Aku pun tumpang tui ajelah...
Burn dan Sharon Wee menjadi hos Di Ambang Sukan Asia, dengan ketua jurulatih olahraga, Robert Ballard serta ketua prestasti tinggi Institut Sukan Negara (ISN), Sean Sturgess, selaku tetamu dua segmen awal manakala aku dan penerbit Nadi Arena, Lukman Salleh, ditemu bual mengenai sasaran lapan pingat emas.
Buat semua anggota kontinjen di Incheon, sama ada atlet, pegawai dan media, selamat maju jaya.
2 comments:
Masalahnya abang, sekarang RTM tak ada tayang siaran langsung laporan harian Sukan Asia...tak macam masa di Guangzhou 2010 dulu...apa RTM tak dapat hak siaran ke? Selalu RTM tak pernah miss tayang Sukan Asia...wahai rakan-rakan di Unit Sukan TV, apa cerita sebenarnya?
Nak kena tanya Pak Menteri lah..kalau Pak Menterinya enggak minat "sukan terbaik hanya di rtm" tu kiranya sekadar slogan sahajalah sedangkan yang hakikatnya Pak Menteri RTM tidak minat langsung dengan sukan. Dahulunya masa jadi Menteri Sukan dia paling risau kiranya tiada liputan sukan di TV, sekarang kiblatnya udah berubah. Mungkin rakyat marhaien yang enggak punya Astro perlu berdemo di Angkasapuri minta liputan sukan dan mendapat perhatian Pak Perdana Menteri barulah Pak Menteri RTM akan bilang 'kita akan buat kajian dahulu' barulah akan ada liputan sukan di RTM. Itupun yang kelas kedua atau ketiga. Dalam erti kata yang paling mudah 'hirup kuah sahaja'.
SUKAN YANG TERBAIK....DAHULU HANYA DI RTM.
Post a Comment