Astro Arena mengusahakan bakat barisan hadapan (frontliners) (pasal paling mudah kena maki) mendapat sut tajaan Kinslager pada Julai
Aku dan legenda hoki negara, Mirnawan Nawawi (kini bergelar Datuk) menjadi penyampai di studio sepanjang kempen Olimpik Rio de Janeiro, bergilir dengan Burn, Dayang Zainatull Aqma Abang Zulkarnain dan Intan Nor Saina, baju tajaan Kinslager
Kami bergambar kenangan di set khas, beberapa hari sebelum temasya bermula
Di saat budak Larkin, Kulim dan Pilah "bercuti" di Rio
Kami turut diperkenalkan oleh Astro kepada media sempena bulan kemerdekaan
Berucap pada sidang media...alamak first time. Nasib baik ditemani legenda Mirnawan dan Hakim Amir Nazri. Hilang nervous!
Sebelum bermulanya Olimpik, Burn dan Mirnawan mengacarakan program pra Olimpik, bersama Tan Sri Al Amin Majid. Aku pesan Tan Sri you jangan lupa lepas Rio you datang Dengan Izin, tetamu episod pertama...jangan lari tau, mana tahu bawak balik emas
Lepas Olimpik, ada program Pasca Olimpik, aku jadi tetamu selaku pemerhati dan penganalisis menemani Ketua Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Dr Khairi Zawi (sebelum dia dapat Datuk)
Pada malam Datuk Lee Chong Wei menewaskan seteru ketatnya Lin Dan pada separuh akhir perseorangan lelaki, aku dan Burn penyampai di studio, berlintas langsung dengan Ahmed Shahrazad Sani di Riocentro Pavilion 4
Ahmed dijulang sebagai wira sekembalinya ke tanah air hasil laporan yang penuh emosi dan menyentuh perasaan, aku pun tumpang tuiii la...
Aku suka baju ungu nih, pasal nampak kurus sikit hahahaha
Maklumlah, aku ni rendah sikit, jadi bila nak shoot promo pun kena ada bantuan dari segi ketinggian. Diaorang pulak pairkan aku dengan Burn, mana aci....
Terima kasih kepada Astro Arena, sesekali menjemput aku datang Bola@Mamak
Selain Bola@Mamak, aku jadi penganalisis di studio sepanjang Euro 2016
Astro Awani pun selalu jemput. Bila Kamarul Bahrin Haron, wartawan TV terbaik dan pengacara TV terbaik Anugerah Seri Angkasa 2016 jemput, takkan tak pergi babe....
2016 juga noktah untuk kolumku di Four-Four-Two....jadi aku hilang satu platform berkongsi pandangan dalam Bahasa Inggeris...
Aku dijemput oleh Lee Seng Foo untuk menulis sejak 2014 tapi setiap perjalanan ada pengakhirannya
Juga terima kasih kepada rakan-rakan dari Sinar Harian dan Kosmo yang sudi mencari aku untuk memberi ulasan sesuatu isu
Terima kasih Astro Awani mengundang ke studio
Juga kepada team Vbuzz dari rangkaian Vinmeen yang mengundang aku ke studio jugak
Berkongsi pengalaman dalam media sukan
Sebagai penyampai di Astro Arena, kami dikehendaki menyumbang kolum seminggu sekali di stadiumastro.com. Selain itu pendapat aku juga kadang kala diminta, klik di sini dan di sini
Tulisan aku Pemimpin dan Budaya Menganjing mengundang kecaman dan makian.
Hahaha aku bukan menulis kerana nama.....jadi apabila aku bercakap atau menulis sesuatu yang positif, apakah ia membawa maksud aku mahu pingat daripada Sultan Johor?
Syukur ke hadrat Ilahi aku diberi ruang untuk berkongsi pandangan di pelbagai platform.
Bersama Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya
Nasib pakai stokin
Untuk julung kalinya, kami buat dua episod berturut-turut bersama tetamu yang sama, Dr Khairi
Jaguh bina badan, Sazali Abdul Samad, meluahkan perasaannya digantung empat tahun
Terima kasih Tan Sri Al Amin, K. Logan Raj, ketua eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Wira Yusoff Mahadi (timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Melaka) dan Jefri Ngadirin, pemangku pengarah bahagian atlet Majlis Sukan Negara (MSN)
Oooppssss terlupa butang blazer...
Best bersoal jawab dengan B. Sathianathan selaku presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia
Episod penutup bersama Kim Swee, selama satu jam. Terima kasih Datuk, kerana sudi menerima pelawaan kami, sedangkan dua jurulatih terdahulu Datuk K. Rajagobal dan Dollah Salleh menolak. Episod bersama Kim Swee, yang ke-13 dalam musim keenam, dirakam pada Rabu 21 Disember Sekalung penghargaan buat penerbit Slamet, Solleh dan Faiz serta semua krew terlibat.
Untuk 12 episod, aku habiskan sebelum pengacara Astro Arena dibawa ke Janda Baik untuk sesi wacana harmoni atau retreat pada 16, 17 dan 18 Disember. Terima kasih atas layanan istimewa, kelas pagi-pagi selepas bersenam dan aktiviti serta ilmu yang dikongsi oleh Datuk Hishamuddin Aun mengenai lapan rukun menulis kolum, Suhaimi Sulaiman dan Wawa Idris. Terima kasih kepada pengurusan Astro Arena diketuai John Nienaber, Ahmad Khawari Isa dan Slamet Sazly Yakub kerana memberi kami ruang untuk menimba ilmu. Sejambak tahniah buat Zulkifli Ahmad (Ajoy) sebagai penghulu kem dan penolongnya, Azman Azmi yang merakam kerenah dan keletah kami. Tetapi entah kenapa aku sering menjadi bahan rakan-rakan sekelas di Janda Baik...
Khawari cakap kitaorang ibarat penyerang dalam pasukan. Best salespersons untuk Astro Arena! Tapi ada ke patut kitaorang dipaksa mula-mula cakap pasal orang sebelah, bukan pasal diri sendiri, lepas tu kena pulak cakap kelemahan mereka! Aduh...ice-breaker ke tension-maker!
Sampai-sampai pergi jungle trekking konon
Bab makan best...
First time kebanyakan kami didedahkan dengan paintball! Macam bebudak!
Aduh, Suhaimi tanya "how many books have you written?" Suhaimi jugak cakap "entah I pun tak tahu dua lelaki bercakap dalam bilik gelap" merujuk kepada program Dengan Izin, disambut gelak ketawa satu kelas!
Photobomb dengan ikon media...Suhaimi mengingatkan setiap penyampai untuk menonjolkan unique selling point masing-masing!
Bagi tahun baharu 2017 pula, aku menukilkan pandangan di stadiumastro.com. Baca di sini
Semoga 2017 menghadirkan sukses untuk sukan negara dan juga kami di Astro Arena!