Monday, June 10, 2013

Kasihan Rajagobal!


Kasihan Datuk K. Rajagobal.

Habis reputasinya sebagai jurulatih pertama negara yang membawa Malaysia menjulang Piala AFF pada 2011 selain menamatkan penantian 20 tahun untuk memenangi emas di Sukan SEA pada 2009, hancur lebur gara-gara kekalahan kepada Canberra All-Stars.


Dalam sejarah penyertaan Malaysia dalam Sukan SEAP dan Sukan SEA, hanya ada enam jurulatih yang membawa pasukan negara mengutip pingat emas - Choo seng Quee (1961), Karl Weigang (1977), Mohamad Bakar (1979), Trevor Hartley (1989), Rajagobal (2009) dan Ong Kim Swee (2011).

Rajagobal juga jurulatih pertama bawa kita julang Piala AFF. Itulah yang dibangga-banggakan Rajagobal.

Usahanya selama ini diiktiraf bukan saja dari segi kenaikan gaji, bahkan dianugerah gelaran Datuk. Ke mana saja dia pergi, dia ditegur, dipuji, diangkat, dijulang...

Tapi itu dulu...sekejap saja roda hidup berputar.

Kini Rajagobal diasak kiri dan kanan...

Tajuk akhbar pula seolah-olah Rajagobal tidak pernah berjasa menyemarakkan semula kepercayaan peminat terhadap pasukan kebangsaan.

Berita Harian hari ini melaporkan

RAJA TAK MALU!
Kuala Lumpur: Seolah-olah tiada langsung perasaan malu, jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal bertegas untuk enggan melayan sebarang kritikan dilemparkan terhadap skuad kendaliannya selepas tewas 2-3 kepada kelab pemain sambilan, Canberra FC di Canberra, Australia, Khamis lalu.
BH Sukan semalam melaporkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong menegaskan betapa dia malu dengan kekalahan skuad Harimau Malaya itu dan berkata: “Saya tak tahu mana hendak letak muka kalau saya Rajagobal.”
Saya tidak mahu fokus atau nak ikut apa-apa laporan daripada surat khabar dan sebagainya. Fokus saya hanyalah untuk pasukan dan persediaan menghadapi perlawanan kedua serta ketiga," Datuk K Rajagobal, jurulatih kebangsaan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut berkongsi pautan laporan berita itu di laman Facebook rasmi miliknya, semalam dengan meminta pandangan rakan laman sosialnya itu dan menariknya lebih 200 individu tampil meletakkan komen masing-masing setakat petang semalam.
Fokus pasukan Namun menerusi laporan berita di sebuah stesen televisyen semalam, Rajagobal yang ditemubual di Sydney berkata, dia hanya mahu fokus terhadap baki dua perlawanan persahabatan menentang Sydney Olympic, esok dan Marconi Stallions, Khamis ini.
“Saya tidak mahu fokus atau nak ikut apa-apa laporan daripada surat khabar dan sebagainya. Fokus saya hanyalah untuk pasukan dan persediaan menghadapi perlawanan kedua serta ketiga. “Saya tidak mahu memberi apa-apa komen kerana kita tahu apa yang terbaik untuk pasukan kita dan persediaan yang perlu dilakukan,” kata Rajagobal.
Pengendali berusia 57 tahun itu kini tampak tertekan untuk kembali meraih kemenangan berdepan Sydney Olympic, esok bagi mengembalikan semula keyakinan umum terhadap prestasi semasa skuad Harimau Malaya.
“Saya akan turunkan pemain yang difikirkan cukup cergas. Saya akan lihat dahulu sebelum memikirkan siapa yang perlu saya turunkan (esok). Kalau boleh, saya nak turunkan pemain yang dirasakan sesuai untuk menghadapi Sydney Olympic ini,” tambah Rajagobal.

Apabila aku ditemu bual oleh Nadi Arena, aku mengajukan soalan apakah sebenarnya tujuan ke Australia...

Adakah untuk menjalin persefahaman pemain atau mencuba gandingan baru, atau mode pra-pertandingan dan conditioning?

Khabarnya Rajagobal mahu pemainnya berehat daripada kerancakan Liga Super dengan jadual yang padat sambil menyiapkan pemain dari segi physical conditioning (bentuk latihan fizikal khas bagi otot-otot tubuh). Disebabkan sukar mencari perlawanan persahabatan bertaraf A, ambillah mana-mana pasukan yang boleh membantu pemain dari segi persiapan fizikal.

Baca Canberra FC to call on top players, juga laporan perlawanan atau match report serta reviu Canberra Times.

Pada aku wajar jika kita jatuh hukum dalam perlawanan rasmi. Jadi kita tunggu Harimau Malaya melengkapkan jadual pra-Piala Asia.

Sekarang Rajagobal juga harus sedar rakyat Malaysia mudah lupa...

Tidak kira sama ada mereka orang besar kerajaan, pentadbir sukan, wartawan, politikus mahupun Menteri...kalau dulu mereka puji, sekarang mereka selar.

Dalam hidup ini, jangan sesekali sombong dan lupa asal-usul. Kejayaan yang datang selepas bergelut lebih dua dekad boleh dipadam terus dalam sekelip mata.

Dalam analisis akhir, hari-hari terakhir Rajagobal selaku jurulatih kebangsaan semakin hampir.

Pintu untuk Rajagobal melangkah keluar dari Wisma FAM sudah terbuka luas. Tidak kira sama ada Malaysia menewaskan Bahrain Oktober nanti dan Qatar November nanti.

Apabila Harimau Malaya melayan kunjungan Yaman Mac 2014, pengendalinya hampir pasti orang lain. Jurulatih asing.




17 comments:

pemainbolakeranjang said...

Wah..I smell an insider information ni...hehehehe dasar melayu mudah lupa. menang disanjung2..kalah dipijak2

Anonymous said...

Sy pk RJ sudah ketandusan idea utk membentuk squad negara yg mantap,bliau spatutnya dh lama letak jawatan....

Anonymous said...

Saya setuju pd pendapat 'pemain dibawa keluar untuk rehatkan minda dan badan akibat perjalanan Liga Super yang memenatkan'. Tetapi Sdr atau Raja jangan lupa, untuk ke Australia juga adalah perjalanan yang memenatkan! Justeru elok sahaja 'berlibur' di negara - negara peranginan daripada turun padang bermain bola. Tak salah untuk mereka berehat tetapi yang penting pemain - pemain Malaysia perlukan game yang kompetetif mungkin 2 perlawanan sudah memadai dalam tempoh ini tanpa membabitkan perjalanan yang jauh. Tugas untuk memberi rehat sepatutnya dipikul kelab/negeri pemain - pemain itu bukannya dari kantung FAM. Jika saya adalah 'Boss Besar" TM saya akan mempersoalkan FAM terutamanya Raja dan Subhan mengenai keputusan mereka untuk menentang kelab - kelab separa professional seperti itu. Jenama TM perlu dijaga, maruah TM juga perlu dipelihara. Lainlah kalau TM kata..'ada aku kisah menang atau kalah'. Saya percaya mengikut kemampuan FAM pasti berupaya mengundang pasukan - pasukan yang bertaraf tinggi untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Mengenai masa depan Raja tu, saya rasa memang sudah tertulis lebih awal iaitu sebaik gagal mempertahankan Piala Suzuki bahawa dia patut meletakkan jawatan. Bukan masalah lupa, tetapi perlu pandang ke depanlah. Kalau nak bersandarkan pada jasa alamat tak ke manalah Negara kita. Wallah hu alam

KERMIT THE SPIDER

Anonymous said...

kemah keming orang dalam rizal ye

Anonymous said...

Tak perlu membazir, kumpulkan pemain import yg terbaik, cari seorang jurulatih import, lawan dgn mereka. Kita lihat bagaimana jurulatih tersebut memupuk dan membentuk persefahaman dlm waktu yg singkat. Belajar dan perhatikan cara2 mereka mengurus. Inilah yg dinamakan pemain dan jurulatih import yg membantu perjalanan bolasepak negara khasnya. Jangan hanya mengambil mereka untuk membantu menjulang Piala Malaysia sahaja, terasa terlalu kecil rasanya tugasan mereka di sini berbanding dgn gaji bulanan yg tinggi. UTILISE THEM..

Anonymous said...

Tak perlu membazir, kumpulkan pemain import yg terbaik, cari seorang jurulatih import, lawan dgn mereka. Kita lihat bagaimana jurulatih tersebut memupuk dan membentuk persefahaman dlm waktu yg singkat. Belajar dan perhatikan cara2 mereka mengurus. Inilah yg dinamakan pemain dan jurulatih import yg membantu perjalanan bolasepak negara khasnya. Jangan hanya mengambil mereka untuk membantu menjulang Piala Malaysia sahaja, terasa terlalu kecil rasanya tugasan mereka di sini berbanding dgn gaji bulanan yg tinggi. UTILISE THEM..

Anonymous said...

Jangan membazir, pilih pemain import terbaik serta lantik jurulatih import dan lawan dgn mereka. Belajar dan perhatikan cara mereka mengurus dan memupuk persefahaman dlm masa yg singkat. Inilah yg dinamakan pemain dan jurulatih import yg boleh membantu bolsepak kita meningkat, bukan hanya membantu negeri menjulang Piala Malaysia sahaja. Gunakan kewibawaan mereka. Tontonkan perlawanan itu seolah-olah pasukan negara beraksi di peringkat antarabangsa.

Nazim asmuni.

Anonymous said...

Subhan makin angkuh sekarang ni..Kenapa ye?? Sebab kalah PRU aritu ke?? Tak tahan kena bedal letak jawatan la Datuk Sri..

Anonymous said...

Janganlah nak salahkan Rajagopal seratus peratus. Orang kat FAM tu buat apa selama ni bertahun tahun? Terutama sekali selepas menang AFF Rajagopal sendiri pernah minta diadakan perlawanan kelas A sekerap yang boleh (setiap bulan kalau tak silap itu yang dimintanya) takkan Rizal dah lupa? Atau buat buat tak ingat?
Cakap memang murah macam lagu Search! Cakap memang mudah kata aku. Masyarakat di Malaysia ni secara jujurnya agak bendul dalam membuat penilaian, malah begitu cepat membuat kesimpulan tanpa penilaian yang telus dan adil (betul ke ada blackout masa election?). Rizal pasti sedar perbezaan budaya dan intelek kedai kopi di Malaysia dan cafe di France, maklumlah pernah sampai di sana.
Pokok pertama siapa sebenarnya dalang yang mencadangkan perlawanan di Australia itu? Adakah ianya berkepentingan?
Kedua apakah tahap kecergasan dan motivasi para pemain? Adakah semangat mereka sama seperti perlawan antarabangsa kelas A? Adakah pemain yang dibawa sudah bosan dengan perlawanan seperti ini dan mahukan sesuatu yang lebih mencabar tetapi terpaksa akur dengan kehendak pengurusan?
Ketiga setelah terpaksa akur dengan kehendak pengurusan dan tiadanya perlawan kelas A yang dikehendakinya, adakah objektif dan perancangan Rajagopal dalam menghadapai perlawanan ini turut berubah? Adakah beliau mahu mencuba pemain dan taktikal yang baru? Mungkin ya jika dilihat dari barisan yang diturunkan dalam separuh masa pertama menentang Canberra tempoh hari (juga dalam perlawanan persahabatan sebelum ini yang keputusannya agak mengecewakan)
Pada pendapat aku yang dah lama ikut bolasepak tempatan dan antarabangsa dengan minat dan keikhlasan (tiada kepentingan atau vendetta peribadi ) sudah sampai masanya kita mula bermain dengan pasukan "kerdil" dari Eropah seperti Wales, San Marino, Faroe dsb jika kita tidak mampu untuk bermain dengan pasukan besar seperti Holland, Spain dsb. Tidak perlu lagi bermain dengan lawan dari Asean (tak boring ke?) atau kelab ntah apa apa.
Atau mungkin pasukan "kerdil" dari Concacaf atau Amerika Latin?

The Striker @ Roger Milla

Ps Rizal tolong kirim salam pada KJ kalau jumpa

budakitam said...

saya sokong dengan pendapat The Striker@roger milla..apa salahnya kita try main dengan pasukan kerdil benua eropah dari kita lawan dengan pasukan yang hanya berstatus kelab liga wilayah..saya pernah terbaca dalam satu laman blog(tak ingat dah nama blog tu coz dah lama),ada seorang rakyat malaysia pencinta bola sepak menghantar email kepada sebuah persatuan bola sepak di eropah(tak ingat negara mana tapi negara kerdil eropah) berminat atau tak untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan malaysia?mereka membalas mereka mengalu-alukan jika pihak dari malaysia menghantar permohonan rasmi kepada mereka..terserah pada FAM......

Anonymous said...

Semalam menang 4-0 ada orang cakap lawan kelab cikai boleh lah. Menang salah, kalah pun salah! Apa nak jadi dengan Malaysia?

Anonymous said...

Ajak la Tahiti lawan frenly dgn team Rimau Malaya...ada beran??? Mungkin komisyen kurang kot kalau lawan team macam ni ??

Anonymous said...

Hi,

I've sent an email to rizal.hashim@yahoo.com on 12th April regarding a possible collaboration.

Please let me know if you are interested.

Terima Kasih!

Anonymous said...

Tertarik dengan komen KP MSN....adakah MSN telah mencipta sejarah dibawah beliau? Kalau saya KP MSN pun terasa malu...belanja berjuta-juta berkali-kali keluar negara untuk lawatan sambil belajar ...hasilnya?

Zk Channel said...

Bukan masalah melayu mudah lupa.Dalam apa bidang pun kejayaan adalah KPI kita.klau dah tak mampu beri peluang pada orang lain pula.Jurulatih hebat di eropah pun akan dilucutkan jawatan kalau dah tak mampu naikkan kelab.

inamaz said...

Rajagopal dh xde idea..player pulak xbrbakat..nasib bolasepak Malaysia..

Simple-mzs.com.my

Anonymous said...

Fact of the matter is, kawan..u are supposed to form a winning team..lu bagus, itu mmng kerja u, lu xda bagus, xde idea..out u go...itu cara nk maju..bukn xbiasa tngok premier league....klu team u bagus, imej negara tu satu hal...gate collection msti naik, sbb sume org nk datang tengok..sponsor msti beratur pnjng nk taja..mknenye segala2nye ikut naik...tp klu team dh mcm celaka, org menyampah, moral menurun, masyuk msti xdak, yg beratur bookie...bende mcmni pun xleh pikir ke....ni da 2013 la wei...