Majlis Olimpik Malaysia (MOM) didakwa melanggar perjanjian dengan Mesuma Sports Sdn Bhd, untuk hak bagi penolakan pertama (right of first refusal) selaku penaja dan pembekal utama pakaian sukan untuk kontinjen negara dalam temasya sukan antarabangsa naungan MOM.
Writ saman dikemukakan oleh peguamcara Mesuma Sports selaku plaintif dalam Mahkamah Tinggi 3 Ogos lalu, dengan menamakan MOM, Presiden Tunku Imran Tuanku Ja'afar, Naib Presiden, Datuk Low Beng Choo dan Setiausaha Kehormat, Datuk Sieh Kok Chi, sebagai defendan-defendan.
Dalam tuntutannya, plaintif menuntut ganti rugi daripada defendan atas sebab pelanggaran perjanjian dan hak untuk penolakan pertama apabila membenarkan pihak ketiga yang dinamakan sebagai Sunrise Pte Ltd pembekal peralatan sukan jenama Yonex untuk membekalkan pakaian tajaan tanpa memberi plaintif hak melaksanakan penolakan pertama.
Perkara ini disahkan oleh pemilik Mesuma, George Heng.
Heng
"Peguamcara saya Tetuan Shearn Delamore bertindak mengemukakan writ saman dan penyataan tuntutan minggu lalu, MOM diberi 14 hari untuk memfailkan memorandum kehadiran atau menyatakan kesediaan untuk mencari jalan penyelesaian," katanya.
Saman ini dikemukakan hanya beberapa hari sebelum tarikh tutup pencalonan untuk mesyuarat agung pemilihan MOM. Tarikh tutup ialah esok menjelang mesyuarat pemilihan 22 Ogos nanti.
Tunku Imran dikhabarkan akan dicabar oleh bekas presiden Persekutuan Hoki Malaysia (kini Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yang kini menjadi presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Tan Sri Anwar Mohd Noor.
Datuk Seri Norza Zakaria, pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) yang juga Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) dan Bendahari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), disebut-sebut tampil mencabar kedudukan Tan Sri Mohd Noor Rahim selaku Timbalan Presiden atas sokongan Tunku Imran dan Kok Chi.
Bekas pemimpin No 2 KHM, Datuk Nur Azmi Ahmad dan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Karim Ibrahim antara yang disebut-sebut bakal bertanding untuk kerusi naib presiden MOM.
Barisan naib presiden MOM 2013-2015 ialah Datuk Danyal Balagopal Abdullah, Tan Sri Halil Abdul Mutalif, Beng Choo, Prof Datuk Dr Zakaria Ahmad dan Datuk Paduka Mumtaz Jaffar (kuota wanita).
Apakah Beng Choo sanggup turun pangkat untuk mencabar Kok Chi selaku setiausaha kehormat MOM?
Benarkah orang suratkhabar Rosmanizam Abdullah yang pernah menjadi penolong bendahari kembali beraksi dalam MOM?
Benarkah Karim menerima ugutan bunuh semata-mata kerana berhajat untuk masuk MOM?
Bagaimana saman ini dapat mempengaruhi keputusan dalam mesyuarat pemilihan?
Drama sukan Malaysia, sehebat senario politik! Haha!
2 comments:
Rugby World Cup 2015 Live
The Rugby World Cup 2015 is scheduled to be the eighth Rugby World Cup, the quadrennial rugby union world championship.
The tournament will be hosted by England[nb 1] from 18 September to 31 October 2015. Twickenham Stadium in London will host the final.
England was chosen to host the competition in July 2009, beating rival bids from Italy, Japan and South Africa. The competition's organisers, Rugby World Cup Limited, had recommended England to the International Rugby Board (IRB; now known as World Rugby.
Of the 20 teams competing at the 2015 World Cup, 12 of them qualified by finishing in the top three places in their pools in the 2011 World Cup. The other eight teams qualified through regional competition. Of the 20 countries that competed in the previous World Cup in 2011, there was only one change – Uruguay replaced Russia.
Rugby World Cup 2015 Live
Tuan bila plak nak ber'dengan izin' dengan penggiat ragbi plak..
Post a Comment