Saturday, November 17, 2012

Menyangkal dakwaan aku silap pada AFF 2010

Ramai menyangka dan menuduh aku antara pengkritik yang meletakkan peluang dan prospek pasukan negara menjulang Piala AFF pada 2010 sebagai sifar. Paparan di bawah menyatakan sebaliknya. Ini bukan menunjuk atau mengungkit, tetapi sekadar catatan sejarah buat pengunjung blog cabuk ini.


Rembat! Kosmo, November 2010, sebelum sepak mula Piala AFF 2010. Aku menyingkap pencapaian tujuh jurulatih kebangsaan sebelum K Rajagobal sejak edisi sulung dilancarkan pada 1996 sambil menyatakan harapan FINAL JADI BURUAN.



Rembat Kosmo!, Sabtu, 25 September, 2010. Hah, 66 hari sebelum sepak mula, dalam previu Piala Suzuki AFF, antara lain aku menulis Rajagobal memecah tradisi apabila menjadi jurulatih pertama sejak Trevor Hartley menjuarai Sukan SEA. Jadi tidak mustahil anak kelahiran Setapak ini mengukir sejarah sekali lagi! 66 hari beb, awal-awal lagi tu!


Rembat! Kosmo 18 Disember 2010. Mengimbas Play of the Day Syamsuri Mustaffa yang menjaringkan gol terus daripada goalkick pada Sukan SEA 2003, bagi menaikkan semangat pemain sambil mengagak prospek pasukan negara menjelang separuh akhir kedua menentang Vietnam dalam Piala AFF


Rembat Kosmo! edisi 25 Disember 2010, memaparkan gandingan Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha dengan tajuk yang lazim diperkatakan di kalangan peminat seiring dengan kata-kata keramat di jersi. Sehari sebelum final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil


Surat Terbuka aku kepada K. Rajagobal lengkap dengan alamat Wisma FAM dalam ruangan Gelecek, Rembat Kosmo edisi yang sama, antara lain aku sebut "Saudara tentu ingat bagaimana saya mempertahankan pasukan Bawah 23 tahun pimpinan saudara yang menewaskan pasukan progam realiti MyTeam pada 28 Mei, 2006...apabila barisan anak buah saudara diherdik, dimaki dan dicaci. Keesokannya saya tulis dalam The Malay Mail, bagaimana perasaan jika yang dimaki itu adik-beradik kita?" Barang diingat, saat itu, tiada siapa yang berani mempersoal program TV sumber ilham menantu kepada Perdana Menteri ketika itu, apatah lagi cukup ramai yang menyokong MyTeam, termasuk di kalangan bos-bos media. Tapi tentunya tindakan aku menongkah arus tidak disebut pun. Orang yang dibuai kejayaan lupa saat-saat ini...dan kawan-kawan dia pun tak ingatkan benda yang berlaku lima atau enam tahun terdahulu



Rembat Kosmo! 1 Januari 2011, aku mengucapkan TERIMA KASIH HARIMAU MALAYA selepas mencipta sejarah


Inilah barisan kita...mudah saja tajuk yang aku beri tapi mendalam



sekalipun ada sentuhan emas, bukan mudah mengurus kejayaan, 


seperti yang kuingatkan pada edisi yang sama...di bawah tajuk urus kejayaan selepas menang "peperangan".  Bermakna, aku tidak melambung-lambungkan mereka...

Aku insaf, tulisan seorang wartawan yang berunsur positif atau merangsang minda dan semangat tidak akan dikenang atau dihargai oleh penggiat bola sepak, tidak kira jurulatih, pemain dan penonton. Memang benar aku ragu-ragu prospek anak buah Rajagobal setelah dibelasah 5-1 pada perlawanan pembukaan dengan Indonesia, tetapi siapa yang optimis dan berani ketika itu? Mengikut pengalaman aku, penggiat sukan tempatan lebih ingat tulisan yang menghiris, menikam dan menghentam sambil mengetepikan terus tulisan terdahulu yang mungkin bernada positif!  Lumrah alam! Cuba baca Raja should be the King, aku nyatakan 17 hari sebelum pelantikan Rajagobal. Kena ingat, jawatan seorang jurulatih sentiasa menjadi bahan spekulasi!

20 comments:

kiasu said...

Kenapa kita hanya mampu ungguli Asean level (inipun terumbang ambing berasaskan prestasi semasa) dan jelas gagal at Asian level?

Kerana kita letak expectation pada level yang rendah! Ambil mudah keputusan dan persembahan suram national team dalam siri persahabatan sebagai tidak penting, sedangkan lawan2 hanyalah regional.

Paling tak siuman, kejatuhan mendadak ranking dunia dipandang remeh. Apa ini, sewel atau goblok? Our best ranking 70 berapa tahun dulu. Sepatutnya kita kejar ranking ini dulu, tak kira le 145, 130, 95 atau whatever yang mampu tercapai, asalkan sentiasa improve,barulah ada "accountability". Ini tidak, merudum ke 160, 170 dan sama taraf dengan Bangladesh pun FAM tak kisah. Apa kejadahnya?

Walaupun kita juara bertahan AFF2010, level kita tidak improve another level pun. Jadi kita sama shj standard dgn Singapore, Thailand, Vietnam, Indonesia dan tak lama lagi dengan Myanmar, Filipina. Standard macam ini, sapa2 pun jadi juara AFF tidak menghairankan pun. Malah, dalam situasi std hampir setara, nasib memainkan peranan.

Not surprising lah bila RG tidak peka??? atau tidak dapat resolve basic footballing issues dalam national team, e.g. Simple passing, naive long pass, unforced errors, nak dribble bila lebih senang pass, tunggu bola, negative pass belakang, player emotional, unnecessary foul, dsb (penonton boleh nampak semua ini), maka kita pun jadi terperuk standard Asean level sahaja, sebab2 team2 Asean lain pun make same mistakes. Akhirnya yang kurang buat mistakes, better luck dan better technical tactical team lebih berpeluang menang.

Ada tengok ke team2 macam Jepun, Korea, Iran, Arab Saudi, Qatar, UAE, Lebanon buat simple basic mistakes macam kita dok buat di atas? Ada? Sudah tentu tidak, maka itu sebab mereka meningkat dan kekal di Asian, malah World level. Dont talk about skill, technic bla bla bla sedangkan basic weaknesses atas padang gagal diperbetulkan oleh GK atau sesiapa. Training berbulan2, serata pelusuk, tapi basic pun berulang perkara sama.

Macam mana kita nak improve kalau macam ini. Sebab kita set standard yang rendah. Ranking 200 pun masih tak apa kot. Sebab itu pemain2 dahulu lebih "lagenda", gaji tak seberapa tapi masih ranked bagus dari sekarang, 70 beb!!!

Aaah, apa FAM kisah! Brazil, Argentina, Spain, Italy, England pun tak pernah menang AFF. Hehe.

Anonymous said...

JANGAN INGAT ORANG BODOH BRO. THE FIRST 2 ARTIKEL TU HANYALAH PREVIU ATAU ULASAN PASUKAN MALAYSIA YANG AKAN BERTANDING, SAMA SEPERTI PREVIU TENTANG PASUKAN2 YANG MASUK WORLD CUP YANG SELALU DI TULIS DALAM MAJALAH2 PRE WORLD CUP. JIKA DIPERINCI TIDAK LEBIH DARI TULISAN ATAS PAGAR YANG SELAMAT, TIADA SATU PUN KOMEN TENTANG TAKTIKAL ATAU CERITA TENTANG PASUKAN NEGARA YANG BENAR2 POSITIF DAN MENUNJUKKAN KEYAKINAN PENULIS. LAGI 7 ARTIKEL TU? SEMUANYA DITULIS SELEPAS MALAYSIA MELEPASI PERINGKAT KUMPULAN, ATAU LEBIH TEPAT LAGI LEPAS MALAYSIA MENANG FIRST LEG SEMI FINAL DENGAN VIETNAM. HAHAHA! CERITA YANG "MORALE BOOSTING" PRIOR SEA GAMES 2009 ADA BEB? ORANG KAMPUNG LU BOLEH LA TIPU BRO. TANPA PERLU TANYA KING RAJA, SEMUA ORANG YANG FOLLOW BOLA MALAYSIA DENGAN JUJUR TAHU "YOU ARE THE BIGGEST YET THE SAFEST CRITICS OF K RAJAGOPAL". SEKARANG NI SESIAPA BOLEH CAKAP "AKU 'RASA' KALAU ONG KIM SWEE JADI COACH MALAYSIA 'MUNGKIN' BOLEH MENANG AFF TAHUN NI. PASTU KALAU LAYAK LU CAKAP "I TOLD SO", TAPI KALAU ADA TANDA2 NAK FAIL LU AKAN TANYA "ADAKAH WAJAR KIM SWEE DIKEKALKAN?". APA DA, CAMNA KITA NAK MAJU? KALAU KING RAJA GAGAL AFF 2012 NI PUN, LET HIM FINISH WHAT HE PROMISED US - QUALIFY TO ASIA CUP 2015. FAIL KALU DIA SENDIRI AKAN RESIGN SECARA TERHORMAT. JANGAN LUPA LAST ASIA CUP QUALIFIER KITA MAIN MACAM ANJING SEBAB PLAN CACA MERBA DAN ASYIK TUKAR COACH TAK TENTU HALA. SO JANGAN JADI HIPOKRIT BALING BATU SOROK TANGAN, PENGECUT TAKKAN KE MANA. KALAU NAK KUTUK, KUTUK BETUL2. TEPUK DADA TANYA SELERA...

P/S WOI MAT KIASU LU MEREPEK APA NI BAI?

ROJA MILAH

Tiger Mizie said...

Rizal,

Permasalahan skrg adalah sesetengah org tidak faham apa yg dikesali oleh peminat2. Peminat tidak sesekali benci pada Harimau Malaya ataupun Rajagopal sekali pun. Peminat hanya kesal atas prestasi semasa yg dipersembahkan pasukan ini. Paling dikesalkan peminat adalah alasan2 yg tidak munasabah RG. Ungkapan2 seperti experiment, kenali pemain saya, rangking tidak penting, saya jurulatih terbaik menjadi buah mulut semua org yg kesal. Bayangkan kalau budak sekolah rendah pun tahu alasan2 RG, takkan lah org dewasa pun tak tahu. Peminat tak suka diperbodohkan. Jgn sesekali pertikai keikhlasan serta kesetian peminat. Peminat tetap dtg ke stadium walau persembahan dan alasan2 dipersembahkan. Itu belum lagi hukuman2 pelik yg di berikan FAM. Sedar atau tidak, sokongan kesetiaan peminat bertambah. Bayangkan stadium kita antara 10 terbesar didunia pun boleh penuh bila2 masa. Dulu stadium Merdeka maksimum pun 45000 penuh, kini 100000 pun boleh penuh bila2 masa. FAM, RG kena igt peminat adalah STAKEHOLDER. Stakeholder penting. Apa salah kasi alasan2 yg logic dan membina seperti bila tewas perlawanan persahabatan seprti "Kami masih lemah, kami perlu perbaiki strategi dan saya sebagai coach perlu lipat gandakan formasi" atau "maaf pada peminat atas kekalahan, kami masih mengharap sokongan anda utk kami kembali kuat".
Mudah saja, sama2 boleh berusaha dan bukannya tinggi diri. Fakta mmg RG jurulatih tempatan terbaik. Tetapi kita perlu berada di peringkat yg lebih baik.

kiasu said...

Alo Roja Milah. Itu pendapat saya, lu suka atau tidak its up to you. I am not pro in football, just football fan giving my own opinion. Sapa2 pun feel free to express own view.

Lu kata gua merepek, which part, corner, goal post yg you think merepek. Be specific, otherwise nanti budak2 kata lu make fun of yourself.

Express your view or disagreement based on points of opinion la, bukan personal attack mcm budak2.

Anyway, lu mau merepek to yourself, lu punya suka la, unless this is your blog

Anonymous said...

Mat Kiasu tak merapu..dia cakap betoi tu sobab kita letak xpectation yg rendah iaitu jadi juara Sea Games atau AFF atau Newspaper Cup. Dah cukup la tu...King Raja cakap ranking tak penting sebab dia tau dia tak mampu naikkan martabat Malaysia and pegawai-pegawai kat FAM smua stuju sebab sama pemikiran dgn Raja..King of Malaysian Futbol. Kalah monang puji atau salahkan Head Coach. Sonang citor. Head Coach lotak jawatan pegawai sampai presiden masih kekal apa eko susah hati. Roja Milah..eko pun betoi. LC ni paling kuat dia akan buat penilaian based on history jo. Eeei eko smua jangan lupo LC tergolong dalam panelis Balon d'Or...hebat tu..

XABI ALONSO
LARKIN

ucsimaverick said...

The national football team is indeed going through a predicament moment.From my perspective,thats a common scenario for a normal football team but that shouldnt be made as an excuse by coach RAJA.Obviously,friendly matches shouldnt be taken lightly by any means since that acts as a pavement for players and the coach to showcase their very own capability.Most importantly it acts like a catalyst in terms of boosting the morale and confidence of a team.It also helps convincing the fans.Obviously,the so call national team does looks like a third division english club.Im not being sarcastic,but thats reality and a true fact.SHAMBOLIC and LACKLUSTRE is the best way to describe the current state of the national team.Neways,being a diehard fan of the national team,
ill play my part by supporting them.For all the fans out there get to the stadium n support them regardless of their recent slump
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.

HSKAMAL said...

Roja Milah,...

Lu sound mcm pengampu dan kaki bodek bro...
Lu ini siapa? dan apa knowledge u dlm bolasepak da...? Lu punya kepala dlm ada ilmukah atau u nak "syok sendiri" seperti mereka semua. Kalau tak layak tak payahlah nak comment pendapat org lain...semua berhak beri komen. U nak kutuk apa hal pula. Kalau pandai sangat baca komen2 aku dlm bolg ini dan counter aku, kita tengok lu pandaikah atau aku bijak.-Boleh? ada bran!

Dai thamby, agak2lah sikit, jgn mulut tu tiada kawalan. Komen2 yg bernas dan membangun kena terimalah. Jgn cuba menyorok belakang tiang gol ataupun corner flag. Boleh nampak!! Hehehe

Lu tahu ini siapa cakap...? ini jurulatih yg ada lesen da. Lain org u boleh gorenglah. Cubalah try aku, bolehlah aku sekolahkan u.
Tapi kalau u ini kaki ampu dan bodek susah sikitlah. Budaya ini telah lama wujud dlm sistem pengurusan, pentadbiran dan pembangunan negara kita. Walaubagaimanapun, aku bagi u peluang, u boleh ajak RG atau OKS sekalian untuk bantu u dlm membalas komen2 aku dlm blog ini...

Anonymous said...

Lets see how this year..
Dont forget, its MALAYSIA!

kiasu said...

Friendly matches teams preparing for AFF 2012 for comparison:-

Thailand v Laos 2-1
Thailand v Malaysia 2-0
Thaiand v Bhutan 5-0
Thailand v Bangladesh 5-0

Philipines v Malaysia 1-1
Philipines v Malaysia 0-0
Philipines v Cambodia 0-0
Philipines v Singapore 1-0
Philipines v Singapore 2-0

Singapore v Pakistan 4-0
Indonesia v Cameroon 0-0

Malaysia v Vietnam 0-1
Malaysia v Vietnam 0-2
Malaysia v Thailand 0-2
Malaysia v Hong Kong 3-0
Malaysia v Hongkong 1-1
Malaysia v Bangadesh 1-1

Based on the above results, Thailand, Vietnam and Indonesia as well as Philipines are in better form than Malaysia. Singapore is probably on par with Malaysia.

Mana2 team di atas boleh menang AFF 2012 kerana sejarah AFF membuktikan bahawa pada level Regional ini di mana standard hampir sama, kecuali Thailand yang lebih konsisten, the best team did not always win. Singapore misalnya dah 3 kali juara,, Indonesia belum pernah.

Jadi AFF level, selain persediaan dan kekuatan pasukan, NASIB juga sangat mempengaruhi keputusan.

Semoga team RG ini memang benar berpura2 main tidak bagus dan tidak habis2an semasa perlawanan2 persahabatan di atas.

Semoga team RG ini akan benar2 bermain habis2an dan memberi persembahan terbaik sepanjang AFF nanti, dan tidak menyerah kepada nasib semata2. Semoga semua pemain berada dalam form terbaik.

Yang utama adalah meningkatkan standard persembahan team negara dalam regional tourament ini.

Tidak ketinggalan, penting untuk kekalkan kejuaraan, atau setidak2nya naib juara, kerana regional adalah level RG. Tiada excuse lagi, segala macam excuses sudah expired. Ayuh RG!

ucsimaverick said...

Personally I am still optimistic about the chance of us winning the aff cup inspite off the recent slump in our string of friendlies.Obviously,we know the scenario that the national team is facing right now,but with 3 days left before we kick start the tournament,we shouldn’t be placing them in extreme pressure by loads of criticism.I know the weaknesses that we have within the team,but I seriously reckon this is not the suitable time for us to throw words at them.This might even psychologically affect the players and worsen the situation .Obviously,the coach has his own plan to overcome this problem.Ya,I know criticism are meant by the passionate and die hard fans of harimau Malaya(by the way im one of them) but with 3 days left,I think its not the right time to do so. Instead,why don’t we try to motivate them in a well way?.Why don’t we give coach RAJA some words of encouragement or confidence? .Do not judge a book by its cover.Obviously,everyone needs time to showcase their true capability.Instead of condemning ,we should fill the national stadium this sunday and support our national team.

For coach RAJA and the players: Unleash your true POTENTIAL

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

kiasu said...

Di Matteo menang Champions League dan FA Cup. Chelsea masih posisi top 3 dalam EPL. A string of poor results, terus kena sacked.

RG menang Sea Games dan AFF2010. Ranking merudum ke posisi 163. A string of poor results, itu pun friendly matches.

Ada persamaan situasi DM dan RG. Tapi jangan risau lah RG, FAM mana ada accountability dan high expectation macam Chelsea pun. Anda tetap selamat, at least sampai kelayakan Piala Asia.

hijabul crewz said...

Bola sepak negara takkan maju kalau aspek agama/moral tidak diberi penekanan. Kalau tengok skuad bola sepak kita dulu ketika zaman kegemilangan, mereka akan mengadakan solat hajat setiap kali sebelum perlawanan bermula. Jurulatih yang bukan beragama Islam bukanlah satu masalah, apa yang penting para staf serta pemain yang beragama Islam perlu merasakan tanggungjawab mereka.

Ini bukan soal wang, ini soal maruah. Tingkatkan aspek keagamaan mereka seperti solat & reputasi/kelakuan mereka di luar padang. Ini tidak, sesetengah gaya hidup pemain kita mengalahkan artis, tapi masih lagi diserap ke dalam skuad kebangsaan. Banyak isu dan gosip kontroversi yang melitari pemain-pemain kita, itu yang didedahkan oleh media massa dan internet.

Yang tak didedahkan berlambak lagi misalnya isu pemain-pemain muda kita daripada skuad Harimau Muda yang seolah-olah hilang maruah dan terlalu materialistik. Ada dalam kalangan mereka yang jadi macam GRO atau bahasa lembut sikit menjadi "kekasih gelap" atau pelayan kepada mak-mak datin di luar sana hanya kerana wang. Jangan tanya saya mana saya dapat maklumat ini tapi tanya sendiri pihak pengurusan Harimau Muda yang sengaja menutup isu ini. Kelab hebat macam Manchester City pun reti nak buang Mario Balotelli sebab masalah disiplin dan tingkah lakunya. Malaysia?

Berkenaan soal pemilihan pemain kali ini pula, saya mula tertanya-tanya jika ketika kejohanan berlangsung 'key player' kita tak perform, cedera atau menerima penggantungan perlawanan, siapakah yang akan menggantikan pemain-pemain seperti Safee Sali, Mat Yo atau Safiq Rahim?

Kenapa tiada pemain yang benar-benar berkaliber untuk menggantikan tempat mereka. Contohnya Badri Radzi (piya), Zairo Anuar, Ashaari Shamsuddin, Azwan Roya, Nazmi Faiz atau Norfarhan Muhammad. Atas dasar apa agaknya pemilihan pemain oleh Datuk K. Rajagopal ?

#Saya Cintakan Malaysia, Saya Sayang Harimau Malaya. PeaCe.

Anonymous said...

sejujurnya, dulu masa pemain2 ni berada d slovakia, diaorang bagus..sebab diaorang bermain dengan pemain2 eropah yg berkualiti..tp bila pemain2 ni bermain semula d negeri/kelab2 tempatan d liga super malaysia, prestasi mereka menurun..kesimpulannya, manusia akan mengikut persekitaran mereka. manusia akan menjadi seperti siapa mereka bergaul, berkawan & bermain..tak kisah la kalau dulu manusia tu bagus mana pun..ini hakikat.

La Masia said...

Salam Tuan Rizal,boleh tanyakan kepada Coach Datuk Rajagobal, atas kapasiti apakah yang menyebabkan pemain2 seperti Piya,Norfarhan,Azwan Roya,Nazmi Faiz,Ashaari tidak dipilih dalam skuad Harimau Malaya untuk tournament Piala AFF kali ini...dan kenapa player2 yang off form dalam Liga Super seperti Amar Rohidan,Fakri,Badrol,Kyrel Muhaimen even Safiq masih mendapat tempat..???

Anonymous said...

Ranking x penting....lawak ke apa...

SB said...

http://www.tehtarikfootball.com/2012/11/23/fan-view-why-malaysia-will-win-the-aff-suzuki-cup-again/

Anonymous said...

Sdr Hijabul..kes 'cinta golap' tu satu pendedahan awal yang ikhlas atau eko sengaja nak alihkan perhatian pasal geng Rajagobal ni semakin hilang kuku?? Kironya scoop bosar ngalahkan sang wartawan nanti..kalau eko brani dodahkan jo..btw pemain2 yang eko sebutkan tak tersenarai sobab bukan dlm perancangan Sang Raja yang pikirkan depa ni bukan bebudak yang main utk Sang Raja masa jadi coach bawah 20 tahun dolu. Safiq, Amar, Aidil, Zaquan, Khyril, Bunyamin 'adalah pemain saya..saya kenal pemain saya'. Sapa itu Piya atau Ashari atau Farhan ataupun Zairo? Mereka bukan pemain saya. Begitu juga dengan Nazmi Faiz sobab dia pemain Ong Kim Swee. Sorang laie ialah S.Kunalan..budak Somenyih tapi main utk Nogori. Ese bukan rasis tapi kalau eko tengok budak ni, dia cuma boleh belari satu padang selama 120 minit tapi sumbangan untuk dapatkan gol??? Sodih den nak kobar...Sang Raja nyata gagal nak bentuk kekuatan Kunalan. Mungkin budak ni boleh jadi attacking midfielder yang baik datang dari belakang suport Safee dan Mat Yo..Abih kuat Si Kunalan ni lari sampai tepi padang pah tu...dia pun tak tau mano nak poie..Lain la macam Kinta Xpres (Ravindran) atau Rocky (Rukumaran) yang meme spesis lipas kudung dan bolah skor dan boleh cross bola. Kunalan???? Eko pikir lah sendiri...apo pun den ucapkan slamat berjaya la King Raja....

XABI ALONSO
LARKIN

iskandar zulkarnain said...

'maha raja'. perkataan 'maha' hanya layak untuk menggambarkan kebesaran tuhan. xpatut digunakan kepada manusia apatah lagi kepada seorang bukan islam seperti rajagobal ni.

Anonymous said...

maharaja lawak boleh...malaysia boleh

hijabul crewz said...

Apa2 pon komen saya di atas. Saya masih lagi percaya Malaysia akan menang piala tu kali ini. Saya tetap sokong Malaysia. Walau bermula dengan kekalahan pasti akhirnya berakhir dengan kemenangan seperti di Sukan Sea 2009 & Piala AFF Suzuki 2010 juga.

Kalau kita soroti sejarah, sudah banyak kejohanan yang kita menang pada perlawanan pembukaan tapi tewas mengejut pada perlawanan berikutnya sehigga tersingkir di peringkat kumpulan lagi, kalau layak pun hanya di separuh akhir. Dah banyak kali berlaku. Kali ini bermula kalah so, insyaAllah menang.