Friday, June 28, 2013

Detik gemilang 1985, 1991 dan 1998


Johor Darul Takzim (JDT). Asalnya dikenali sebagai PKENJ. Kelab Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Kemudian dijenamakan sebagai Jcorp. Susulannya, Johor FC.

JDT adalah jelmaan terbaru kelab yang dikendalikan dengan budaya korporat.

Antara jurulatih yang singgah merencana strategi JDT ialah K. Devan, Ron Smith, Raul Carizzo, Bruce Stowell, Azuan Zain dan Ramlan Rashid.

Tapi peminat Johor dulu-dulu masih terkenang detik gemilang Johor, pasukan negeri yang menonjolkan kehebatan pada 1980-an dan 1990-an hasil dedikasi Bapa Bola Sepak Johor, Datuk Suleiman Mohd Noor.

Khas buat tatapan rakan senegeriku, aku mengimbas tiga detik gemilang bola sepak Johor, ketika JDT dikenali sebagai PKENJ, kemudian JCorp dan Johor FC.

1985

Johor menumpaskan Wilayah Persekutuan 2-0 pada final Piala Malaysia 1985 hasil jaringan Muhidin Husin dan Fadzli Ahmad.

Dua jaringan, yang pertama pada minit ke-36 oleh bekas pemain kebangsaan, Muhidin dan satu lagi menyusul empat minit selepas rehat menerusi tandukan Fadzli menghadiahkan kemenangan kepada pasukan dari Selat Tebrau itu serta supremonya, Datuk Suleiman Mohd Noor.

Malam 13 Julai itu turut melahirkan mutiara baru Johor, iaitu Khalid Shahdan yang menjadi perancang serta nadi bagi memastikan Piala Malaysia berhijrah ke selatan semenanjung. Khalid, 21 tahun ketika itu, dan kerani bank di Johor Bahru mencipta nama dengan persembahan menyerlah dan mendapat ganjaran setimpal keringatnya. Dia menerima anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir bernilai $10,000.

Jaringan pertama terhasil apabila Azuan Zain melambungkan bola ke depan pintu gol Wilayah Persekutuan, tepat ke arah Muhidin yang bijak bertindak menyambung dengan menolak masuk memperdayakan penjaga gol, M Pavalamani.

Empat minit selepas babak kedua bermula, sepakan sudut Khalid Shahdan mengena kepala beberapa pemain di depan pintu gol menepati arah Fadzli yang kemudian menanduk bagi menyudahkan kesengsaraan lawan dan memastikan kejayaan anak buah Ahmad Isa.

JOHOR: Salleh Mohd Noor, Ismail Ibrahim, Azuan Zain, Kamaruddin Ahmad, Ahmad Marican, Khalid Shahdan, Dollah Salleh, Nasir Yusof, Fadzli Ahmad, Muhidin Hussin, Azmi Taib (Kamarudin Ahmad).

W PERSEKUTUAN: M Pavalamani, Razip Ismail, Tang Siew Seng, Kamarulzaman Yusof, Serbegeth Singh, Subadron Aziz (Michael Chang), Mat Zan Mat Aris (Yip Chee Keong), Ramlan Askolani, Saidin Osman, K Kannan, Hashim Marman.

1991

Malam gemilang buat Ervin Boban, penyerang bertubuh tegap dari Croatia yang menyumbang tiga gol memenuhi harapan Johor untuk menjulang semula Piala Malaysia selepas menewaskan Selangor 3-1 di atas padang becak.

Tanpa penjaring utama Abbas Saad yang digantung dua perlawanan, Boban keluar daripada bayangan Alistair Edwards dengan ledakan hatrik di Stadium Merdeka bagi memastikan kejuaraan berganda buat anak buah Michael Urukalo.

Boban menggegar gawang Selangor pada minit ke-11 selepas menyambar hantaran Edwards tetapi Selangor menyamakan kedudukan menerusi sepakan leret Gani Ali lapan minit selepas rehat.

Dalam menyusun gerak ke kubu lawan, benteng Selangor terleka. Kesilapan Reman Ragunathan membuka ruang kepada Boban menambah jaringan pada minit ke-60 hasil umpanan lintang Sani Othman

Boban mengukir namanya sebagai wira dengan menyambut baik sepakan percuma pasukannya di luar petak penalti untuk menewaskan bekas penjaga gol Czechoslovakia di Piala Dunia 1982, Karel Stromsik, pada minit ke-84.

Baca lanjut blog Che Din.

Johor: Hassan Miskam, Sazali Nasir, Nasaruddin Atan, Roslan Hamid, Sani Osman, Aidel Mohd Noor, Khalid Shahdan (Fadli Ahmad), Nasir Yusof, Salehan Mohd Som (Annuar Abu Bakar), Alistair Edwards, Ervin Boban.

Selangor: Karel Stromsik, A. Jayakanthan, K. Gunalan, Reman Ragunathan, Ismail Ibrahim, Gani Ali, P. Maniam (Razali Alias), Malek Rahman, Zainal Nordin (Adam Abdullah), Robert Dunn, Pavel Korejcik.


1998

Johor melengkapkan koleksi piala kejuaraan Liga Malaysia selepas mengalahkan Sabah 1-0 untuk menjulang Piala FA dalam final sulungnya, di Stadium Likas. Gol tunggal pasukan pelawat itu dijaringkan Milan Blagojevic pada minit ke-31 di hadapan kira-kira 20,000 penonton untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Rosdee Sulong berada di sebelah kanan mendapat bola hasil gerakan pantas Johor mengambil sepakan percuma, melintangkan bola ke tengah untuk Blagojevic menggelecek seorang pertahanan Sabah sebelum merembat dengan kaki kanan dari luar kotak penalti menuju tepat ke sudut kiri gol Sabah pada minit ke-31.

Jaringan itu hadir dua hari selepas isteri Blagojevic melahirkan anak sulung mereka, Nicholas.


Stewart julang piala


Memori indah buat Steve Darby dan Johor


Stewart terkenal dengan rempuhan keras tapi adil. Dia menghadang David Rocastle sambil Blagojevic bingkas melindunginya


Salim Khamis, orang Kampung Melayu, Kluang, bersalam dengan Blagojevic sambil disaksikan Azmil Azali, Darby, Stewart dan Rizal Sukiman


Aku sempat membuat liputan Stewart dan Blagojevic. Dua profesional sejati.


Rizal Sukiman dan Azmil Azali. Dua anggota skuad negara Piala AFF 1996

Gambar 1998 koleksi Steve Darby. Thanks Steve.

SABAH: Khairul Azman Mohamed, Veselin Kovacevic, Musa Hendrik, Jelius Ating (Romzi Musa), Abdullah Adi (Henry Soimpon), Burhan Ajui, Jainin Tinin, David Rocastle, Yap Wai Loon (Harun Laban), Mohd Jaya Kassim, Suharmin Yusuf.

JOHOR: Omar Salim, Salim Khamis, Darren Stewart, Azmil Azali, Mohd Zakir Othman, Rizal Zamberi Yahya, Milan Blagojevic, Idris Karim, Rizal Sukiman, Rosdee Sulong (Tuboly Frigyes), Azmi Mohamad. 

Namun esok, aku berasakan Kelantan ada kelebihan. Namun bola sepak Johor harus melonjak lebih tinggi jika JDT muncul kelab pertama menjuarai Piala FA.




12 comments:

Penyokong Johor sebenar said...

salam,

Artikel ni tersalah fakta. Yang menang piala tersebut di atas adalah:

JOHOR FA

Bukan Johor FC a.k.a JDT-logo-3-bintang-palsu-poyo

Unknown said...

fakta artikel ni betul....Johor FC @ JDT mmg blum prnh mng piala FA lg....
sbb tu bwh dia ada sbut JDT bakal menjadi juara kalau mng malam ni....

Apostolos Velios said...

mengelirukan, JOHOR DT tu takde kena mengena dengan JOHOR FA,ataupun Johor FC.johor FA nun masih di liga perdana,yang ori lagi tulen. johor fc dah berkubur,JDT dan Johor fc tak sama dan tak serupa

Anonymous said...

ini semua poyo

Unknown said...

kenapa pelu kePALSUan utk mencari kebanggaan? cukup dgn apa yg ada. jgn memalukan rakyat johor. sokong la johor fa & johor fc. jdt dibunuh saja. fake!

Anonymous said...

Sorry lambat join...Johor FA / Johor FC / Johor DT...bukankah mereka mewakili negeri Johor and and few anak jati Johor dalam tu?? Dibiayai oleh Tengku Mahkota Johor bukan Putera Mahkota Somalia. Satu Malaya pun dah tau, kalau guna 100%anak tempatan belum pasti boleh menang bergaya. Kelantan juga guna anak Perak, Terengganu, Perlis dsb...At least mereka tidak membusukkan nama negeri Johor kira boleh gunapakai la...my 2cents

XABI ALONSO
LARKIN

Anonymous said...

Aku bukan rakyat Johor tapi pernah menetap dan bekerja di Johor pada sekitar tahun 80an dan amat mengingati seorang player Johor yang mempunyai nama yg amat unik..LAHAD DADUK SULIK

Anonymous said...

Srnok bermain dgn vetreran jhr..dtg la ptg2 kt dataran..

Anonymous said...

tak ramai yang kenal player johor 1998 ni..Jangan jadikan history Johor FA sama dengan JDT..xsama langsung


Hidup Jengking!

Anonymous said...

Sape cakap tak ramai kenal player 1998..tahun tu jugak tahun kemuncak perak dan liga..90an ramai player johor dalam liga bertaburan..player johor berapa org dlm skuad 1998 ialah pemain negara..takkan org tak kenal..memang org tu sakit otak la tak knl..memang tggl dalam hutan la..smpai sekrg ada org muda kat selangor pun leh igt nama2 dorg star2 ni..bukan stakat main kat johor nama2 yg ada tu,siap main utk negeri lain lagi..zaman tak sama,player tak sama,pasukan tak sama tp penyokong sama..ko baru lahir n tgk bola ke?

Azhan Mohamad said...

Kamaruddin Ahmad skipper Johor yg menang Piala Malaysia pemegang rekod satu2nya pemain yg mewakili negara dlm bolasepak dan hoki.

Anonymous said...

Seriously wakil untuk bolasepak and hoki?