Friday, June 25, 2010

Two days before the KL Marathon


The Singapore bladerunner

Marathon running is about overcoming obstacles, the inner strength to beat the odds.
The Standard Chartered KL International Marathon on Sunday will no doubt parade runners with tales to share. A case in point - Singapore Bladerunner or Shariff Abdullah to his family. Born without a left ankle and used to walk with a prosthetic leg, the Bladerunner puts many able bodied individuals like loose cannon to shame. Read his blog here and the Sun's report here

For a group of running enthusiasts from a variety of background, the marathon is an opportunity to run away from the daily stress. Read the Malay Mail's report here

For high performers like Malaysia's Shaharudin Hashim, it's a matter of breaking personal bests. Read the Bernama report here

For first timers, read tips for beginners from Miss Jewelz here

And always count your blessings. Read here

Wednesday, June 23, 2010

Jabu dan baju



Maaf, sebenarnya peraduan menangi bola dan kemeja t tajaan Maxis dalam blog ini menawarkan bola bukannya buatan Nike...tapi yang menjadi kegemaran Julio Cesar, Faouzi Chaouci dan Robert Green serta Vincent Enyeama.

Dah tak ngaum...

DIKEMAS KINI.

Satwant Singh Dhaliwal ada kisah dalaman berhubung penggantungan Azraai Khor dan dua lagi penolongnya. Baca di sini

Wisma FAM bergegar dengan berita Azraai Khor, penolongnya Azman Eusoff dan jurulatih penjaga gol, P. Mohana Sundram digantung daripada menjalankan tugas mengendalikan Harimau Muda A.

Untuk memahami serba sedikit masalah yang membawa kepada isu ini, sila baca di sini.

Ramai yang menuding jari ke arah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Tapi kaji dulu urutan peristiwa ini.

1. Azraai sudahpun diberi amaran mengenai keupayaan Mohan selaku jurulatih penjaga gol. Namun kisahnya Azraai hendak menolong Mohan atas dasar compassion.

2. Apabila prestasi penjaga gol dipersoal di Slovakia, Azraai menganggap Mohan gagal melaksanakan fungsinya. Ada juga yang melihat Mohan sebagai duri dalam daging.

3. Astro Arena mengirim Fina Nasrom ke Slovakia. Terdedah perihal penasihat teknikal Ladislav Totkovic mengambil alih tugas Azraai. Totkovic dilantik bagi menasihatkan Azraai mengenai kekuatan dan kelemahan pasukan lawan. Azraai menafikan tugasnya diambil alih Totkovic.

4. Azman, selaku penolong Azraai, dilihat lebih strict dan disegani pemain. Berbeza dengan Azraai yang lebih "relaxed" dalam pendekatannya.

5. Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad, melawat pasukan di Vion.

6. Kepulangan Harimau Muda A ke Kuala Lumpur disambut meriah hujung bulan lalu. Pulang daripada bercuti, baru-baru ini, Azraai memecat Mohan tanpa merujuk kepada FAM.

7. Akhirnya setiausaha agung Datuk Azzuddin Ahmad memaklumkan kepada panel kejurulatihan itu mereka digantung manakala tugas mengendalikan Harimau Muda A secara sementara digalas K. Rajagobal.

8. Nasib Azraai, Azman dan Mohan ditentukan Jawatankuasa Teknikal Rabu depan.

OK, kaji pula status Facebook Azraai - redha dengan keputusan FAM untuk direhatkan, berpunca daripada menolong anjing tersepit.

Monday, June 21, 2010

Enter this contest/Mahu menang hadiah? Sertai kuiz ini...

Peraduan 1.
1. NAMAKAN EMPAT DUTA JENAMA MAXIS YANG MENGANGGOTAI SKUAD PRA-OLIMPIK MALAYSIA PADA 1980.

2. NAMAKAN KETUA PASUKAN SKUAD PRA-OLIMPIK NEGARA PADA 1980.

3. PASUKAN MANA BAKAL MUNCUL JUARA PIALA DUNIA FIFA DAN KENAPA?

Sempena demam Piala Dunia FIFA ke-19 di Afrika Selatan, blog http://rizalhashim.blogspot.com menawarkan hadiah empat biji bola Nike yang ditandatangani khas oleh duta jenama Maxis serta lapan kemeja t Maxis sebagai hadiah cenderahati.

Tinggalkan sebanyak mana komen dengan alamat emel anda.

Bagaimanapun, kami akan memilih hanya empat pemenang bertuah yang memberi jawapan yang tepat beserta komen paling kreatif dan menarik.

Terima kasih kepada Maxis atas tajaan peraduan ini.

Sebelum menyertai kuiz ini, sila baca syarat penyertaan.

Peraduan ini terbuka kepada semua.

Penyertaan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Pembaca dikehendaki menulis komen dan meninggalkan alamat emel di posting terbabit.

Jika peserta dipilih sebagai pemenang peraduan, dia harus memberi nama penuh.

Penyertaan/komen hendaklah dicatat selewat-lewatnya pada 11.59 malam pada 27 Jun. Penyertaan atau komen melepasi tarikh tamat tidak akan berpeluang menerima hadiah.

Pemenang akan diumumkan dalam blog ini dan nama serta nick pemenang akan dikirimkan menerusi emel. Hadiah akan diberikan oleh penganjur disaksikan seorang wakil Maxis.

Seorang peserta boleh menghantar sebanyak mungkin penyertaan. Bagaimanapun peserta hanya boleh diisytihar pemenang sekali.

Keputusan penganjur adalah muktamad.


1. NAME THE FOUR MAXIS BRAND AMBASSADORS WHO WERE PART OF THE 1980 MALAYSIAN PRE-OLYMPIC SQUAD.

2. WHO WAS SKIPPER OF THE 1980 SQUAD?

3. WHO DO YOU PICK TO WIN THE FIFA WORLD CUP AND WHY?


IN CONJUNCTION WITH THE 19TH FIFA WORLD CUP, HTTP://RIZALHASHIM.BLOGSPOT IS GIVING AWAY FOUR NIKE FOOTBALLS SIGNED BY MAXIS BRAND AMBASSADORS AND EIGHT MAXIS T-SHIRTS AS CONSOLATION PRIZES.

Leave as many comments as you want with your e-mail address attached.

However, we will only pick 4 lucky winners with the correct answers and most creative and interesting comments!

Thanks to Maxis for sponsoring this contest.

Before participating, kindly read the terms and conditions.

This Contest is open to all.

Language of Contest English and Bahasa Malaysia.

Contestants are required to post comment(s) and leave their e-mail address on this blog post.

If contestants are selected as winners of this contest, he/she shall provide their full names.

Entries/comments must be received by the Organiser on or before 11:59pm on June 27, 2010. Entries/comments received after the stipulated time will not be eligible for consideration for prizes.

The winners’ names/nicknames will be announced by the Organiser via e-mail and will be posted on this blog. Prizes will be given away by the Organiser with a representative of Maxis in attendance.

A contestant may submit multiple entries but he/she can only win once in this contest. Any subsequent wins (if declared) will be automatically declared void.

Organiser's decision is final.

Saturday, June 19, 2010

Meja Bulat

Tiga minggu lalu, loose cannon dipelawa Astro Awani bagi diskusi Meja Bulat bertajuk Membangunkan Pasukan Pelapis Sukan. Perantara, Suhaimi Sulaiman, duduk semeja dengan bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Wira Mazlan Ahmad, timbalan presiden Persatuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad, Rosmanizam Abdullah, orang besar Utusan Malaysia yang juga Setiausaha Persatuan Kriket Melayu Malaysia, guru muda Suhasni Hayani dan B. Ravichandran manakala loose cannon dan Ian Johan Ariff dari meja sukan Awani di Arena Media.

Antara yang disentuh - peranan Institut Sukan Negara (ISN) dan pakar sains sukan dalam mengenal pasti bakat, dasar sukan, mengurus bakat seperti Azizulhasni Awang dan sama ada kita dapat membuat quantum leap selepas ini.

Suhaimi membuka bicara dengan sistem di China yang membuka pintu kepada bakat muda sejak kecil selain ujian DNA dilakukan sebagai usaha mengenal pasti bakat bertaraf dunia sebelum melontarkan soalan kepada loose cannon. "Di China, bukan saja ada pusat untuk kecemerlangan sukan, bahkan ada pusat khas untuk mereka yang ada bakat dalam matematik, seni tari dan lain-lain," kata loose cannon.

Selain kepakaran sains sukan, kena ada technical know-how. Loose cannon mengambil contoh Edwin Ozolin, yang pernah bertugas sebagai pakar kajian CSKA Moscow. Dia datang ke Malaysia dan membimbing Noraseela Mohd Khalid, tak sebut pula Moh Siew Wei dan G. Shanti dan tidak sebut juga bagaimana Sergei Sidorenko memupuk bakat Muhammad Malik Tobias sebagai pakar dekatlon.

Datuk Wira Mazlan berkata eye for talent penting, sambil mengingatkan kita Azizulhasni dikenal pasti oleh panel jurulatih Russia dan tempatan ketika dia belum menang apa-apa gelaran

Mazlan menyebut dua teori dalam membangunkan bakat, iaitu pendekatan multi-lateral, iaitu pendedahan kepada pelbagai disiplin sukan sebelum pengkhususan dan specialisation, pengkhususan dari kecil. Ada bukti menunjukkan atlet yang terdedah kepada sukan lain pada waktu kecil dan remaja lebih cemerlang apabila mereka memilih untuk specialised.

Mazlan turut mengakui pakar sains sukan yang ada di Malaysia belum mencapai tahap yang perlu untuk membangunkan bakat.

Suhasni pula berkongsi pengalaman di peringkat sekolah. Rata-rata guru tidak mengaplikasikan sains sukan dengan betul manakala Ravichandran melihat pembangunan di China yang mentikberatkan cara mengelak kecederaan.

Rosmanizam pula berkata tiada masalah dalam mencari bakat manakala Naim mengakui pelbagai masalah dan kekangan yang membelenggu sukan Malaysia.

Loose cannon turut menyentuh kajian kaki Watson Nyambek lembik sebelah tetapi tiada kajian fisiologi untuk memperbetulkan keadaan.

Loose cannon yang diberi peluang oleh Suhaimi untuk menutup bicara, kurang yakin kita boleh membuat quantum leap jikapun mengamalkan pemikiran lateral. Keikhlasan harus mengiringi keghairahan...

When will Subkhiddin be given the chance?

Loose cannon's column in the Brunei Times here

Wednesday, June 16, 2010

Era Transisi

Akhbar Transisi kini di pasaran. Dikendalikan oleh bekas bos aku, Zian Johari, yang menjadi penggerak utama munculnya Harian Metro selaku akhbar paling laris.



Berbeza...isu yang dipaparkan oleh Transisi


Bual Bola di Astro Awani


Jangan lupa tontoni Astro Awani pada 9.30 malam dan 12.30 malam sepanjang Piala Dunia. Daripada vuvuzela, Subkhiddin Mohd Salleh sehinggalah FIFA, pelbagai topik dibincangkan, previu dan reviu serta pakej kisah menarik "human interest". Terima kasih kepada rakan-rakan di Awani yang sudi memberi ruang kepada loose cannon berkongsi pendapat sambil menyarung pelbagai jersi dalam koleksi. Hos program bersilih ganti - daripada Fadzrie Hazis, Ian Johan Ariff, Syamil Izwan Azizan dan Zulhelmi Zainal Azam.


Wakil FIFA...kononnya

Berganding bahu dengan Dollah Salleh, kali pertama sejak penampilan di Nasi Lemak Kopi O sempena Euro 2008

Masa depan Syed Aliff dan Nurul Sarah

Bagaimana agaknya masa depan pemenang pingat emas 100m Sukma dalam kategori lelaki dan wanita, iaitu Syed Aliff Syed Noh dan Nurul Sarah Kadir?

Kalau ikut catatan mereka, sukar untuk kedua-duanya mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Watson Nyambek dan G. Shanti! Syed Aliff yang memenangi emas Mini Olimpik tahun lalu, mencatat 10.71s manakala Nurul Sarah, pemenang pingat perak Mini Olimpik di belakang Norjannah Hafiszah Jamaluddin, menamatkan larian dalam tempoh 12.04s. Dengan corak pengurusan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) yang tidak ada wawasan dan lebih gemar berpolitik serta bercuti ke luar negara, lupakanlah usaha memupuk bakat yang ada.

Baca di sini

Sujud syukur Subkhiddin

Subkhiddin Mohd Salleh sudah tiga kali dilantik pengadil keempat untuk Piala Dunia 2010. Kita ternanti-nanti bila agaknya penghormatan mengadili perlawanan diberikan kepada anak jati Parit Buntar ini. Ikuti pengalamannya di Harian Metro di sini

Saturday, June 12, 2010

Four years ago...

For the FIFA World Cup in Germany in 2006, the sports desk of the Malay Mail was given a lot of freedom to feature and highlight the tournament from a different perspective.

Mustapha Kamaruddin, sports editor, picked Argentina to win

Ghaz Ramli and Tony Yee picked the Netherlands


Loose cannon wrote Forza Italia...


    and Italy were the eventual champions

Having covered the FIFA World Youth Cup in 1997, loose cannon perused the teams of 2006

and discovered his own squad of 1997


Loose cannon helped conceptualise the team of the pre-tournament


and wrote a column under the nom de plume Herr Blitzkrieg

and conceptualised and visualised this graphic for head-to-head

And the nominees are...

Loose cannon's column in Brunei Times. Read here

A TOTAL of 736 actors, or rather players, are vying for the ultimate global recognition on planet Earth's biggest stage, the Fifa World Cup, which kicked off last night.

Thirty two individuals will pull the strings, directing affairs from the bench in a sporting extravaganza widely seen as the director's show.

Excuse this writer for using movie parlance, taking into consideration the long list of injury casualties ahead of the 19th edition of the Cup.



So, here are the nominees for the:

Best Team award

Brazil, seeking their sixth title armed with the distinction of being the only nation to lift the Cup outside their continent, in Sweden 1958 when Pele was unveiled to the world and again in Japan/South Korea in 2002, when the gaped-tooth Ronaldo reigned supreme.

Argentina, with proven scorers Gonzalo Higuain and Diego Milito not likely to start alongside each other and a legend as manager who lacks the ideas in how best to gel the team together.

The Netherlands, boasting one of the most creative midfields and strikeforces, aim to become only the eighth nation to win the Cup.

Spain, Euro champs and arguably the best purveyors of possession football, attempt to emulate West Germany's 72 Euro win/74 World Cup victory.

Germany, dismiss the Teutonic efficiency at your own peril, despite missing the injured Michael Ballack.

Top-scorer award, officially known as the Golden Shoe

Wayne Rooney, who has added headers as part of his deadly repertoire.

Cacau, Brazilian-born attacker donning German colours.

Robin van Persie, hungry for goals after an injury-plagued season.

Gonzalo Higuain, Argentine master marksman at Real Madrid.

Robinho, lithe and tricky across the pitch.

Samuel Eto'o, treble winners with Barcelona and Inter Milan.

David Silva, bound for Spanish champions Barcelona after the World Cup.

Wooden spoonists, Golden Raspberry Award

North Korea, not likely to repeat the 1966 exploits.

Honduras, despite having Spurs midfielder Wilson Palacios running the engine room.

Best player, or Golden Ball

Robinho, likely to overshadow Kaka as the beacon of light for the boys from Brazil.

Lionel Messi, the little Argentine is out of this world but can his teammates keep pace?

Cristiano Ronaldo, the Portuguese star tends to overdo it but remains a potent force, especially with his free-kicks.

Wesley Sneijder, treble winners with Inter Milan and eager to supply the ammunition for his fellow Dutchmen.

Best coach

Carlos Dunga has succeeded in forming a team in his playing mould, no-frills yet effective.

Fabio Capello will pray that his regimented approach pays off.

Joachim Loew has a young team to call upon.

Bert van Marwijk may turn out to be a successful Dutch coach.

Vicente del Bosque has added a new dimension to the Spanish armada.

Darkhorses of the tournament

Mexico will play beautiful football

Chile are rich in Latin flair

Slovakia may be debutants but rich in football tradition

Slovenia represent the Soviet elements

Biggest flops

Italy are too old to contest

France, a team divided

South Africa stare at early exit

We'll revisit the list of nominees halfway through the tournament. In the meantime, enjoy the African journey.

Friday, June 11, 2010

Garis tepi kembali...

Terima kasih pulutmalaya dan yob4ever, dua orang kuat Kosmo! Kembalinya kolumku Garis Tepi di akhbar Kosmo! sempena Piala Dunia 2010 hari ini. Tentunya aku menyentuh wajarnya kita mengirim jurulatih bukan pegawai ke Afrika Selatan. Teknokrat atau birokrat?

KITA PERLU HANTAR PAKAR TEKNIKAL KE AFRIKA SELATAN


ADA yang menganggap Sukan Olimpik sebagai temasya sukan paling besar, mewah, masyhur dan prestij. Namun kita maklum setiap empat tahun, tiada topik lain yang menguasai minda warga dunia melainkan pesta bola sepak bergelar Piala Dunia.


Malam ini, sepak mula untuk kejohanan kebanggaan FIFA edisi ke-19 itu yang kali pertama diadakan di Benua Gelap, dilakukan oleh tuan rumah Afrika Selatan dan Mexico dalam Kumpulan A.


Jika tumpuan dunia berpusat kepada Steven Pienaar dan rakan-rakannya dalam barisan Bafana Bafana serta Rafael Marquez dan Carlos Vela di pihak Mexico, rakyat Malaysia harus menanti-nanti kelibat pengadil keempat, Subkhiddin Mohd Salleh di Johannesburg.


Pengadil berusia 44 tahun itu akan beraksi dari garisan tepi membantu pengadil, Ravshan Irmatov dan dua penolongnya, Rafael Iryasov dan Bahadyr Kochkorov, untuk mengendalikan perlawanan pembukaan.


Pemilihannya diiringi doa warga Malaysia. Bahkan Subkhiddin menerima sokongan moral Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Dengar khabar Subkhiddin dicadangkan diberi anugerah Guru Cemerlang.


Berbeza dengan Subkhiddin yang mencipta sejarah menjejak rumput-rumput Piala Dunia, tiga lagi wakil negara beraksi di sebalik tabir, secara rasmi di bawah naungan FIFA. Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Dell Akbar Khan, mengetuai pasukan keselataman di Durban, manakala Dr Gurcharan Singh mengepalai pasukan perubatan di Pretoria.


Windsor John pula bertindak selaku ketua penyelaras am, atau lebih dikenali dengan istilah General Co-ordinator yang bertanggungjawab terhadap semua aspek penganjuran sesuatu perlawanan.


Beberapa rakan penulis seperti pengacara RTM, Hafizal Hamad dan Zainal Abidin Rawop dari Astro Arena antara wakil media yang dianggarkan seramai 15,000 orang sedang berkampung di seluruh Afrika Selatan untuk membawakan laporan dari perspektif masing-masing.
.
Tidak lupa juga orang besar FAM yang bertandang ke sana atas jemputan FIFA.


Soalnya apakah pakar teknikal atau jurulatih kita dibawa mengkaji perkembangan taktikal bola sepak moden?


Kaedah ini sudah menjadi amalan Jepun, Korea Selatan dan tentunya negara lain yang mengambil serius pembangunan pelbagai peringkat. Jepun sedar jurulatih peringkat remaja harus dikirim meneliti aspek persiapan pasukan pada kejohanan besar.


Mereka dikirim ke gelanggang berkaitan mengkaji pelbagai sudut persiapan, corak latihan, aspek taktikal dan diberi kesempatan menemu ramah jurulatih.


Dari situ, jurulatih terbabit mengkaji sama ada possession football (corak permainan sabar berteraskan kemahiran menyimpan bola) atau counter-attack (serangan balas) lebih berkesan atau tidak.


Elok juga kita belajar mengutamakan golongan teknokrat dalam hal-hal tertentu dan jangan asyik melebihkan ahli birokrat. Jurulatih di kalangan teknokrat bakal berkongsi ilmu dan maklumat dengan anak buah mereka, sekali gus mendedahkan mereka kepada corak dan perkembangan bola sepak moden.


Jika ditanya siapa penulis ramalkan bakal menaiki podium di final 12 Julai nanti, ia sukar diagak. Sejak kecil mengagumi sentuhan Perancis yang berseni halus, namun bermain di benua Afrika, Brazil harus dianggap pilihan.


Anak buah Dunga yang menjuarai Piala Konfederasi tahun lalu, dibimbing secara pragmatik, menggabungkan kekuatan fizikal, daya taktikal dan sedikit tarian samba. Namun sejak Piala Konfederasi diperkenalkan pada 1992, juaranya tidak pernah mengungguli Piala Dunia.


Ramai beranggapan satu nama baru bakal terpahat selaku juara dunia. Kelompok elit tujuh negara yang dianggotai Uruguay, Itali, Brazil, England, Jerman, Argentina dan Perancis dikatakan harus membuka pintu kepada ahli baru, sama ada juara Eropah Sepanyol ataupun Belanda.


Siapa pula kata pemain bola sepak tidak mementingkan wang? Ingat bagaimana Togo mahu memulau Piala Dunia 2006 kerana tidak menerima bayaran daripada persekutuan mereka?


Juara dunia kali ini bakal menerima hampir RM120 juta untuk diagihkan kepada persekutuan dan anggota skuad.


Akhir kalam, sambil menikmati temasya terhebat itu sepanjang 30 hari, usah pula berjudi iya!

Quoted in the Star

Read here

Blogger Rizal Hashim (rizalhashim.blogspot.com) believes that cable television has played a huge role in influencing Malaysians. He says that growing up in the 70s, the coverage of foreign football could not compare to today’s.

“The perception is that local football is in the doldrums,” says the former sports writer.


“Try to know our own team at least. Whatever you say about them, they are still our representatives. I do not like it when people say they cannot name the starting 11 of the national team. Because of technological advances, there is no excuse for it – it’s a matter of wanting to know,” he says.


He says that winning the Sea Games gold medal was a good start, and Malaysians should be supportive of their own team.


He points out that neighbouring Thailand, Indonesia and Vietnam have good support. It has to be noted, though, that these countries are not setting the world of football alight either.


“But their national team is a source of pride for them,” he says.

Thursday, June 10, 2010

Primed for action...


Loose cannon is primed for action. He will be writing for Kosmo! and Brunei Times throughout the 19th edition of the World Cup. Also TV appearances on Astro Awani and Astro Arena beckon for him.

Monday, June 7, 2010

Felicitation to Tan Sri Flying Doc


Is that a tribute to loose cannon, Tan Sri, since you are holding a miniature cannon?

Doctor Jegathesan Manickavasagam belongs to a special breed of individuals. His achievements in the world of athletics and medicine are well-documented that all you have to do is just google him. Born in Kuala Kangsar, the Flying Doc holds the unique distinction of having bagged the inaugural National Sportsman Award in 1966 and the National Science Award 1995.  The title Tan Sri conferred by the Yang di-Pertuan Agong to one of Malaysia's favourite sons is certainly a well-deserved honorific for my favourite Doc!

Surely loose cannon could not resist the temptation of registering this for posterity

Read here

Cerita bola







Interviu dengan Hassan Sani



Wednesday, June 2, 2010

Labu or Catalunya?

An ambitious tennis academy is in the pipeline, talks have been held between the relevant parties, including foreign experts but question remains on how best to utilise the vast facility.

The Lawn Tennis Association of Malaysia, meanwhile, professes a different view. LTAM president Datuk Abdul Razak Latiff talks about intensity.

Hence, the trip to Catalunya for a number of tennis players.

Read the Malay Mail's exclusive reports here, here and here.

Tuesday, June 1, 2010

Eksklusif - kertas kerja Everton dikaji semula

Sebelum baca paparan eksklusif ini, sila baca Razali and Butler, May I suggest dan lagi-lagi England serta komentar yang diterima hasil posting terbabit.

Eksklusif

JAWATANKUASA Tabung Pembangunan Bola Sepak yang ditubuhkan baru-baru ini dianggotai oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, bekas setiausaha agung FAM, Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan, bekas jurulatih kebangsaan, Ahmad Shafie, presiden Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM), Ahmad Khawari Isa dan pencinta bola sepak, Hassan Tun Sulaiman.

Dell (kiri) dan loose cannon ketika menaiki keretapi melawat beberapa kelab bagi mengkaji struktur pembangunan di Jepun. Bapa pembangunan bola sepak Kedah, Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil turut menyertai delegasi itu.

Hassan Sulaiman membina pasukan Masjidiah di Muar di peringkat daerah, seterusnya menghasilkan beberapa pemain Johor, termasuk Muhidin Husin dan kapten Johor, Hassan Yahya. Hassan tidak pernah ketinggalan menyaksikan Piala Dunia sejak Espana 82. Gambar Hassan dengan penyokong terkenal Sepanyol, Manolo.

Khawari, bekas pegawai media FAM dan kini presiden SAM dengan loose cannon dalam Wisel Penamat TV1 tidak lama dahulu

Pasukan teknikal pula dianggotai Jefri Ngadirin, pengarah cawangan pelapis MSN, pengarah kejurulatihan FAM, Lim Kim Chon dan beberapa pegawai kementerian pelajaran.

Aku dimaklumkan mesyuarat bertujuan "rubber stamp" kertas kerja pasukan teknikal itu ditolak mentah-mentah. Mereka diarah kaji semula kerangkanya. Mujur ada beberapa watak keras dan berprinsip dalam jawatankuasa. Kalau tidak, RM10 juta "burn" macam tu aje.

Persoalan:

1. Kenapa pasukan teknikal tidak rujuk kepada Road Map Robert Alberts?

2. Kenapa pasukan teknikal tidak mengkaji program pembangunan yang dilakukan oleh FAM sepanjang dua dekad lalu? Kaji keberkesanannya, kemudian baru buat kertas kerja. Jangan jadi macam marhaen, mereka emosional dan tidak ada access pada maklumat dan data.

3. Kenapa buat lawatan ke Everton tanpa membuat kajian terlebih dahulu?

4. Kenapa pula nak ke West Ham (tak usah nak argue dengan aku, aku tahu sejarah West Ham dari zaman Ron Greenwood, tak payah jual nama Trevor Brooking, Frank Lampard atau Joe Cole kat akulah) atau Cardiff (tidak semestinya pemiliknya orang Malaysia kita boleh buat bisnes di sana).

5. Pada awalnya dikhabarkan jawatankuasa tidak mahu orang yang pernah bertugas di FAM menyalur idea. Mujur tidak berlaku. Kerana Dell dan Khawari tahu serba serbi sejarah dan program pembangunan yang dilakukan oleh FAM dengan kerjasama MSSM. Razali patut tahu, dia pegawai khas Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Hishammuddin Hussein.

6. Everton buat pelan kemasyarakatan sambil buat duit. Jadi tak payahlah. Lupakan saja England.


Jefri bersama pasukan teknikal di Everton (gambar diambil daripada facebook tanpa kebenaran)

Fakta:

Hanya 37 peratus pemain berbangsa Inggeris dalam Liga Perdana England. Lainnya dari Eropah, Afrika, Wales, Scotland dan home nation.

Kalau Trevor Brooking dan Steve Coppell persoal program pembangunan England, kenapa kita harus ke sana?

Corak latihan England tidak menitikberatkan sentuhan teknikal, sebaliknya fizikal.


Cadangan:

1. Aku ada corak latihan dan kejurulatihan Ajax Amsterdam online. Boleh guna ajar jurulatih bertauliah di peringkat akar umbi.

2. Ambillah jurulatih terbaik ajar anak-anak kita dari umur 8 tahun.

3. Daripada membazir wang mengisi kantung Everton, lantik seorang pengarah teknikal yang boleh buat carta pembangunan secara menyeluruh. Struktur ini harus seragam dari akar umbi hingga ke elit. Jadi duit itu boleh disalurkan membantu penganjuran Liga Mukim, Liga Daerah, atau liga masyarakat seperti Junior community league http://www.jrleague-malaysia.com/.

4. Dua bulan lalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, dibawa bertemu bekas pengurus Liverpool dan kini Pengarah Teknikal Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF), Gerard Houllier. Antara cadangan - kerjasama kerajaan Perancis dan Malaysia dari sudut pembangunan, serta attachment untuk pasukan kebangsaan semua peringkat umur di Clairefontaine dan pelantikan seorang pakar bola sepak untuk mengkaji struktur bola sepak negara. Susulannya?


Depan dari kiri jurulatih Bawah 21 Perancis, Eric Mombaerts, Datuk Zolkples, Houllier dan YB Menteri. Belakang dari kanan Hisham Abdul Hamid dan Datuk Azzuddin