"Sebelum jumpa Mak Abah saya, awak kena jumpa Pak Andak saya," kata Intan.
Pak Andak, kenapa ni?"
Azam, adik Intan, memaklumkan kepada kami sejurus keputusan ujian diterima. Apa yang kami risaukan menjadi realiti.
Disebabkan Tok Wan seorang guru, keluarganya berpindah-randah. Anak kelima daripada lapan beradik, Pak Andak dilahirkan di Rantau Panjang, Kota Kuala Muda dan bersekolah di Bukit Selambau dan Serdang sebelum mendapat tempat di sekolah berasrama penuh Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Ipoh,
"Masa kecik, Pak Andak ditatang penuh sayang. Dia ada asthma, jadi selalu sakit-sakit, jadi selalu Pak Andak selalu Tok Wan dukung dan peluk," Mak bercerita.
"Makanan kegemaran dia ketam, Kalau tak dak ketam, dia merajuk. Maklah yang pujuk dia bagi makan," kata Mak.
Di STAR, Pak Andak menyemai minat menulis. Pada 1980, Pak Andak melanjutkan pelajaran ke Universiti Indiana di Bloomington, Indiana, Amerika Syarikat.
"Pak Andak antara anak Melayu pertama yang ada Masters yang kerja dalam media," imbas Pak Andak.
Azam mengingati kisah yang Pak Andak kongsi bersamanya, iaitu ketika Pak Andak berdepan dua tawaran - sama ada mengambil jurusan kejuruteraan pesawat atau melanjutkan pelajaran ke Universiti Indiana sehingga peringkat Ijazah Sarjana ditanggung sepenuhnya menerusi biasiswa JPA.
"Pak Andak cerita dia pilih buat English pasai nak spend time lebih lama di US," kata Azam, Mr Reliable yang memang secara umum dianggap everyone's trusted lieutenant.
Pak Andak membawa pulang segulung ijazah sarjana muda Sains (Pendidikan) dan Ijazah Sarjana Sastera dalam Linguistik Terapan atau Applied Linguistics
"Di Indiana, Pak Andak aktif menulis," kata Azam.
Di sana, Pak Andak menjalin persahabatan yang kukuh dengan rakan-rakannya. Beberapa sahabat baiknya seperti Tun Rafaee Jamaluddin dan Kahar Othman mengiringi jenazah Tok Fatimah hingga ke kubur pada September 2014.
Begitu akrab hubungan Pak Andak dengan sesetengah ahli batchnya sehingga mereka sentiasa memberi sokongan sepanjang Pak Andak sakit, sama ada dalam bentuk material mahupun moral. Kahar pakar IT yang juga abang selebriti Halim Othman, menemani Pak Andak pada sesi pertama radioterapi di KPJ Damansara, bersama Mak Andak, Azam dan aku.
Tun Rafaee pula segera menyebar mesej mengajak rakan-rakan Indiana U membantu mengumpul dana untuk disumbangkan kepada keluarga Pak Andak bagi menampung perbelanjaan pembedahan implan titanium.
Untuk aku secara peribadi, dua perbualan aku dengan Pak Andak secara one-to-one aku simpan dalam kenangan - di stesen bas Kulim pada 2003 dan di luar pejabat NST Bangsar sekitar 2013.
"I salute you Pak Andak, dok berulang ke Serdang tengok Tok dan Tok Wan..." kataku.
"Depa berapa lama lagi nak hidup, Rizal. Masa ni lah kita kena berbakti pada depa. Hidup kita berkat, in sha Allah. Pak Andak pun syukur sihat dan Mak Andak pun runs the household."
Apabila ku menulis dalam blog mengucapkan terima kasih kepada kakakku Lin, Pak Andak memberi ulasan
Mesej Intan cukup jelas. Walaupun aku wartawan The Malay Mail, jangan ingat aku seorang saja ada latar belakang reporter dalam family yang aku bakal join ni.
"My Pak Andak bekas wartawan Business Times dan pernah berkhidmat di TV3."
"Alamak - kiranya jauh lebih senior." Perkataan otai waktu itu belum jadi trend.
"Siapa ek?" tertanya-tanya jugak aku,

"Othman Abu Bakar," jawab Intan. Aku ingat-ingat lupa. Hinggalah pertemuan itu yang mengembalikan memori aku. Othman meninggalkan dunia media apabila menyertai Golden Hope Plantations selaku Pengurus Komunikasi Korporat pada 1997.
"Oh ini brother yang bawak Cordia oren, dulu selalu datang ke meja ekonomi Berita Harian, sembang dengan Mohamad Said (Allahyarham Moe), Azizi Othman dan Azman Azwan Azmawati (kini Prof di USM), Tidak lokek senyuman dan sentiasa ceria" detik hatiku. Aku konfiden. Impress Othman dan aku halfway there!
Mak Andak Fadilah pula pernah bersama The Malay Mail untuk beberapa ketika. "Oh small world betul la."
Pak Andak adik kepada mak mertuaku.
"Saya memang rapat dengan Pak Andak," kata Intan kepadaku, lama sebelum kami mendirikan rumahtangga.

"Waktu belajaq selalu mintak Pak Andak dan Mak Andak ambik bawak ke rumah. Pak Andak is like a father to me. Ada sekali tu I demam campak, jadi Tok Wan mai dari Serdang, lepas tu Pak Andak dan Pak Su picked him up, lepaih tu hantaq I and Tok Wan balik ke stesen keretapi. Tok Wan akan jenguk I ok tak kat koc katil. Pak Andak pun selalu bagi duit kat I."
Sebagai dua individu yang berkongsi profesion yang sama, aku dan Pak Andak juga tentunya ada connection. Apatah lagi Pak Andak, Mak Andak, Liyana dan Amani sebahagian daripada rombongan pengantin perempuan ke majlis kami di Batu Pahat pada Jun 2001.
Sebagaimana keluarga biasa, bila bertemu mesti bincang politik, politik pejabat dan pengalamannya selaku wartawan Business Times, New Straits Times, TV3 dan ntv7 serta The Edge.
Pak Andak bersama 'Afif, Nur Alfiyyah, 'Akif dan Anas (Syawal 1430H)
Sebagaimana keluarga biasa, bila bertemu mesti bincang politik, politik pejabat dan pengalamannya selaku wartawan Business Times, New Straits Times, TV3 dan ntv7 serta The Edge.
Apabila aku dilihat terlalu keras mengkritik Menteri Belia dan Sukan dari 2004 hingga 2006 menerusi kolum dan laporan dalam The Malay Mail, Pak Andak yang waktu itu bersama Sime Darby, berkongsi kerisauannya.
"Hang kena careful Rizal..Depa politicians. Depa boleh buat macam-macam," katanya.
Rutin kami kalau pulang ke Kulim, harus singgah di rumah Tok Wan di Serdang, tidak jauh dari exit Bandar Baharu. Tahun Baharu Cina awal tahun ini agak mengejutkan. Pak Andak di kerusi malas tetapi dalam kesakitan. Tidak boleh duduk atau bersandar.
Pak Andak, kenapa ni?"
"Entah, tak boleh jalan, tak boleh duduk. Sakit sangat."
"Mungkin muscle spasm ni...macam I kena dulu back in 1996. Kena jab masa tu, tak boleh duduk, diri, solat semua....better check ni!"
"Ni baru balik dari Langkawi, bawak Ton Wan dan Cik jalan-jalan," katanya.

Rutin Pak Andak memang begitu. Dia kerap pulang ke kampung halaman untuk melayan bapanya Tok Wan atau Cikgu Bakaq yang berusia 83 tahun.
Sebelum itupun, Pak Andak kerap menghabiskan waktu senggangnya menjaga ibunya Tok Fatimah yang menghidap kanser rahim sehingga Tok meninggal dunia di Serdang pada September 2014.

Rutin juga untuk kami melihat betapa sabarnya Pak Andak memindahkan Tok dari kereta ke kerusi roda lalu dibawa ke dalam rumah setiap kali beraya di rumah Mak Abah di Kelang Lama, Kulim.
Pak Andak juga tidak kekok memandi dan membersihkan Tok selain menaik taraf dan menyusun semula dalaman rumah bersama Cik Azizah, Pak Lang Omar dan Pak Su Muhammad untuk memudahkan kedua-dua Tok dan Tok Wan bergerak.

Dalam masa seminggu selepas pertemuan kami di rumah Tok Wan, Pak Su membawa Pak Andak pulang ke KL. Maklumat yang kami terima kemudiannya mengesahkan ada ketumbuhan di paru-parunya. Biopsi dilakukan sama ada ketumbuhan itu barah atau tidak.
Azam, adik Intan, memaklumkan kepada kami sejurus keputusan ujian diterima. Apa yang kami risaukan menjadi realiti.
Di antara Mac dan Jun, kami kerap berjumpa, Pak Andak dan Mak Andak sama ada di rumah mereka, di KPJ Damansara, di Hospital Putrajaya dan Institut Kanser Negara (IKN).
Aku berasakan terlalu banyak yang Pak Andak hendak ceritakan kepadaku. Kebetulan kami bergerak dalam ruang lingkup media yang sama, misalnya boss aku di The Malay Mail Rocky rakan setugasnya di BT. Bos No 2 ku selepas Rocky berhenti, Saiful Azhar Abdullah, jiran Pak Andak di Puncak Alam.
Adlin Murtadza Zabri yang sama-sama dipindahkan dari BT ke meja bisnes New Straits Times atas arahan disebabkan tidak sehaluan dengan beberapa individu atasan BT, pula bekas setiausaha akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Azalina Othman Said. Adlin juga mengambil aku bekerja sebagai pengarah media kejohanan tenis The Showdown of Champions 2008, 2009 dan 2010.
Warna-warni kerjaya Pak Andak sebagai wartawan dikongsi sedikit-sedikit setiap kali kami bertemu.
"Pak Andak pernah diisytihar persona non grata di Mindef. Dalam satu sidang akhbar, Pak Andak ada tanya Armed Forces chief waktu itu (Pak Andak sebut nama) mengenai senjata diperbuat di Malaysia. Tak lama lepaih tu, Pak Andak dapat call daripada PRO Mindef, kata Pak Andak tak boleh masuk Mindef,"

Pak Andak bersama Amani dan Liyana (tengah) dan Tok Wan (berbaju Melayu hijau) serta Abah (kanan) dan Azim (kiri) bergambar di hadapan rumah Tok Wan di Serdang, Kedah. Gambar dirakam 2010
Disebabkan Tok Wan seorang guru, keluarganya berpindah-randah. Anak kelima daripada lapan beradik, Pak Andak dilahirkan di Rantau Panjang, Kota Kuala Muda dan bersekolah di Bukit Selambau dan Serdang sebelum mendapat tempat di sekolah berasrama penuh Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Ipoh,
"Masa kecik, Pak Andak ditatang penuh sayang. Dia ada asthma, jadi selalu sakit-sakit, jadi selalu Pak Andak selalu Tok Wan dukung dan peluk," Mak bercerita.
"Makanan kegemaran dia ketam, Kalau tak dak ketam, dia merajuk. Maklah yang pujuk dia bagi makan," kata Mak.
Mak (kiri) dan Pak Andak
Di STAR, Pak Andak menyemai minat menulis. Pada 1980, Pak Andak melanjutkan pelajaran ke Universiti Indiana di Bloomington, Indiana, Amerika Syarikat.
Gambar ihsan Tun Rafaee. Dari kiri Pak Andak, Zul, Shariman dan Aziz pada minggu pertama di Bloomington, Amerika Syarikat.
Memulakan kerjayanya sebagai guru di SM Clifford di Kuala Kangsar dan seterusnya menjadi pensyarah di USM, Pak Andak menerjunkan diri ke dalam dunia kewartawanan pada usia 30 tahun.
"Pak Andak antara anak Melayu pertama yang ada Masters yang kerja dalam media," imbas Pak Andak.
Dengan Azam dan 'Afif menikmati BBQ di rumah Pak Andak di Puncak Alam. Mak Andak masak kari kepala ikan
Azam mengingati kisah yang Pak Andak kongsi bersamanya, iaitu ketika Pak Andak berdepan dua tawaran - sama ada mengambil jurusan kejuruteraan pesawat atau melanjutkan pelajaran ke Universiti Indiana sehingga peringkat Ijazah Sarjana ditanggung sepenuhnya menerusi biasiswa JPA.
"Pak Andak cerita dia pilih buat English pasai nak spend time lebih lama di US," kata Azam, Mr Reliable yang memang secara umum dianggap everyone's trusted lieutenant.
Pak Andak membawa pulang segulung ijazah sarjana muda Sains (Pendidikan) dan Ijazah Sarjana Sastera dalam Linguistik Terapan atau Applied Linguistics
"Di Indiana, Pak Andak aktif menulis," kata Azam.
Di sana, Pak Andak menjalin persahabatan yang kukuh dengan rakan-rakannya. Beberapa sahabat baiknya seperti Tun Rafaee Jamaluddin dan Kahar Othman mengiringi jenazah Tok Fatimah hingga ke kubur pada September 2014.
Tun Rafaee (dua dari kiri) bersama Datuk Aminuddin Ariffin dan Azman Radzi ketika melawat Pak Andak selepas menjalani pembedahan tulang belakang 9 Jun lalu. Berkerusi roda ialah Tok Wan
"Pak Andak terharu dengan sumbangan rakan-rakan. Banyak yang depa bagi. Syukur Alhamdulillah," katanya. "Pak Andak teringat di Indiana U, Pak Andak selalu jadi penyambut tetamu untuk students yang baru mai....pi ambik depa kat airport, kadang-kadang Pak Andak carikan depa rumah, bagi depa settle down dulu."
Begitu akrab hubungan Pak Andak dengan sesetengah ahli batchnya sehingga mereka sentiasa memberi sokongan sepanjang Pak Andak sakit, sama ada dalam bentuk material mahupun moral. Kahar pakar IT yang juga abang selebriti Halim Othman, menemani Pak Andak pada sesi pertama radioterapi di KPJ Damansara, bersama Mak Andak, Azam dan aku.
Tun Rafaee pula segera menyebar mesej mengajak rakan-rakan Indiana U membantu mengumpul dana untuk disumbangkan kepada keluarga Pak Andak bagi menampung perbelanjaan pembedahan implan titanium.
"I salute you Pak Andak, dok berulang ke Serdang tengok Tok dan Tok Wan..." kataku.
"Depa berapa lama lagi nak hidup, Rizal. Masa ni lah kita kena berbakti pada depa. Hidup kita berkat, in sha Allah. Pak Andak pun syukur sihat dan Mak Andak pun runs the household."
Apabila ku menulis dalam blog mengucapkan terima kasih kepada kakakku Lin, Pak Andak memberi ulasan
Rizal, your sister provided you with the most expensive gift, her foresight. Knowing very well your strength and great love for sports, football in particular, she guided you to throng a path that could be your life and blood in future. And she was right! You owe her a lot. Tok Wan guided me to become what I am today. Just like your sister, Tok Wan had the foresight to work on my strength and passion, including being at every football game that I played in Serdang, Kedah and nearby areas. He also made me aspire to better myself educationally, leading me to pursue higher studies at one of the world's top 200 universities. Each of us owe each of them a lot. Maybe a mountain each.
Kami pun owe Pak Andak a mountain each kerana menjadi contoh individu yang bekerja secara profesional dan beretika tetapi pada masa yang sama masih boleh enjoy life dengan family, saudara mara dan rakan taulan.
Dalam ulasannya itu juga, Pak Andak menceritakan minatnya terhadap bola sepak. Satu legasinya ialah tinjauannya bersama jurulatih Sime Darby FC waktu itu, Ismail Zakaria, ke Liberia untuk mengenal pasti bakat Patrick Wleh, yang kini memburu gol untuk Selangor.
Dari 19 Mac, beberapa hari selepas sesi kemoterapi pertama di IKN hingga 29 Jun, aku kerap berkomunikasi dengan Pak Andak yang berkongsi kegiatannya, termasuk menunaikan solat Jumaat terakhir sebelum Ramadan pada 3 Jun, menyatakan pada 30 Mei bahawa dia redha dengan keadaannya tetapi berharap tiada anggota keluarga yang terpaksa menempuh mudarat sebegitu.
Pada 4 Jun juga, Pak Andak mengirim laporan perubatan IKN 25 Mei yang pantas aku kongsi bersama Azam untuk dikongsi dengan kakak Intan, Kak Ja yang juga seorang doktor di Kulim.
Selain mengucapkan selamat berpuasa kepada kami pada jam 3.10 pagi 6 Jun, yang juga tarikh lahir Mak, Pak Andak mengirim mesej membincangkan kajian Universiti Harvard bahawa adanya bone-building drugs di pasaran.
Bone building drugs yang Pak Andak maksudkan ialah denosumab, seperti yang dimaklumkan kepada ku oleh Datuk Seri Dr Zulkharnain Ismail, pakar joint replacement and tumour reconstruction dari Gleneagles yang aku rujuk sejak awal Jun. Dr Zul dan aku tidak pernah bertemu tetapi atas syor seorang kenalan kami, Dr Zul sentiasa memberi info yang aku perlukan setiap kali dirujuk. Apabila dimaklumkan bahawa Pak Andak tidak merasa sensation di kakinya, Dr Zul mencadangkan pembedahan untuk meminimumkan risiko lumpuh.
Keadaan Pak Andak juga tidak mengizinkan. Pada awal pagi 7 Jun, Mak Andak memanggil ambulans untuk admit Pak Andak ke IKN pada jam 2 pagi disebabkan kedua-dua kakinya tidak boleh bergerak. "Pak Andak tidak boleh angkat dua-dua kaki, tapi boleh rasa," kata Mak Andak menerusi kiriman mesej menerusi aplikasi whatsapp.
Pak Andak dipindahkan ke Hospital Putrajaya bersebelahan IKN. Dr Tan dan teamnya melakukan pembedahan untuk implan dua batang dan enam skru titanium di tulang belakang Pak Andak pada 9 Jun, berikutan T8 Pak Andak yang sudah hollow.
Aku dan Intan tidak membuat sebarang perancangan sepanjang cuti sekolah, sekadar balik Kulim untuk meraikan kehadiran Ramadan di sisi Mak dan Abah. Jumaat 10 Jun, Intan menziarahi Pak Andak sehari selepas pembedahan, tetapi aku tidak sempat berjumpa dengannya disebabkan waktu lawatan ICU yang bertindih dengan solat Jumaat.
Aku hanya melawat Pak Andak pada Selasa 14 Jun, "Eh hang tak kerja ka...hang ni bila cuti," Pak Andak tanya, wajahnya ceria, sambil melayan Rocky, Azam Aris dan Sharif Haron di hujung katil manakala Mak Andak dan Amani menemaninya.
Selepas semua pulang, termasuk Mak Anjang, Pak Anjang dan Syafiq, aku bersembang dengan Pak Andak.
"Habaq kat Na (Intan dikenali sebagai Na belah keluarganya), I was moved by her words. Coming from my niece who had gone through an operation herself, was different. She said the right words, at the right time."
Pada 28 Jun, Azam memaklumkan aku bahawa Pak Andak dah kena discharge, dengan beberapa perkembangan yang menyedihkan.
Disebabkan Azam ada tugasan di Kuantan, aku menemani Azim ke Hospital Putrajaya. Aku ke Puncak Alam untuk membantu Azim dan Mak Andak mengangkat Pak Andak dari kerusi roda ke katil yang khas dibeli oleh Mak Andak.
6 Julai 2016, bersamaan 1 Syawal 1437 hijrah. Aku hanya mengangkat panggilan Azam selepas solat Eidul Fitr dan tahlil di Masjid Jamek Yong Peng. Azam menyampaikan berita sedih bahawa Pak Andak pulang ke rahmatullah jam 8.15 pagi. Di saat seluruh negara bergema dengan kata-kata memuji kebesaran Allah SWT, Pak Andak menghembuskan nafas terakhirnya.
Aku break the news to Intan sekembalinya kami ke rumah Makcik. Terkejut dan beberapa minit kemudian Intan teresak-esak mengalirkan air mata. Kami batalkan semua program raya di Johor dan bergegas ke Puncak Alam.
Aku terkenang hanya Sabtu sebelum Raya, aku menemani Azam, atas permintaan Mak Andak. untuk mengesahkan status khairat Pak Andak. Yang Dipertua Asri menunjukkan senarai dan yuran khairat sudahpun Pak Andak lunaskan sehingga Mac 2019.
Pemergian Pak Andak dilaporkan oleh Bernama dan TV3 serta beberapa akhbar.
Baca laporan Sinar Harian, malaysiakini yang memetik Bernama, Berita Harian dan The New Straits Times.
Terima kasih aku ucapkan kepada semua rakan taulan Pak Andak khususnya Azam Aris yang mewujudkan tabung derma untuk Pak Andak, Datuk Ahmad A Talib, Rocky AKA Datuk Ahirudin Attan, Tun Rafaee dan anak-anak serta Adlin dan isteri serta sahabat dan jiran yang sempat sama ada menziarah jenazah di rumah atau mengiringi perjalanan terakhirnya ke kubur.
Terima kasih juga kepada adik iparku Azam dan isterinya Risya kerana bukan saja membantu menguruskan jenazah dengan bantuan badan khairat Puncak Alam Fasa 2 dan masjid Puncak Alam, bahkan menemani Mak Andak. Liyana dan Amani di saat-saat mereka memerlukan.
Aku percaya ramai yang harus merindui gelak tawa dan wajah ceria Pak Andak, seorang insan yang selesa sama ada di atas tikar mengkuang atau kerusi empuk baldu
"His laugh. Big or small. And his smiles.
"His character suka tolong orang dan buat aktiviti tolong orang. Mastermind in planning our activities. Now our whatsapp group ada that missing link."
Abah mengirim gambar perkahwinan Pak Andak menerusi aplikasi whatsapp, sambil menyatakan:
"If I were to have just a small fraction of his qualities until my last days, I would thank Allah for all eternity."
Abah mengenang saat menemani Mak dan Pak Andak ke Pulau Pinang bagi mengukur baju ditempah khas sebelum berlepas ke US.
"Fond memories linger on forever."
Juga kepada kenalan-kenalan Pak Andak yang memberi sokongan dari segi material dan moral, yang menziarah sama ada di rumah atau hospital atau mendoakan dari kejauhan, semoga Allah SWT membalas jasa Datuk-Datuk, Tuan-Tuan dan Puan-Puan.
Pak Andak seorang family man yang mengimbangi tuntutan selaku a filial son, a great husband, an excellent father, a loving brother, a nice uncle, a true friend - all rolled into one. A balancing act yang tidak semua boleh sempurnakan.
Salam takziah sekali lagi untuk seluruh keluarga Pak Andak.
Semoga roh Pak Andak damai di sana. Al-Fatihah
Saksikan bingkisan Kahar. Kenangan bersama OAB.Dalam ulasannya itu juga, Pak Andak menceritakan minatnya terhadap bola sepak. Satu legasinya ialah tinjauannya bersama jurulatih Sime Darby FC waktu itu, Ismail Zakaria, ke Liberia untuk mengenal pasti bakat Patrick Wleh, yang kini memburu gol untuk Selangor.

Pemergian Pak Andak adalah satu kehilangan besar bukan saja untuk Mak Andak, Liyana dan Amani, bahkan untuk seluruh keluarga Tok Wan.
Hari pernikahan Pak Andak. Gambar ihsan Abah
Handsome orangnya...gambar ihsan Pak Teh
Buku yang dihadiahkan kepada Pak Teh
Diiringi surat untuk Pak Teh pada 1992 menggunakan kertas persidangan akauntan profesional 1991. Kandungannya menggambarkan penulisnya seorang yang mengambil berat hal-ehwal adik beradik
Aku terkenang hanya Sabtu sebelum Raya, aku menemani Azam, atas permintaan Mak Andak. untuk mengesahkan status khairat Pak Andak. Yang Dipertua Asri menunjukkan senarai dan yuran khairat sudahpun Pak Andak lunaskan sehingga Mac 2019.
Di sinilah jenazah Pak Andak disemadikan
Turut mengiringi jenazah ke kubur dari kiri Azam Aris, Azam, Tun Rafaee, Rocky dan Tok Mat
Pemergian Pak Andak dilaporkan oleh Bernama dan TV3 serta beberapa akhbar.
Baca laporan Sinar Harian, malaysiakini yang memetik Bernama, Berita Harian dan The New Straits Times.
Terima kasih aku ucapkan kepada semua rakan taulan Pak Andak khususnya Azam Aris yang mewujudkan tabung derma untuk Pak Andak, Datuk Ahmad A Talib, Rocky AKA Datuk Ahirudin Attan, Tun Rafaee dan anak-anak serta Adlin dan isteri serta sahabat dan jiran yang sempat sama ada menziarah jenazah di rumah atau mengiringi perjalanan terakhirnya ke kubur.
Terima kasih juga kepada adik iparku Azam dan isterinya Risya kerana bukan saja membantu menguruskan jenazah dengan bantuan badan khairat Puncak Alam Fasa 2 dan masjid Puncak Alam, bahkan menemani Mak Andak. Liyana dan Amani di saat-saat mereka memerlukan.
Bukan sedikit yang Datuk Ahmad Nazri Abdullah sumbangkan. Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd itu menziarahi Pak Andak di Hospital Putrajaya dan memberi sokongan material serta moral. Pak Andak ada kenangan manis bersama Nazri dan Datuk A Kadir Jasin membuat liputan persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) di Casablanca pada 1994. Waktu itu Pak Andak bertugas untuk TV3.
Aku percaya ramai yang harus merindui gelak tawa dan wajah ceria Pak Andak, seorang insan yang selesa sama ada di atas tikar mengkuang atau kerusi empuk baldu
Ditanya what do you remember most of Pak Andak, Tun Rafaee menjawab:
"His laugh. Big or small. And his smiles.
"His character suka tolong orang dan buat aktiviti tolong orang. Mastermind in planning our activities. Now our whatsapp group ada that missing link."
Abah mengirim gambar perkahwinan Pak Andak menerusi aplikasi whatsapp, sambil menyatakan:
"If I were to have just a small fraction of his qualities until my last days, I would thank Allah for all eternity."
Abah mengenang saat menemani Mak dan Pak Andak ke Pulau Pinang bagi mengukur baju ditempah khas sebelum berlepas ke US.
"Fond memories linger on forever."
Juga kepada kenalan-kenalan Pak Andak yang memberi sokongan dari segi material dan moral, yang menziarah sama ada di rumah atau hospital atau mendoakan dari kejauhan, semoga Allah SWT membalas jasa Datuk-Datuk, Tuan-Tuan dan Puan-Puan.
Dari kiri, tiga rakan Pak Andak dari Indiana U, Dr Mohd Ismahadi Syono dari MIMOS, Kahar Othman dan Datuk Aminuddin Ariffin, pengerusi eksekutif kumpulan Dinastia Jati, bergambar bersama Pak Su, Azam dan jiran sebelah rumah Pak Andak, selepas majlis tahlil di Surau Al Furqan, Puncak Alam, 14 Julai lalu. Gambar ihsan Kahar
Pak Su, Azam dan Ijat meluangkan masa ngeteh bersama sahabat-sahabat Pak Andak dari universiti Indiana
Pak Andak seorang family man yang mengimbangi tuntutan selaku a filial son, a great husband, an excellent father, a loving brother, a nice uncle, a true friend - all rolled into one. A balancing act yang tidak semua boleh sempurnakan.
Salam takziah sekali lagi untuk seluruh keluarga Pak Andak.
Semoga roh Pak Andak damai di sana. Al-Fatihah
Biodata
Nama penuh: Othman Abu Bakar
Tarikh lahir: 16 Mei, 1958 (Rantau Panjang, Kota Kuala Muda, Kedah)
Keluarga: Bapa Abu Bakar Hassan, Fatimah@Rodziah Hj Abdul Hamid
Adik-beradik: Rohani, Rasilah, Omar, Sharipah, Ali, Azizah dan Muhammad
Isteri: Fadilah Jantan
Anak-anak: Nur Liyana dan Nur Amani
Kerjaya:
Pensyarah, Universiti Sains Malaysia (USM) Mei 1986-Okt 1987
Business Times Feb 1988- Mac 94
Ketua, Berita dan Ekonomi Bahasa Inggeris, TV3 Mei 1994-September 1995
Pengurus, Komunikasi Korporat, Kumpulan Golden Hope Plantations Julai 1997-September 2000
Penerbit Eksekutif, The Edge Oktober 2000-Mac 2009
Timbalan Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Kumpulan Sime Darby April 2009- Disember 2011
Ketua, Komunikasi Korporat, Sime Darby Property, Januari-Jun 2012
Editor Bersekutu, The Edge, November 2012-Mei 2014
Penyumbang The Mole

1 comment:
Arwah in his final month always whisper to those that he wants to tell what deep inside he has been keeping all this while.
In the final weeks, he asked me to shave him like a son and he wants to do it in private without anybody presence except his wife and daughters. He was in joyful feeling saying that he never had this kind of shaving service from any barber shop.
There are so many memories he left behind to so many people that he came a cross. All most everybody that cross path with him only have great things to say about him.
Even the imam that handling his final service mentioned the words of Husnul Khotimah, words that I never thought that I will heard in my life towards a person that is actually close to me.
Semoga Allah memberikan Allahyarham Pak Ndak Othman rahmat dan shafaat dalam perjalanan beliau seterusnya......
Azam Jalil
Post a Comment