Sunday, August 26, 2012

Syabas YB Ahmad Shabery

Tahniah dan syabas harus kuhulurkan kepada tiga individu - seorang menteri, seorang ketua pengarah dan seorang lagi yang baru diberi tugas berat menerajui sebuah organisasi.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kegagalan kontinjen negara menepati sasaran mengutip pingat emas di temasya Olimpik di London. Baca Shabery minta maaf dan ada laporannya di laman web MSN selain laporan the Malay Mail Sorry for not winning gold, says Shabery dan Minister takes the rap.


Gambar NST. Shabery (kanan) dengan Pandelela Rinong Pamg

Nadi Arena menayangkan semula temu bual program Dengan Izin dengan Shabery yang disiarkan pada Februari lalu, memetik kata-kata beliau akan mengambil tanggungjawab atas kegagalan kontinjen negara di London. Memohon maaf bukanlah perkara yang mudah, apatah lagi datangnya daripada seorang Menteri. Sebenarnya Shabery cuba menyampaikan satu mesej kepada keluarga sukan, tidak kira sama ada mereka dari MSN, MOM atau persatuan sukan, agar bertanggungjawab atas sebarang keputusan di London.

Yang menariknya, mesej ini secara sengaja atau tidak sengaja tidak dilayan oleh mana-mana pihak. Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong, misalnya, mempertahankan program Road to London (RTL) tidak gagal. Baca Olympic mission still a success. Timbalan Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad, menjadi pelakon dan pengarah drama ciptaannya sendiri, mula-mula meramalkan tiga pingat, selepas itu konon meletak jawatan di London tetapi rupa-rupanya tidak.

Permohonan maaf Shabery pula disusuli tindakan pantas. Ini termasuk tindakan melantik Ahmad Shapawi Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN).

Barangkali tindakan itu mengejutkan sesetengah pihak. Mungkin Shabery mengambil kira pandangan bos lama Zolkples, Datuk Wira Mazlan Ahmad dalam kolumnya yang cukup berpengaruh Pendapat Saya dalam Utusan Malaysia. Baca cadangan Mazlan untuk ISN. Cuba baca perenggan yang menyebut Mazlan mengenali sebilangan besar pegawai di MSN...ini tentu termasuk Zolkples dan Datuk Jalil Abdullah! Sudah tentu Mazlan tahu siapa boleh buat kerja, siapa yang kreatif, siapa yang buat kerja cincai, siapa yang tahu anjur anugerah saja, siapa yang pandai main golf, siapa yang naik pesawat kelas bisnes walaupun hanya layak kelas ekonomi...

Pingat gangsa Pandelela di London juga tandanya MSN meneruskan satu program yang dicetus oleh MSN dulu. Baca laporan the Star di sini yang menceritakan latar belakang sukan terjun di bawah Jaya'98. Orang kuat program itu selain Mazlan ialah Azemi Awang Chik (pada awalnya) sebelum diganti Azizan Zainol Abidin selaku pengarah. Program itu turut membabitkan bahagian pembangunan MSN yang diketuai ketika itu Zaki Abdul Rahman.


Azizan Zainol Abidin, yang selalu aku kacau dari 1995 hingga 1998...


Zaki Abdul Rahman, bos dari zaman Zol Embong di bahagian pembangunan

Tahniah juga diucapkan kepada Zolkples kerana setelah lama berpuasa di London sepanjang temasya Olimpik, beliau beraya lagi di London sebagai Ketua Kontinjen paralimpik negara...hahaha, tiada pegawai lain di Malaysia lagi agaknya! Syabas oh Malaysiaku!

24 comments:

Anonymous said...

Bro, saya hanya mampu tersenyum.. Selamat Hari Raya

Anonymous said...

baru nak puji hj zaki kee>>>lama tak dgr nama hj azizan. apa khabar kawan lama..

warga sukan said...

Salam dan Selamat Raya Aidil Fitri

Tak kisahlah pegawai2 MSN dan ISN di Olimpik London, tapi tau tak berapa besar rombongan sukan badminton di London!!!!ish ish ish
Mereka semua kesana untuk lawatan sambil belajar ish ish ish. belanja duit kononnya duit untung Thomas cup. Banyaklah songeh, dahlah setiap bulan dapat elaun beribu, kemudian tak dapat hasil johan selapas Dato Lee, tapi pergi melancung pandai.bosanlah. kalau dah kaya sangat tak payahlah MSN bagi duit lagi.

Berani tak the 3 stoges (High Performance Team) letak jawatan?

Wsalam

NAT IRS GHANI ALOB said...

S'mat Hari Raya bro,

Baru aku tahu. rupa2 nya persatuan sukan kebangsaan tak ada peranan dalam membangunkan sukan..oh gitu ye. Yang membangunkan sukan ialah MSN hanya setelah Mazlan jadi KP.

Sebelum ada MSN sukan kita tak pernah berjaya langsung dipesada antarabangsa..kan. Nasib baik sekarang kita ada Zol dan Shapawi. Kalau tidak, sukan kita mana boleh maju bro..hancur. Cepat bro sound kat PM suruh bagi banyak peruntukan kat dia orang.

MSN jangan lah sibuk sangat hanya nak majukan sukan negara je...sampai lupa kan rumah terbuka aidil fitri..Bro kita jumpa di sana ok!

Jangan lupa pakai tengkolok rimau ok.

Anonymous said...

Adakah ini bermaksud dengan perlantikkan KP ISN baru; prestasi Malaysia akan meningkat? Nampak sangat blogger ada 'favourites" dan tak dapt beri komen secara objektif!

aziz "leonnz" said...

Minta maaf is one thing but what about being accountable for it as well? it was only a few months ago that he said he "accepted responsibility" for the drift car accident in Putrajaya tapi beyond that, apa? de didn't resign. If he accepted responsibility then that must be accompanied by a resignation, which would mean being accountable. at the end of the day, "minta maaf & accepting responsibility" while holding on to your post means zilk -- nothing.

Anonymous said...

cikgu x yah la senyum..dok harap kerja ngan msn juga kannnnn

Anonymous said...

Assalam bro,


Dato seri dah puasa di london n now beraya di london...mana ada seorang ketua jabatan yang dapat peluang sebegini..

sendiri mau ingat....

Anonymous said...

Betul tak betul coretan Nat irs Ghani Alob hanya Yang Esa yang tahu.
Tapi gua setuju yang sebelum Dato Zol dan Shapawi memang Malaysia tak da kegemilangan dlm sukan. Kemunculan MSN telah melonjakkan sukan kebangsaan di persda dunia benar bukan olok olok ....bukan cobaan...
kejayaan pasukan bolasepak kebangsaan ke Olimpik di Moscow (yang tak menjadi) itu pun usaha gigih MSN, itu bukan cobaan....
kejayaan Ishtaq Mubarak pun hasil dari usaha MSN, itu bukan cobaan...
kejayaan sukan badminton di All England oleh Datuk Eddy Chong, mendiang Datuk Punch Gunalan, Ng Boon Bee tidak akan menjadi kenyataan tanpa usaha gigih MSN, itu bukan cobaan saja tau..
Jaguh basikal Rosman pun tak dikenali kiranya MSN tidak ada.
Itu pun bukan cobaan.

MSN tepuk dada tanya selera..

rizal hashim said...

anon 7.36am,

1. saya luluskan semua komen. tak kiralah yang bodoh atau bangang dan menghentam saya. objektif la tu

2. cuba korek di ISN, berapa ramai kakitangan yang tak puas hati, dan apakah yang berlaku dalam ISN. Yang penting ISN kena diurus dengan betul. Kalau asasnya kukuh, baru boleh fokus kepada pembangunan dan penyelidikan. Tidak payahlah CEO nya kena pergi merata setiap bulan dan renovate office tetapi banyak benda tak jalan.

3. shapawi diberi setahun saja, jadi dia kena perbetulkan ISN dan letak ISN di landasan yang betul.



rizal hashim said...

anon 12.59am,

terima kasih kerana sindiran amat tajam.

msn ditubuhkan pada 1971 tetapi hanya aktif pada 1982 ke atas.

MSN jadi penting sebagai penggerak pada 90-an apabila Malaysia jadi hos Sukan Komanwel.

Kejayaan dan kegemilangan sukan negara pada era terdahulu sudah tentu bukan disebabkan MSN.

KBS pun tak wujud ketika Edwin Dutton jadi kapten bola Malaya.

Tapi apabila peranan MSN jadi lebih besar, amanah yang dipikul mesti lebih besar.

Amanah bukan lesen pergi ke luar negara sesuka hati dan belanja duit rakyat macam tiada lagi hari esok.

Kita nak bercakap soal pengurusan hari ini.

Dulu sebelum wujudnya KBS dan MSN, peserta angkat berat kita pergi ke temasya Komanwel atau British Empire Games ketika itu dengan duit sendiri dan minta derma sana sini.

Skuad Piala Thomas 1949 bawak beras sendiri dari Kuala Lumpur, skuad badminton 2012 ada tukang masak, tukang urus, tukang urut, tukang fisio, tukang semua la...

peranan MSN menghidupkan semula sukan seperti terjun, memanah, angkat berat tidak boleh dinafikan.

soalnya apakah idea-idea baru sejak 2005?

Anonymous said...

Salam,

Wow Sdr Rizal post la kat ruang komen ni, takkan blogger baru kena usik sikit dh melenting. Tau pun rasa melenting mcmana org lain rasa, hasil drp tulisan sdr selama ni.

Ok, ok...objektif. Saya xmau komen byk ttapi saya prhatikn Sdr Rizal apabila brcerita pasal MSN, seringkali merujuk kpd kejayaan Dtk Wira Mazlan (sedara ker?). Dialah pencetus sgala-galanya kejayaan kita dlm sukan skrg, tp betul ker begitu.

Dan dlm nada yg sama mengenai MSN, Sdr Rizal seringkali membidas Dtk Sri Zol (sya bukan sedara dia). Diamati dgn mata kasar, Sdr Rizal nmpknya tidak berlaku adil dlm penulisan blog sdr dan sbnrnya tidak objektif.

Saya hanya inginkn kejayaan negara di persada sukan dunia dan semua patut bertanggungjwb dn bkrjasama untuk merealisasikannya. Dr atas smpi bwh, maknanya dr MSN smpi Kem Pendidikan.

Tapi apakah sumbangan Sdr Rizal utk tujuan ini? Hasil pembacaan saya, Sdr Rizal hanya pndai menulis yg kdgkala tidak membantu pun ke arah usaha ini, contoh - sbaliknya cuba melaga-lagakan kepimpinan MSN yang lalu dan kini. Adakah ini satu usaha yg objektif Sdr Rizal lakukan atau menulis mengikut personal agenda?? Lebih teruk, bila org lain komen, tau jugak Sdr Rizal melenting, hahaha.

Sekian, wasalam.

rizal hashim said...

anon 8.15am,

saya bukan melenting, saya mempertahankan tulisan saya! sila baca posting terdahulu mengenai KPM


http://rizalhashim.blogspot.com/2010/03/gentle-reminder-for-muhyiddin.html

http://rizalhashim.blogspot.com/2009/05/kuala-lumpur-sports-should-once-again.html

http://rizalhashim.blogspot.com/2010/04/sports-in-education.html


http://rizalhashim.blogspot.com/2010/04/bersukan-bukan-semestinya-ke-sukan.html

http://rizalhashim.blogspot.com/2010/04/vaithilingam-v-mazlan.html

rizal hashim said...

oh saya juga tiada pertalian darah dengan mazlan, zol embong mahupun shapawi...

Anonymous said...

This people do not know the meaning of being accountable....setakat cakap maaf...acah-acah letak jawatan...main tarik tali.... Sesiapa sahaja yang tidak dapat perform silalah lepaskan jawatan...tak tahu malu ke masih berpegang pada kedudukan yang hanya mencemarkan sukan kita bukan membangunkannya.......tolonglah get lost and let others take over...move on with your life...let go.....cukuplah parah yang telah ditinggalkan...

Anonymous said...

Rizal ada 'bau-bau kentut' dgn Haji Zaki je..kebetulan rumah dekat - dekat...

Anonymous said...

relaxxxx la bro. msn ke isn ke kpm ke kpt ke persatuan ke semua ada peranan masing-masing yang perlu dijalankan dengan berkesa. blogger mcam bro pun ada peranan. jangan la dok highlight negetive. bagi la can cerita positif pulak diketengahkan. blog bro memang popular jadikan wadah untuk mengenengahkan cerita-cerita pengiat sukan. mcm mat salleh. tapi saya tengok bro mcm negetive jer dok balun msn sampai tak ingat.

Anonymous said...

Cuba bawa Datuk Mazlan, Datuk Zol berdepan dalan Dengan Izin. Ada berani? War warkan ke seantero Malaysia dulu buat publisiti. Mesti kalah debat KJ vs Rafizi mcm ni.

Khairul anuar, subang jaya said...

Saudara rizal,

Ini blog saudara. Apa sahaja yang saudara hendak sampaikan kepada yang mengikuti blog saudara adalah hak saudara sendiri. Saudara boleh kritik siapa yang saudara pikir patut dikritik dan saudara boleh angkat sesiapa saja yang saudara pikir patut diangkat. Itu hak saudara. Kalau suka baca kalau tidak diam.

Saya mengikuti blog saudara. Banyak perkara yang saya tahu yang tidak dilaporkan di surat khabar. Oleh itu teruskan blog saudara dengan komen yang bernas. Komen saudara adalah sumbangan yang berguna kepada yang mahu menerima perkara yang sebenarnya berlaku.

Anonymous said...

salam bro rizal

anon 8.15am ko mmg sedara dato seri zol (tp malu nk mengaku) sedara tau tak apa yg berlaku dalam kain msn sebenarnya. pada zahirnya nmpk cantik, itupun org mcm sedara nmpk msn cantik di luar tapi yg benarnye berlendir dan berlumut...

kalu tak tahu perjalanan politik sukan jangan cakap....

aku sokong bro rizal sbb dia berani cakap dan ketengahkan apa yg tersorok dan patut dikritik....kita kena trima hakikat bahawa setiap teguran atau kritikan itu menyedarkan orang yg leka dan kealpaan dalam menikmati kemewahan.

mmg benar byk laporan yang tidak dilaporkan dengan jujur. so fikir-fikirkan lah dan selamat beramal. duit rakyat tu....

Anonymous said...

Kita orang semua tahu...ada blogger-blogger yang kaki mampu bekas KP MSN dan budak dari jabatan perikanan tu yang boleh buat kerja doktor..Tahniah!

kaki sukan said...

Tidak ada yang sempurna, maka dari kedudukan Ketua Pengarah, gagah perkasa, KP wajar menjadi nian menerangi perjalanan tanpa bermegah dengan kuasa,tanpa mempedulikan siapa manafaati jalan yang ditunjukkan tetapi senantiasa bertindak saksama. Ha ha ha saya mimpi siang kot.
Kedudukan KP adalah sunyi dan sepi, penuh dengan ranjau dan takdir yang tidak mengenal kawan/lawan.
Apapun, kenangan masyarakat terhadap kecemerlangan insan adalah sekadar hangat hangat tahi ayam, ini kenyataan. Jadi saya mohon kefahaman agar KP menjalankan tugas sebaik boleh bagi mencetuskan satu fenomena kecemerlangan di persada sukan kebangsaan.. ibarat menanam pokok durian tanpa mengharapkan hasilnya dinikmati serta merta. Kiranya baka baik, baiklah hasilnya bakal dinikmati generasi tidak semestinya generasi KP. Pelan induk jangka panjang adalah "blueprint" kejayaan masadepan sukan kebangsaan.
Kita akur bahawa perubahan tidak boleh dibuat secara drastik dan ujudnya "Brutus" menunggu tidak jauh di belakang/sisi untuk mengambil "hot seat" KP dan menggagalkan rancangan. Justeru KP perlu berinspirasi, bijak, berfikiran tajam. Tapi janganlah sehingga KP takutkan bayang-bayang sendiri...dan menghapuskan lawan yang memberi idea bernas demi menjaga kedudukan KP. Atau lebih mendukacitakan KP taksub dengan kedudukan sahaja. KP berwawasan harus mengetahui bila perlu menggetip kepak ayam agar tidak terbang keluar reban tetapi akur bahawa dia "Jack of all trade but master of SOME" sahaja...jadi kepincangan dalam diri KP seharusnaya dibantu bukan hanya pengikut2 setia KP sahaja tetapi terbuka kepada yang tidak bersependapat/sebulu dengan KP tetapi berwibawa,berhemah dan berwawasan. Mampukah kita sebagai insan di bawah naungan Yang Maha Esa buat yang terbaik tanpa menghiraukan balasannya.
WSalam

Anonymous said...

Zol mau saman sama lu bro. Jumpa di court.

HSKAMAL said...

Salam Hariraya kepada semua kawan2 Loose Cannon.
Dlm kehangatan kita bicara tentang perjalanan sukan dan kemampuan pemimpin sukan, kita kerapkali lupa pekara2 dan isu2 sebenarnya yang sedang merosakan sukan kita. Bagi aku pengurusan dan perancangan merupakan perkara utama bagi pembangunan sukan.

Kita perlu pendekatan baru dlm peranan kita untuk majukan pemimpin dan jurulatih sukan. Kita perlu adakan satu forum bagi semua stakeholders tentang kefahaman dan kesedaran dlm peranan mereka.

Malangnya di Malaysia, budaya sukan yg di amalkan selama ini tidak langsung membantu(cakap tak serupa bikin)
Oleh yg demikian, kita tak perlu rasa kecewa mahupun terkejut dgn apa saja yg berlaku dlm sukan negara kita. Segala-galanya tipu dan tidak benar dan hanya untuk diri sendiri, langsung tak pedulikan masa depan dan generasi akan dtg.