Wednesday, October 3, 2012

Sportinglah sikit...


Aku ingin merakamkan rasa kecewa amat sangat selepas dimaklumkan bahawa beberapa individu termasuk seorang pegawai tertinggi Majlis Olimpik Malaysia (MOM), seorang wartawan dan sebuah akhbar diberi surat tuntutan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung

Baca Malay Mail to be suedSuing Spree dan NSC sues Mesuma

Beberapa persoalan berlegar dalam benak aku.

1. Bukankah MSN terbabit dalam satu kes saman di mahkamah? Perlu lagi kes lain?

2. Apakah tindakan mengirim surat tuntutan itu mendapat persetujuan Lembaga Pengurusan MSN yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan?

3. Bagaimana pula pendapat dua wakil MOM dan presiden Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) yang menganggotai Lembaga Pengurusan MSN?

4. Di saat Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu dilihat lebih terbuka dan telus sehingga memohon maaf atas kegagalan program Road to London, tindakan MSN boleh ditafsir sebagai tunjuk kuat dan berlawanan dengan semangat kesukanan yang tinggi.

5. Pegawai, jurulatih, akhbar dan wartawan adalah stakeholders dalam arena sukan. Mereka juga warga Malaysia...mereka juga rakyat negara ini yang didendangkan dengan slogan Janji Ditepati, Rakyat Didahulukan...

6. Apakah MSN pantang ditegur?

Sekadar berkongsi pengalaman sepanjang 20 tahun membuat liputan MSN...

Ketua Pengarah MSN dari 1993 hingga 2005, Datuk Wira Mazlan Ahmad, diasak dengan pelbagai kontroversi, isu dan tuduhan sepanjang tempoh itu.

Antaranya pendedahan muka depan akhbar The Malay Mail pada 1995.

"THE Olympic Council of Malaysia, shocked at the allegation that the National Sports Council spent millions on substandard athletics equipment, has asked for a probe into the possibility of shady deals.


"I certainly hope that there is no hanky-panky involved. However, the NSC must check it out. There must be no cover-up," he said. Sieh was responding to The Malay Mail report quoting officials and coaches in charge of NSC's 1998 Commonwealth Games centres of excellence that they had been provided with substandard equipment hazardous to their athletes.

The officials and coaches claimed that the equipment not only failed International Amateur Athletic Federation (IAAF) specifications but are also a danger to the athletes. The hurdles, for instance, are so fragile that if it snaps, it can hurt the athlete. High jump bars made of cheap material bend easily, discuses disintegrate after a few throws, and stopwatches give inaccurate timings."

"The National Sports Council (NSC) should show that they have got nothing to hide instead of preventing their coaches from speaking to the Malaysian public.

Athletics coach Mohamed Musa Nor Mohamed yesterday spoke out on the matter and called on the NSC to grant "freedom of speech" to their workers.

He wants the NSC to prove that there are no skeletons in the closet by allowing coaches to make Press statements.

The Malaysian AAU development chairman said: "If they have nothing to hide, why are coaches hired by NSC not allowed to issue Press statements?" The coach from Pahang pointed out that proof of NSC's "information blackout" was contained in their contracts with coaches which forbid the latter from issuing Press statements.

"If they are sincere and interested in sports development, they will allow coaches to speak to the Press. Constructive criticism will help highlight the problems faced by coaches and athletes.

"What are they scared of?" Musa, who recently called for the resignation of NSC's foreign coaches at the Kajang athletics centre of exellence, has been issued a show cause letter by NSC for making several Press reports."

Laporan itu mengakibatkan MSN disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR). Akhirnya nama MSN dibersihkan. Peliknya Mazlan tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang pun.Selama 12 tahun bukan sedikit komentar keras, sindiran tajam dan perbezaan pendapat yang dilemparkan ke arah MSN dan Mazlan tetapi peliknya paling teruk pun hanya ancaman kepada wartawan tidak boleh masuk ke kawasan MSN, seperti yang pernah disuarakan terhadap aku!

Sekali lagi peminat, pegawai, jurulatih, wartawan dan ibu bapa - kita harus ingatkan pemegang jawatan sama ada badan bukan kerajaan atau agensi kerajaan agar berani dilambung ombak jika sudah berumah di tepi pantai. Jika tidak bolehlah pilih duduk di tengah pekan...

Bagi semua pemimpin sukan, cubalah contohi semangat generasi terdahulu seperti Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah, King Ghaz...sportinglah sikit...

Risau juga nanti MSN digelar Majlis Saman Negara...

Satu permintaan kepada Ahmad Shabery, dulu Datuk Seri kata boleh arahkan pegawai muncul dalam program kendalian seorang blogger Dengan Izin di Astro Arena 801...Jadi? Janji Ditepati!

Nota kaki:

Kalau saman penulis artikel warkah terbuka buat Rizal Hashim, berapa agaknya jumlah ganti rugi? Tapi apabila bertemu tahun lalu, aku mengambil gambar di bawah bersama Tepak Bersulam. Dia tahu juga banyak rahsia MSN hehehe. Apabila kita berperang (jenis yang bukan hunus senjata), cedera dan luka sebahagian daripada cabarannya!




17 comments:

Unknown said...

..loved you footnote..:)..if pakmat were to write about shoes, it will be full of footnotes..hehehe..

Anonymous said...

Majlis Saman Negara...TERBAEK!!!

hahahhaa

Anonymous said...

Bro,

DSZ diambang kejatuhannya dan dia nk ikut jejak DRAA...itu sebab dia nk saman org aje...hahahhaahuhuhuhu..

Anonymous said...

sama2 nyanyi lagu ala2 lagu 'Sandarkan Pada Kenangan'

Kenangan manis kau dan aku
Takkan terluput
Duri ranjau sukan negara
Lumrah dunia

Saman Menyaman
Hidup Tak Aman
Perasaan Haru Biru
ohhh ohhh
Lihatlah Diriku Yang Kena Saman
Tanpa Diriku Menulis
Siapalah Kamu....

ahaks ahaks
Allahua'lam

Anonymous said...

sporting sporting juga kalau melampau sabor jer la kalau kena sue

Anonymous said...

Adidas F50 Adizero XTRX SG untuk dijual (baru,tak pernah pakai)..saiz 9 uk..sebab jual,salah saiz..ori 1st gred,boleh tengok dulu utk sesape yg kt area jb..luar jb boleh pos..

http://www.mudah.my/Adidas+F50+Adizero+XTRX+SG-18102894.htm

Anonymous said...

Kalau kena saman kan bagus; mendapat peluang untuk memberi bukti kepada apa yang ditulis. Jika boleh menulis tanpa bukti ....; Yang tak saman mungkin apa yang ditulis itu benar ...macam guna kereta sponsor?

Put your money where your mouth is!

ArmKnow Kid said...

Bro,

Aku tengok kredibiliti DSZ kini terancam dengan keluarnya isu Surat saman kepada Dsieh. Boleh katakan point dia tu agak Tinggal gak. Tapi sekarang dah jatuh sikit. Entah2 jatuh tak naik naik kot. Kesian. Dia Ada masa depan cerah bro. Membe2 politik aku sound kat aku katanya dia dah dikenal pasti untuk naik pangkat.

Apa nak buat..dah nasib manusia, bila dah nak jadi baru ada setan datang mengacau..suruh dia sabar sikit bro..

Anonymous said...

saman hah cara mengelaknya buat macam ssdhaliwal, tulis je dan jangan biar orang komen. samalah baling batu sembunyi tangan. sebab dia tak berani macam penjawat2 seperti di OCM. kalu MSN mau samanlah bloger ini. Dulu buat hal dalam FAM..kemudian dalam BAM lepas dah bagi tiket utk ke London, di gigit tangan BAM ha ha ha..blogger jenis apa ni. pandey kutuk KP MSN, tapi tak nak org komen pasal dia. Profesional lah beb..tanya ssdhaliwal mcm mana dia dapat ke London. buka pemberita tapi blogger..telus ke apa.
Moral of the story, MSN pun tak nak saman dia tapi mau saman Dato Siah. I say men mana ada fair ini macam


Anonymous said...

DSZ dah panas bontot lah tu. Untung dia zaman ni ramai penulis sukan boleh ikut telunjuk dia, Kalau dulu rasanya, dia dah menyorok belakang Minister, mintak simpati.

Itulah masalahnya bila orang kuat MSN dah ingat dia ini politician. Bangkitlah daripada tidur mu DSZ, orang dah menyampah cara anda yang lebih banyak bercakap daripada buat kerja.

dan kepada penulis2 sukan yang ada, tolonglah buka mata dan korek cerita sebenar kat MSN ini daripada tulis benda2 yang bukan isu nak jadi isu macam kat BH tu - soal ranking pasukan bola sepak Malaysia dan isu BAM yang takde apa maknanya kepada kita. Jangan syok sendiri aje hingga kena maki dengan staf sendiri.

Hublot Watches said...

Glad to hear you are doing so well. Good luck!

Anonymous said...

Itu r perangai MSN...x abis2 dgn ego mereka.....mereka ini pantang di tegur....diorg ingt diorg ini org kerajaan maka diorg ada kuasa yg bsr sgt...apa yg Dato Sieh ckp tu kalu x slh adlh pndgn peribadi beliau....knp smpi nk saman/nek mahkamah bagai...bnda kecik itu kn blh setel je...yg nk kelam kabut tu nape???mohon penulis bongkarkan lagi kemelut/propa dlm MSN ini....kami dgr bnyk isu dlm MSN ini cuma kami xda sumber utk ketengahka(kalu x kami plak kena saman)huhuhuhu....mohon kerjasama Bro Rizal utk bongkarkan demi kemajuan & pembangunan sukan di MALAYSIA............

Anonymous said...

mane comment aku sblm ni?x d approve pn....xkn bro baik dgn MSN xnk approve kot...come on r...

Anonymous said...

Mika semua tau detail ke apa yg dsieh kata n komen sblm2 ni....kalau tau mau melompat mika semua...bro rizal asyik attack msn jer ni. .dah mcm personal ni...
MOM pun byk giler rahsia yg perku dibongkarkan...

MOT...inilah senario sukan msia

Anonymous said...

Hahaha emosi berterbangan..ceduk jangan tak ceduk. Salah ceduk see you in the court

Anonymous said...

Ramai btul yg pro MSN.xblh lgsng org tegur.mula r nk melenting.tu je la tau.see u in the court r.mcm2 kalu bnyk sgt politik dlm sukan.

Anonymous said...

bro di atas..aku setuju dengan ko....ramai sgt pro MSN...tah2 staff diorg yg bg komen kot...patang org tegur..ada je nk melenting x tentu pasai...ang pa kena ingt r..ang pa di byr gaji utk bekerja@berkhidmat utk msyrkt..tok sah nk melenting sgt r....