Sekalipun Utusan Malaysia kata ada masalah agihan tiket di Kota Bharu berasaskan laporan ini, Shah Alam akan dibanjiri warga Kelantan apalagi Ahad cuti umum di semua jajahan negeri tanah rendah sekebun bunga.
ATM memang dari awal dianggap pasukan yang terlalu kuat untuk bermain dalam Liga Perdana.
Nasib B. Sathianathan, atau nama sebenarnya Satiananthan Bhaskaran, nampaknya jauh lebih bersinar daripada pengalamannya selaku jurulatih kebangsaan. Gelaran Pestabola Merdeka 2007 digapainya yang mendorong Sultan Ahmad Shah melantik Sathia selaku jurulatih pasukan senior dalam bilik persalinan di Stadium Shah Alam, tanggal 29 Ogos 2007. Namun skuad kendaliannya bungkam di luar Kuala Lumpur. Tewas pada pusingan pertama Piala AFF 2008 dan gagal ke pusingan kedua Sukan SEA di Korat pada 2007 menyebabkan Sathia dianggap gagal selaku jurulatih kebangsaan. Tidak hairanlah dia ditunjuk jalan keluar selepas menuturkan kata-kata "M-League is not football".
Membantu kesebelasan Bawah 23 negara pada malam gemilang Pestabola ketika itu Norshahrul Idlan Talaha, Daudsu Jamaluddin dan Aidil Zafuan serta Zaquan Adha Abdul Radzak. Mereka kembali menjejakkan kaki ke stadium yang sama dalam suasana yang cukup berbeza. Dalam skuad Piala AFF pula ada Hairuddin Omar dan S. Subramaniam, dua individu yang harus bersaing sengit malam esok.
Tentu kalian kenal baju hitam putih sebelah aku kan...Sathia menjadi penolong jurulatih yang setia buat Allan Harris..Sathialah yang menjadi jambatan di antara Allan dengan pemain dan tukang bikin laporan kerana Allan kurang pandai menyediakan laporan
ATM mara ke final pada 1966 ketika Piala HMS Malaya dipertandingkan buat kali terakhir. Jaringan penalti pada minit ke-55 oleh pemain pertahanan, Abdullah Nordin, membolehkan Selangor muncul juara buat kali ke-12 mengalahkan Tentera, 1-0 bersaksikan hanya 12,000 penonton di Stadium Merdeka. Antara yang tewas Nordin Jan dan Dali Omar dalam kesebelasan ATM.
Yang sentimental mahu ATM menang. Yang neutral macam aku tidak kisah siapa menang, asalkan permainan yang dipamerkan mesti bermutu tinggi sejajar dengan standard Piala Malaysia.
Sekalipun Mohammed Ghaddar dan Nor Farhan Muhammad digantung, Kelantan ada kepantasan, pengalaman dan kepakaran mencium peluang. Aku rasa Indra Putra Mahayuddin akan berfungsi sebagai penyerang di sisi Matyo.
Walaupun Sathia tahu luar dalam dan kelemahan kekuatan The Red Warriors setelah membawa pasukan itu menjulang piala pada 2010, sedikit kelebihan buat Kelantan...yang akan menjulang kejuaraan treble sesudah mendakap kejuaraan Liga Super dan menjulang Piala FA! Bojan Hodak yang dulu sekadar pengendali program realiti MyTeam barangkali ada rezeki menjadikan kejuaraan Piala Malaysia satu realiti.
Jangan lupa siaran langsung
Kalau nak tengok Ray era.fm jadi penjaga gol...hah, dipersilakan
8 comments:
Kurang dari 8 jam dari sekarang Stadium Shah Alam akan ber'gegar' dan ber'gema' dengan sorakan dari penyokong 'The Red Warriors' dan 'The Green Beret'.
Kerana minat yang terlalu mendalam dalam bolasepak, terpanggil juga untuk saya ber'istirehat' daripada berpolitik buat seketika sekurang2nya untuk siang hari ini dan malam ini dan berceloteh sedikit mengenai perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini.
Kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.
Pasukan The Red Warriors mempunyai kelebihan di benteng terakhir iaitu didepan gawang, kerana Apek kelihatan terlalu kebal pada 'malam'nya jika pertahanannya tidak membuat kesilapan kecil dan dipercayai barisan pertahanan The Red Warriors akan diuji dengan asakan yang bertali arus dari The Green Beret.
Sekali imbas pertahanan 'The Red Warriors' dengan 'The Green Beret' adalah sama kebal dan berpengalaman.
Saya berpendapat pertembungan yang sebenar malam ini ialah pertembungan di bahagian tengah di anatara barisan tengah 'The Red Warriors' yang mempunyai 'skill' mengawal bola yang tinggi dan bijak menentukan tempo perlawanan serta berkebolehan menjaring gol dengan barisan tengah 'The Green Beret' yang tidak kurang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang tinggi.
Saya tidak berhajat untuk membuat ramalan tapi saya berkeyakinan gol akan datang bukan dari 'striker' kedua2 pasukan kerana 'striker' masing-masing akan di'rantai'......gol akan datang dari beberapa 'playmaker' dari kedua2 pasukan yang sudah terbukti kemahiran dan pengalaman mereka yang tinggi sebelum ini.
Cuma satu sahaja yang saya risau......dikhuatiri 'referee' akan buat game malam ini jadi 'anticlimax'......harap2nya FAM dapat sedia 'referee' yang berkualiti sebagai mem'bayar' balik sokongan peminat yang mula membanjiri stdium2 utama di seluruh negara terutama penyokong 'The Red Warriors' yang menjadi satu 'fenomena' mutakhir ini.......oh FAM.....
Apa2pun selamat bertarung kepada kedua2 pasukan dengan semangat sukan yang tinggi......harapan saya jadilah penyokong dan pemain yang ber'protesional'.
p/s
Kalaulah Mohd Daudsu Jamaluddin dikembalikan ke tempat asalnya yakni di bek kanan malam ini maka sayap kiri ATM Venice Elphi Danny Kaya yang lincah dengan larian derasnya akan menghadapi kesukaran untuk membuat hantaran lintang yang berbahaya..
ulasan yang menarik...nk share perkara berkaitan dgn bro R. Hashim...
http://urwhispers.blogspot.com/2012/10/piala-malaysia-2012-atm-vs-kelantan.html
The one of you with coach Sathia looks like Ronaldo of Brazil before he put on so much weight...
Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan sederhana. Disebabkan pengalaman menyebelahi pasukan Kelantan maka mereka muncul juara sekali lagi...
Cuba kita fikirkan tahap permainan yg di pamerkan kedua-dua pasukan dgn mengambil kira tahap tuntutan semasa sukan tersebut. Kebolehan secara berpanjangan dlm permainan harus ditingkatkan agar jgn mudah hilang bola.
Kemampuan untuk kawal permainan amat2 kekurangan, lebih2 lagi apabila berada dlm attack mode.
Bolasepak memerlukan daya pemikiran dan kebijaksanaan seperti Zidane, agar dpt berada satu atau dua langkah kehadapan..
Salam Mr. 'Neutral' RH..
I am waiting for Malaysian Sports' Loose Cannon to write about the delay in kick off for the final. What is the main reason...?? The cause and effect and all the mambo jambo. Come on Mr.Rizal Hashim.... Where's your balls... Or you simply don't have any in the first place.
Saya ternanti nanti apa komen saudara rizal tentang kelewatan sepak mula perlawanan akhir tempohari.Kelewatan tersebut walaupun sekejap tapi secara tidak langsung telah menurunkan sedikit graf kegairahan pemain dan juga penonton.Nasib baik perlawanan selepas itu sangat menarik.Ia adalah perlawanan akhir dan bukan perlawanan biasa.Penyokong dari jauh datang dan mula masuk stadium seawal jam 4 petang.Kenapa mesti lagi terjadi kelewatan???
Kenapa kelewatan mesti terjadi,tidak hormatkah kepada penyokong yg berpanas berhujan yang boleh dikatakan mereka datang dari pagi lagi.Inikah yang dikatakan profesional,rasanya tidak lagi sebab pemikiran kelas ketiga.Usah ambil contoh pasukan atau liga yang jauh dari Malaysia.Ambil saja pasukan Lions XII,didapati sepak mula sangat tepat pada waktunya bila perlawanan diadakan di stadium Jalan Besar.Tidak rasa malu???
Ha ha lagi nak tanya knapa lewat...tak tahu ke? Pengumuman dibuat oleh commentator
TV....biasalah Malaysia...penyokong pemain tak penting tak faham-faham ke.....
Post a Comment