Monday, January 2, 2017

Serang, tembak atas, anam...

Bila umur dah nak separuh abad ni, aku tak sambut tahun baharu kalendar gregorian, tapi aku mengenang 2016 dengan perasaan bercampur baur.


Astro Arena mengusahakan bakat barisan hadapan (frontliners) (pasal paling mudah kena maki) mendapat sut tajaan Kinslager pada Julai


Aku dan legenda hoki negara, Mirnawan Nawawi (kini bergelar Datuk) menjadi penyampai di studio sepanjang kempen Olimpik Rio de Janeiro, bergilir dengan Burn, Dayang Zainatull Aqma Abang Zulkarnain dan Intan Nor Saina, baju tajaan Kinslager


Kami bergambar kenangan di set khas, beberapa hari sebelum temasya bermula


Di saat budak Larkin, Kulim dan Pilah "bercuti" di Rio


Kami turut diperkenalkan oleh Astro kepada media sempena bulan kemerdekaan


Berucap pada sidang media...alamak first time. Nasib baik ditemani legenda Mirnawan dan Hakim Amir Nazri. Hilang nervous!


Sebelum bermulanya Olimpik, Burn dan Mirnawan mengacarakan program pra Olimpik, bersama Tan Sri Al Amin Majid. Aku pesan Tan Sri you jangan lupa lepas Rio you datang Dengan Izin, tetamu episod pertama...jangan lari tau, mana tahu bawak balik emas


Lepas Olimpik, ada program Pasca Olimpik, aku jadi tetamu selaku pemerhati dan penganalisis menemani Ketua Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Dr Khairi Zawi (sebelum dia dapat Datuk)


Pada malam Datuk Lee Chong Wei menewaskan seteru ketatnya Lin Dan pada separuh akhir perseorangan lelaki, aku dan Burn penyampai di studio, berlintas langsung dengan Ahmed Shahrazad Sani di Riocentro Pavilion 4



Ahmed dijulang sebagai wira sekembalinya ke tanah air hasil laporan yang penuh emosi dan menyentuh perasaan, aku pun tumpang tuiii la... 


Aku suka baju ungu nih, pasal nampak kurus sikit hahahaha



Maklumlah, aku ni rendah sikit, jadi bila nak shoot promo pun kena ada bantuan dari segi ketinggian. Diaorang pulak pairkan aku dengan Burn, mana aci....


Terima kasih kepada Astro Arena, sesekali menjemput aku datang Bola@Mamak


Selain Bola@Mamak, aku jadi penganalisis di studio sepanjang Euro 2016



Astro Awani pun selalu jemput. Bila Kamarul Bahrin Haron, wartawan TV terbaik dan pengacara TV terbaik Anugerah Seri Angkasa 2016 jemput, takkan tak pergi babe....


2016 juga noktah untuk kolumku di Four-Four-Two....jadi aku hilang satu platform berkongsi pandangan dalam Bahasa Inggeris...


Aku dijemput oleh Lee Seng Foo untuk menulis sejak 2014 tapi setiap perjalanan ada pengakhirannya



Juga terima kasih kepada rakan-rakan dari Sinar Harian dan Kosmo yang sudi mencari aku untuk memberi ulasan sesuatu isu


Terima kasih Astro Awani mengundang ke studio



Juga kepada team Vbuzz dari rangkaian Vinmeen yang mengundang aku ke studio jugak


Berkongsi pengalaman dalam media sukan




Sebagai penyampai di Astro Arena, kami dikehendaki menyumbang kolum seminggu sekali di stadiumastro.com. Selain itu pendapat aku juga kadang kala diminta, klik di sini dan di sini

Tapi biasalah aku tidak sunyi daripada kontroversi. Ramai betul nak siku aku rupanya.

Tulisan aku Pemimpin dan Budaya Menganjing mengundang kecaman dan makian.







Hahaha aku bukan menulis kerana nama.....jadi apabila aku bercakap atau menulis sesuatu yang positif, apakah ia membawa maksud aku mahu pingat daripada Sultan Johor? 



Syukur ke hadrat Ilahi aku diberi ruang untuk berkongsi pandangan di pelbagai platform. 

2016 juga aku bekerja keras untuk menyempurnakan misi Dengan Izin musim keenam yang berakhir dengan episod satu jam bersama ketua jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee.


Bersama Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya


Nasib pakai stokin


Untuk julung kalinya, kami buat dua episod berturut-turut bersama tetamu yang sama, Dr Khairi


Jaguh bina badan, Sazali Abdul Samad, meluahkan perasaannya digantung empat tahun


Terima kasih Tan Sri Al Amin, K. Logan Raj, ketua eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Wira Yusoff Mahadi (timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Melaka) dan Jefri Ngadirin, pemangku pengarah bahagian atlet Majlis Sukan Negara (MSN)



Oooppssss terlupa butang blazer...


Best bersoal jawab dengan B. Sathianathan selaku presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia 



Episod penutup bersama Kim Swee, selama satu jam. Terima kasih Datuk, kerana sudi menerima pelawaan kami, sedangkan dua jurulatih terdahulu Datuk K. Rajagobal dan Dollah Salleh menolak. Episod bersama Kim Swee, yang ke-13 dalam musim keenam, dirakam pada Rabu 21 Disember  Sekalung penghargaan buat penerbit Slamet, Solleh dan Faiz serta semua krew terlibat.


Untuk 12 episod, aku habiskan sebelum pengacara Astro Arena dibawa ke Janda Baik untuk sesi wacana harmoni atau retreat pada 16, 17 dan 18 Disember. Terima kasih atas layanan istimewa, kelas pagi-pagi selepas bersenam dan aktiviti serta ilmu yang dikongsi oleh Datuk Hishamuddin Aun mengenai lapan rukun menulis kolum, Suhaimi Sulaiman dan Wawa Idris. Terima kasih kepada pengurusan Astro Arena diketuai John Nienaber, Ahmad Khawari Isa dan Slamet Sazly Yakub kerana memberi kami ruang untuk menimba ilmu. Sejambak tahniah buat Zulkifli Ahmad (Ajoy) sebagai penghulu kem dan penolongnya, Azman Azmi yang merakam kerenah dan keletah kami. Tetapi entah kenapa aku sering menjadi bahan rakan-rakan sekelas di Janda Baik...


Khawari cakap kitaorang ibarat penyerang dalam pasukan. Best salespersons untuk Astro Arena! Tapi ada ke patut kitaorang dipaksa mula-mula cakap pasal orang sebelah, bukan pasal diri sendiri, lepas tu kena pulak cakap kelemahan mereka! Aduh...ice-breaker ke tension-maker!


Sampai-sampai pergi jungle trekking konon


Bab makan best...


First time kebanyakan kami didedahkan dengan paintball! Macam bebudak!


Aduh, Suhaimi tanya "how many books have you written?" Suhaimi jugak cakap "entah I pun tak tahu dua lelaki bercakap dalam bilik gelap" merujuk kepada program Dengan Izin, disambut gelak ketawa satu kelas!


Photobomb dengan ikon media...Suhaimi mengingatkan setiap penyampai untuk menonjolkan unique selling point masing-masing!

Wacana harmoni itu sebenarnya penutup paling menggembirakan untuk kami yang jarang-jarang dapat berhimpun dalam suasana santai tetapi penuh pengisian. Aku bersyukur dapat peluang bekerja dengan sekelompok manusia yang benar-benar berbakat semula jadi, seperti Akbar Sahari yang dramatik dan boleh berlakon, Intan Nor Saina yang membaca puisi sebagai tanda perpisahan, Hj Shaukei Kahar yang dapat pen pasal diundi penulis yang menjadi sumber inspirasi kelas, Hj Zainal Abidin Rawop dan Burn yang terror poco-poco serta istilah SERANG, TEMBAK ATAS dan ANAM yang menjadi cogan kata kumpulan!

Bagi tahun baharu 2017 pula, aku menukilkan pandangan di stadiumastro.com. Baca di sini

Semoga 2017 menghadirkan sukses untuk sukan negara dan juga kami di Astro Arena!


No comments: