Sunday, July 31, 2011

Raja KOAM

Karim Ibrahim adalah raja Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). Tidak pernah dalam sejarah urus tadbir KOAM yang berusia 100 tahun, seorang pemimpin persatuan mengherdik dan menghalau atlet.

Apa hendak jadi dengan KOAM, oh Karim Orang Amat Mengetahui (KOAM)...


Laporan Harian Metro 23 Julai lalu

TIMBALAN Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim melancar perang dingin terhadap media apabila memberi reaksi negatif ketika cuba dihubungi untuk memberi penjelasan.


KOAM terus dihambat dengan belenggu permasalahan yang belum selesai bermula dengan Pusat Latihan Ranau, Sabah, isu dadah dan terbaru kes membabitkan Noraseela yang mendakwa ketiadaan jurulatih mengakibatkan prestasinya merudum, KOAM semakin mengganas.


Kontroversi yang cuba dicetuskan oleh KOAM dalam dunia sukan negara kini terus hangat apabila melakukan tindakan tidak profesional apabila menghalau atlet 400 meter lari berpagar negara, Noraseela Khalid keluar daripada pejabat KOAM di Bukit Jalil.


Khamis lalu Karim bertindak di luar jangkaan apabila menengking seterusnya menghalau Noraseela keluar daripada pejabat KOAM di Bukit Jalil.


Tempias kemarahannya itu turut dilepaskan kepada wartawan yang cuba menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan namun gagal.


"Metro. Tak mau cakap, tak mau cakap," Itu yang dikatakan Karim ketika dihubungi untuk memberikan penjelasan berhubung isu Noraseela sebelum terus meletakkan telefon.


Noraseela ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan turut terkejut dengan tindakan Karim yang menghalaunya keluar daripada pejabat KOAM tanpa sebarang sebab.


"Ia bukan satu tindakan profesional. Saya datang hanya untuk menyerahkan surat penjelasan berhubung penarikan diri beraksi di Kejohanan Olahraga Tertutup di Perlis. Saya datang dengan baik tapi disambut dengan cara yang tidak sewajarnya daripada Karim."


"Yang pasti, saya tidak melakukan kesalahan. Semua orang mempunyai bukti dan kini mereka sendiri boleh menilai" katanya yang mengaku terkejut dengan reaksi Karim.


Bagaimanapun Noraseela yang sudah melepasi syarat kelayakan ke Sukan Sea, Palembang menegaskan, dia tidak akan mengambil sebarang tindakan berhubung tindakan Karim.

baca juga di sini dan kes doping

16 comments:

Anonymous said...

patot le olaraga semakin merudum sekarang ni....rase2x teruk sgt merudum nya banding sukan lain...dah lame xdgr atlit pecah rekod kebangsaan sejak 2-3 tahun ni...ade mmg ade tp atlit lama...yg baru mmg jarang2x

Tiger Mizie said...

Hi,

Ini satu lagi masalah satu lagi "RAJA". Dah lama dah benda2 nie terjadi. Ada juga yg berpendapat, Ramai dah diperkudakan dalam KOAM. Mungkin Karim bijak tidak menjawat jawatan Presiden. Kalau jadi Presiden, bila salah kena diturunkan tahta. Bijak bukan? Dlm sejarah juga tak pernah dgr atlet lari dari doping.. Mmg kelakar KOAM ni.. Kalau disekolah dulu, kalau lari sekolah dah kena public canning paling minimum.. tapi kes nie still kebal.. hebat..
Pada KOAM atau Karim, fikir2 la.. Apa yg anda berjaya buat dalam 5 tahun nie? Meningkat atau menaik pencapaian anda? Lebih hebat KOAM antara persatuan yg agak samseng yg selalu bergaduh dgn MSN

Anonymous said...

Persoalan sekarang adalah kenapa dia kurang ajar sangat sekarang?

Siapa di belakangnya hingga dia berani satu macam?

Kenapa KOAM halalkan semua perbuatannya? Betina mana jadi pendindingnya sehingga dia begitu kebal?

Ada otak fikirlah.

Anonymous said...

KOAM.......dah lama dah olahraga malap - kat Sukan SEA pun kita jadi lauk.

Puak-puak kat KOAM hang buat apa, menyusahkan semua orang buat apa.........?

Anonymous said...

karim....hheeehhh.....tengok muka dah tau mcm ne dia nie. sukan kita xkn maju selagi ada org2 yg mcm ni kat persatuan... aku pun xpaham mcm ne presiden koam boleh harap/bekerja dgn org mcm karim..... JELAS JILAT!

tokman said...

Kalau mereka dalam KOAM ada maruah diri dah lama dengan sendiri letak jawatan kerana gagal mencungkil olahragawan2 yang cemerlang seperti dulu. Pegawai2 yang bermaruah dalam persatuan2 diperingkat negeri dan negara lazimnya memberi diri sendiri 5 tahun untuk membangunkan persatuan.....jika gagal maka dengan secara terhurmat tariklah diri!

Zuones said...

Sudah sampai masanya KOAM dibersih daripada gejala yang tidak sihat. Mengapa para athelit KOAM dihantar ke Bulgaria. Mengapa tidak ke Jamaica. Selagi tiada ketelusan di dalam KOAM para penaja akan menjauhkan diri. Jika dulu ada acara olahraga antara bank kini sudah tiada lagi. Jika masih ada kumpulan ini didalam KOAM olahraga di Malaysia akan terus menjunam. KOAM perlu diREFORMASIkan

TheLee said...

Hebat sungguh politik dalam persatuan sukan kita...

fariz port dickson said...

Tiada lagi beriata tentang pelari pecut negara, tiada lagi berita tentang kuartet 400 atau 4x100 meter seperti dulu. Sukan olahraga seakan sudah tiada wujud lagi di negara ini ...

Anonymous said...

Presiden KOAM nampak macam hebat, tegas dan berduit orangnya. Tapi sejak beliau mengambilalih Koam tak ada apa pun pencapaian yang boleh dbanggakan, makin teruk adalah. Harap-harap orang yag ada dalam Koam yang cintakan sukan olahraga ini boleh lakukan sesuatu supaya sukan olahraga terus cemerlang seperti suatu ketika dahulu. Presiden macam boneka aje......

naem othman said...

salam rizal.mana dia entry interview dengan datuk k.raja.aritu dalam kafe yg antara panelnya saudara hafizal hamad, saudara rizal ada bagitau akan menceritakan sesi temubual tidak rasmi dgn coach raja di dalam blog ni..hehehhe...

sy hari2 buka blog ni.nak baca entry yg dimaksudkan itu..tp.....uhuhhuuh

Anonymous said...

Karim ini memeang lazer mulut dia. Tapi bagus jugak ada orang macam dia nie. Kalau tidak MSn buat suka hati dia je. Aku dengar ZE pun dah takut dengan Karim. Dengar cite lagi Karim nak bongkar cerita orang buat duit guna broker tetap yg namanya KJK tu. Kita tnggu je la.

Anonymous said...

Aik...Mr.All powerful KP tu pun boleh jadi takut dgn Karim tu.? Biar betul. Siapa-siapa pun kalau ada buat salah memang seram lah dibuatnya. Hehe

Anonymous said...

KOAM - Karim Orang Amat Mengetahui sebenarnya salah tafsiran tu.....mcm ni bunyi nye...KOAM - Karim Orang Amat Masalah...tu sebab KOAM sentiasa dilanda masalah....klu boleh keluarkan Karim dr KOAM..sure suasana KOAM harmoni semula....

kaki sukan said...

Salam bagi mu Rizal,
Kiranya Karim tidak mengikuti peraturan yang termaktub dalam perlembagaan KOAM, persoalannya, mengapa Pesuruhjaya Sukan tidak bersuara? Adakah Akta Pembangunan Sukan kita memberi ruangan bagi Sports Commissioner berbuat sesuatu dan sekiranya ada mengapa isu yang dibincangkan secara terbuka masih berleluasa sehingga kini?
Mengapa negara kita tidak mampu melahirkan atlet setaraf Carl Lewis? Boleh tak Akta Sukan menjadi pemangkin dalam melahirkan juara? Di banyak negara maju,tidak ada portfolio Menteri Sukan yang mempunyai pengaruh politik dalam aktiviti kesukanan. Mungkin, ada yang berpendapat bahawa tanpa pengaruh politik, susah memperolehi dana tajaan. Tetapi, ketiadaan profesionalisme dikalangan banyak persatuan sangat ketara. Kita perlu berfikir secara ikhlas samada konsep sukarelawan adalah cara yang betul agar Malaysia boleh/mampu mencungkil bakat baru dalam kesukanan tanahair. Kita perlu teliti dari sudut wang ringgit, kos saraan dinegara kita sudah naik - bukan seperti dulu, tahap pengkhususan dalam segala aspek sukan sudah meningkat - dulu kiranya seorang atlet lari setiap pagi sejauh 10 km sudah memadai bagi atlet tersebut bertanding dengan cemerlang diperingkat antarabangsa - kini lain pula ceritanya. Justeru, satu paradigma yang ikhlas perlu dimulakan oleh semua pihak bagi atlet tanair meningkatkan prestasi mereka. Tuding menuding jari tidak akan menyelesaikan apa apa.
selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini.Wasalam Rizal.

Anonymous said...

Brader,

Salam tabun baru.

Karim ni kena ganti la brader. Aku baru baca artikel malaymail

http://www.mmail.com.my/content/88215-return-danyal