PERSIAPAN menjelang Sukan Asia di Tehran pada 1-15 September, 1974, tidak seperti diduga. Tujuh belas pemain dikehendaki melaporkan diri ke latihan pusat pada 11 Ogos dan berlepas ke Iran pada 23 Ogos tetapi anak didik Allahyarham Jalil Che Din hanya berangkat ke Tehran, empat hari kemudian.
KES jurulatih merajuk, kecederaan yang menimpa bek kanan utama, perbezaan kem pemain mengikut sentimen kenegerian – antara masalah dalaman skuad bola sepak negara menjelang dan ketika Sukan Asia 1974 di Tehran rancak berjalan.
Hanya beberapa minggu selepas skuad negara merangkul Piala Merdeka di Ipoh, misi lebih besar menanti anak didik Jalil, bekas pemain pertahanan negara era 1950-an yang juga seorang pegawai Penjara.
Tanpa beberapa tonggak seperti penjaga gol Lim Fung Kee dan perancang utama Wong Choon Wah yang berhijrah ke Hong Kong sejurus misi di Pestabola Merdeka serta Shaharuddin Abdullah, skuad negara menyiapkan diri ke Tehran dalam suasana yang kurang ideal.
Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Sabena Airlines, syarikat penerbangan Belgium, memaklumkan penerbangan ditunda dan penumpang terpaksa berlepas mengikut jadual seterusnya, iaitu empat hari kemudian disebabkan masalah teknikal.
Pemain tengah, Datuk Shukor Salleh, mengenang detik itu.
“Disebabkan masalah tayar pesawat yang mengakibatkan penerbangan ditunda, penumpang ditempatkan di Hotel Equatorial di Kuala Lumpur waktu itu,” kata Shukor.
Apa yang berlaku seterusnya? Benarkah pemain memulau jurulatih? Benarkah pemain hanya dihadiahkan seutas jam berjenama selepas menduduki tangga ketiga? Siapa 17 pemain yang tersenarai?
Kisah selanjutnya, muat turun majalah digital arena di appstore atau playstore.
2 comments:
Helo sir, I'm new to this football analysis world and need your help as u are my inspiration, do give a visit and review on my blog sometimes sir, thank you http://shahrulfootiesworld.blogspot.my/
terbaik
Post a Comment