Syabas kepada krew Nadi Arena, jabatan yang menghasilkan berita untuk saluran Astro Arena 801 setiap hari untuk tontonan anda, atas penyiaran Dekripsi Nadi Arena (DNA)! Namun ada ruang yang harus diperbaiki. Topik pertama yang dipilih rasuah bola sepak. Kita akur ada beberapa kekangan dari segi undang-undang yang mengikat DNA daripada mendedahkan lebih banyak nama dan kaedah pemain dirasuah.
Datuk Ghani Othman membentangkan kertas kepada Jemaah Menteri bagi membanteras gejala itu.
Bekas penyerang Pahang, Rosmaini Mohd Shah, menarik diri daripada skuad pra-Piala Dunia yang tewas akhirnya di tengah terik mentari Kuwait pada 1981. Di saat adanya nama-nama besar seperti Chow Chee Keong dan Yip Chee Keong yang dibawa pulang dari Hong Kong, selain R. Arumugam, Soh Chin Aun, Shukor Salleh, James Wong, Mokhtar Dahari, Hassan Sani, Khalid Ali dan Jamal Nasir Ismail, skuad bimbingan Karl Weigang hanya merakam tiga gol, dua daripadanya dicatat oleh Ibrahim Haji Din, penyerang Angkatan Tentera Malaysia. Enam tonggak skuad itu digugurkan setelah pulang manakala dua lagi mengumumkan persaraan mereka. Krew DNA menemu bual bekas bos aku Zian Johari yang membuat liputan di Kuwait City pada April 1981...
Robert Alberts, yang membawa Kedah menjuarai Piala Malaysia pada 1993, berasa dikhianati pada 1994 ketika skandal rasuah didedahkan sehingga lebih 100 pemain dikenakan tindakan gantung. Siapa tidak ingat barisan Hijau Kuning yang menampilkan Olubunmi Adigun dan Peter Nieketien, Radhi Mat Din, Ahmad Sobri Ismail, Lee Kin Hong, Norazam Ishak, K. Ravichandran, Manja Man, Faridzuan Che Hamid, Feriza Ismail dan Nidzam Adzha Yusoff...
Negeri Sembilan mengambil tindakan terhadap skuad Piala Presidennya pada 2011
Dengan persembahan info grafik dan fakta serta penyelidikan lebih mendalam, DNA harus mengangkat corak pemberitaan sukan dalam dunia penyiaran. Sekalipun ada beberapa fakta penting seperti kes mahkamah selepas Sukan Asia di Seoul pada 1986 tidak diselitkan, DNA episod pertama tetap satu percubaan yang menarik.
4 comments:
Agak terlewat untuk membongkar angkara rasuah dikalangan pemain pada 80an dan 90an . Selain pergantungan seumur hidup kira 95 pemain , apakah tindakan susulan diambil oleh pihak yang ada kepentingan membanteraskan gejala rasuah selepas episod ini. Kini menular kembali "virus" rasuah dalam liga Malaysia. Tapi kali ini "virus" ini menyerang pemain muda yang beraksi di Liga Presiden. Yang menjadi dalang dalam perniagaan ini kebanyakkan adalah bekas pemain yang kena buang negeri akibat rasuah.Kenapa kena patah balik isu yang silam, baik fokus kepada gejala yang berlaku pada masa kini. Bentuk satu pasukan pembenteras rasuah dan cari jalan untuk dakwa mereka mengikut undang-undang yang sediada. Harap Menteri KBS dapat menghasilkan satu formula untuk menghadapi gejala yang leluas ini . Selamat maju jaya. Fair Play, pLEASEEEEEE!!!
KCNR
DNA mempunyai research dan kandungan yang berkualiti, serta pogram seperti belum lagi dibuat stesen TV lain.
Apa pun, secara ikhlas saya berasa treatment boleh diperbaiki lagi.
Saya percaya, Slamet, Khawari and team mampu menambah baikan lagi pogram ini.
Anyway, it is still a good effort guys!! :)
Fadzrie Hazis
Editor Sukan Astro Awani
Tahniah atas penerbitan DNA.
Assalamualaikum baru berkesempatan menonton DNA - Rasuah Bola Sepak. Betul ke wartawan dulu tidak berani mendedahkan gejala rasuah, sept wartawan skrg yg lbh sikap terbuka? Sekadar mohon penjelasan. Tq
Post a Comment