Sekadar buat renungan. Beza gambar-gambar di bawah.
Mario Balotelli secara rasmi menyertai AC Milan, bergambar dengan CEO Milan, Adriano Galliani
Florentino Perez (kiri) menyaksikan legenda Real Madrid, Alfredo di Stefano menyerahkan jersi nombor 5 kepada Zinedine Zidane pada 2001
Nazmi Faiz Mansor diapit Marco Guimaraes
Nazmi sentiasa ditemani Marco Guimaraes
Di sebalik kontroversi kepulangan Nazmi Faiz Mansor dari Beira-Mar di Portugal, aku berasa pelik kenapa ejennya Marco Guimaraes yang berpangkalan di Singapura suka benar menonjolkan dirinya. Tengok semula gambar-gambar di atas. Anda tahu ejen Balotelli? Siapa pula ejen Zidane?
Kita harus tahu perbezaan ejen dan pengurus.
Ejen bertindak selaku orang tengah dalam hal rundingan kontrak, perpindahan dan hal berkaitan kebajikan pemain dengan kelab. Pengurus peribadi mengurus aktiviti selain daripada bola sepak dan mengatur jadual pemain.
Seorang ejen boleh menjadi pengurus peribadi tetapi pengurus tidak boleh menjadi ejen melainkan dia memiliki lesen bertauliah FIFA selepas memenuhi beberapa syarat, termasuk lulus peperiksaan (20 soalan), ada jaminan kewangan dalam bank Switzerland berjumlah 100,000 francs dan perlindungan insurans.
Di Malaysia, ada lima ejen yang berdaftar di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Mereka ialah Miroslav Bozik, Effendi Jagan Abdullah, Issa Diabate, Roland Klein dan Edwin Varo. Ejen Muhammad Ghadar pula ialah Mohamad Mroweh, yang berdaftar di bawah nama Lebanon.
Di Singapura, ada lapan ejen berdaftar termasuk Guimaraes dari Football Management International. Di Thailand ada tujuh, Indonesia (lapan), Kemboja (dua), manakala Vietnam dan Filipina masing-masing ada seorang ejen bertauliah - sekadar membuat perbandingan.
Ejen pula terbahagi kepada dua - ejen perlawanan dan ejen pemain. Ramai yang ada kedua-dua lesen, jadi mereka boleh membawa pasukan menyertai satu-satu kejohanan jemputan dan pada masa yang sama mewakili pemain individu.
Latihan pusat di luar negara misalnya boleh diatur ejen perlawanan seperti yang berlaku apabila Harimau Muda ke Slovakia atau Harimau Malaya berkelana ke Turki. Ejennya ialah Bozik, bekas pemain tengah Negeri Sembilan yang juga satu-satunya ejen pemain dan perlawanan di Malaysia.
Zidane dulu diwakili ejennya Alain Migliaccio yang ada sekelompok nama besar di bawah naungannya, termasuk Franck Ribery, Samir Nasri, Jeremy Menez dan satu ketika dulu mengurus Eric Cantona.
Namun Migliaccio bercakap dan menonjolkan diri apabila perlu. Misalnya selepas Zidane menanduk dada Marco Materazzi pada final Piala Dunia 2006, atau bermain psikologi dengan Arsenal ketika Nasri mahu berhijrah ke Manchester City.
Contoh terbaik seorang pengurus di Malaysia ialah Zakaria Ab Rahim yang mengurus kerjaya Safee Sali.
Keluarga Nazmi harus berwaspada dan bijak mengurus kerjaya dan masa depan Nazmi. Biarkan ejen bertindak di sebalik tabir. Ejen tidak digalakkan membuat kenyataan akhbar atau bercakap bagi pihak pemain dalam sidang akhbar.
Nazmi dan keluarganya tidak boleh membiarkan ejen mencatur gerak, kelak papan catur kerjaya Nazmi musnah terlalu awal.
Nota: Ejen untuk orang, agen untuk sains.
20 comments:
tq diatas info. Ramai yang tak tahu ni..
tq diatas info.Ramai yang tak tahu ni..
Tapi bang Rizal, macam mana kalau ejen Nazmi lah yang selamatkan karier beliau dari terus merana di Portugal?
Info terbaik, nota kaki info paling baik untuk makluman :)
Info yang baik, nota kaki dalah info yang paling terbaik :)
Saya setuju dgn view encik rizal...the moment dapat tahu sahaja berkenaan isu nazmi pulang ke malaysia,terus saya teringat tulisan encik rizal berkenaan nazmi sebelum dia berhijrah ke beira mar...di mana encik rizal pernah berkata nazmi sepatutnye ditemani oleh seorang pengurus atau ahli keluarga di sana kerana dia masih terlalu muda dan takut kejadian yg sama pernah berlaku terhadap akmal rizal dan beberapa pemain bolasepak yang lain berulang...namun,malangnya telah berlaku sesuatu yang kita semua masih tidak pasti..hanya nazmi yang tahu..diharap walau apa pun yang berlaku..nazmi akan terus berjaya dengan izin dan takdir allah...in shaa allah...
Terima kasih atas info ini.terlebih dahulu sy peminat saudara dan ini pertama kali sy bersua.tak pandai dlm it tiada fb.berbalik ceta nazmi ada info dari bloger lain yg sy baca memaklumkan pembayaran gaji yang diterima dlm rm2ribu lebih sahaja.jika ini berlaku apa yg disampaikan semasa nazmi pergi kesana mcm lumayan je diterima.ada jg maklumat yg disampaikan bapa nazmi mwrujuk fam.namun dlm akhbar tempatan byk yg negetif megenainya.diharap saudara terus membongkar isu ini agar mendapat maklumat yg sebenar.namun dlm hal ni nazmi harus tampil bgtau hal yg sebenar.tgu jwapan fam pun byknya membisu.sy setuju info saudara ini.sekarang pemain dan keluarga pemain kena belajar,pandai,tahu undang2,kontrak dan sebagainya.sekarang era profesional perlu tahu segala aspek.diharap isu ini tidak akan mematahkan semangat pemain, keluarga yg mahu anak mereka mereka menceburi bidang sukan sebagai kerjaya dan ambil kes nazmi sebagai pengajaran kepada kita semua.
Satu kerugian buat nazmi...baru memberi harapan buat anak muda zaman kini...tapi yang pelik kenapa dia tak sertai harimau muda...kan lebih baik..dapat membentuk ksefahaman dgn pmain yg lain.
dia tak sertai harimau muda mungkin kerana agennya mempunyai hubungan dengan pkns.agen nazmi merupakan agen bekas pemain import pkns musim lalu iaitu dawood nicoise.kalau tak silap la.mungkin itu sebab nazmi ke pkns kerana agen yg sama.
Bro Rizal,
My view, FAM pun turut bertanggungjawab sedikit sebanyak atas isu Nazmi ni. Kita nak tau dari FAM, sepanjnag Nazmi di Portugal selama 7-8 bulan, berapa kali officer dr FAM pergi melawat Nazmi disana?
Atau di FAM ada tak spsiifik Unit / Department yang menjaga perkembangan berkenaan karier, kebajikan, supports atau liaisons untuk pemain2 yg bermain diluar negera.
Kalau tiada, sudah sampai masanya FAM untuk berbuat demikian.
salam..walau apa pun alasan samada Nazmi d permainkan agen,homesick atau d bayar gaji rendah sekalipun, isu Nazmi ini patut d letakkan d bawah kesalahan FAM..mengapa sy kata begitu? Jika semua pihak memandang Nazmi adalah aset masa hadapan bola sepak negara, FAM perlu menghargai bakat muda yang ada ini.Sebagai induk yang bertanggungjawab atas bola sepak negara, FAM sepatutnya memantau atau menjaga kebajikan Nazmi d sana..FAM harus tau, dengan berjayanya Nazmi mendapat kontrak dengan pasukan eropah, apa jua masalah Nazmi d sana, FAM lah yang patut memberi sokongan baik dari segi moral, mental atau kaunseling kepada Nazmi dalam apa jua keadaan..apatah lagi beliau masih muda & perlukan bimbingan..
sy tak percaya ni masalah agen..atau dari sebab2 fizikal spt masalah disiplin,masalah kekasih,masalah gaji..tp ini rumit dari sudut sexual harrasment dlm latihan?.Org Portugiws ni gila! mahupun bapanya.. apa yg sy percaya dari sudut ini atau permasalahan pada kadar serupa..jika tidak..tidaklah terlalu peribadi buat nazmi.sy juga tidak berspekulasi..tetapi sptmana org lain syg bakat nazmi..sy juga tak terkecuali kerana ia adalah part pada diri saya,sprti sebuah kereta yg enjinnya meragam..tentu sahaja ia tidak menggerakkan bahagian2 lain pd kereta..apabila ia secara tiba2 terhenti.Resolusinya pada Nazmi dan bapanya.
Adakah teori ini benar atau tidak...pemain berumur 19thn dibawa ke portugal dengan free untuk kembangkan bakat...kemudian bertahan selama 6bulan ke atas dan pulang kembali denga kelab tempatan terpaksa membeli dengan nilai tinggi dan bayaran gaji yang tinggi bagi umur pemain 19thn di Malaysia. Adakah ini suatu pakatan atau tidak ...ianya hanya satu teori...
Salam RH
Saya cadangkan Nazmi ni bykkan membaca kisah2 pemain bola terutamanya pemain dari negara africa. mereka sanggup bersusah payah utk berjaya.Evra, Demba Ba dan lain2 merasa kehidupan yg susah utk menjadi terkenal seperti skrg.
Makin lantang org komen FAM.Takkan xda apa2 kot. Nadi Arena 8/2/13 ada yg komen FAM. Apa la agaknya tindakan.
Selain drp ejen yg rakus dan tamak, kita juga kena berhadapan dgn org politik dan istana. Aku masih ingat bila masa lesen ejen jual beli pemain di berikan secara senyap2 oleh FAM kepada org2 tertentu sahaja.
Memadangkan kaki judi yg mencatur bolasepak kita maka mereka perlukan ejen2 yg boleh mereka letak dibawah kawalan mereka. Kita harus sedar bahawa judi di Malaysia telah menjadi sebahagian drp hidup kita. Kita telah mencorakan satu budaya dimana pemberian duit untuk mendorong anak2 kita untuk mencapai kecemerlangan diutamakan.- di tambah pula dgn peberian duit raya...semuanya duit!!!
MONEY IS ROOT TO ALL EVIL!!
mcm dulu gak la players HM pegi
skjp pas 2 terus blk Msia..
jadi kn players COREA JEPANG
sebagai tauladan..dorang muda2
dah sangup main liga luar negara
mcm BUNDESLIGA BPL LA LIGA...
nengok la mcm mana kualiti team
negara dorang mcm mana dh jauh
tinggal kn kita ni...players indon
pn ada gap pegi main dlm liga
europe nun..dh 2 3 thn kat sana
tp elok je xmau blk pn..heheee.
skrg ni PUUUUUUJAAN ati org MALAYA
adalah FAKRI SAARANI coz dia la
slh sorang player msia yg brtarung
kat liga PORTUGIS..heheeee !!!
terima kasih rizal.info yang padat dan tak dicopy dari mana-mana blog
tipikal orang2 melayu memang mudah homesick dan culture shock bila merantau ke luar negara... x nak susah payah, semua nak senang ja...
Post a Comment