Monday, August 15, 2011

Takraw...

Bulan lalu skuad sepak takraw negara menggigit jari dalam Piala Dunia Istaf. Baca pendapat seorang penggiat sukan itu di sini.

Nampaknya perubahan peraturan juga tidak menghalang regu Thailand daripada mendominasi saingan.

Malaysia bagaimana? Apakah peranan pakar perunding Tawit Wongkluen dan Pravit Intar untuk membantu Jamaluddin Hassan dan Ahmad Jais Baharun?

Juara dunia Siriwat Sakha, Pornchai Kaokaew killer berkaki kidal dan Pattarapong Yupadee pula bukan regu terbaik dari Siam!


Pornchai, 30 tahun, beraksi sejak menang pingat emas Sukan Asia di Busan 2002



10 comments:

alongading said...

Bro Rizal..

skill dan mental pemain kita sudah ketinggalan...
kena berubah untuk mencapai matlamat..
kalau kalah tu jangan la senang sangat kalah tak melawan..
maruah kena dipertahankan..

Anonymous said...

kecewa dlm takraw x seperti kecewa dlm badminton smlm.chong wei tewas tp stelah hampir2 menoktahkan kejayaan.ironi kpd skuad takraw yg garang menentang negara lain tp 'malu-malu' dgn Thailand..mslh mental pd tekong menjadi punca utama dtambh kehebatan tekong dan pelibas Thai..smpai bila kta harus tunduk mudah..PSM apa post mortem kekalahan?apa punca?apa lgkah sterusnya.

Anonymous said...

menyampah cerita pasal takraw, dari dulu sampai sekarang tak ada perubahan, tunggulah 10 tahun lagi takraw kita jadi lauk kepada Timor Leste kat Sukan Sea?

Tiger Mizie said...

Bercakap mengenai Takraw, andai kata ingin menang sebagi juara dunia kembali, kita perlu terima hakikat takraw sudah berbeza dari takraw asal. Buangkan ego yg terlalu bangga kita antara pelopor permainan ini.
Perlu terima hakikat, kita perlu tenaga jurulatih dari Thailand. Mereka mengendalikan sukan ini sgt bagus dan sistematik. Keghairahan sambutan takraw disana melebihi kita. Tidak hairanlah mereka boleh pelbagaikan corak permainan. Jgn igt hanya sebagai pelopor, kita tak perlu tunjuk ajar orang lain. Sedangkan bola sepak kononnya bermula di China atau England, tetapi kedua-dua negara ini pun perlukan tunjuk ajar asing. Bukalah mata, Takraw kita perlu transformasi.
Satu lagi kesilapan kita, kita terlalu tumpukan pada satu acara sahaja pada sepak takraw, walhal takraw sudah ada perbagai acara. Andai 5 pingat ditawarkan tetapi kita hanya tumpukan pada 1 acara, kita sgt rugi.. Itu pun kalau menang, kalau kalah, habuk pun takdak
Pada PSM, anda perlu mulakan transformasi walaupun terpaksa tukar Presiden. Secara amnya, jika tidak mahu tukar Presiden, PSM perlu berani berubah.

Anonymous said...

adesss..no komen la dgn skuad takraw ni..dah mcm2 usaha dah dengar tp x brjaya pon..sapa yg salah yer???

Mohsen Amdan said...

Thanks Bro Rizal for your support..

Anonymous said...

dah lama xlayan takraw....sistem mata baru ni membosankan

Rhymee said...

Salam Bro Rizal,

Saya setuju dengan pendapat Tiger Mizie. Pada hemat saya, kemajuan sepaktakraw negara kita sekarang memerlukan sains dan matematik untuk menuju ke arah berprestasi tinggi. "Research & Development" baik dari segi pemain dan permainan harus diusaha dan dimajukan.

SAFIRUL said...

Tak setuju kalau kecewa takraw disamakan dengan kecewa lcw tewas di world championship. Tak ada persamaan langsung. takraw dah lama hilang arah sedangkan lcw dan lin dan playing at their own level. Final di london baru ni ialah hari lin dan. Sedikit hilang fokus dlm set kedua sebabkan lcw kalah. 6 atau 7 mata diberi percuma pada lin dan.

TAKRAW sebenarnya sudah hilang X factor sebab aksi di jaring antara killer dan blocker sudah makin berkurangan. Mata daripada servis terlalu banyak dikutip hingga menyebabkan TAKRAW jadi semakin boring. Ditambah pula dengan banyak PAUSE in between action. Perubahan teknologi bola membuatkan servis agak sukar untuk di kawal. Servis dah jadi senjata utama. Tak sepatutnya begitu. Tinggikan net atau kebelakang sedikit bulatan tekong!!

Satu lagi.....
SUKAN TIDAK BOLEH MAJU JIKA HANYA DIMAINKAN OLEH SATU KAUM SAJA DALAM MALAYSIA!
Rugi kerana kurang pool talent.
Kena ada program integrasi takraw di SRJK dan integrasi bola keranjang di SRK seluruh malaysia.

Anonymous said...

Kali ini, Pak Presiden PSM tak cakap ke nak letak jawatan kalau gagal menang emas. Or maybe last minute tarik diri kononnya guna bola yang tak diluluskan untuk selamatkan bontot.

Opsss sorry lepas ini boleh cakap anggota Majlis tak beri lepaskan. Biasalah bro, muka tebal semuanya halal aja. Biar busuk di mata dunia, asal dia rasa masih powerful macam tu lah. Nak kata menang sorak tak gak, ini dah masuk kalah sorak kampung tergadai. Presiden PSM bangak, nama negara longlai.