ini menampilkan perjalanan atlet Malaysia membuat persiapan sempena Sukan Olimpik
(5 Ogos, 9.00 malam)

Liputan Sukan Olimpik oleh hos yang bersiaran dari Arena
(3 - 21 Ogos, 8.00 malam – 11.00 malam)


Dari kiri Rizal Hashim, Hakim Amir Nazri, Dayang Zainatull Aqma Abang Zulkarnain, Burn, Intan Nor Saina dan Mirnawan Nawawi terbabit dalam laporan dari Wisma Ali Bawal



Tiga wajah Astro Arena di Rio de Janeiro - budak Larkin, budak Kulim dan budak Kuala Pilah #tanyaje

Dari Rio
Liputan Sukan Olimpik secara langsung dari Rio
(Isnin- Ahad, 11.30 malam – 9.00 pagi)


Penolong penerbit Nadi Arena, Yeoh Li Ying, memantau siaran dari Rio de Janeiro

Nadi@Rio
Rancangan pagi harian yang mempaparkan analisis mengenai perkembangan para atlet Malaysia Isnin – Ahad, 9.00 pagi – 10.00 pagi


Akbar Sahari menemu bual ketua kontinjen, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid, di studio Astro Arena di Rio


Memori Rio
Rancangan 2 jam yang merakamkan detik-detik bermakna sempena Rio 2016

Pasca Rio
Imbas semula kejayaan atlet Malaysia di Rio
(22 Ogos, 8.00 malam)

Astro juga menawar banyak pilihan kepada orang ramai untuk melanggan pek kandungan sukan. Untuk mendapatkan saluran Sukan Olimpik, para pelanggan Astro boleh mendapatkan Pakej Sports Lite Pack, dengan harga RM12.75* sahaja sebulan. Pakej Sports Lite Pack turut merangkumi Astro SuperSport 1 dan 2, Fox Sports 3 dan saluran HD Arena.

 Pas Sukan untuk saluran Sukan Olimpik juga disediakan menerusi perkhidmatan NJOI dan kepada pelanggan bukan Astro dengan harga RM104.94*.


No comments: